Friday, July 31, 2009

Bila Tidak Seiringan...

**AMARAN!!! Ini entri penuh emosi dan panjang berjela. Read at your own risk!!!

Minggu ini minggu penuh emosi bagi aku dan guru-guru yang mengajar Tahun 6. Sedih, hampa, kecewa, dan 1001 satu perasaan yang sukar nak digambarkan.

Seperti yang pernah aku kisahkan di sini, sekolah aku sekarang sedang berusaha all-out untuk persediaan murid-murid mengambil UPSR. Kami sepakat buat kelas tambahan Sabtu dan Ahad. Dan seperti yang dipersetujui sebelumnya juga, guru-guru yang terlibat dengan kelas tambahan ini dikecualikan dari kegiatan Kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Bukan ramai pun yang terlibat, hanya 8 orang sahaja guru-guru yang dilibatkan dalam kelas tambahan.

Entah kat mana silapnya, Sabtu lepas aktiviti Koko dijalankan. Dan macam biasalah, cikgu-cikgu yang ada kelas tambahan tak melibatkan diri dalam Koko tu. Tiba-tiba entah kenapa GPK Koko tu nak emosi pulak. Dia persoalkan apsal pulak cikgu-cikgu tahun 6 nih taknak melibatkan diri dalam Koko. Apa kes?? Sedangkan benda nih sejak azali lagi dah dipersetujui bersama. Kita minta pelepasan Kokorikulum sebab, fikirlah kan.. cikgu-cikgu nih sampai hari Ahad lagik nak bertugas. Tu tak kira kelas tambahan hari-hari biasa. Jadi mintalah jasa baik pihak pentadbiran mengecualikan cikgu-cikgu yang dah berhempas-pulas nih kan.

Yang aku bengang sekali siap bawak p meeting, siap pertikaikan. Siap cakap, kita nih buat keje biarlah ikhlas, Lillahitaala. APAKAHHHHH KEJADAHHHHHHH??????????
Ikhlas cemana lagik yang dia maksudkan??? Tak cukup ikhlaskah kami mengajar tanpa kira waktu. Hari minggu yang patut kami bersama keluarga pun kami korbankan? Tu tak kira dengan kelas malam dan kelas tambahan hari biasa yang kami buat lagik. Kenapa? Apakah bila kami tak join kokorikulum, maka kami nih TAK IKHLAS dalam membuat kerja???? Lepas tu boleh pulak beranggapan, guru-guru tahun 6 nih seolah berlagak DIVA, mentang-mentang mengajar tahun 6.. tak mau buat kerja kokorikulum. Korang tau tak, kalo keje-keje melibatkan bimbingan untuk Tahun 6 nih dijajakan kat cikgu-cikgu yang bukan Tahun 6, tak ada sapa yang nak pun. Kalo tak kami nih yang bersungguh-sungguh membimbing murid-murid Tahun 6, takde sapa yang nak buat hokehhhh.. Tapi bila tiba-tiba kami dikata sebegitu.. hancur-luluh hati kami.

Lebih menyebalkan lagi, hari nih.. GB buat keputusan semua kelas tambahan Sabtu dan Ahad dibatalkan. That's it... korang dapat tak rasa apa yang aku rasa??? Betapa sedihnya hati aku dan cikgu-cikgu Tahun 6 ni, bilamana kesungguhan kami membimbing murid-murid ini rupanya tak mendapat sokongan moral dari pihak pentadbiran. Menangis kami semua pagi ni memikirkan pada sapalah kami nak mengadu nasib?? Dan sumpah..aku belum pernah lagi jumpa GB yang nak buat macam GB aku nih. Sekolah lain semua sedang bertungkus-lumus nak mengadap peperiksaan. Tapi dia boleh nak stop usaha gigih guru-guru dan murid-murid.

Dan aku tau ada dalangnya di belakang semua ini. Kerana pulut santan binasa. Inilah dia. Dan inilah dia juga akibat, bila pihak pentadbiran dan kuli-kuli pencacai tidak seiringan.

Aku sangat emo hari nihhhh......................... :(



9 comments:

~ As ~ said...

walau dah kena warning, ku baca jg entry ni smpai habis...
Sabar lah wahai cikgu Intan

cysev3n said...

apakah?
kalau cikgu nak buat jugak, kena buat kat lokasi luar la kaedahnya..

~Umi.Sufira~ said...

Intan, ko pun nangis ke beb? sabar eh..aku taktau camne gaya persekitaran kat sekolah tuh...susah jugak kalu ada orang2 camtu..ko sabar ye beb!

Ella said...

sabar ye cikgu intan..
hmm ingat senang jadik cikgu..
rupanya2 susah jugak dpt head yg x memahami anak2 buahnya..
kalau GB dh buat perangai..apa lagi cikgu2..
jgn sedey2...esok cuti..haha

Mummy Dasy said...

Ngan bersungguh2 membaca n3 ini w/pon panjang..
mmg xpatut GB tu bentikan kelas tambahankan UPSR kan dah nak dkat..
ape2 pun sabo2...

m-i-o said...

aku suspek GB ko ni ada internal affair dengan cikgu ko-ko. eh, eh boleh pulak aku nak wat lawak :P

err, ko ada emel address GB? meh sini aku antar emel layang kasik alter sikit wiring kat hotak dia tu.

kang tak pasal2 kot result UPSR hodoh, engkorang cikgu cekgi darjah 6 yg akan dipersalahkan tak reti mengajor, tahu?

tapi kalo result gempak, GB engkolah yang bantai tersengih lebar sampai ke telinga! silap haribulan si cikgu ko-ko tu pun nak tumpang nama. ececeh. selamba je aku kutuk GB orang :P

m-i-o said...

eh, cop, cop! sepanjang si cikgu ko-ko tu membebel engkorang cikgu2 darjah 6 diam aje ke?

aku nasihatkan supaya ko balun dia balik tang2 tu jugak. balun secara berhemah lah kan. aku rasa cikgu ko-ko tu mungkin tak perasan matlamat utama yg cuba dicapai di sini.

lagipun ni dah bulan 7 lah, pekebenda ko-ko yang nak dibuat lagi? lainlah kalo awal tahun, kot la korang nak sekolah jadik wakil negeri kaaa....

IntanSham said...

as...memang tahao max dah nih tahan sabo..huhuhuu...

CY.. yg kesian budak2 tauu.. derang siap ckp, cikgu, kita buat senyap2 je lahh.. hahhh senyap2??? nak buat kat mana?? kalo murid 10 org blh laaa buat kat taman, nih kalo 68 orang?? mau kena sewa dewan nyahhh oooiiii...........

aku sejak smlm masa diskas mende nih dgn cikgu thn 6 dah meleleh dahhh.. nih pagi nih biler dpt tau kelas kena kensel, lagik laa melelehhh... huhuuuuu

ella...cuti mmg cuti, tp cikgu2 nak demam nih kenangkan peksa yg dah kat ujung hidunggg... mak sejak smlm emo tawww... tak pasal2 ngan laki haku pun haku emo gak..sian dia..huhuhuuuu

MD... cuba bayangkan apa kata parents bila kelas tiba2 batal..

MIO.. ko mmg bijak.. maksud aku bukan psl affair tu, tp psl result. nak watcemana... ni laa nasib jadik kuli pencacai.. bila laa aku nih nak jadi GB pulak ekkk...

IntanSham said...

MIO...nanti aku buat satu n3 spesel utk cikgu koko aku nih supaya korang memahami latar blkg dia nih... yer...