Showing posts with label Emo. Show all posts
Showing posts with label Emo. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Deep Down In Me...

Hujung-hujung tahun nih, bila ada orang dapat baby baru... aku happy, but deep down aku rasa sedey jugak.

Kalau tak aku pun tengah sibuk melayan baby baru, tengah sedap cium bau harum baby baru... Sob... Sob...Yeahhhh... agak touching. Harapan untuk menambah zuriat untuk 2011 ni tak kesampaian nampaknya. Since the lost, takde nampak rezeki baru lagi. Allah belum izinkan.

Pasti ada hikmah... insyaAllah...


Monday, June 20, 2011

Anak Apa Ko Ada?

Anak apa? Lelaki? Perempuan? Syukur... Bersyukurlah atas kurniaan Allah kepada kita dan pasangan. Jangan kira jantina anak. Ada orang, ada 3 anak... semua lelaki. Ada pulak yang ada 5 anak, semua perempuan. Ada yang ada kedua-duanya lelaki dan perempuan.. :)

Tapi tak kesah, anak apa yang korang ada... yang penting adalah bersyukur. Tak perlu mendabik dada dengan jantina anak yang ko miliki. Tak perlu mengata kat orang... rugi ko anak pompuan, takde anak lelaki. Atau bergurau kasar mengata susahlah ko anak semua lelaki... anak lelaki lasak tak macam anak perempuan.

Atau yang punya anak, tak perlu pulak mencanang seantero dunia betapa bernasib baiknya ko ada anak lelaki atau anak perempuan. Tak perlu ok... Syukurlah ko diberikanNya nikmat untuk memiliki zuriat sendiri.. ada orang lagi kesian, tak diberi peluang menjadi seorang ibu. Ada ko paham perasaan orang macam tu? Tentulah tak, pasal ko mahupun aku tak berada di tempat orang itu.

Apasal aku emo nih? Sebenarnya ada benda yang menyentap hati aku, bilamana ada orang cakap kat aku, "DUA-DUA ANAK KO PEREMPUAN. KO KENA CARIK ANAK LELAKI NIH. ORANG LELAKI CEMANA PUN MESTI NAK ANAK LELAKI... KANG LAKI KO KAWEN LAIN"

Ok... memang cilako btol si pemilik kata-kata itu. Ko kenapa? Bergurau? Mende lain takde nak gurau ke??? Ko hebat sangat lah sebab anak ko lelaki bukan perempuan????

Ko sedar tak, jantina anak tu bukan kuasa aku menentukan. Aku dengan laki aku cuma boleh berusaha je. Anak apa Allah nak bagi, itu kuasaNya. Kalo Allah izinkan, insyaallah ada rezeki aku. Tapi kalo ketentuanNya aku dan laki aku hanya ada anak perempuan, apa daya kami. Tak perlu ko nak mengutuk-ngutuk semata kerana aku belum ada anak lelaki. Aku dan laki aku dah cukup bersyukur sebab kami dah ada dua cahayamata... walaupun perempuan.

Tak kesah jantina anak, yang penting pelihara amanah Allah itu sebaik-baiknya. Sila jangan bergurau lagi dengan aku pasal benda ni, aku memang tak suka. Sekian, terima kasih.




Thursday, December 30, 2010

Ting Tong....

Ooooiiiiiiii sedare... ADA KU KESAHHHHHHHHHHHHHH??????? Janji ko bahagia, aku pun bahagia kannnn.... lalalaalalalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Yang penting Malaysia juara.... ailebiu Fahmi team Malaysia.... *tetibe* (apa kaitan dengan statement di atas???)


Tuesday, October 26, 2010

Berita Tergempar!!!

Seri Alam - Satu kejadian berunsurkan jenayah juvana telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seri Alam, lewat petang semalam. Dua mangsa telah dikenalpasti. Mangsa pertama yang dikenali sebagai telefon mainan dan mangsa kedua dikenali sebagai listip atau nama glamournya Cik Mek @ MAC.

Menurut saksi kejadian, mangsa pertama telah dinodai dengan kejam jayanya oleh suspek dengan menggunakan mangsa kedua. Suspek yang amat kreatif telah menggantikan crayon miliknya dengan mangsa kedua. Ketika kejadian berlaku, didapati mangsa kedua telah diculik dari penempatan asalnya dengan menggunakan barang kes berupa sebuah kerusi berwarna putih. Suspek kemudiannya telah menodai mangsa pertama dengan menggunakan mangsa kedua tanpa belas-kasihan. Kejadian dipercayai berlaku akibat dari perasaan minat suspek yang amat mendalam terhadap mangsa kedua. Sewaktu ditemui, suspek dalam keadaan panik dan terus membuat pengakuan bersalah.

Suspek kini dalam tahanan reman dan telah dijatuhkan hukuman pengasingan di dalam bilik selama 15 tahun minit di samping sesi kaunseling tanpa henti yang berterusan dari kaunselor yang meroyan akibat perbuatan suspek. Suspek dipercayai telah membuat pengakuan sumpah untuk tidak mengulangi perbuatannya dan menyesal di atas tindakannya yang terlampau itu.


Sumber dari tidak BERNAMA.



Mangsa 1...



Mangsa 2 yang parah dalam kejadian... :(



Tempat kejadian merangkap tempat asal Mangsa 2...



Bahan bukti kes...



Suspek UTAMA selepas diinterogasi dan dijatuhkan hukuman...






nota kaki : baru je dapat listip free, listip yang lama dinodai dengan kijamnya. Nasib baiklah listip tu memang bukan favourite acik dan dah lama tak pakai. Kalo listip baru yang free tu ataupun listip favourite acik, haruslah suspek dikenakan hukuman lebih terlampau lagik... huhuhuuuuuuu... Benci btol bila terpaksa meroyan dengan suspek!!! :(


Monday, October 18, 2010

Seronok sangat ke???

  • Seronok sangat ke bila nak dating dengan pakwe pun kena sembunyi-sembunyi?
  • Seronok sangat ke bila nak bertelefon dengan pakwe pun tak boleh main ikut suka hati?
  • Seronok sangat ke nak jumpa pakwe bila-bila masa pun susah?
  • Seronok sangat ke bila dating dengan pakwe, ada hati yang menangis?
  • Seronok sangat ke bila percintaan mendapat tentangan hebat banyak pihak?
  • Seronok sangat ke bila menerima kasih-sayang dari seorang yang tak layak dan tak sepatutnya memberikan kasih-sayang itu?
  • Seronok sangat ke dapat perhatian dari seseorang yang bergelar suami orang dan ayah orang?
  • Seronok sangat ke bercinta dengan SUAMI ORANG?????????
SERONOK SANGAT KE HA??? SERONOK SANGAT KEEEEEEE???!!! :(

Pernah tak ko bayangkan kalo bapak ko buat mak ko macam tu?

Pernah tak ko bayangkan kalo ko ada laki, laki ko bercinta dengan orang lain?

Pernah tak ko bayangkan betapa hancur dan sedihnya hati seorang perempuan bernama isteri bila suaminya main cinta dengan orang lain? Sedangkan kalo boipren kena rampas pun dah rasa macam nak mati, macammana kalo laki????

Pernah tak ko bayangkan betapa ko dah menghancurkan kegembiraan dan keharmonian hidup orang lain?

Pernah tak ko tengok anak-anak kekasih pujaan hati ko tu? Pernah tak ko bayangkan betapa ko dah merosakkan kebahagiaan anak-anak kecil itu?

Pernah tak ko merasa berdosa merampas cinta suami orang?

Mungkin ko tak dapat rasa semua tu sebab yang terbayang dalam kepala ko adalah betapa indahnya hidup bila dapat suami yang kaya, yang ada rumah besar, kereta besar, duit banyak. Tua pun takpe... laki orang pun takpe.. janji idop ko senang ye tak?



**Nota kaki : adapun entri ini takde kena-mengena dengan hidup tuan punya blog.. cuma sedikit emo mengenangkan kisah seseorang yang dikenali... Semoga beliau tabah menghadapi dugaanNya....

Tuesday, August 10, 2010

Ya Allah...

Tiba-tiba di saat diri merasakan tiada siapa yang dapat melindungi, hanya Allah yang mampu melindungi kami dari segala malapetaka.

Ya Allah... Kau lindungilah aku dan anak-anakku dari sebarang kejahatan manusia dan syaitan durjana. Hanya Engkau yang mampu melindungi kami Ya Allah... Semoga aku kuat dan berani menghadapi apapun dugaan.

Dan kekuatan itu hadir kembali, setelah sedar Allah sentiasa melindungi hamba-hambaNya...

Kalian doakan kami anak-beranak sentiasa dilindungi dari sebarang kejahatan... Aminnn...


Wednesday, June 30, 2010

Perpisahan Abadi...

Semalam saya dikejutkan dengan satu berita yang memilukan. Jiran mak saya, muda lagi... baru berusia 20 tahun, kehilangan suaminya dalam kemalangan maut motor-lori di lebuhraya Pasir Gudang. Saya tersentap, pilu di hati... kerana mengenangkan 3 orang anak mereka. Yang paling kecil baru berusia 2 bulan. Meskipun, dia bukanlah berbangsa Melayu, tetapi saya sangat merasa simpati yang teramat sangat. Mengenangkan bagaimanalah dia hendak meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya, apatah lagi dia sendiri tidak bekerja. Kesian sangat kan? Saya terfikir, untuk memulakan kehidupan baru, memang dia perlu kuatkan diri. Hendak bekerja dengan sekolah pun yang tak habis, saya rasa memang bukan satu perkara yang mudah. Nak bekerja pun, anak-anak yang masih kecil tu macammana? Perlu ada yang menjaga. Siapa yang nak menjaga? Mak dia pun masih bekerja. Nak hantar pada orang pun bukanlah percuma. Sungguh... berat dugaan untuknya.

Hendak mati tak perlu tunggu tua. Orang muda pun bila-bila masa boleh dijemput pergi. Orang yang ditinggalkan perlu meneruskan kehidupan. Persoalannya hidup bukanlah mudah untuk diteruskan bersendirian tanpa kekuatan diri dan keimanan yang teguh.

Sesungguhnya tragedi yang menimpanya membuatkan saya insaf.... Semoga dia kuat untuk menempuh dugaan itu....



Monday, May 24, 2010

Ayat Sentap Dari Cikgu...

Esok hingga Khamis merupakan peperiksaan ujian penilaian prestasi murid (UPPM) untuk murid-murid tahun 6. Markah untuk ujian UPPM nih amat penting sebab biasanya akan digunakan untuk permohonan masuk ke sekolah berasrama penuh. Lagipun markah ini akan dibawa dan dinilai ke peringkat daerah. Jadi adalah penting untuk murid score dan lulus dalam UPPM ini.

Hari ni, saya masuk kelas dengan semangat berkobar-kobar untuk buat brainstorming tentang teknik menjawab soalan. Sebeban nota dan worksheet dan saya siap fotostat untuk semua murid.

Agaknya budak-budak nih pun dah selalu sangat kena keluar duit bila cikgu fotostat buku, almaklum bajet kerajaan untuk sekolah pun banyak dah potong. Dan cikgu-cikgi pun memang dah biasa lari bajet sebab asik bagi free bahan fotostat kat murid... kira fisabilillah je semua.. ahaksssss... Sekali bila saya pungpangpungpang bagi briefing tentang teknik menjawab tu, saya pun tanya lah "Ada apa-apa soalan?"

Sorang murid saya pun angkat tangan... dengan seriusnya bertanya, "Cikgu, yang cikgu bagi nih kena bayar ke free?"

Kuikuikuiiiii... mak ingat dia nak tanya berkenaan ngan hape yang mak ajor... :P

Sambil senyum, saya cakap, "Awak nak bayar ke?? Kalo awak nak bayar saya lagi suka..."

Satu kelas then cakap... taknak lah cikguuuuu... muahahahahaaa.....

"Tak nak bayar? Mana ada benda percuma dalam dunia nih. Semuanya kena bayar. Saya memang nak suruh awak bayar pun... " kata saya dengan serius.

"Berapa cikgu?????"

"Saya nak awak bayar dengan keputusan peperiksaan awak yang cemerlang. Janji pada saya awak kena bayar harga itu pada saya untuk UPPM awak dan jugak UPSR awak nanti.. boleh?"

Owhhhh... satu kelas senyap sunyi..... sentappppppppp!!! Airmuka masing-masing memang nampak tersentuh dengan ayat saya.

"Boleh ke tak ni???" saya tanya lagi...

"InsyaAllah cikgu... kami janji..........."

Cikgu pun senyum panjang sebab anak murid dah berjanji. Semoga diorang mengotakan janji-janji diorang pada saya.

Jadi... ada tak ayat sentap dari cikgu korang yang masih korang ingat sampai sekarang??? :)


Tuesday, May 4, 2010

Mengapa Saya Beli Ariani...

Owhh masih lagi berkisar tentang T.U.D.U.N.G ?

Ok.. Saya terpanggil buat entri nih sebab saya bingit asik dapat soklan ke sindiran (?) dari orang sama berulang-ulang.
Almaklum ramai cikgu-cikgi yang buat bisnes tudung kat sekolah saya. Ada jugak selai dua yang saya beli. Bila datang je tudung baru, mesti cikgi yang sorang nih akan bagi ayat power kat saya... "Alaaa... Intan mana pakai tudung nih, dia beli kat kedai ada aircond je.." E'eh.. macam ler dia yang jual tudung, walhal tukang jual takde cakap hape punnn.. pelik kann??
Sekali, dua kali.. okeh saya anggap gurauan dan dengan senyum simpul saya jawab,

"Yelahhh tuuuuuu....."

Bila dah berkali-kali, jawapan saya sudah mula panasss sikit, namun masih diiringi senyuman mesra,
"Alaaa... bukan saya mintak duit akak ponnnnnnnnnnnnn!!!!!!!"

Sebenarnya jawapan itu melindungi jawapan yang tersirat dalam hati saya yang ingin beno saya bagi kat cikgi tu...

" Sukati haku ler nak beli kat mana pun, bukan haku mintak duit LAKI ko,
F***&JbjhyuJhj $%G^#@IUIKJ!!!?? A** @HBLkol '"

Paham??? Tu bahasa Jerman tu.... muahahhahaaa............. :P
Tapi itu hanya berdengung dalam hati saya saje, tak pernah lagik keluar kata-kata nista dari molot comel saya...muakakakakaa.. :))

Ok lah berbalik kepada tajuk entri "Mengapa saya beli tudung Ariani??"

Sebelum tu, cuba tengok dua gambar di bawah.. Eh pesal aku rasa macam ayat dalam soalan peperiksaan pertengahan tahun pulak nih?? :P

Ok.. ni salah satu tudung Lycra Ariani saya ...
Harga RM 30


Ni tudung twist XYZ yang saya beli kat skolah ...

Harga RM 60
*perhatikan awningnya, nampak tak kekejungan di situ?*

Saya takde pulak gambo tudung Lycra XYZ, tapi harga Lycra XYZ adalah dalam range RM 35 - RM40.

Kalo twist Ariani printed, sale biasa dalam RM80.. memang agak mahal berbanding twist XYZ. TAPIIIII hari tu saya dapat beli printed twist Ariani RM50 sahaja!! Memang puas hati... :)

Tapi (lagi), lupakan tudung twist, sebab saya jarang beli twist. Saya lebih selalu beli Lycra biasa saja yang harga bila sale RM30, kalo tak berapa nak sale pun boleh dapat RM35. Saya rasa lagi murah dari XYZ.

Jadi kenapa saya beli Ariani?
  1. Harga yang murah atau lebih kurang berbanding XYZ yang dijual kat skolah saya. Yelah kalo dah harga lebih kurang, baik ler saya beli yang ada tag 'Ariani' tu ye tak?
  2. Puas hati, tudung dijamin terletak cantik dan tak panas. Kualiti tudung dan jahitan terjamin.
  3. Kalo tudung XYZ, saya tak minat awningnya. Awning XYZ yang kejung, buat muka saya jadi bertambah bulat. Tapi awning Ariani tak macam tu. Saya perahsan cantik bila pakai Ariani... :))
  4. Saya dah ada Gold Card yang boleh bagi saya 30% atau lebih diskaun pada bila-bila masa. KO ADO???
Itu adalah di antara sebab musabab saya beli Ariani. Ye.. saya tau, kalo saya rajin jaet, lagi murah kos tudung.. tapi saya tak pandai eh bukan, tak pandai boleh blajo, tapi saya MALAS jaet... hahahahaaa...

Tapi kan bab membeli-belah nih, terpulang laa pada citarasa orang. Lain orang lain kesukaannya. Jadi tak perlu dipersoalkan mengapa dan kenapa... Setuju?? Baik korang setuju... kalo tak saya baling dengan ini............. kahkahkahhhhh

Ada berani???????????????

** Saya tengah tunggu bila tokey Ariani nak baca blog saya nih, kot laa dia nak amik saya jadik pengganti Ekin Mawi, bayaran ai gerenti tak semahal dia... :))

Friday, April 23, 2010

Perkara Yang Tidak Diingini Bila Suami Tiada...

Memang serabut. Kereta parking depan rumah pun boleh kena sebat????

Ikutkan hati aku memang rasa nak maki hamun je budak India nih... Tapi tadi pun memang dah kena laser dengan haku. Korang tengok apa dah jadik kat kereta aku nihhhh...................


Sakit mata dan hati. Kepala aku lagi kusut jadiknya. Nak melalui hari-hari yang panjang tanpa suami aku bukan senang. Bila jadik perkara macam nih tak lagik serabut kepala otak aku???

Ni motor yang langgar tu...


Petang tadi, aku parking depan umah ayah aku macam biasa. Yang lahabau nih pulak dah tentu kat kawasan perumahan ko pesal boleh nak buat aksi rempit. Kalo ko nak rempit kat tengah jalan sana haku tak heran, lantak ngko laaa...kot ko kena lenyek ke hape, tak menyusahkan idup haku ni kereta aku tu tengah elok parking depan umah bapak aku, ko pi sodok apa kes? Budak nih baru form 4, mengikut kata saksi kejadian (jiran-jiran aku) budak nih start moto terus press minyak, sekali takleh kontrol motor dia tergelincir terus sodok kereta haku. Nasib laa aku tengah lepak kat bilik, sekali dengo berdentum gitu... sah kereta aku kena langgor. Mula-mula lagik, sebelum kejadian hati aku dah berdetik dengo moto budak tu merempit kat depan umah aku. Memang agaknya deria keenam aku nih dah bagi signal something bad nak jadik.

Ni second time kereta aku cedera, dan ini pun ketika kereta di tangan aku. Walopun aku tak bawak, tapi perasaan aku adalah tetap tak sedap... Walopun laki aku tak marah, tapi aku tetap rasa benganggggggggggggg!!!!!!!!!!!!

Tadi aku dah buat report polis, atas nama bapak budak tu. Ok fine, aku baik hati lagik tak claim anak dia yang langgor, kalo tak double dia nak kena bayo saman dengan anak dia takde lesen lagik. Dia suh claim insuran dia. Tapi ntah boleh ke tak nak claim insuran motor. Tadi aku dah call EON service, dia suh anto kete ari Isnin je sebab report tak kuor lagik. So nanti Isnin lah baru tau cemana kekdahnya nak repair bumper kete tu.

Yang Gmail pun sengal hari nih tak pasal-pasal asik susah nak masuk, tadi dapat anto email kat laki aku report pasal hal nih tapi nak upload gambo asik failed.. kejadahhhh?? Laki aku dah reply, nih aku dari tadi nak reply balik tak boleh aje... apsal nak sabotaj haku Gmail nihhhh?? Iskkkkkkk... :(

Abang... walopun bukan salah orang, orang tetap nak say sorry... huhuhuuuuu....

Mood terus tergolek jatuh dalam lombong... Aduhai sabarlah hati.... :(


Wednesday, April 14, 2010

Bisnes Orang Kita...

AMARAN!!! ENTRI EMO LAGI................

Dulu di EntriIni saya pernah membebel tak puas hati pasal penipuan oleh orang kita yang berniaga. Hari ini saya nak membebel lagik.

Tau tak sebenarnya selain dari keinginan saya memiliki SiMerahSexy, ada sebab lain yang mendorong saya membelinya. Dalam bulan lepas charger laptop kerajaan saya rosak. Kalo nak minta ganti baru memang boleh, tapi paham-paham ler prosedurnya dan yang pasti berjanggut nak menunggu. Jadi saya pun beli lah charger yang baru. Lagipun saya memang nak guna pun laptop tu. Then saya pun beli lah dengan harga RM180.

Lepas tu, pakai dalam sebulan, kelmarin charger tu pulak rosak. Bila pasang pada laptop, tak boleh charged. dekat icon power supply/battery tu asik blinking je. Then saya bawak lah pi kedai tu, since charger tu pun ada warranty 3 bulan.

Sampai sana, minah yang keje tu belek-belek charger then simply cakap, diorang tak boleh buat apa-apa, charger tu kena tinggalkan untuk dipulangkan pada supplier. Ok fine, saya tanya takde replacement ke? Bagi laa saya replacement sebab saya memang nak pakai laptop nih. Minah tu dengan muka hampeh kata sori, takde replacement, biasa kalo ada problem memang customer tinggalkan je dan diorang akan bagi supplier untuk repair atau tukar yang baru. Ok, kat sini saya dah agak menyirap, sabo lagik.. tanya pulak kalo tinggalkan berapa lama saya nak kena tunggu? U olls tau apa minah kerek tu jawab??? Ohh... tak tau laaa berapa lama, kita tak boleh nak janji. WTF????????????????

Okeh... memang darah mak udah naik lah masa nih. Tapi kontrol lagik, tanya... takkan takde charger lain untuk bagi saya pakai sementara, sebab saya memang perlu nak guna laptop. Minah tu again dengan suara poyonya cakap.. memang takde, lagipun charger nih memang dah takde dalam simpanan. Tak ke haremmmm jadah hampeh jawapan sebegitu?? Ko memang jual peralatan komputer, tapi bila haku datang sebab ada problem barang yang ko jual, tak alih-alih ko kata tak ada pulak barang lain serupa itu?

Saya panas hati btol sebab....

1. Ko tak boleh nak bagi replacement time tu gak, okeh fine...
2. Ko tak boleh nak bagi customer exact date bile agak-agak customer bley dapat balik barang dia yang rosak tu... That's suck!!!

Okeh... ko silap orang dik nak buli customer... Ahkak memang laser kalo hati udah panas.

Saya cakap saya perlukan ganti sehingga charger tu dibaiki. But then u olls tau, minah tu boleh wat bodo tinggalkan saya dan buat keje lain macam takde apa-apa berlaku. Sakit jiwa mak hokehhhh. Dalam 10 minit saya ditinggalkan terbangang-bangang tanpa sape-sape melayan, hati yang terbakar dah jadik rentung. Saya pun dengan suara tak bley blah nyer sound minah tu...

AWAK TAK BOLEH BUAT MACAM NI TAU. SAYA BELI CHARGER NI SEBAB NAK GUNA. BILA ROSAK, SAYA DATANG KOMPLEN SEBAB CHARGER YANG AWAK JUAL NI MASIH DALAM WARRANTY. TAKKAN AWAK SIMPLY CAKAP AWAK TAK BOLEH NAK GANTI, PASTU KATA TAK TAU PULAK BILA BOLEH DAPAT GANTI. HABIS SAYA NI MACAMMANA? SAYA BELI CHARGER NI SEBAB NAK GUNA. KALO TAK BAIK TAK PAYAH BELI!!!

Mak dah jadik singa betina time tu. Saya tak pedulik laa ada customer lain dalam kedai tu ke tak. Yang penting hati mak dah meletup!!! Then minah tu boleh lagi cakap, kitorang tak boleh buat apa-apa laa kak.... Memang C***** hokehhhhh.... Actually ada mamat sorang keje kat situ. Yang mamat ni lagi hampeh, nampak saya dah panas, dia boleh tinggalkan kedai, pi isap rokok kat luor... kuang ajo.. bukan nak buat apa-apa pun untuk solvekan masalah.

OKEY KALO KORANG TAK BOLEH BUAT APA-APA, PANGGIL BOS KORANG, SAYA NAK TENGOK APA YANG BOS KORANG PULAK BOLEH BUAT!!

Okey bila dah tengok saya dah mencarut mengamuk, minah tu call supplier dia, pungpangpungpang bercakap kat tepon, then bagitau saya.. Ok Puan (tiba-tiba panggil Puan pulak), nanti hari Khamis atau Jumaat ni supplier akan datang tukarkan yang baru, Puan bagi nombor telefon, nanti kami call bila dah ada.

SEE??? Boleh pun dia call tanya supplier bile boleh datang. Nampak tak betapa hampehnya servis kedai tersebut. Kalau dari mula dia buat macam tu, tak ler saya naik angin. Bukan saya nak kata apa laa kan, tapi tulah kebanyakan orang kita yang berniaga nih, masa menjual kemain lagik, tapi servis selepas itu adalah sangat hampeh. Pastu layanan pada customer adalah teruk.

Bukan saya nak compare lah. Tapi kenyataan. Saya ada beli external DVD drive sekali dengan si merah saya tu. Bila saya dah install kat umah, main DVD... tak ada suara. Saya bawak balik ke kedai C*ina tu. C*ina tu cepat-cepat solvekan masalah saya. Siap tolong install pekejadahntah, yang pastinya kalo main DVD dah boleh kuor suara. Takde banyak kerenah. Memang saya suka dengan layanan diorang.

Boleh nampak tak perbezaannya? Agaknya pasal tu laaaa bisnes orang C*ina nih lagik maju dari bisnes orang kite. Bukan saya nak mengutuk semua peniaga M*elayu, maybe tak semua. Tapi saya memang dah selalu sangat terkena membuatkan hati jadik serik nak masuk kedai orang kita. Harap-harap kalo ada yang serius berbisnes yang membaca blog saya dapat merenung-renungkan. Ini bukan kutukan, tapi luahan hati. Bisnes bukan berhenti setakat ko jual barang, aku beli... tapi servis selepas itu pun sangat penting, lagi-lagi bila barang yang dijual ada masalah. Tolong jangan layan pelanggan macam taik, tanpa pelanggan tak kemana pun bisnes anda, takkan ada yang nak beli barangan yang anda jual. Beri perkhidmatan yang terbaek tak ada ruginya, orang akan bercerita tentang kebaikan servis anda dan makin ramailah yang berminat nak membeli. Cuba pikirkan macammana orang C*ina boleh layan customer dengan begitu baik tanpa amik kisah pun ko bangsa apa. Bangsa kita pun dia layan baik, bangsa dia apatah lagi. Ni kalo orang kita, bangsa sendiri pun nak layan teruk.. apa kes??? Huhuhuuuu.. tak paham btol.

Okeh mungkin laa kalo tuan punye bisnes tu tak layan customer teruk, tapi pekerja mereka yang tak beretika. Makanya sila pantau pekerja-pekerja anda. Jangan sampai anda tak tau yang pekerja-pekerja anda telah menjahanamkan bisnes anda tanpa anda sedari.

Saya ni kan bukanlah jenis pelanggan yang fussy, tapi memang menjadi kepantangan saya kalo dilayan hampeh macam tu, because I paid u hokehhhh.... don't play-play with my money. Sebab duit saya bukan jatuh dari langit, tak kira laaa saya banyak duit ke tak banyak duit ke, that's not the point. I paid u, so please DON'T EVER give me that f***ing service. Ko silap orang buat haku macam tu hokehhhh..... Mintak mahap zahir batin!!!

Kalian cemana? Selalu dapat servis hampeh dari bisnes orang kita???

Fuhhh... Puas hati dapat melepas geram kat sini...

Friday, April 9, 2010

Ronggeng Cik Kiah...

Tajuk memang takde kena-mengena langsung dengan apa yang saya nak story. Pasal saya blur + blank nak letak tajuk ape, saya bantai je apa yang terlintas dalam kepala... :P

Okeyyy... Movie lagik... Kali nih cerita memang saya bagi two thumbs up!!!

The Lovely Bones


Tempek sket sinopsis dia yang saya cilok dari belakang cover DVD...

Based on the best selling book by Alice Sebold, The Lovely Bones is the story of a 14 yrs old girl who is murdered by her neighbour. She tells the story from Heaven, showing the lives of the people around her and how they changed all while attempting to get someone to find her lost body.

Sangat best cerita nih. Cuma saya tak puas hati cara pembunuh tu mati. Saya harap dia kena tangkap supaya semua orang tau dialah pembunuh sebenar, tapi pengarah cerita nih buat ending lain pulak. Tapi bagus gak cara dia mati tu... padan muka dia. Yang pasti dia mati, kalo dia terlepas, lagik saya tension... :P

Sila beli atau download cerita nih.. sebab cerita nih memang best.
Ada banyak lagik movies yang saya blom layan. Antaranya........
  • New York, I Love U (tak tau best ke tak, saya bantai beli je citer nih)
  • Did You Hear About The Morgans (saya rasa best sebab ada Hugh Grant)
  • Duplicity (ada ahkak Julia Roberts, sepatutnya best jugakkk..)
  • Survival Of The Dead (cerita seram semestinya...) DAH TENGOK MLM TD
  • The Descent Part 2 (nih pun cerita horror, Part 1 saya tak tengok pun)
Eh sebenarnya ada lagi 5, 6 movies lagik selain dari yang atas tu, saya malas nak amik sebab letak kat bawah katil, saya punyalah malas nak bergerak walhal saya tengah meniarap atas katil sambil taip entri nih... hahahhaaaaaa. Okeh saya nak tidokan anak-anak saya, pastu saya nak sambung layan movies...


Friday, March 26, 2010

Gelora...

Membaca entri Kak Non yang INI tiba-tiba membuat saya jiwang... :D
Serius tiba-tiba ingatan saya pada si dia makin bertambah.
*
Saya sebenarnya malas nak berkeluh-kesah tentang perasaan ke hape tentang si dia.. sebab nanti saya takut ada yang muntah darah pulak membaca... Tapi kalo saya tak jiwang-jiwang kat blog saya, kat mana pulak saya nak menjiwang... muakakakaaaa.... U olls redha jek laaaa yer nokssss. Kalo agak-agak dah biru tahan muntah tu, tekan aje X kat tab atas nunnnn... :P
*
Sebenarnya semalam saya sentap. Saya amik Aina balik sekolah terlewat sikit sebab hujan lebat sangat. Tak laaa lewat mana pun, lewat 10 minit jer. Bila saya masuk kat tadika dia, dia lari-lari dapat saya dan cakap, "Ibu... Abah mana??? Abah tak amik Aina ke??? Abah dah balik ek???"
Air mukanya penuh mengharap. Terjenguk-jenguk dia carik bayang abahnya. Saya tau pertanyaan Aina adalah serius, bukan main-main. Saya tak tau kenapa tiba-tiba dia mengharapkan abah dia datang menjemput. Bila saya jawab abah belum balik, nampak hampa wajah dia. Memang sentap hokehhhh... kalo tak sebab ada cikgu dia kat situ, mau saya dah meleleh time tu. Dalam kereta saya tanya kenapa Aina tanya abah tiba-tiba. Jujur aje dia jawab, "Aina rindu abah... Lama tak jumpa abah..." Okehhhhh.... Adegan selepas itu, tak payah kepoci kat sini.
*
Anak-anak rindukan abahnya, saya lebihlah lagi. Siapa yang tak rindu kan? Tak jumpa sehari dua pun dah rasa rindu, inikan pula sudah 45 hari. Kalo orang bersalin, dah habis tempoh pantang. Sudahlah tak jumpa, nak call pun susah. Sebab si dia stay kat atas kapal nun di tengah laut. Atas kapal tu diorang guna satelite phone, yang tak laratnya diorang kawal penggunaan telefon tu. Setiap orang boleh guna seminggu sekali je, untuk jangka masa hanya 3 minit!!!
*
Kelmarin si dia ada call, Aina tengah tido, Ainin pulak tengah merajuk dengan saya sebab taknak pakai baju.. apa kes ntahhhh.. Jadi kedua-duanya tak bercakap dengan abah. Si dia bagitau, laut tengah bergelora macam hati kami, bila laut bergelora macam tu diorang tak boleh keje. Dah lima hari tak boleh keje, melayan mabuk laut jer kat kapal. Kalo tak boleh nak keje, bile keje nak siap yangggg??? Jadi kesimpulannya memang lambat lagi lah dia boleh balik. Sian suami saya... Semoga Allah melindungi suami saya di sana.
*
Bercakap soal rindu, saya tak berminat langsung kalo ada yang mengusik saya rindu sebab tak 'dapat'. U know what I mean??? Kalo kalian pernah terbaca entri emosi saya tentang kalo tak reti bagi komen, baik tak payah komen.. haaaa itu pasal saya bengang lah tu. Halooooo... hubungan suami-isteri yang satu itu tak perlu lah nak dijadikan bahan usikan, atau bahan lawak bangang anda yer? Tak ada istilah kegersangan bagi saya. Saya rindu suami saya sebab saya mahu dia di sisi untuk dengar cerita saya, makan masakan saya, jaga anak-anak dengan saya, melayan PMS emosi saya, shopping perabih duit dengan saya, berjalan-jalan dengan saya... saya ada berjuta-juta sebab untuk rindukan suami saya.. Bukan sebab yang satu itu. Apakah orang yang beranggapan sebegitu, hanya perlukan kehadiran suami untuk melampiaskan nafsu itu sahaja??? Sangat bodoh dan bangang lah orang yang boleh bagi kata-kata... "Elehhh... rilek laaa.. aku tau laaa ko dah lama tak dapat", bila saya kata saya marah dengan diri sendiri sebab asyik emosi dengan anak-anak.
WTF!!!!!!!!! Jadi maafkan saya, saya harap walopun kalian ada terdetik macam tu jauh di sudut hati, tolong jangan beri saya kata-kata itu. Saya memang tak minat nak dengo atau baca.
*
Eh jiwang ke emo entri saya nih??? Waakakkakakaaaaa.... Saya tak kiralah apapun genrenya, yang penting hati saya bergelora macam lautan Parsi... Saya rindu teramat sangat pada si dia.... Harap-harap, lautan tidaklah bergelora lagi supaya si dia boleh cepat-cepat siapkan kerja dan pulang ke pangkuan kami.... :)

Friday, March 5, 2010

7 Hari Seminggu....

Minggu ini adalah hari bekerja 7 hari seminggu bagi saya dan kawan-kawan di sekolah. Bulan Mac nih memang macam-macam aktiviti yang nak dibuat di sekolah. Hari Sabtu, ada sambutan Maulidurrasul. Hari Ahad, mesyuarat Agung PIBG dan hari Anugerah Kecemerlangan 2009. Minggu nih saya bekerja di sekolah macam tak cukup tanah. Harap maklum segala entri yang saya buat setiap hari minggu ini adalah scheduled entri semata. Kalo kat sekolah memang tak sempat nak buat entri bagai.
*
Saya bagai bernapas dalam lumpur... tercungap-cungap. Pagi-petang kerja tak habis-habis. Malam pun ada yang kena kerja jugak... Tahun nih kena amik kelas malam lagi. Sabar..sabar... memang kalo awal tahun biasa macam nih, semua aktiviti nak disettlekan sebelum pertengahan tahun. Sabar.. sabar... saya kan bionic teacher.. Am I???
*
Yang saya tak suka bila sesak-napas-keje-siang-malam nih adalah bila anak-anak saya mula tantrums. Diorang tunjuk perasaanlah tu. Tengok ibu asik sibuk jer.. selalu ibu ada banyak masa dengan diorang. Bila saya pagi-petang di sekolah, balik dah kepenatan, nak melayan anak-anak pun kureng semangat. Anak-anak saja nak tarik perhatian dengan tunjuk perasaan. Saya sedaya-upaya bersabar. Saya tak nak marah anak-anak saya. Sebab bila saya marah... nak-nak si kakak, nanti dia nanges-nanges kasik ayat power seperti....
*
"kenapa ibu marah kakak????"
"kenapa ibu tak sayang kakak????"
"sampai hati ibuuuuu..."
*
DAN YANG LEBIH POWER....

"Aina nak abahhhhhhhhhhhhhh!!!" :(

DANGGGG!!!!! Tak tahan beb.... dengo ratapan si anak tiri Aina. Mak sentapppppp!!!!

"Anak-anakku.... ibu minta maaf, ibu tau ibu selalu ter'emo' marah kalian. Ibu sayang kakak dan adik. Sayang sangat-sangat.... Kalo kakak dengan adik tak ada, sunyinya hidup ibu. Ibu tau kakak dengan adik nakkan perhatian ibu, nak ibu layan, main dengan kakak dengan adik macam selalu. Tapi kadang-kadang kepenatan ibu membuatkan ibu 'terlupa' menjadi ibu yang baik untuk kakak dan adik. Ibu terlupa nak layan kakak dengan adik macam selalu. Kadang-kadang ibu rasa kakak macam berjauh hati dengan ibu bila tengok adik selalu dengan ibu. Kakak... ibu sayang kakak... Kakak tau tak, kakak lah yang pertama sekali menjadikan ibu seorang ibu. Mungkin ibu tak dapat nak belai kakak lama-lama macam adik, bila adik dah ada, kakak dah mula kena marah dengan ibu... tapi ibu nak kakak tau, bahawa kasih-sayang ibu kat kakak tak boleh nak dinilai dengan apapun di dunia nih. Sayang ibu pada kakak dan adik adalah sama... sebab kakak dan adik adalah anak-anak ibu. Harta ibu yang tak mungkin dapat ditukar ganti dengan apapun. Ibu nak kakak dan adik tau, yang ibu selalu sayangkan kakak dan adik... tak pernah berkurang sedikitpun malah makin hari makin tebal kasih-sayang ibu.... Maafkan ibu ye sayang??? "

Err... kalian, entri ini memang ada bau-bau emosi... sebab mak tengah kepenatan sekarang ini... Malam tadi baru mengadu duka-lara pada hubby, nasiblah bangggg... jauh-jauh pun u kena dengo ai bebel.... Kalo tak bebel kat u, nak bebel kat sape pulak kannnnn.... Bebel kat blog tu lain perkara, bebel kat hubby tu satu keperluan ke kehendak (?) yang tak dapat nak dinafikan.

Haiiii.. cepatlah bulan Mac yang penuh aktiviti ini berlalu... dah tak sabo rasanya... :(

Haaa... korang ingat jadik cikgu nih tak penat??? Amacam, ada brani nak jadik cikgu??? hehehheeee.... :P


Thursday, January 7, 2010

Celakalah Engkau Wahai Penipu!!!

Apakah perasaan korang kalo membayar satu perkhidmatan dengan harga RM150, kemudian korang dapat tau bahawa sebenarnya perkhidmatan serupa itu adalah RM40 sahaja. Dan kemudian, dek kerana sakit mata melihat hasil kerja perkhidmatan itu yang macam hampeh, maka korang pun terpaksa pejam mata untuk mencari kedai lain bagi membaiki 'hasil kerja' tersebut dan dikenakan pula cas RM150 lagik. Sedangkan kalo korang terus jer ke kedai yang lain itu, korang takyah laa bayar sampai RM300. Means that kalian dah buta-buta ditipu RM150..

That's what happened to me yesterday. Tak payah tanyalah perkhidmatan apa yang aku buat tu.. Yang aku nak bebelkan di sini ialah, kekesalan aku sebab si penipu yang celaka itu adalah orang Melayu. Konon-konon aku ni malaslah nak p carik kedai Cina, takut kena tipu satu.. lagipun kedai Melayu tu bapak aku kenal owner dia. Rupa-rupanya bangsa sendirik lagi kaki penipu. Memang sumpah tak ingin lagik aku ke kedai tu. Aku berdoa bungkuslah perniagaan engkau wahai penipu, supaya engkau tak boleh menipu orang lain lagik. Kalo tak bungkus pun, semoga Allah membalas perbuatan keji engkau itu. Tak dapat balasan di dunia, di akhirat esok engkau tanggunglah!!! Aku tak akan halalkan satu sen pun duit yang engkau kelepet itu. Inilah masalah bangsa Melayu. Macammanalah berniaga nak maju. Tentu arah kena tipu dengan bangsa lain, kalo dengan bangsa sendiri lagi sakit hati. Istighfar dalam hati, memang bukan rezeki aku 150 tu, tapi aku memang sakit hati beno kena tipu dengan bangsa sendirik yang haku kenal pulak tu. Memang S***

Yer... aku tulis entri pakai 'aku' sebab aku sangat hangat hati sekarang ini... :(



Monday, December 14, 2009

Merindu...

Abah...

Mana abah pegi?? Kenapa dah lama tak nampak abah?? Kenapa abah dah lama tak dukung adik, tak peluk adik, tak cium adik macam selalu??? Adik selalu sebut abah, abah, abah... tapi ibu kata, abah tak ada, abah p opcorrr... kakak pun selalu cakap kat adik, abah tak ada, abah p opcor... Ermmm.. opcor tu aper?? Ntahhh.. adik pun tak tauu.. tapi, sebab abah pegi opcor tu agaknya abah dah lama tak balik.

Adik tak pandai cakap macam kakak. Kakak boleh cakap kat ibu, dia nak abah, dia rindu abah. Kakak boleh cakap ngan abah bila abah tepon.. tapi adik tak pandai cakap macam kakak lagik.

Tapikan abah, aritu adik ada jumpa gambar abah dengan ibu... sekarang adik memang selalu main dengan gambar tu. Bila adik ingat abah, adik amik gambar tu.. adik duduk sorang-sorang macam nih... dapat pegang-pegang gambar abah macam ni, sambil panggil-panggil abah pun jadilah kannnnn....







Salam sayang dari ;
- adik yang rindu abah -



Wednesday, December 9, 2009

Bercelaru...

Buat yang mengerti....

Fahamilah....

.

.


Fikiran bercelaru...

Minda gagal berfikir dengan tenang...

Emosi...

Kehidupan memang penuh dugaan...

Kadangkala yang tersirat tidak sama dengan yang tersurat...

Kadangkala niat di hati tak sama dengan yang terlafaz di bibir...

Kalau tiada dugaan bukanlah hidup namanya...

Tapi bila dugaan datang ketika sedang keseorangan, makin parah jadinya...

Sesungguhnya aku tidak keseorangan...

DIA ada menemani aku...

Ya Allah...

Kurniakanlah aku ketabahan menghadapi apapun dugaan...

Semoga akal bukan hati yang menguasai tutur bicaraku...

Semoga keruh yang hadir tidak berpanjangan...

Berteman bukannya mudah...

Tak berteman juga payah...

Sesungguhnya aku bukanlah manusia yang sempurna...

Sesungguhnya aku bukanlah Malaikat atau Nabi yang tinggi kesabarannya...

Maafkanlah kekhilafanku yang ada...

Semoga ketenangan dan kebahagiaan menjadi milikmu jua...

Kerana aku sentiasa mendoakan yang terbaik menjadi peneman hidupmu...

Kerana aku tak mahu menambah duka yang sedia ada...

Kerana aku juga tak mahu kehilangan keindahan yang ada antara kita...

Semoga kejernihan akan kembali mewarnai danau hati kita...



Wassalam...



Nukilan ;

Saturday, November 28, 2009

Dan Akhirnya..




... masanya telah tiba. Untuk si dia meninggalkan saya dan anak-anak. Malam ini insyaAllah flightnya ke Doha, Qatar akan berlepas dari ruang udara KLIA. Saya dan anak-anak tidak akan menghantarnya ke KLIA petang ini. Dia akan pergi bersama-sama kawan-kawannya. Pemergiannya kali ini bolwh dikatakan pecah rekod paling lama setakat ini, 3 bulan. Tarikh penerbangan baliknya seperti yang tercatat dalam e-ticket MAS adalah pada 27 Februari 2010. Hubby kata mungkin boleh jadi lebih awal dari tarikh itu... tapi... janganlah berharap...

Semalam kami sempat balik ke kampung hubby. Si dia sempat memborong stok susu dan pampers Aina untuk 3 bulan. Mak mertua saya pula sempat membuat sambal ikan bilis campur kacang dan serunding daging untuk bekalan hubby. Tidaklah saya rasa terkilan kerana tidak sempat membekalkannya sambal ikan bilis sebagaimana yang saya rancangkan, gara-gara tarikh penerbangan yang diketahui secara mendadak iaitu kelmarin.

bekal untuk Hubby yang saya tolong packingkan...



Saya telah biasa ditinggalkan. Tetapi entah kenapa, perasaan sedih untuk pemergian kali ini bagaikan terbuku di dalam hati. Segalanya bercampur-aduk di dalam pemikiran saya sejak tarikh penerbangan diketahui kelmarin. Saya memikirkan tentang Aina yang tak berapa sihat, batuk-batuk yang agak teruk dan Ainin yang batuk juga. Saya memikirkan tentang pengurusan kehidupan saya tanpa si dia dan pertama kalinya jua tanpa mak dan ayah saya. Saya memikirkan nanti macammana nak handle kenduri menyambut kepulangan mak dan ayah saya dari Mekah. Pemergian si dia kali ini benar-benar mencabar untuk saya. Apapun saya redha, suami saya pergi untuk mencari rezeki. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan dia di sana dan saya di sini. Semoga suami saya berada di bawah lindunganNya dan selamat pergi dan kembali kepada kami. I will missing you dear...

Tuesday, November 17, 2009

Berangkat Sudah...

... kedua-dua orang tua saya yang tersayang ke Tanah Suci Mekah.. Alhamdulillah. Pemergian mereka saya iringi dengan doa dan harapan semoga mereka selamat pergi dan kembali serta dapat melakukan ibadah Haji dengan sempurna dan mendapat Haji yang mabrur. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 9.30 malam tadi, saya telah mendapat sms dari ayah yang menyatakan mereka telah selamat sampai di Jeddah pada jam 4.30 pm (waktu Arab).

Dari malam semalam saya menahan rasa sebak yang bagai nak pecah di dalam dada. Tak tahulah kenapa. Apakah memang lumrah kesedihan itu, atau saya yang memang emosi. Tadi sewaktu perpisahan (sementara) nak berlaku saat mak dan ayah dah nak masuk balai berlepas, saat saya mencium tangan dan memeluk mereka, oh ohhh.. memang tak dapat nak ditahan lagi. Sungguh banyak pesanan dan harapan yang mak dan ayah titipkan kepada saya.
"Jaga adik-adik, jaga cucu-cucu mak, jaga rumah...." saya sangka, mungkin mak lupa suruh saya jaga diri sendiri... Tapi kata hubby, mak pesan pada dia suruh jaga saya.... ahahahaaa... :P
Saya harap, Allah juga kurniakan saya kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan amanat mak dan ayah. Semoga adik-adik saya juga memberikan kerjasama kepada saya di dalam melaksanakan amanat mak dan ayah itu. Saya harap mak dan ayah mengampunkan dosa-dosa saya dan mendoakan saya di sana. Sebenarnya, saya masih lagi dibendung kesedihan... Walaupun baru beberapa jam berlalu, saya akui saya rindukan mak dan ayah. :(
Saya harap, Allah memberikan mereka kesihatan dan memberikan kami peluang untuk berkumpul semula. Hmmm.. saya tak mampu nak menaip lagi.... huhuhuuuuuu

Wajah-wajah yang saya rindukan.... mak dan ayah...




Saya dan adik-adik perempuan di sisi mak dan ayah...




Tuesday, November 3, 2009

13 Hari Lagi...

... emak dan ayah saya akan berangkat menunaikan Haji. InsyaAllah 16hb November ini, saya akan menghantar mereka ke Lapangan Terbang Senai. Perasaan saya sekarang adalah bercampur-aduk. Separuh hati gembira kerana akhirnya impian mak dan ayah tertunai jua. Tetapi separuh hati lagi merasa sayu kerana ini merupakan perpisahan pertama kali yang amat jauh sekali. Pastinya hendak berhubung pun susah, bukan boleh main dail nombor telefon aje dan dapat bercakap dengan mereka. Apapun.. semestinya saya merelakan pemergian mereka dengan hati yang lapang, kerana inilah satu-satunya keinginan mak dan ayah yang telah lama terpendam, akhirnya sedang elok sahaja ayah pencen... panggilan ke Mekah pun tiba.

... Wajah mak dan ayah semakin berseri-seri dari hari ke hari. Segala keperluan mereka pun sudah siap di dalam beg. Mereka nampak bagaikan tidak sabar untuk ke sana. Melihat keseronokan mereka, hati saya pun bagai terpaut ingin menunaikan Haji juga. Encik Suami jugak begitu, terus buat janji nak menunaikan Haji bersama-sama saya suatu hari nanti. Indahnya perasaan ini... pastinya perasaan orang yang hendak pergi lebih lagi kan? Semoga suatu hari nanti saya dan suami juga diberi peluang untuk menunaikan Haji bersama-sama.

... Melihat ayah, saya lebih syahdu. Kerana selama 30 tahun saya bersama-sama ayah, ayah adalah seorang yang sangat sibuk dengan kerja. Hidupnya selama ini adalah kerja, kerja dan kerja. Yelah... keluarga kami bukanlah senang. Maka ayah harus bekerja keras untuk membesarkan anak-anaknya seramai empat orang itu. Seingat saya, ayah memang terlalu jarang mengambil cuti. Kadangkala, sakit pun dia tidak bercuti. Hari Ahad adalah hari kerja overtime untuk ayah. Dialah satu-satunya sumber rezeki keluarga kecil kami. Maka hidup ayah selama membesarkan kami adalah untuk bekerja sahaja, rehat jatuh entah nombor berapa. Sungguhlah ayah seorang yang gigih. Apabila ayah pencen pada 25hb Mei yang lalu, barulah saya melihat ayah berehat sepenuhnya. Pada awalnya ayah bercadang untuk sambung bekerja setelah berehat selama sebulan, kerana dia mengenangkan adik bongsu saya yang masih belajar. Namun kami merasakan sudah sampai masanya untuk ayah berehat. Yaa... setelah melalui tempoh yang panjang, menghambakan diri mencari rezeki untuk anak-anak dan isteri, saya merasakan masanya telah tiba untuk ayah menikmati hari tuanya dengan lebih baik. Telah tiba masanya untuk dia menghambakan diri kepada Yang Maha Esa pula. Maka ayah tidak lagi bekerja. Dan saya lihat ayah sudah semakin menjadi warga emas yang sejati. Akhirnya ayah mempunyai waktu untuk berjemaah masjid setiap kali solat. Masa senggang yang ada membolehkan dia berulit bersama cucu-cucunya. Saya gembira dengan keadaan ayah sekarang.

... Perginya mak dan ayah ke Mekah meninggalkan saya dengan tanggungjawab yang besar selaku anak sulung. Adik-adik saya meskipun sudah besar-besar adalah di bawah tanggungjawab saya. Saya akan tinggal di rumah mak dan ayah sepanjang ketiadaan mereka. Saya membayangkan bagaimanakah suasana Hari Raya Aidiladha nanti tanpa mak dan ayah. Semestinya sayalah yang harus menyediakan juadah untuk Hari Raya. Haruslah saya menyalin resepi dari mak nanti... :)
Hari Raya meskipun Aidiladha tanpa mak dan ayah, haruslah menjadi sangat touching. Suami saya berkemungkinan besar akan bertugas ke Qatar tidak lama lagi. Jadi Hari Raya tanpa mak, ayah dan suami haruslah lebih touching lagi... huhuhuuuuuuu... Tetapi sebenarnya saya berdoa agar suami saya tidak meninggalkan saya... Aminnnnnn....

Entri ini adalah seperti luahan hati saya. Tiba-tiba saya rasa rindu pada mak dan ayah saya di rumah... Ada sesiapa yang bakal menghantar mak dan ayah menunaikan Haji juga???