Semalam acara sambutan Hari Lahir Aina dan kawan-kawannya yang lahir di bulan November. Disebabkan makanan berat, tadika dah sediakan, saya cuma menghantar cup cakes dan goodie bags sahaja. Bagi cup cakes senang, tak payah cikgu nak potong-potong, bagi je sorang satu. Lagipun kompem habis semua... takde berlaku pembaziran.. Membazir kan amalan syaiton... :)
Memikirkan apa yang perlu diisi dalam goodie bags adalah pening. Sebab saya kan antara mak-mak yang
poyo mementingkan kesihatan anak. Bila Aina bawak balik goodie bags yang penuh jajan semata, saya sangat tak suka. Jenuh carik masa nak sembunyikan jajan-jajan tu dari dia dan adik. Jadi semestinya saya tak nak bagi goodie bags yang penuh jajan yang langsung tak berkhasiat. Mari lihat goodie bags yang saya sediakan....
Goodie bags for him & her
Beg kertas tu untuk teachers.... :)

Saya beri stationary, Pooh for girls & Ben 10 for boys. Juga ada air kotak Milo, biskut Munchy's sorang sebungkus kecik, kekacang dan kismis. Cadang nak masukkan Twiggies, tapi sayangnya kawan hubby yang keje bawak lori Gardenia tu ada hal pulak, tak dapat nak supply Twiggies tu. Ok laaa kan isi perut Goodie Bags tu... :)
Untuk teachers pun sama jugak, cuma tak ada stationary tapi saya gantikan dengan brooch. Sebagai cenderamata untuk cikgu-cikgi yang dah 'mencelikkan' anak saya. Terima kasih cikgu! :)
Cup cakes Aina paling saya suka. Saya tak tetapkan theme cuma saya mau cup cakes yang cantik dan comel untuk puteri saya itu. Ini cup cakes Aina.....
25 pieces for teachers & friends...

Saya order extra 10 pieces untuk ahli keluarga yang lain....

Cup cakes yang dibuat untuk Aina adalah
flower and garden theme, sesuai laa kan untuk anak dara saya. Aina paling suka cup cakes yang ada bee tu.. :)
Thank you very much to
Tim bukan Tim yang duk kat Parkdale tu yer... :P for creating cup cakes yang cute nih... :)
Saya memang selalu order dari
Dia. Macam-macam kek dia pandai buat. Masa Raya saya order blueberi cheesetart dari Tim nih. Untuk yang berada di sekitar Pasir Gudang atau JB boleh laaa kalo nak order kek dari Tim. Boleh jenguk-jenguk blog dia kat
SINI . Kek nya dijamin sedap dan cantik. Harga pun berpatutan.
Ok... boleh tarik nafas lega sekarang sebab semuanya sudah settled. Kredit to my hubby sebab sudi layan permintaan saya untuk amik semua gambo di atas. Nasib u lah yang, dapat bini blogger tegar... hahahahaaa.... :D
Saya akhiri entri ini dengan wajah birthday-girl-to-be, Aina dan adik kesayangannya... :)
Love u so much kiddos...
