Showing posts with label Aina Suraya. Show all posts
Showing posts with label Aina Suraya. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Aina's 5th Birthday...

13th November 2011 was Aina Suraya's 5th birthday. It's on Sunday. So I've decided to celebrate it on 11-11-2011, Friday. Oh btw, 11-11 is her actual EDD past five years ago. But I was admitted on 12-11-2006 and delivered on the next day... That was the unforgettable history.. :)

As last year, I've sent birthday cupcakes and some goodie bags to her friends and teachers at school. She was so happy to share her birthday celebration with her friends.
I've asked her what theme does she wants for the cup cakes deco, and as what I guessed, she definitely choose RAPUNZEL for her cup cakes! Haha...



So here are the beautiful and tasty cup cakes decorated by TIM .... TQ Tim!!!








A lil' gift for Aina's friends....



And

for the kind teachers....



Me and my lovely Aina Suraya.....


May all the happiness comes to you... my pray will never end for you my lil' precious Aina Suraya... Love you endlessly.... Hugs and kisses....



Monday, November 14, 2011

Hari Anugerah Pintar Bistari

Semalam 13 November 2011, berlangsung Hari Anugerah bagi Tadika Pintar Bistari. Aina sexcited nak pi sebab kali ni dia dapat hadiah. Aku pun tumpang seronok jugak. Alhamdulillah kali ni Aina dapat dua anugerah, Top 3 dan anugerah khas tamat bacaan. Syukur jugak sebab dalam setahun ni Aina dah habiskan bacaan untuk buku Bacalah Anakku, Read Easy Phonics dan Bacalah Jawi. Sekarang dia tengah nak habiskan buku Read Easy Phonics Intermediate.

Pagi-pagi lagi kitorang dah berkampung kat Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Orang punya laaaa ramai sebab tadika ni ada banyak cawangan sekitar daerah Pasir Gudang.

Okey... layan gambo dulu....


Proud of u darling! Yang bestnya jugak semalam hari lahir Aina yang ke 5. Double celebration lah untuk dia.

Happy birthday Aina Suraya... semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Ibu, abah dan adik sayangggggggg Aina sangat-sangat....



Friday, October 28, 2011

Pintar Bistari's SOpen Day

Hari ni Open Day di Tadika Pintar Bistari. Semalam result exam akhir Aina dah diupload kat website.

Result Aina... :)



Syukur ada peningkatan result Aina berbanding pertengahan tahun hari tu. Walopun kedudukan dalam kelas still sama tapi peratus dan jumlah markah meningkat. I'm proud of you girl! Aku harap kejayaan dia kali nih akan jadik pencetus semangat dia untuk terus berjaya. Bukan cuma pencetus semangat untuk dia malah aku jugak. Supaya aku tak terleka dari membimbing dia belajar. Aina pun happy sangat sebab aku kata ni hasil usaha dia tekun study masa nak exam hari tu.

Cikgu Aina pun tak ada apa-apa komplen. Alhamdulillah Aina tak de apa-apa masalah kat sekolah. Semoga berterusan sampai bila-bila sikap dia nih.

Belek-belek kertas ujian dia, aku terkesima sungguh tengok hasil colouring Aina untuk kertas Pendidikan Seni nih ...

Rasa nak prem.... hahahahaaaa



Gambar kelas Aina. Comel-comel semua....
Tengok muka perahsan 'DIVA' anak aku.... hahahahaaa.....



Sebab aku promise dia untuk bagi hadiah kalo result dia bagus, maka aku belikan dia set Lego yang tengah SALE kat Toys R' Us. Dah lama dia mengendeng nak Lego nih tapi aku wat donno.

Aku memang tak belikan anak-anak mainan sangat. Boleh kira dengan jari mainan diorang, espeacially yang pricey. I feel kedekut nak spend duit untuk mainan. Tapi kalo buku-buku memang aku x kesah. Diorang pun dah terbiasa macam tu. Mainan yang best hanya akan aku beli sebagai hadiah samada birthday atau achievement diorang.

Muka happy dapat hadiah...
Adik tompang happy sebab boleh ngendeng menan kakak... :P



Nice creation... :D


That's the story for today. Now waiting for Hari Anugerah Kecemerlangan Aina on 13 Nov 2011.. it's on her birthday... very meaningful! :D






Friday, February 18, 2011

Yang Mana Satu???

Awal persekolahan dah buat sesi bergambar. Bagus btol TadikaPintarBistari nih...

Lagi best bila rekod bacaan anak serta aktiviti kat tadika, everything di'upload' di laman web utamanya. Senang nak tau progress anak dan lain-lain.

Cuba teka mana satu Aina Suraya...?


Progress Aina juga amat memberangsangkan... Syukur Alhamdulillah.... :)



Wednesday, January 12, 2011

Rutin Berubah...

Dah seminggu berlalu... maksudnya seminggu sudah sekolah bermula macam biasa. Tahun nih, dengan bermulanya sesi persekolahan yang baru, bermula jugaklah rutin kehidupan saya yang baru.

Kalo dulu.... masih boleh bermalas-malasan tiap kali dengo bunyik alarm, masih boleh lagik snoozekan alarm tiga-empat kali, masih boleh melambat-lambatkan pergerakan tiap kali bangun pagi. Tapi sekarang tak boleh lagik. Sekarang dengo jek bunyik alarm, haruslah mak setangkas harimau bangkit dari katil. Walo sedingin manapun suasana ketika itu, jangan ko berangan nak menggeliat sana-sini dalam selimut. Sila sedor diri bahawa masa memang sentiasa mencemburui ko... :P

Kalo dulu, set alarm pukul 5.15 a.m, tapi lagik 5 minit pukul 6 baru sibuk nak bangun... tapi sekarang, alarm wajib diset pukul 5 a.m dan paling lambat pun pukul 5.10 a.m nak kena bangkit... huhuhuuuuu.... padan muka ko Kesiannnnnnn...

Kenapa???? Sebabnyaaa tak lain tak bukan kerana budak kecik kesayangan saya ini....


Dia kan dah mula sekolah sesi pagi, mula pukul 8 a.m. Jadik kenalah bersiap awal-awal dari rumah lagik. Kalo sampai rumah atok dia baru nak bersiap gerenti tak sempat sebab van akan amik dia pukul 7.30 a.m. Lagipun di tadika baru Aina tak disediakan makan waktu rehat, jadik kena laaa prepare bekal untuk dia.. Kata ibu mithali kannnn? Lagipun idola ai yang dekat Parkdale tu tak kesah pun prepare lunch-box untuk anak-anak dia tetiap hari, ai kena laaa buat-buat macho prepare bekal untuk anak ai jugak... Kena laaa mencontohi idola ai tuuuuu... Bila dah kena bangun pagi, wajiblah suruh dia sarapan siap-siap. Takkan nak bior anak pi sekolah perut kosong pulak. Dah ko pun pandai bebelkan anak orang yang tak sarapan kat umah pastu pi sekolah sakit perut lah hape lah... maka takkan laa diri sendiri nak bior anak tak sarapan pi skolah kannn?? Sendirik mau ingat laaaa... :P

Maka rutin hidup saya sekarang adalah,
bangun pukul 5 pagi, prepare sarapan merangkap bekal untuk Aina, yelah saya ni bukannya ada sesiapa yang boleh dikulikan diharapkan untuk buat sarapan setiap hari kannnn... *wink*
Pastu mandi dan solat, kemudian pukul 6 pagi kejutkan cik abang dan Aina jugak. Kejutkan cik abang yang sama hazab ngan nak kejutkan anak sebab telah membuat perjanjian sehidup semati dengannya bahawasanya dia lah yang ditugaskan untuk memandi dan menyiapkan Aina sementara saya ketika itu bermekap sakan menyiapkan diri sendiri. Terpaksa lah cik abang berkorban masa tidurnya jua.. anak i kan anak u jugak kan bangggg???? Jadik redho sajelah untuk sama-sama berkorban jiwa dan raga... :D

Apapun memang kena berterima kasey lah kat abah Aina sebab sudi bekerjasama demi kesejahteraan sejagat (?). Dia jugak kenalah berterima kasey kat Aina, sebab kalo tidak, adalah hazabbbbb untuk bini dia nih nak buat sarapan tetiap hari.. korang ado macam hakak nih bangun kul 5 pagi semata nak buat sarapan??? Hado??? Kahkahkahhhhhhh.... :)) *gelak syaiton untuk diri sendiri*

Maka sekarang nih memang tak boleh tidak, pukul 10 saya dah kena panjat katil, pejamkan mata untuk tido. Sebab saya nih memang macam baby tua tak sedor diri... tido tak boleh kurang, terlebey takpe... :P

Tapi sekarang jam sudah pukul 11.25 p.m saya masih duk menaip entri untuk korang semua nih. Kalo korang tak baca dan tak tinggal jejak.. memang mak sentap *tetibe*.... muakakakkakaaaaaa... Wokehhhhh.... mak nak tido laa babes, nih dah satu jam dua ploh lima minit rugi waktu tido... hahahhahaaaaa.... kejiiiiiiiiiiiiiiiii.... chowwwwwwwwwww..... :D



Thursday, December 16, 2010

She Is Ready To Go....

Yesterday was her first art class. She was so excited to go and have fun there... :)

My little princess, Aina...




Sebagaimana yang saya nyatakan semalam, saya telah mendaftarkan Aina di Global Art Class di Seri Alam. Dah lama sebenarnya saya survey tentang art class untuk Aina nih, tapi asik bertangguh je nak daftarkan dia.

Akhirnya Isnin lepas, saya gigihkan jugak diri untuk mendaftarkan dia ke sana... :)

Why art class??? Kenapa ye??? Sebab saya nak dia join sesuatu yang menyeronokkan. Dia sangat suka mewarna. Budak-budak dan kaler... memang sinonim kan? Ada ke budak yang tak suka kaler? Alang-alang dia tengah excited mewarna, kenapa tak saya hantar dia untuk belajar mewarna dengan kaedah yang betul. Harapan saya semestinya supaya dia tak lah mewarisi DNA saya yang sangat buta seni.. kasihan sungguh kalo melihat hasil seni saya zaman sekolah dulu. Sungguh terlampau... :(
Lagipun mengikut apa yang saya baca, art class akan dapat membantu anak mengembangkan kreativitinya dan melatihnya lebih berdisiplin.

Art class ni bukanlah semata belajar mewarna je.. ada jugak handicraft (clay-art) sebulan sekali. Untuk peringkat usia Aina, mula-mula akan diajar menguasai teknik mewarna menggunakan pensil warna.. kemudian bila dah master, baru guna crayon dan seterusnya belajar melukis, juga menguasai pastel colour. Step by step... Apapun kelasnya tak stress.. enjoy je.. :)

Semalam kelas pertama Aina. Saya sangat excited bila mendengar komen teacher Aina. Sesuatu yang saya tak sangka-sangka, yang mungkin saya sebagai ibu Aina pun terlepas pandang...

Mau lihat hasil kerja Aina yang pertama??????????



*


*


*


*
Taraaaaaaaaaaaaa......


Tengok dua bijik epal tu. Kedua-duanya Aina yang kaler.

Komen teacher Aina ... "She is so unique!!!"
Mula-mula epal yang pertama dia hanya beri Aina warna merah dan minta Aina warnakan satu arah dan tidak keluar dari garisan.. ok... done!
Epal kedua dia beri Aina kesemua pensil warna dan minta Aina sambungkan dotted-lines, kemudian warnakan macam epal pertama. Tapi Aina nak warnakan epal itu warna-warni. Kata teacher tu, dia belum pernah jumpa budak yang tetap warnakan gambar apple colourful macam tu. Ok colourful... tapi Aina gunakan kesemua 36 warna yang ada satu-persatu dan mengikut aturan kedudukan pensil warna itu dari kiri ke kanan. Dan jugak boleh perhatikan warna-warna dia tak keluar langsung dari border... walaupun tak searah.
Selama satu setengah jam, Aina duduk diam kat tempat dia dan mewarna. Aina sangat unik bagi teacher tu sebab dia tak macam kanak-kanak seusia dia yang pernah dia ajar... Aina sangat fokus, sangat teliti dan tahu apa yang dia nak. Kellasss anak mak kannnn... hahahaaaa.. kat umah boleh tahan tak reti duk diam, kat sekolah memang ko jadik sangat sopan santun ye noksss... sabau jek laaa... :P
Tak ada masalah dengan 'kekreatifan' Aina tu... mungkin akan susah sikit nak ajar dia mewarna dengan satu warna.. tapi yang pasti Aina mesti akan suka mewarna ikut tone warna nanti.

Saya rasa kelas ni akan menyingkap satu-persatu karakter Aina... and I am so excited to know more!!! Whatever it is... Aina, I'm proud of u my dear.... :)

** Just for note :
Untuk pendaftaran Aina di Global Art Class ni, total bayaran ialah RM 362 including:
1. Yuran bulan pertama - RM 70
2. Workbook - RM 45
3. Registration fee - RM 50
4. Deposit - RM 70
5. T-shirt - RM 28
6. Apron - RM 16
7. Bag - RM 28*
8. Pensil warna 36 btg - RM 17*
9. A3 Folder - RM 26
10. HB pencil* + eraser* - RM 2
11. Handicraft (clay-art) - RM 10
(Yang bertanda * adalah optional)

**Yuran bulanan ialah RM 80 sahaja...


Wednesday, December 15, 2010

Sibuk Ke???

Sekembalinya saya dari bercuti (ayat tak bley blahhhh), saya rasa agak sibuk. Dengan itu blog adalah terabai sekejap. Tapi masih curik-curik masa blogwalking kat blog kawan-kawan. Kalo sempat tinggal jejak, saya tinggal...

Macam sibuk benau je??? Kata cuti skolah.. apa aje laaa yang ko sibukkan labuuuuuuuu???...
Hmmmmm.... Masa lapang sudah menjadi tak berapa lapang. Sebab menguruskan persekolahan Aina. Tahun depan, saya tukarkan Aina ke tadika lain sebab saja nak tuko angin.. heheheheeee..... Then kat tadika baru nih, ada pra-tadika untuk murid 5 tahun sepanjang Disember ini. Motif untuk membiasakan anak-anak yang belum pernah bersekolah. Tapi Aina dah pernah sekolah. Motif saya hantar jugak... biarlah... at least terisi jugak masa dia. Lagipun bukan lama mana... sehari 2 jam je.

So keje saya hari-hari ialah. Bangun, prepare breakfast - yang ni wajib, sebab sekolah Aina tak sediakan makan, jadik kena bawak bekal untuk dia. Then bagi anak-anak dan laki makan. Then siapkan anak-anak. Pukul 8.45 biasanya berdezuppp ke Pasir Gudang (PG), which is about 15 minutes to reach there. School Aina starts at 9 am. Then sementara tunggu Aina balik, saya merayap-rayap sekitar PG atau lepak umah mak saya.. malas nak balik Seri Alam. Pukul 11 fetch Aina, balik... baru laa ada masa lepak sikit. Atau kemas-kemas dapo yang tak sempat nak kemas pagi tu. Then, kena pulak masak-masak untuk lunch... Gitu gini... fuhhhh... memang full hari-hari saya... :)

This week, daftarkan Aina ke Art Class... nanti saya citer pasal tu di lain entri...

Di samping short (shortkah?) update mak this morning, saya nak tempek skali brekpes pagi nih. Inspired by my friend.. Ann, yang makan ini @ Thristle Hotel, PD. Dia kata simple menu ni cost about RM30++.. Tapi buat sendiri?? Saya tak kira, yang pasti murah laaa pasal banyak bahan yang memang ado kat dapo den.

Bahan-bahan...
Baguette, Tuna Mayo, Garlic Spread and Shredded Mozarella


Cara-cara...
Sapu garlic spread, then tuna and lastly taburkan cheese.
Bakar dalam oven bersuhu 200 degree selama 10 minit.



Regunya ialah potato salad.
Potato salad : rebus kentang sampai empuk, gaul dengan mayo & thousan island
Sprinkle sikit oregano (kalo takyah pun takpe)
Sedap dimakan dan sangat mengenyangkan okehhhh...
:)



Ok... got to go... dah pukul 8.10 a.m, tapi anak-anak dan diri sendirik pun lom mandi. Chiow frenzzzzzzzzzzz.....



Saturday, November 13, 2010

Happy 4th Birthday My Sweetie Pie!!!

It's the day!!! Cepat betul lah. Rasa macam baru tahun lepas buat entri birthday untuk Aina, hari ini sekali lagi.

Aina Suraya, anak ibu dan abah yang tersayang. Selamat hari lahir sayang. Ibu doakan Aina akan menjadi anak yang solehah, bijak dan taat kepada Allah. Ibu sayang Aina.. terlalu sayang. Meskipun ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik, tapi ibu sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk Aina. Harapan ibu agar Aina berjaya di dunia dan akhirat.

Terlalu cepat Aina membesar. Tengok gambar terkini Aina ni, saya rasa macam tak puas menjaga Aina. Semakin Aina membesar, tidak-dapat-tidak saya tahu saya harus bersedia untuk menerima kenyataan bahawa dia akan semakin menjauh. Tidak lagi bergantung penuh kepada saya. Kenyataan... Cuma saya harap saya dapat menikmati momen pembesaran Aina dengan tenang dan gembira. Membesarlah anakku.... Walau suatu masa nanti mungkin Aina tidak lagi bergantung penuh kepada ibu, ibu nak Aina tahu.. ibu akan selalu ada untuk Aina, tidak kira di masa senang atau sulitmu. Ibu sayang kamu... doa ibu sentiasa mengiringi kamu di mana jua kamu berada.....

Ni gambar Aina semalam,

mencuba full costume untuk pertandingan pakaian beragam berkonsep Satu Malaysia anjuran tadikanya sempena hari anugerah.... Jenuh saya putar JB nak carik baju yang sesuai. Kebaya cheongsam, boleh laa kan dengan konsepnya. Cantik tak?
See... how 'matured' she looks...
:)



Handbag pun mak carik ala-ala chinese... :P
Suka giler ko bila pakai baju nih, kuat berangan macik nihhhh... hahahaaaa


Gaya gadis solehah... Aminnnnnn.... :)


Untuk yang nak baca kronologi kelahiran Aina yang penuh ngeri, boleh baca kat EntriLama nih...

Selamat berhujung minggu u ollsssss.... :)



Thursday, November 11, 2010

Especially For You...

Semalam acara sambutan Hari Lahir Aina dan kawan-kawannya yang lahir di bulan November. Disebabkan makanan berat, tadika dah sediakan, saya cuma menghantar cup cakes dan goodie bags sahaja. Bagi cup cakes senang, tak payah cikgu nak potong-potong, bagi je sorang satu. Lagipun kompem habis semua... takde berlaku pembaziran.. Membazir kan amalan syaiton... :)

Memikirkan apa yang perlu diisi dalam goodie bags adalah pening. Sebab saya kan antara mak-mak yang poyo mementingkan kesihatan anak. Bila Aina bawak balik goodie bags yang penuh jajan semata, saya sangat tak suka. Jenuh carik masa nak sembunyikan jajan-jajan tu dari dia dan adik. Jadi semestinya saya tak nak bagi goodie bags yang penuh jajan yang langsung tak berkhasiat. Mari lihat goodie bags yang saya sediakan....

Goodie bags for him & her
Beg kertas tu untuk teachers.... :)


Saya beri stationary, Pooh for girls & Ben 10 for boys. Juga ada air kotak Milo, biskut Munchy's sorang sebungkus kecik, kekacang dan kismis. Cadang nak masukkan Twiggies, tapi sayangnya kawan hubby yang keje bawak lori Gardenia tu ada hal pulak, tak dapat nak supply Twiggies tu. Ok laaa kan isi perut Goodie Bags tu... :)

Untuk teachers pun sama jugak, cuma tak ada stationary tapi saya gantikan dengan brooch. Sebagai cenderamata untuk cikgu-cikgi yang dah 'mencelikkan' anak saya. Terima kasih cikgu! :)

Cup cakes Aina paling saya suka. Saya tak tetapkan theme cuma saya mau cup cakes yang cantik dan comel untuk puteri saya itu. Ini cup cakes Aina.....

25 pieces for teachers & friends...


Saya order extra 10 pieces untuk ahli keluarga yang lain....


Cup cakes yang dibuat untuk Aina adalah flower and garden theme, sesuai laa kan untuk anak dara saya. Aina paling suka cup cakes yang ada bee tu.. :)
Thank you very much to Tim bukan Tim yang duk kat Parkdale tu yer... :P for creating cup cakes yang cute nih... :)
Saya memang selalu order dari Dia. Macam-macam kek dia pandai buat. Masa Raya saya order blueberi cheesetart dari Tim nih. Untuk yang berada di sekitar Pasir Gudang atau JB boleh laaa kalo nak order kek dari Tim. Boleh jenguk-jenguk blog dia kat SINI . Kek nya dijamin sedap dan cantik. Harga pun berpatutan.

Ok... boleh tarik nafas lega sekarang sebab semuanya sudah settled. Kredit to my hubby sebab sudi layan permintaan saya untuk amik semua gambo di atas. Nasib u lah yang, dapat bini blogger tegar... hahahahaaa.... :D

Saya akhiri entri ini dengan wajah birthday-girl-to-be, Aina dan adik kesayangannya... :)

Love u so much kiddos...




Tuesday, October 26, 2010

Berita Tergempar!!!

Seri Alam - Satu kejadian berunsurkan jenayah juvana telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Seri Alam, lewat petang semalam. Dua mangsa telah dikenalpasti. Mangsa pertama yang dikenali sebagai telefon mainan dan mangsa kedua dikenali sebagai listip atau nama glamournya Cik Mek @ MAC.

Menurut saksi kejadian, mangsa pertama telah dinodai dengan kejam jayanya oleh suspek dengan menggunakan mangsa kedua. Suspek yang amat kreatif telah menggantikan crayon miliknya dengan mangsa kedua. Ketika kejadian berlaku, didapati mangsa kedua telah diculik dari penempatan asalnya dengan menggunakan barang kes berupa sebuah kerusi berwarna putih. Suspek kemudiannya telah menodai mangsa pertama dengan menggunakan mangsa kedua tanpa belas-kasihan. Kejadian dipercayai berlaku akibat dari perasaan minat suspek yang amat mendalam terhadap mangsa kedua. Sewaktu ditemui, suspek dalam keadaan panik dan terus membuat pengakuan bersalah.

Suspek kini dalam tahanan reman dan telah dijatuhkan hukuman pengasingan di dalam bilik selama 15 tahun minit di samping sesi kaunseling tanpa henti yang berterusan dari kaunselor yang meroyan akibat perbuatan suspek. Suspek dipercayai telah membuat pengakuan sumpah untuk tidak mengulangi perbuatannya dan menyesal di atas tindakannya yang terlampau itu.


Sumber dari tidak BERNAMA.



Mangsa 1...



Mangsa 2 yang parah dalam kejadian... :(



Tempat kejadian merangkap tempat asal Mangsa 2...



Bahan bukti kes...



Suspek UTAMA selepas diinterogasi dan dijatuhkan hukuman...






nota kaki : baru je dapat listip free, listip yang lama dinodai dengan kijamnya. Nasib baiklah listip tu memang bukan favourite acik dan dah lama tak pakai. Kalo listip baru yang free tu ataupun listip favourite acik, haruslah suspek dikenakan hukuman lebih terlampau lagik... huhuhuuuuuuu... Benci btol bila terpaksa meroyan dengan suspek!!! :(


Friday, September 17, 2010

Best Ke??

Sana sini cerita pasal raya yer... Yelah tengah mood beraya masing-masing. Raya korang best ke? Harus laa best kannn... tetiap tahun pun best. Saya pun rasa macam tu, tapi... tahun nih extra best lah... sebab anak-anak dara sudah pandai beraya sama.. hehehheee. Terasa raya jadi happening bila diorang pun dah tau makna raya.

Tapi yang paling saya suka sebab gambar raya tahun nih macam best sangat. Rasa nak cuci semua gambar yang ada... Nak-nak gambar anak-anak dara saya laa.. :)

Korang layan gambo nih laaa.. antara gambo yang saya sangat suka...


Cuba peratikan, adik ngikut je gaya kakak possing..
:))





Luv this pic!!! :)




Possing ayu anak dara acik... :)


Favourite possing si adik.. cheeky btolllll... :P


Err... tuan punye blog tetaplah nak menempel... :P


Sape kata adik takde iras ibu?? Cuba korang perati, tang mana yang sama...



Banyak lagi gambo yang saya suka... tapi tu je lah yang larat upload. Korang pun kang tak larat nak tengok gambo-gambo gedix acik dan family... hahhahahaaaa.

Raya tahun nih, malam raya dan pagi raya saya di Pasir Gudang.. turn rumah mak sendirik. Then tengahari, ke Pontian pulak. Tahun nih tak balik ke Muar sebab mak saya pun tak balik. Jadi saya habiskan cuti raya banyak kat umah mak mertua ajer. Lagipun sian kat mak mertua saya, kalo tak kami sekeluarga ada... takde sape pun yang ada, sebab... biras saya dalam pantang kat umah ayah dia.. so adik ipar saya pun memang lebih banyak kat umah bininya lah. Kakak ipar saya pulak kena standby kat klinik.. maka raya pertama malam tu dia sekeluarga dah balik umah dia. Nasiblah ada menhantu solehah saya dan suami, kalo tak sorang ajelah mak mertua saya.. Tengok macam tu rasa nak beranak sepuluh... Tapi kalo beranak sepuluh pun blom tentu masa raya semua ada kannn... ehehhh...

Ok... jam dah pukul 1 pagi saya masih sibuk prepare schedule n3 untuk u olls.. sila terharu okehhh... :P

Saya kena tido, esok dah naik sekolah.. saya kena pi taklimat pengawas UPSR, tahun ni acik kena jaga peksa.. nyampah tawwwww.... nama GB yang submit, sian anak murid acik kena tinggal.. huhuhuuuuu. GB kata sengaja nak bagi duit lebih kat saya buat tambah-tambah duhet sopping... koser tawwwwwwwwwww.... :(

Konon-konon mood blogging blom mari, tapi macam biasa... acik dah merapu panjang lebo... Nasib laa korang kena baca... muahahahaaaa

Selamat hari raya u olls... sapa-sapa yang dekat, jemput laa beraya ke rumah... :)