Showing posts with label Potty Train. Show all posts
Showing posts with label Potty Train. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Fully Diaperless???.

Kisah potty train Aina bermula sekitar Jun tahun lepas, sebagaimana yang pernah aku kisahkan di Sini. Alhamdulillah... tidak susah nak mem'potty-train'kan Aina. Tapi, masa tidur Aina masih lagi berdiaper. Sebab saya tak konfiden tak pakaikan diaper masa dia tidur.

Tetapi, sudah empat malam Aina tidur tanpa diaper. Bermula dari malam pertama, saya terlupa nak pakaikan dia diaper. Dan saya kagum bila dia langsung tak pee. Wahhhh.... clap!! clapppp!!! Saya terus puji-puji dia dan bagitau Aina, budak bijak tak pakai diaper malam-malam tauuuu... Dan Aina kemudian bersetuju terus tak payah pakai diaper waktu tidur malam lagi. Maka sudah empat malam dia tidur tanpa diaper. Tapi, tengah malam saya tak kejut dia pun. Sebab bila saya kejut, memang dia tak nak bangun. Yang pastinya sebelum tidur, saya akan suruh dia pee dahulu. Saya bertawakal sajalah mintak-mintak Aina tak terbabas di tengah malam.

Sebenarnya training Aina tido-tanpa-diaper ini sedang elok pulak seiring dengan training Aina berpisah tempat tidur dari saya dan hubby. Selama nih kan kami berempat berhimpit-himpittido sekatil. Sejak seminggu lepas, saya dah letak satu tilam kat bawah. Berpisah tempat tido, bukan berpisah bilik. Aina (dan kadang-kadang Ainin pun) akan tido atas tilam tu. Tapi kalo Ainin tido dengan kakak dia, bila tengah malam mesti bangun carik nenen saya jugak... :P
Bagusnya Aina nih kalo dah tido memang susah nak terjaga. Jadi bila dah lena kat tilam tu, memang sampai ke pagi laaa. Apapun lapang sikitlah katil kami sejak akhir-akhir ini.. Taklah ada orang tu sakit-sakit pinggang tido statik sampai pagi sebab anak-bini dah conquer katil...wakakkaaa... :P

Kalau betullah Aina akan berterusan diaperless di waktu malam, syukur Alhamdulillah. Senanglah poket abah hati ibu dan abah. Wahhhh.. diaper langsung tak payah belilah nampaknya sebab adik pun pakai CD kannnn... Susu adik memang tak pernah beli sejak azali... Tinggal susu kakak sajalah. Aina pun nampak macam dah kurang sikit minum susu. Biasa beli 2 tin untuk sebulan, lately nih dah tinggal setin ajer... Maybe sebab dia makin kuat makan. Petang-petang pun dah pandai request goreng itu-ini untuk dia dan saya melantak makan.

Budak bertuah yang sampai sekarang pun saya suka gomol... :P


Cuma satu saja, saya sedang mencari-cari waterproof bed pad untuk buat alas tilam Aina sebagai langkah berjaga-jaga. Saya masih belum sempat survey kat Jusco.. ada ke ekkk??? Saya try carik online, macam tak jumpa. Kalau ada sape-sape tau boleh beli kat mana sekitar JB nih atau dekat online, mintak tolong bagitau yerrrr??? TQ u ollssssss.......... :D




Thursday, June 11, 2009

Aina & Potty Train Lagi...

Sambungan dari EntrikuYangIni. Dah seminggu lebih aku mem'potty train' Aina. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan aku sendiri tak sangka semudah ini. Sepanjang potty-train hanya dua kali saja dia terbabas, macam yang aku citer dalam entri di atas tu. Lepas aku mengamuk for the second 'accident', hah.. no more terbabas lagik... :D

Dia pun dah pandai rasa macam mana nak terkencing. Everytime bila 'rasa' itu datang, berebut dia bagitau aku. Dan aku dah ajar sekali untuk dia uruskan diri dalam toilet..
daripada buka sluor-buang air-cebok-lap-pakai sluor. Kira dah perfect lah. Aina memang budak bijak. Cakap pun dah macam-macam pandai.. mesti laaa senang je nak latih untuk yang satu ini. Jadi adegan aku mengusung mop tak lah lama sangat berlangsung.

Malam atau bila dia tido, aku still pakaikan diaper. Tapi dah dua tiga hari nih aku tengok bila bangun, diaper dia masih kering macam dia tak kencing langsung masa tido. Bila dia bangun dia berebut nak p toilet.. taknak kencing dalam diaper. Tapi aku still tak berani untuk tak pakaikan dia diaper lagik. Buatnya kang terbabas... satu keje aku meroyan nak basuh tilam... :P

Tapiiii... Aina masih belum mahu poo dalam toilet. Dia tau bila nak poo, tapi still mintak diaper.. tak nak p toilet. Takpe lah... satu-satu lah kan.. Dia dah pandai pee kat toilet pun dah syukur.. hehehee........ :P

Tuesday, June 2, 2009

Aina & Potty Train...*UPDATE*

Mak gerammmm nih nyahhh!!!!!!!!! /no
Dia terbabas lagik... huhuhuuuu... Dah ku bawak ke toilet beberapa kali, tapi tiba toilet tammo kencing. TupTupppp... terbabassss..... Dan aku pun secara uncontrolled nyer pun bertukar menjadik mak lampir lahhhh... /XD
Dia pun melelehhh laaaa kan dah kena marah.. Sampai tertido-tido dalam sedu-sedan.. aiyyoooo.. sian lak anak aku... *sigh* Tuko balik mood 'angel' /please
Huhhh... ko memang kan intan!!!! Ini TRAINING okehhhhh.. sila jangan hot-tempered ajer... *lempang diri sendirikkkk*


Cuti sekolah telah pun bermula. Maka dengan bermulanya cuti sekolah ini, bermulalah juga misi Aina dan potty train nya, seperti yang telah aku cita-citakan sebelum ini. Aina.. 2 tahun 7 bulan, ini bulan... Agak lambat mungkin untuk memulakan potty train, ada orang dah mulakan lebih awal lagi. Aku mulakan lambat sebab aku yang tak bersedia... /hmm
Sibuk nak menguruskan dua budak kecik, dengan penat lagik...errrr... dan macam-macam alasan lagik laaaa.... :P Aina memang dah petah bercakap. Memang dah boleh sangat dilatih untuk ke toilet. Jadi memang waktu cuti sekolah dua minggu inilah yang paling sesuai bagi aku untuk melaksanakan potty train ini kepada Aina.

Maka hari ini bermulalah sesi potty train Aina. Errr...sebenarnya semalam, selepas waktu mandi petang Aina. Almaklum pagi aku bawak anak-anak murid ke pameran buku @ Danga City Mall. Tak susah menerangkan kepada si Aina kenapa dia tak perlu pakai diapers lagik. Dia senang aje paham. Tapi cabaran pertama telahpun bermula semalam. Aku bawak p toilet tammo kencing tuptup.. "ibu...kencing..." /omg
Lek..lek..kembang kempis lobang idung kontrol macho tammo marah.. Lembut jer suara ibu, "Laaaa..nape kencing kat situ? kan ibu suh kencing kat toilet..cepat-cepat p toilet, basuh.." ahahhahaaaa... penuh keibuan aku membimbing Aina ke toilet. Haiii nak, nasib baik laaa ko terkencing kat atas lantai, kot atas carpet, meroyan gak ibu nak cuci okehhhhh....
takpe..takpe..kasik can, jangan marahhhh... huahuahuaaaaa.... /sweat

Hari ni lom tau apa pulak cabarannya. Yang pasti apapun, kena urut dada jek laaaa untuk permulaan nih kannnn.. nama pun training, kalo dah terus pandai memang mabeles lah anak aku.... :)) Tengok lah, berapa kali agaknya dia terbabas sehingga betul-betul pandai ke toilet sendiri bila rasa nak terkencing. Aku harap tempoh dua minggu nih cukup untuk train dia. Toksah laaa lama-lama nak oooiiiiii... ko blajo kenal ABC pun dua minggu jek, takkan laaaa blajo kencing sendirik nak makan masa sebulan pulokkkk.. sesungguhnya anakku, ibumu ini bukanlah angel from the sky... Jadik sebelum dia berubah menjadi mak lampir, eloklah ko tak terbabas lagik yer nak yerrrr.... :P

Ehhh.. sebenarnya kan, selang masa nak bawak dia p toilet berapa lama ekkk??? Setengah jam sekali, ke sejam sekali????