Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

Monday, June 7, 2010

Oh Budak Setan....

Jumaat malam lepas, dalam pada bosan-bosan tak tau nak buat apa.. tiba-tiba syaiton dalam kepala saya timbul idea nak ajak incik suami tengok wayang. Tak bagi can kat si dia buat pilihan, saya terus usulkan cerita ini......



Encik Suami walopun tak minat cerita Melayu, tetap juga menurut perintah. Maka berdezuplah kami berempat ke JJ Tebrau. Sampai sana, sementara si dia pi solat Maghrib, saya pun beli tiket. Nasib tak ramai orang.. dan nasib baik juga show pukul 9.20 malam masih banyak yang kosong. Nekad je saya bawak anak-anak dara saya tu, dengan harapan si Ainin tak buat perangai nak lari-lari dalam wayang... :P

Memang nasib baik, malam tu Ainin duduk diam aje atas pangku saya sambil sama-sama layan citer jiwang itu. Sejam pertama gigih dia menonton, kemudian mintak nenen dan terusssssssss ke lalaland... Si kakak aje yang gigih tengok sampai abes walopun kelopak mata dia dah macam kena tongkat ngan batang mancis... :))

Okeh, overall untuk movie ini adalah so-so aje bagi saya. Kalo dari 5 bintang, saya bagi 3 ajer. Memang toksahlah nak harap movie yang adaptasi dari novel akan jadik sehebat novelnya. Pendapat peribadi saya, novel Legenda Budak Setan adalah nashkah cinta terbaik yang pernah saya baca, yang menemani perjalanan ketika saya meniti usia remaja saya, yang membuatkan saya begitu terbuai dengan cinta Kasyah, yang menjadikan saya berharap bertemu lelaki sehebat Kasyah... memang begitu indah garapan penulisan Ahadiat Akasyah yang hensem itu.. tiba-tiba ayat aku pun jadik jiwang karat

Tapi, menonton filem Lagenda Budak Setan... saya rasa seperti makan lauk tak cukup rencah, kurang perisa. Ada rasa tawar di sana-sini... cerita yang celup sana celup sini... tak macam novel. Yelah kan, kot nak detail macam novel, seminggu pun blom tentu abes cerita tu.. hahahaaaa... Bukan salah filem tu pun sebenarnya, logik lah tak boleh nak 100% ikut novel. Cumanya peminat novel Lagenda Budak Setan memang jangan mengharap filem ini akan jadi sehebat novelnya. Filem dan novel adalah berbeza adaptasinya.

Dari segi pelakonnya, okey... sebab saya bukan peminat fanatik Farid Kamil, saya tak boleh nak kata lakonan dia terbaek dalam cerita nih. Entah kenapa saya asyik terbayang muka dia sebagai mat rempit je dalam cerita nih.. hahahhaaa... ampun Farid Kamil!!!
Tapi sebab saya suka si Lisa Surihani yang memang comel, maka saya memang nganga tengok lakonan dia... eiii.. cantik sungguh si Lisa nih. Geram tengok muka dia yang comel tu, rasa nak cubit-cubit je.. hahahhahaaaaa.... Sorang lagi yang saya suka lakonannya ialah Que Haidar. Memang kalo bawa watak jahat, sungguh menjadi. Bravo lah Que.. ko memang best!!! Sebab tu bini ko cantik.. eh? Apa kaitan??? :P
Watak pelakon baru, apa ntah nama dia - yang jadik Ayu sesudah plastic surgery atau Emilia.. adalah tak best... Dia pelakon baru, biasalah kan kalo tak best pun. Saya rasa kalo bagi kat Fazura watak Emilia tu lagi bagus, sebab watak berat bagi kat pelakon baru macam errrrr... banyak kekurangannya. Bukan salah dia lah kan.. dia pelakon baru, tapi salah orang yang pilih pelakonnya lah. E'ehhh.. mandai pulak ko nak kritik-kritik orang... :P
Pelakon-pelakon tambahan yang lain membawa watak dengan ok.. takleh nak komen sangat, pasal watak utama Kasyah-Ayu/Emilia-Azmi yang banyak mewarnakan cerita ini. Tapi Fazura memang cun habesss... sekali lagi saya nganga tengok muka perempuan cantik nih... kahkahkahhhh

Wahhhh... saya punya komen macam bagus pengkritik filem.. Tapi ini pendapatan peribadi saya yang telah menonton cerita ini. Saya rasa nanti ada sambungan citer nih. Okey, peminat novel LBS bolehlah kalo nak menonton filem nih, untuk layan dan mengimbas kenangan lalu. Apapun, saya memang nanges di ujung cerita.. bila Emilia meninggal masa melahirkan anak. Errr.. mak memang sensitip part-part macam nih... ahaksssss.... :P

Apa lagi? Lagi satu.. OST adalah best, saya nak download OST cerita nih.

Okey, Aina sekarang kalo saya bawak kereta laju-laju nanti dia kata...
"Ibu jangan bawak kete laju, nanti accident macam Ayu"
Conclusionnya, anak saya sudah faham dan boleh ingat jalan cerita sesuatu filem.. jadi jangan buat tengok cerita lucah bukan-bukan dengan dia... :))

Sekian, terima kasih



Saturday, May 8, 2010

Review Film...

Haiiii u ollssssssss.... bertemu lagi kita dalam ruangan Review Film di hujung minggu yang indah ini... ahaksssssss... Weekend ini u olls kalo takde rancangan, boleh lepak-lepak tengok DVD aje kat umah.

Tema filem minggu ini adalah romantik-seram... muahahhahaaaa.... So, cerita yang saya dah tengok sepanjang minggu ini adalah...

Chloe... ai like!!!


Dear abang John ... I heart this movie..


Leap Year.. Hero hensem... auwwww!!!


The Crazies... ada beraniiii???


First of all citer Chloe, hasil hebahan dari Kak Non Vogue kite... Bersusah payah mak carik citer nih. Setelah gagal mendownload secara haram, maka mak telah pujuk-pujuk mamat DVD tu suh carik citer nih. Ni kira spesel booking dari mak selaku pelanggan setia. Berani ko tak carik untuk ahkak dikkk??? Ahkak sabotaj kedai ko kang!!! --> ayat ugutan manjer gangster Pasir Gudang.. :))
Dan memang citer nih best!!! Saya sangat sukak. Lagi-lagi sebab ada Liam Nelson yang mak rasa bergetarrrr tengok dia... ahahahhaaaaa... Mengong ko nihhh kannn Review citer nih takyah citer laaa, Kak Non dah pernah buat review pasal citer suami cureng nihhh. Apapun memang wajib tonton.. :)

Dear John... kisah cinta abang askar. Jadi untuk bini-bini askar, bolehlah tengok dan feeling-feeling jadik Amanda Seyfried, heroin citer nih. Eh minah ni pun heroin citer Chloe tu hokeh. Lakonan dia best.. dan dia memang seksis lagi cun... mak yang pompuan nih pun meleleh air liur tengok dia... kahkahkahhhhhh.... Hero nya pun menusuk jiwa. Dah ler hensem, bile pakai uniform lagik laa macho kannnn... Ni kisah percintaan seorang askar dan aweknya. Bercinta sakan tapi last-last tak kawen sebabbbb... Sebab aweknya tiba-tiba kawen ngan orang lain. Kenapa awek dia kawen dengan orang lain??? Ohhh... tu kena tengok.. Syahdu citer nih...

Leap Year... Romantik-komedi... Mak sukak tengok hero dia Matthew Goode tu. Memang mak suka tengok hero-hero hensem je kalo beli movie.. kahkahkahhhhhh.... Tapi citer nih memang best. Kisah minah nih yang duk tunggu-tunggu boipren dia yang dah 4 tahun bercinta tapi tak propose ajak kawen. Akhirnya, dia tak leh tahan, dia nak follow satu tradition yang menyatakan seorang perempuan boleh propose lelaki pada hari tahun lompat iaitu 29 Februari. Dia pun redah nak pi dapatkan boiprennya yang ada seminar kat Dublin. On the way to proposed tu, macam-macam halangan yang dia dapat. Apakah dia akan kawen dengan boiprennya itu?? Korang tengok laaa sendiri... :P

The Crazies... Kak Non citer seram nih, hang dah tengok ka??? Citer nih syiokkk untuk orang yang suka horror movie. Kisah kecelaruan gen akibat virus yang melanda satu kawasan. Orang-orang kat situ kejenya nak berbunuh-bunuhan sahaja kerana virus itu. Seram dan best!!

Okey u olls... itu sahaja review film dari saya minggu ini. Berjumpa lagi kita di minggu hadapan pada hari dan waktu yang sama. Selamat berhujung minggu!!!!!!!! Adios Amigoes... :)


Sunday, April 11, 2010

Keranamu Kak Non...

Keranamu Kak Non, beria saya zassss ke kedai DVD harem yang berhampiran untuk mendapatkan cerita ini.....



Bersama-sama cerita itu juga saya rembat sekali cerita...
  • Spread (Ada Ashton Kutcher)
  • Valentine's Day
Daybreakers saya belum tengok lagik, tapi beria tengok Spread petang tadi sebab ada mamat kiut tu. Tapi sumpahhhh tak payah beli aahhhh Spread nihhhh. Giler 18SX terlampau cerita dia. Saya tak tengok habis pun pasal geli lah wehhhh.. dah macam tengok blue filem jerrr.. Memang takde potong langsung. Kejadahhh si Ashton tu berlakon cerita macam tu??!!! Saya ingat nak pi pulang laa citer nih, pasal mamat kedai CD tu bangang btol tipu saya, suara citer tu belum clear btol ponnnn... slalu kalo saya beli ngan Cina tu takde pun dia jual yang tak clear lagik, tapi tadi Cina tu takde pulak. Ni citer Valentine's Day tu pun tak tau ler dah hokeh ke tak. Kalo tak ok, memang nak kena maki laa mamat tuuuu... :(

Okeh, jap lagi kalo lom ngantuk saya nak layan Daybreakers pulak. Tapi saya kena siapkan tanda kertas ujian anak murid saya, ada satu kelas lagik lom siap bertanda.

Eh Kak Non, The Descent 1 takde jual lagi dah laaaaaa.... huhuhuuuuu



Wednesday, December 2, 2009

Wajib Tonton...

Kan saya dah kata saya dah beli banyak DVD untuk ditonton. Antara yang saya dah khatamkan ialah The Proposal dan Jennifer's Body. The Proposal memang lawak dan best. Jennifer's Body kureng, entah kenapa macam tak bape nak paham.

Tapi saya nak bagi two thumbs up untuk filem ini.... "My Sister's Keeper", lakonan Cameron Diaz. Tak pasti kalian dah tengok ke belum, tapi saya lom jumpa review dari siapa-siapa lagi setakat ini (ke saya yang tak perasan??) Tak kisahlah, saya nak review gak pasal cerita ini memang best sehingga menusuk naluri keIBUan saya. Cerita kekeluargaan dan berjaya membuatkan saya menangis teresak-esak depan lappy... huhuhuhuuuuu... Saya memang over-emo, orang lain mungkin tak nangis macam saya. Lagipun tengok sorang-sorang, anak-anak pun dah tido, haruslah tak de cover-cover nak nanges... :P



Ok ceritanya tentang Cameron Diaz (CD) yang ada 3 orang anak. Anak pertamanya dyselexia (spelling???), anak keduanya leukimia dan anak ketiganya sihat walafiat. CD peguam berjaya yang sacrificekan kerjayanya untuk menjaga anaknya yang sakit tu. Dia memang buat apa sahaja untuk selamatkan anaknya. Anak dia sakit sejak kecik lagi. Then Dr suggest, satu cara nak survive ialah dengan ada anak lagi sorang supaya boleh diambil cord blood cell, air tulang belakang dan ntahapehape lagi untuk selamatkan anaknya tu. Kiranya sebagai DONOR utama lah untuk si anak yang sakit. 1st child tak boleh tolong sebab tak matching. Dia dan suami pun sama. So CD pun extremely nak anak lagi, terus setuju untuk buat IVF sebab nak pastikan anak tu matching segalanya ngan si kakak. Suaminya mula-mula macam tak setuju sebab rasa macam tak betul je buat gitu, tapi CD memang sanggup buat apa saja untuk si anak. CD memang terlalu protective untuk si anak yang sakit, sampai anak dia yang dyselexia tu pun dia tak amik kisah sangat.

Then bila si adik lahir, sejak kecik si adik dah jadi DONOR untuk kakak. Apa sahaja. Darah, sum-sum tulang, itu, ini... memang kesian. Alasannya, untuk tolong si kakak. Kemuncaknya bila Dr minta si adik dermakan satu buah pinggang sebab si kakak dah tak berdaya nak terus buat dialisis, masa ni si adik dah besar sikit. Si adik rasa tak adil untuk dia. Dia yang sihat kena korban banyak untuk kakaknya yang memang tak boleh nak sembuh lagi. Hidup dia akan jadi risky sebab medication yang dia lalui. So dia decide nak saman mak ayah dia. Dia jumpa sorang famous lawyer untuk bawa kes ni ke tengah. Dan bermulalah kucar-kacir dalam family tu....

What happens next??? Kalian tengok sendirilah, kalo citer sampai habis kang tak best pulak. Tapi ni pun saya dah citer banyak.

Cuma cerita nih buat saya terfikir. Memang lumrah seorang IBU akan buat APA SAHAJA untuk anak. Apatah lagi anak yang menderita sakit macam tu. Si ibu akan berjuang bermati-matian untuk menyelamatkan si anak. Tapi kalau saya terpaksa memilih di antara dua orang anak, saya tak akan mampu untuk membuat pilihan.... Sebab saya mahukan kedua-duanya... Kalian bagaimana???