Short & Sexy??? Semestinya bukan skirt atau pants saya... hahhahahaaaa
*
Bilakah kali terakhir anda menggunting rambut atau merias rambut anda??? Kalau saya, seingat saya saya sudah 1 tahun 8 bulan tidak menggunting rambut. Ya... sejak Ainin lahir, saya belum lagi menggunting rambut. Masa sebelum melahirkan, mak saya tak bagi gunting sebab nanti masa pantang kalo rambut pendek tak boleh nak ikat-toncet-tinggi tipikal orang berpantang.
*
Untuk wanita bertudung yang ayu dan sopan seperti saya ini, gaya potongan rambut adalah tidak menjadi keutamaan. Bagi sayalah, mungkin tidak bagi anda.. mungkin bagi orang lain yang bertudung, gaya rambut tetap vogue devasssssss... :D
*
Tapi memandangkan bila saya tengok gambar ini.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dan saya jeling-jeling cermin sambil pegang bantal seperti dalam gambar di atas tu, saya rasa semacam ada persamaan.. maka saya adalah ngeri... :P Rambut mak nih dah panjang sangat u ollssss... Dah susah
kalo asik nak mandi wajib nak diuruskan. Kepala pun dah macam rasa berat jer. Berat saya pun dah bertambah disebabkan berat rambut saya yang panjang ini... okeh yang ni memang takde kaitan.... wakakkakaaaa.... :D
Saya bercadang nak gunting rambut dan buat sikit hair-do pada rambut saya. Saya google kat google image dengan tajuk ini --> "short and sexy haircut" dan saya telah terpesona melihat beberapa gaya potongan rambut ini....
*
Ai very heart this one... cantik lorrrrrrr
*
Kalo yang ini, maknanya saya kena buat rebonding... tapi cun lah
*
Yang ni lebih kurang yang atas tu, tapi panjang sikit...
*
*
Errr.. tapi sila bayangkan warna rambut adalah kekal hitam yer. Kalo mak kaler rambut serupa itu, mau laki mak balik nanti dia botakkan pale mak... hahahhahaaaa. Cantik lah ketiga-tiga stail tu. Saya perasan saya akan jadi cantik jugak lah kalo buat rambut macam tu... ngeeeee...
Kalo u olls... antara 3 tu, mana yang jadik pilihan??? Tetap nak tanya u olls tawww.... hahahhaaa