Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Sihir: Antara Percaya Atau Tidak

Kalut. Keliru. Bimbang.

Semoga kami diberi kekuatan untuk menghadapinya. Semoga Allah sentiasa melindungi kami dari segala kejahatan syaitan dan jin.

Saya ingin berkongsi tentang ini, tapi tidak tau bagaimana nak memulakannya. Nantilah.. bila sudah bersedia, insyaAllah akan saya kongsikan sebagai peringatan untuk kita semua.

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Al-Baqarah : 255)

Friday, August 21, 2009

Ia Sudah Datang!!!

Ia sudah datang... Apa???? Virus jahat itu sudah sampai ke sekolah saya. Ya... H1N1 sudah menyerang murid di sekolah saya. Kelmarin, seorang bapa datang ke sekolah untuk mengambil tiga orang anak-anaknya yang bersekolah di sekolah saya, kerana adik bongsu mereka yang berusia 4 tahun telah disahkan menghidapi H1N1 dan pihak hospital mengarahkan agar ahli keluarga yang lain turut dperiksa.

Semalam, confirm salah seorang murid itu yang berada dalam darjah 2 disahkan sudah dijangkiti virus tersebut. Abangnya yang darjah 4 belum diketahui keputusannya. Saya sangat seram, sebab pagi kelmarin saya telah mengajar murid tahun 4 itu. Harap-harap dia tidak dijangkiti sama.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, pihak sekolah telah membekalkan setiap murid dan guru dengan mask. Terima kasih kepada pihak parent yang telah bermurah hati sponsor mask untuk semua murid dan guru. Juga... ketiga-tiga kelas terbabit telah dibersihkan dan dicuci dengan dettol.

Dan saya... juga telah mengambil langkah berjaga-jaga ini....


Semoga penyakit ini tidak menular di sekolah saya hendaknya... aminnnnn...............

Monday, August 17, 2009

Warded!!!

Kawan-kawan...

MamaEalyie telah ditahan di Hospital Sultanah Aminah sejak semalam, susulan dari sakit matanya. Rupanya sakit matanya bukanlah sakit mata biasa. Hari Sabtu lepas, dia mengadu pada aku yang kornea matanya mengeluarkan nanah. Setelah pergi ke klinik lagi semalam, dia dirujuk ke HSA. Menurut doktor, mata ely kena infection mungkin akibat penggunaan contact lens.
Sangat kasihan kawanku yang seorang ini. Dah laa tengah dalam pantang, diuji dengan ujian sebegini. Dia terpaksa berjauhan dengan baby Faris, dan itu amat menyeksakan okehhh... dengan susu yang melimpah-ruah. Sekarang nih dia mengadu tak cukup botol nak simpan susu-susunya yang dipam. Ely kata mata sebelah kanannya itu pun kabur, tak nampak sangat...huhuhuuuu.....
Bersama-samalah kita mendoakan agar tak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada ely dan semoga dia cepat-cepat sembuh, ya kawan-kawan.................


Friday, August 14, 2009

Sampai Bila???

Sampai bila??? Persoalan aku kepada suasana tidak sihat yang makin berlarutan sekarang ini. Dulu, hari Jumaat kunantikan. Hari untuk meroyan. Boleh jalan-jalan memantau perkembangan di shopping complex. Tapi.. hari ini, usahkan nak ke Jusco mahupun Tesco, nak ke pasar pun ragu-ragu.

Malam tadi Aina sudah request pada abahnya, "Abah, nanti kita pergi Jusco DAN Tesco ye?"
Sila perhatikan perkataan DAN di situ.
"Tak boleh laaa Aina, sekarang tak boleh jalan, ada H1N1," jawab aku.
"A'aaa laaa Aina... tak boleh jalan sekarang," jawab abahnya juga
" Alaaa.... mana ada H1N1.. tak ada laaa... tak nampak punnnn..." bantah Aina.
Harharharrr... tak nampak punnnn????
Sebenarnya Aina pun dah perasan yang kami dah lama tak berjalan-jalan.
Aku sebenarnya sudah banyak list barang yang hendak dibeli. Aku punya toner pun sudah kehabisan... aiiiyyooooo... Dan aku jugak nak tengok-tengok personal-fit Medela dekat Moms Care. Tapi.. perasaan takut nak keluar sangat tinggi. Apatah lagi, badan aku pun lom sihat betul.
Aku tak nak terdedah kepada virus yang tak kenal siapa itu.

Ehhh...minggu depan hari Rabu anniversary aku dan hubby tawww... Nak celebrate macammana???? Aduyaiiiii.....

Tapi itulah...persoalannya sampai bila kan??? Ramadhan bakal menjenguk seminggu dua lagi. Tahankah kita dari menjengah Pasar Ramadhan nanti. Solat Terawikh... di rumah sajakah??? Habis Ramadhan, Syawal pula. Musim Raya, biasanya semua orang balik kampung menjengah saudara-mara. Yang di utara-selatan semua pulang ke tempat asal. Habis.. kalau masih lagi H1N1 ini berleluasa, macammana kita nak beraya??? Beraya sajalah.... Serius.. aku takut. Kanak-kanak bawah usia 5 tahun berisiko tinggi yer. Macam Aina dan Ainin tu, manalah boleh nak suruh pakai face-mask. Huhuhuuuuuu... Ada tak ada Hari Raya, balik carik mak-ayah sajalah. Lepas tu, duduk rumah makan ketupat diam-diam. Habis kalo orang datang beraya kat umah??? Macammana??? Ehhhh... aku sungguh kompius... sampai bila nak terus macam ni? Ke aku sorang je yang dilanda kecuakan.. kalian tak cuak ke? Macammana kalian menjalani kehidupan sehari-hari nih? Masih berani berjalan-jalan??? Tak risau macam aku ke? Aku memang panik lah sekarang ini....



Thursday, August 13, 2009

Makan Apa Yang Sedap????

Saya sebenarnya masih belum sihat sepenuhnya. Masih batuk-batuk dan selsema. Tapi anak-anak Alhamdulillah.. sudah sihat. Ainin... sudah tidak panas lagi badannya... mungkin berkat breastfeeding, demamnya hanya sehari-dua. Cuma... dia masih lagi mahu melekap pada saya bila saya bersamanya, mahu menyusu sahaja sampai kempis B saya dan kebas N saya... huhuhuuuu...

Kerana kesihatan yang masih lagi tidak sepenuhnya ini, tekak saya pun pahit semacam. Macam orang mengandung dua bulan, tengok itu tak sedap... makan itu tak sedap. Kepala hotak buntu tak tau nak masak apa, nak makan apa. Sudah beberapa hari, makan order saja. Tak ada nafsu nak masak, lagi-lagi dengan Ainin yang asik nak bergantungan. Tapi hari ini, berazam hendak memasak juga. Rindu pada air tangan sendiri. Masalahnya.... tak rasa berahi nak makan nasik.

Kalian... makan apa yang sedap dan senang nak masak ekkkk?? Bagilah cadangan sebelum saya balik sekolah nih... Saya sangat buntu. Terima kasih.... :D


Monday, August 10, 2009

Minggu-Minggu Yang Penuh Huru-Hara...

Minggu-minggu kebelakangan itu, adalah agak huru-hara bagi aku. Bermula dari Aina cir**-bir**, berlanjutan kepada demam panasnya, dituruti dengan hubby yang demam juga. Dan akhirnya, antibodi aku pun tak boleh tolerate dengan serangan virus itu, aku pun rebah demam jugak bermula Khamis lepas. Tiga hari melepek kat umah mak aku bersama-sama anak-anak dan hubby. Tak larat aku nak handle anak-anak, tu yang melepek kat umah mak ajer. Nasib laaaaa mak dekat. Bila demam... anak mesti carik mak jugak kan. Anak yang dah tua bangka nih pun sama hokehhhhhh.....

Episod demam, tak berenti setakat aku saja. Nampaknya Ainin pun tak mampu nak melawan virus ini. Malam tadi dia demam, panas btol badan dia. Memang malam tadi aku tak tido sangat pun. Dengan badan yang tak berapa nak stabil lagik, ku gagahkan jua berjaga malam. Setiap dua jam aku ambil bacaan suhu badannya. Tukar-tukarkan kain basah kat kepala dia. Lumurkan air asam jawa kat kepala dia jugak. Aina demam aku rasa boleh curik-curik tido jugak, tapi bila Ainin demam memang aku langsung tak leh nak tidur. Takut-takut kalo kepanasannya melampau karang kena sawan pulak... Nauzubillah....

Hari ni, haku cuti lagik. Lantaklah orang-orang kat skolah nak marah ke haper. Sebab aku ada dengo-dengo orang bisik-bisik, aku nih anak demam sibuk nak cuti jugak, bukan ke mak aku ada leh jaga? Bukan orang lain... kalo baby-sitter ke nursery ke lain laaaaaaaaaaa....
Apakah kerana mak aku yang jaga anak aku maka aku leh lepas tangan bila anak-anak aku demam??? Orang lain aku tak tau lah.. tapi kalo aku, bila anak sakit, bior macammanapun, aku sendirik yang nak jaga. Anak orang lain aku tak tau laaa.. tapi anak-anak aku kalo sakit memang tak nak berenggang dari aku. Aku yang dah berlaki ni pun kalo demam, rasa best je bila dapat duduk dekat mak aku, dapat mak aku picit-picit aku. Jadi tak sampai hati aku nak bior nenek derang jaga. Budak sakit banyak kerenah hokehhhh... So lantak pi laaaaa sapa nak bising-bising. Korang tak nak cuti bila anak korang demam, lantak ko. Ngko, ko punye pasallahhhh... Haku, haku punye pasal... okeh????

Aku banyak ketinggalan entri-entri kalian rasanya. Kalo sempat aku terjah dan tinggalkan jejak. Kalo tak aku terjah tak berjejak ler jawabnya. Ni aku nak masak, sementara adik tido...
Adiozzzzzz........

Tuesday, August 4, 2009

Ujian H1N1...

Oleh kerana suhu demam Aina yang tidak berkurangan dari pagi sampai petang walopun dah dimasukkan ubat lalu assh*ole pagi semalam kat klinik dan dah diberi ubat demam lanjutan dari ubat montots itu, juga di atas nasihat rakan semeroyanan yang sedang berpantang , maka aku sangat susah hati dan meroger Mr Hubby untuk bawa Aina ke hospital kerajaan a.k.a Hospital Sultan Ismail (HSI).

Maka selepas Maghrib, bergegaslah kami tiga beranak ke sana. Sementara adik telah dipos ke rumah Tok Mak. Sesampai kat sana, Aina diambil bacaan suhunya.. 39.3 okehhh... Setelah disoal-siasat oleh pegawai bertugas, aku diberi borang untuk mendaftar. Bila aku melangkah masuk ke ruangan kecemasan itu, mak ooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. lautan manusia memenuhi ruangan. Dah macam kat Jom Heboh dahhhh aku tengok punye laaaa ramai orang, yang rata-ratanya memang demam. Pukul berapa mau siap ini macam. Separuh hati dah rasa macam nak balik je nih. Tapi mengenangkan Aina yang dah seminggu lebih demam, kutahankan jugak.

Daftar... dan menunggu lebih kurang 2 jam, baru dipanggil masuk ke Bilik 1 untuk diambil darah. Aduyaiiiiiiii... kesian anak aku... meraung ler dia sambil membebel
"Dah.. dah... dahhhh... adoiiiii... Dah laaaaaaaaa...........," kat misi tu, sampai misi tu pun gelak dengo dia bebel... :P Lepas tu memang sesi memujuk pun berlangsung laaaa. Dengan jarum masuk air kat tangan kecil Aina, duk laaa menunggu keputusan ujian darah pulak.

Memang sakit beb tongkeng (eja?) mak duk memangku Aina dari mula sampai. Tersengguk-sengguk aku menahan penat dan ngantuks. At one time memang sampai dah tertido okehhhh... Aina lagi kesian lah, dengan badan yang panas, tuala basah memang semata atas kepala dia, duduk berpangku sambil peluk aku. Dengan abah dia tammo okehhhh... hadoiiiii.. sabo jek laaa nak oooiiiiii... dah ler ko tuh tak berapa nak ringan.

Tengok nih.. berpangku ginilah kekdahnya orang demam nih...


Pukul 12 a.m baru kami dipanggil untuk jumpa Doktor. Dari pukul 9 lebih amik darah, 3 jam menunggu keputusan pulak. Masih dikira ok laaa tu.. sebab aku dapat tau, yang datang waktu siang, sampai 6 jam menunggu result.. aduyaiiiiii

Dan keputusannya.. Alhamdulillah.. Aina Negatif H1N1. Cuma demam panas sahaja. Dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa suhu badannya dan basahkan kepala dia. Tak apalah menunggu lama pun, sekurang-kurangnya aku tau anakku tak kena virus selsema b.a.b.i itu. Alhamdulillah.... syukur sangat-sangat....

Aku tak pernah lagik kena jaga anak-anak aku demam sampai macam nih sekali. Selalu kalo demam pun, taklah melepek aje. Biasa suhu badan pun cepat je turun, sehari dua dah ok. Memang pengalaman baru lah untuk aku menghadapi anak sakit teruk macam nih. Baru demam okehhhh... Tapi memang merisaukan hati aku. Mr Hubby aku tengok rilek jer.. tak macam aku yang panik tak tentu arah. Hati ibu agaknya memang macam tu. Apapun.. semoga anak-anak aku dan hubby juga cepat-cepat sihat. Dan semoga aku pun sihat ler hendaknya...

Monday, August 3, 2009

Oh No!!!...

... My dearest hubby baru sat call, gitau dia pun dah demam jugak tapi masih gigih kat opis. Actually dari semalam pun dia dah ngadu macam tak sedap badan. Dan dia request nak makan bubur sahaja yang dimasak guna slow cooker. Okehhhh... aku cepat-cepat buat sementara budak-budak nih sedang lena diulit intan.

... Aina demam, hubby demam... harap-harap aku dan Ainin bertahan lah hendaknya. Kalo aku pun demam kang... sapa nak jaga derang... huhuhuuuuuu


Hasil...

Dah lama aku tak mengupdate perihal perkebunan aku di halaman asmaraku. Bukan kebun virtual yer... :P Walopun aku sakan berkebun dalam Barn Buddy, tapi kebun sebenar masih gigih kuusahakan jua. Nampaknya kebun aku jugak telah mengeluarkan hasil... Pokok bendi memang banyak betul berbuah. Tak lama lagi boleh lah di'harvest'. Makan bendi sajalah aku sampai muntah... :P

Pokok bendi yang sakan berbuah...


Close-up sket...


Close-up lagi...



Juga ada pokok ulam raja yang subur membesar...


Pekebun yang turut sama menggembleng tenaga... :P


p/s... Aku ambik cuti hari ni. Aina demam.. dah seminggu dia tak sihat, berak-berak. Semalam demam semula. Malam tadi suhu naik sampai 40. Kesian dia... Dah bawak jumpa Dr. Dr kata kalo berterusan sampai 3-4 hari kena refer hospital. Huhuhuuuu... cepat-cepatlah sembuh hendaknya...

Wednesday, July 8, 2009

Dan Sebenarnya.....

..... aku diserang TONSIL.


Semalam balik dari sekolah aku terus pengsan. Suhu badan meninggi, badanku bisa-bisa dan tekakku seakan berduri.

Arini, dah ok semua melainkan tekakku yang masih tak boleh menelan. Nak telan airliur pun susah. Nak bercakap pun payah. Hadoiiii kalo sakit yang melibatkan percakapan nih, memang aku kalah. Ni laaaaaa yang paling berharga bagi aku. Yelah, kalo dah cikgu tak boleh nak bercakap, nak ngajo hape pulak nyahhh ooooiiiiiiiiiiiiiiiii ???????????... :P Jadi anak-anak muridku bolehlah menarik nafas lega seminggu dua ni sebab Cikgu Intan akan kurang melaungkan suara mak lampirnya. But u don't play-play huhhhhh....?

Tadi p klinik, Dr cuma boleh bagi ubat sakit tekak, antibiotik dan ubat demam sahaja. Ubat surutkan bengkak tak boleh makan sebab aku breastfeeding. Jadi memang kena tunggu bengkak nih surut secara naturally lah. Aku tanya lama ker nak surut bengkak. Dr kata depends kat orang. Kalo berlarutan, maknanya kena operation. Nauzubillah... janganlah sampai tahap tu hendaknya.

Masalah aku skang nih, perut sangat lapo tapi tekak tak mampu nak menelan apa-apa. Rehat tadi makan mi soto, hanya mampu hirup sup, mi tak mampu nak telan....huhuhuuuuuu

Jadi kesimpulan demam aku semalam adalah kerana tonsil lah. Bukan kerana lain-lain sebab. Jadi tak payah laaaa berangan nak buat UPT kan... kahkahkahhhhhh.... :D

Tuesday, July 7, 2009

Susulan...

Susulan dari EntriYangIni, aku dilanda penyakit baru pulakkkk....aduyaiiii....

Malam tadi dah mula sakit tekak, macam ada kulit durian dalam tekak. Nak telan liur pun susah. Tido malamku tak lena, sebab asik bangun minum air dan ke toilet. Dan pagi nih, kepala sudah mula weng. Badan pun rasa sengal-sengal. Nak flu lagikah??? :(

Kelas sangat penuh hari ni sebab ramai cikgu takde, jadi masa free kena relief pulak. Tadi pun sempat ngepam pukul 11am. Setelah B engorged macam hape. Semalam makan bendi, jadi hari ni haruslah lumayan hasilnya. Nasib baik...

Eh aku memang nak baring jek nih. Hubby ajak p klinik, ohhhh tidakkkkk... kalo aku ke klinik, gerenti dapat MC. Masalahnya esok memang tak boleh nak MC. Pemantauan PEKA hari esok. Pastu murid-murid aku ada bengkel Sains, yang wajiblah aku handle. Cikgu-cikgu pulak ramai yang tak ada esok. Huhuhuuuuu... memang tak boleh cuti beb, walopun hatiku meronta-ronta mau berehat saja esok.

Nasib baiklah bahan-bahan yang nak dipantau aku dah siapkan awal-awal. Kalo tak gerenti tak larat nak settlekan.

Mungkin badan aku penat sangat, seminggu keje takde rest. Pastu ditambah pula dengan kesakitan B ku. Waaaaa.... ku sangat unstable sekarang ini.... :(

Ehhhh... tiba-tiba aku teringat... mimpi ngeri di bulan November 2007. Aina nak masuk setahun. Aku dilanda demam yang hebat, tak baik-baik.... Rupanya... owhhhhhh... sudah ada hidupan yang menempel di uterusku. Ainin akan genap setahun minggu hadapan.
Kenapa aku membuat spekulasi ngeri iniiii???????????? Owhhhhh.... tidakkkkkk..... Tak mungkin itu berlaku, kerana aku telah memasang jerangkap samar membuatkan uang terbang melayang okehhhhh.. Kalo lah ada juga embrio yang menempel, akan ku tembak Gynae aku itu.... Hishhhh... ngeri..ngeriiii... Tak mungkin laaa... Spekulasi Bodoh jek nih... Kalian jangan terpengaruh yer... :P

Monday, May 25, 2009

Tiada Tajuk...

Aku ni dari pagi tadi, melompat-lompat blog orang jek kejenya. Aku nak update blog sendirik tapi, dengan kepala yang masih weng-weng, idung yang masih tersumbat, asik tekap tisu kat idung jek, dengan suara yang ala-ala orang baru melalak...uhuhuhuuuuu... yer aku masih tak sihat... jadik kepala hotak pun agak-agak lombap nak pikir nak tulis haper....

Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas kemuncak ketidaksihatan aku. Hari Jumaat, balik dari skolah.. masa drive pun aku dah ala-ala blank jer... nak nyampaikan ke rumah pun huhuhu.. dah siksa. Sampai umah, aku bawak Aina & Ainin baring. Siap-siap buatkan Aina susu, dan sumbatkan mulut si Ainin dengan nenen.. dan aku pun 'pengsan'. Pukul 7, hubby balik dah siap tapaukan burger untuk aku sebab tau aku tak larat nak bangun. Dua kali telan ubat selsema, esok pagi rasa kuat sikit dah.

Tengahari Sabtu tu, aku gagahkan diri p Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Terpaksa gak p sebab nama dah dihantar mewakili sekolah. Kalo tak p, nak kena carik ganti. Last minute mana ada org nak ganti. Jadi dalam keadaan sebu tu, p gak laaaa.

Balik tu, badan seram sejuk balik, kepala pun macam nak pecah. Maka berselimutlah aku lagi. Rancang nak balik kampung hubby pun tak jadik.

Esoknya baru aku ke klinik. Amik ubat skali untuk Aina dan Ainin yang lom baik batuk tu. Balik umah, pengsan lagik lepas makan ubat. Hubby yang gagah siap buatkan bubur yang sedap untuk lunch.. tengkiu darlingggg... Nasib baik hubby sorang yang tak sakit. Kalo dia pun sama sakit... sapa pulak nak masak...

Itulah kisah aku yang tiada tajuk sepanjang tiga hari yang lalu....


Tuesday, May 19, 2009

Cenoneng..

Aku tak sihat, kepala pun rasa cenoneng, tak fokus.. virus flu semacam sudah mula menguasai jasadku... Waarrgghhh aku tak suka flu.. sebab rasa macam 'high' jek. Nasib baik tengah exam week.. tak perlu mengajar.

Yang paling boring..production susu pun drop.. mak tak suka tawwwww!!! Nasib baik last week dapat pam lebih, so boleh laa top up supply esok-esok. Kalo boleh tak nak usik frozen stok lagik, tu untuk super-duper emergency case okehhh...

Mesti aku dapat virus nih dari Ainin yang duk melepek jek ngan aku. Takpe baby.. kalo ibu dah dapat virus nih, mintak-mintak baby sihat semula. Tak sanggup ibu nak dengo baby batuk-batuk...siannnnn sangat. Semalam, lepas menyusu, dia termuntah, takpe laa kuor skali lendir. Ahhhh.. kesian anak aku. Aku tak sampai ati btol bile anak-anak tak sihat.. bior aku jek laaa yang replace. Semoga adik cepat sihat ye yangggg...

Tapi aku tetap tak suka FLU.... :(

Thursday, January 22, 2009

Medical Leave a.k.a MC...

Malam tadi saya ke Poliklinik Penawar di Seri Alam, klinik yang biasa saya kunjungi bila tidak sihat sebab sudah biasa dengan Dr di sana. Kaki saya terseliuh. Dr sudah bandage itu kaki. Dia suruh saya rest, jangan berjalan sangat. Dr tak bagi urut (biasa lah kan medical dengan petua orang melayu kita selalu bertentangan).
Dia bekalkan saya dengan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit (ada 2 jenis, satu makan malam & satu lagi waktu siang), ubat kurangkan bengkak dan juga Medical Leave a.k.a MC selama 3 hari. 3 hari sebab hari sabtu juga saya ada aktiviti di sekolah.
Jadi saya akan MC selama 3 hari, kemudian terus sambung cuti Raya Cina selama seminggu...owhhh...sangat lama okehhhh??? Mahu sukakah dengan insiden ini atau bagaimana??

Saya agak pelik kerana ada beberapa blog yang tak boleh saya buka kerana masalah download...seperti blog yuitsumuni, blog cik iszan, blog mimielola, blog cik puan muda... owhhhh...sungguh boring sebab saya sangat suka baca blog-blog ini...huhuhuuuuu....

Wednesday, January 21, 2009

Jatuh...

Ku kan dilanda flu, kepalaku cenoneng, badanku rasa tak stabil saja. Pukul 12.15 tadi aku menapak nak ke makmal komputer. Di sebelah kanan, kusandang bag laptop bersama handbag. Tangan kiriku penuh dengan buku rekod mengajar yang tebal, fail kuning dan dua buah buku teks sains serta pencil case ku. Ketika menuruni tangga, tiba-tiba beg laptopku nak terjatuh dan aku pun kalut nak menyelamatkannya TETAPI................................................................................................................................................................................................................................................................................................

























Aku terjatuh melungsuri anak tangga secara tertonggeng, adalah dalam 10 mata tangga ku redah...huhuhuuuu...Sampai di bawah,kepalaku terhentak ke simen (dan aku rasa sedikit mereng sekarang...) . Depan kelas tahun 1 okehhhh...anak-anak murid ternganga memandangku (anak GB pon ada...uwaaaa).
"e'ehhh cikgu jatuhhhh...." derang kata. Dua orang murid tahun 3 berebut menolongku mengangkat buku-buku yang bertaburan...(terima kasih haziq dan haikal...) dan menghantar ke makmal komputer. Aku rasa blur sekejap sebelum bangun. Kaki kiriku sekarang sudah bengkak...huhuhuuuu..nak solat tadi pun sakit okehhh. Gelangku satu bengkok..huhuhuhuuu....Giler trauma aku. Nasib baik hari ni aku pakai uniform puteri islam yang berseluar, kalo aku pakai baju kurung....entah ghope manalah aku masa tergolek itu. Sakit..aku makin sakit jadinya. Apa nak buat dengan kakiku ini??? Aku takut nak pergi urut. Kalo tak tahan sakit nanti aku p klinik je laaaa...huhuhuuuu...
Hari ini hari yang malang untuk Cikgu Intan...:(

Tuesday, January 20, 2009

Fenin...

Owh..kepala saya fenin. Dari siang tadi asik bersin..mata pun rasa berat jek. Saya rasa saya dijangkiti flu. Hajat di hati nak jawab tag dari mamadhea & tempek award dari umisufira, tapi benar-benar tidak larat. Saya nak tutup laptop ini, dan tido saja...................zzzzzzzzzzzzzzzz.....