Showing posts with label pembelajaran anak-anak. Show all posts
Showing posts with label pembelajaran anak-anak. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Hari Anugerah Pintar Bistari

Semalam 13 November 2011, berlangsung Hari Anugerah bagi Tadika Pintar Bistari. Aina sexcited nak pi sebab kali ni dia dapat hadiah. Aku pun tumpang seronok jugak. Alhamdulillah kali ni Aina dapat dua anugerah, Top 3 dan anugerah khas tamat bacaan. Syukur jugak sebab dalam setahun ni Aina dah habiskan bacaan untuk buku Bacalah Anakku, Read Easy Phonics dan Bacalah Jawi. Sekarang dia tengah nak habiskan buku Read Easy Phonics Intermediate.

Pagi-pagi lagi kitorang dah berkampung kat Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Orang punya laaaa ramai sebab tadika ni ada banyak cawangan sekitar daerah Pasir Gudang.

Okey... layan gambo dulu....


Proud of u darling! Yang bestnya jugak semalam hari lahir Aina yang ke 5. Double celebration lah untuk dia.

Happy birthday Aina Suraya... semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Ibu, abah dan adik sayangggggggg Aina sangat-sangat....



Friday, October 28, 2011

Pintar Bistari's SOpen Day

Hari ni Open Day di Tadika Pintar Bistari. Semalam result exam akhir Aina dah diupload kat website.

Result Aina... :)



Syukur ada peningkatan result Aina berbanding pertengahan tahun hari tu. Walopun kedudukan dalam kelas still sama tapi peratus dan jumlah markah meningkat. I'm proud of you girl! Aku harap kejayaan dia kali nih akan jadik pencetus semangat dia untuk terus berjaya. Bukan cuma pencetus semangat untuk dia malah aku jugak. Supaya aku tak terleka dari membimbing dia belajar. Aina pun happy sangat sebab aku kata ni hasil usaha dia tekun study masa nak exam hari tu.

Cikgu Aina pun tak ada apa-apa komplen. Alhamdulillah Aina tak de apa-apa masalah kat sekolah. Semoga berterusan sampai bila-bila sikap dia nih.

Belek-belek kertas ujian dia, aku terkesima sungguh tengok hasil colouring Aina untuk kertas Pendidikan Seni nih ...

Rasa nak prem.... hahahahaaaa



Gambar kelas Aina. Comel-comel semua....
Tengok muka perahsan 'DIVA' anak aku.... hahahahaaa.....



Sebab aku promise dia untuk bagi hadiah kalo result dia bagus, maka aku belikan dia set Lego yang tengah SALE kat Toys R' Us. Dah lama dia mengendeng nak Lego nih tapi aku wat donno.

Aku memang tak belikan anak-anak mainan sangat. Boleh kira dengan jari mainan diorang, espeacially yang pricey. I feel kedekut nak spend duit untuk mainan. Tapi kalo buku-buku memang aku x kesah. Diorang pun dah terbiasa macam tu. Mainan yang best hanya akan aku beli sebagai hadiah samada birthday atau achievement diorang.

Muka happy dapat hadiah...
Adik tompang happy sebab boleh ngendeng menan kakak... :P



Nice creation... :D


That's the story for today. Now waiting for Hari Anugerah Kecemerlangan Aina on 13 Nov 2011.. it's on her birthday... very meaningful! :D






Monday, December 27, 2010

Berakhir Sudah....



Hmmm... cepat sungguh masa berlalu, pejam-celik-celik-pejam, dah nak abih cuti sekolah. Walopun ada lagi seminggu cuti sekolah, tapi cuti untuk cikgu-cikgi macam saya ni berakhir sudah. Hari ni dengan rasa masih liat-nak-pi-keje-sebab-syiok-duk-menembam-kat-umah-lama-lama penuh semangat waja, saya ke sekolah. Hari ini akan diadakan mesyuarat pertama untuk kerja-kerja saya yang menurut perintah,suka tak suka ko kena buat pembahagian tugas bagi tahun 2011. Tak sabar jugak nak tau apakah tugas yang diberikan atas batu jemala patik, kelas mana yang nak diajar, subjek apa yang bakal disempurnakan pengajaran dan pembelajarannya. Hari ini akan terjawablah segalanya. Mengikut perbincangan dengan pihak atasan sekolah, atas permintaan diri sendiri maka saya diberi pelepasan mengajar tahun 6 untuk 2011... yeayyyyyyyy!!! Dapat laaaa rehat setahun kot.. :)

Tapi ada tugas besar sudah menanti saya. Saya telah dicalonkan atau lebih tepat lagi telah dilantik memegang jawatan selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan di sekolah. Hambikkk ko... Besar bebanan tugas itu bagi saya yang pengalaman baru berapa tahun laaa sangat nih. Antara tugasnya merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah. Apatah lagik awal tahun 2012 nanti, GB kami bakal pencen. Maka kena laa organize majlis perpisahan bessar-besaran untuk dia. Lama lagi??? Tak.. percaya laaaa... tak kan lama tempoh setahun tu. Redho jek laaaaaa nokssss.... Suka tak suka terima jek laaa yer. Buat laa apa yang termampu... huhuhuuuuu... *tetibe stress*


Dalam pada saya yang excited jugak nak mengajar semula, ada orang tu pun sibuk nak prektis-prektis jadik teacher okeyyyyy. Tengok gelagat 'cikgu' terlampau ni dan anak muridnya yang sangat laaaa menurut perintah... :P



Sesi P&P sedang berlangsung dengan jayanya...



"What is this?" tanya si cikgu
"Horshhhh (horse)" jawab si anak murid... :))


Tu keje anak-anak dara saya di waktu malam. Lepas saya main-main flashcards tu dengan diorang, mesti diorang akan main sesama sendirik. Ok.. gasak... saya bior je diorang main flashcards tu, sebab kad tu memang tahan lasak. Jadik tak risau rosak ke hape. Lagipun diorang dah dipesan supaya jaga bebaik sebelum ibu korang bertuko menjadik mak lampir terlampau. Oh gambar di atas tu sebenarnya masa saya tengah sibuk lipat kain baju yang membukit, tapi diorang sebok jugak nak ajak main kad... haihhhhh.... maka saya bagi je lah flashcards animals untuk diorang main sesama sendiri. Biasanya mula-mula si kakak akan jadik cikgu, adik jadik anak murid. Pastu tuko pulak.. adik jadik cikgu, kakak jadik anak murid. Eh dah macam role-play pulak... :D

Biasanya sesi P&P itu akan berakhir dengan si adik-melalak-pasal-kena-bambu-ngan-cikgu-garang... wakakkakaaaaaaaaaa... Ye lah, si adik tu mana laaa boleh nak concentrate lama-lama, tapi si kakak pulak bila adik dah mula hilang tumpuan dia marah, siap piapppppppppp budak kenteng tu. Maka bila adik dah melalak, berakhirlah sesi P&P tersebut kerana tetiba mak lampir pulak yang menjelma.. :))

I love the flash cards. Saya memang suka sangat main flash cards tu dengan anak-anak saya. Biasanya secara santai je kami main. Sambil lepak-lepak, saya akan main dengan diorang. Tak lama mana pun. Sebab toksah mimpi laaaa nak ajar diorang lama-lama, eh anak saya laaa... anak orang lain saya tak tau pulak kan berapa lama boleh. Walaupun tak lama, saya pastikan setiap hari mesti ada sesi main flash cards dengan diorang. Biasanya kalo untuk flash cards ni, terutama yang baru, saya cuma akan main 5 kad aje dengan diorang. Motif utama nak diorang kenal dengan setiap gambar. Tapi kalo semua gambar diorang dah kenal, saya akan main semuanya.

Ni antara koleksi flash cards yang saya ada. Semuanya saya beli dari zaman Aina kecik lagi, kecuali yang First Words Discovery Cards tu. Yang tu the latest one, baru je saya beli bulan lepas. Eh sebenarnya kan, tiga je yang saya beli. Nature Discovery, Animal Discovery dan First Words tu je yang saya beli. Yang Read At Home, Number Cards (yang kaler merah) dan number cards yang gambo ginger bread tu hadiah dari seorang ibu bekas anak murid saya, yang memang baik dengan saya... Kak Wati namanya. Ada lagi 2 sets flash cards yang Kak Wati hadiah kat saya masa dia nak pindah KL hari tu. Dia beli untuk ajar anak-anak dia masa kecik, now anak-anak dia dah sekolah semua, so dia tak guna lagik, jadik dia prezen kat saya... Thank you kak.. You are so kind... (macam laa dia baca blog saya)... :)


Saya suka flash cards series Baby Einstein nih, sebab gambo-gambonya beso dan colourful. Kad-kad dia pun keras dah tahan lasak, tak risau laaa kalo budak-budak main. Eh, saya memang tak DIY flash cards yer... pasal saya M.A.L.A.S... hahahhaaaaaaaaaaaa... Bagusnya kalo orang rajin DIY kad-kad nih. Tapi ai memang tak ghajin ler nak DIY nih tu pasal duhet ko habes je kannnn... :P

Eh tadi kan saya macam stress citer pasal sekolah kan, tetibe ilang stress pulak bila citer pasal flash cards nih... muahahhahaaaaaaaaaaa.... Apapun korang, selamat hari Isnin yer... keje rerajin, jangan asik fesbuk dengan baca blog jer...:))

Oh ya, pesanan untuk sesiapa yang sudah mengulor secara terlampau pada hari Jumaat lepas, sila lah insaf dan siapkan keje anda sebelum anda dikejekan.... wakakakakaaaaaaaaaaa............... Adiosssssssssss.. :)



Thursday, December 16, 2010

She Is Ready To Go....

Yesterday was her first art class. She was so excited to go and have fun there... :)

My little princess, Aina...




Sebagaimana yang saya nyatakan semalam, saya telah mendaftarkan Aina di Global Art Class di Seri Alam. Dah lama sebenarnya saya survey tentang art class untuk Aina nih, tapi asik bertangguh je nak daftarkan dia.

Akhirnya Isnin lepas, saya gigihkan jugak diri untuk mendaftarkan dia ke sana... :)

Why art class??? Kenapa ye??? Sebab saya nak dia join sesuatu yang menyeronokkan. Dia sangat suka mewarna. Budak-budak dan kaler... memang sinonim kan? Ada ke budak yang tak suka kaler? Alang-alang dia tengah excited mewarna, kenapa tak saya hantar dia untuk belajar mewarna dengan kaedah yang betul. Harapan saya semestinya supaya dia tak lah mewarisi DNA saya yang sangat buta seni.. kasihan sungguh kalo melihat hasil seni saya zaman sekolah dulu. Sungguh terlampau... :(
Lagipun mengikut apa yang saya baca, art class akan dapat membantu anak mengembangkan kreativitinya dan melatihnya lebih berdisiplin.

Art class ni bukanlah semata belajar mewarna je.. ada jugak handicraft (clay-art) sebulan sekali. Untuk peringkat usia Aina, mula-mula akan diajar menguasai teknik mewarna menggunakan pensil warna.. kemudian bila dah master, baru guna crayon dan seterusnya belajar melukis, juga menguasai pastel colour. Step by step... Apapun kelasnya tak stress.. enjoy je.. :)

Semalam kelas pertama Aina. Saya sangat excited bila mendengar komen teacher Aina. Sesuatu yang saya tak sangka-sangka, yang mungkin saya sebagai ibu Aina pun terlepas pandang...

Mau lihat hasil kerja Aina yang pertama??????????



*


*


*


*
Taraaaaaaaaaaaaa......


Tengok dua bijik epal tu. Kedua-duanya Aina yang kaler.

Komen teacher Aina ... "She is so unique!!!"
Mula-mula epal yang pertama dia hanya beri Aina warna merah dan minta Aina warnakan satu arah dan tidak keluar dari garisan.. ok... done!
Epal kedua dia beri Aina kesemua pensil warna dan minta Aina sambungkan dotted-lines, kemudian warnakan macam epal pertama. Tapi Aina nak warnakan epal itu warna-warni. Kata teacher tu, dia belum pernah jumpa budak yang tetap warnakan gambar apple colourful macam tu. Ok colourful... tapi Aina gunakan kesemua 36 warna yang ada satu-persatu dan mengikut aturan kedudukan pensil warna itu dari kiri ke kanan. Dan jugak boleh perhatikan warna-warna dia tak keluar langsung dari border... walaupun tak searah.
Selama satu setengah jam, Aina duduk diam kat tempat dia dan mewarna. Aina sangat unik bagi teacher tu sebab dia tak macam kanak-kanak seusia dia yang pernah dia ajar... Aina sangat fokus, sangat teliti dan tahu apa yang dia nak. Kellasss anak mak kannnn... hahahaaaa.. kat umah boleh tahan tak reti duk diam, kat sekolah memang ko jadik sangat sopan santun ye noksss... sabau jek laaa... :P
Tak ada masalah dengan 'kekreatifan' Aina tu... mungkin akan susah sikit nak ajar dia mewarna dengan satu warna.. tapi yang pasti Aina mesti akan suka mewarna ikut tone warna nanti.

Saya rasa kelas ni akan menyingkap satu-persatu karakter Aina... and I am so excited to know more!!! Whatever it is... Aina, I'm proud of u my dear.... :)

** Just for note :
Untuk pendaftaran Aina di Global Art Class ni, total bayaran ialah RM 362 including:
1. Yuran bulan pertama - RM 70
2. Workbook - RM 45
3. Registration fee - RM 50
4. Deposit - RM 70
5. T-shirt - RM 28
6. Apron - RM 16
7. Bag - RM 28*
8. Pensil warna 36 btg - RM 17*
9. A3 Folder - RM 26
10. HB pencil* + eraser* - RM 2
11. Handicraft (clay-art) - RM 10
(Yang bertanda * adalah optional)

**Yuran bulanan ialah RM 80 sahaja...


Friday, October 22, 2010

Tadika Oh Tadika....

Dilemma ibu-bapa zaman millenium ini bila anak-anak semakin membesar. Dilemma sungguh bila toleh ke kanan, anak si polan dah pandai membaca, toleh ke kiri anak si polan dah pandai menulis. Sungguh maju ke depan pendidikan anak-anak zaman sekarang ni. Seawal usia 3 malah ada yang 2 tahun lagi dah pandai mengenal huruf malahan ada yang dah boleh membaca juga!!! Kagum... kagum...

Hebat.... sedangkan saya dan mungkin juga anda mula kenal huruf di usia 5 atau 6 tahun. Mula membaca ketika persekolahan rasmi bermula iaitu di usia 7 tahun. Tapi, kerana zaman telah berubah.. maka kemajuan dalam pendidikan anak-anak juga berubah seadanya. Ibu-bapa sekarang berlumba-lumba mendedahkan anak masing-masing dengan pendidikan seawal yang mungkin. Stresskah kanak-kanak??? Kerana saya percaya, pendidikan anak-anak bukan bermula seawal usia 3 tahun, malahan ketika di dalam rahim si ibu lagi, maka saya juga percaya sifat anak yang bagaikan sponge - able to absorb everything. Stress atau tidak bergantung kepada penekanan kita terhadap kemajuan anak-anak itu. Jika kita menekan anak-anak untuk belajar 'kamu mesti dapat nombor 1! kamu mesti pandai membaca! kamu mesti pandai itu, pandai ini...' maka stresslah mereka. Tetapi jika kita menjadikan pendidikan awal itu sebagai learning-for-fun, maka tiadalah istilah stress itu untuk mereka. Terpulang kepada bagaimana kita mahu pendidikan awal itu berlangsung.

Usia bilakah yang paling sesuai untuk memulakan pendidikan secara formal? Atau lebih mudah, bila nak hantar anak pi tadika? Juga bagi saya ikut sukahati ibu-bapa. Anak, adalah milik Sdn. Bhd. Anak saya adalah anak saya, anak anda adalah anak anda. Sukahati saya nak hantar anak ke tadika di usia bila pun dan sukahati anda juga lah nak hantar anak ke tadika di usia bila pun. Adil kan? Tak usahlah mencebik bila dengar anak cik kak tu umur 6 tahun baru nak pi tadika. Usah jugalah meluat bila tau anak cik kak tu pulak umur 3 tahun dah kena pi tadika. Tiada paksaan... malah, tak hantar tadika pun tak apa... yang penting kena pastikan anak boleh membaca bila masuk sekolah rendah supaya tak keciciran. Kalau mampu home-school lagiiiiiii lah bagus wehhhh... Anak pandai hasil didikan ibu-bapa sendiri, haruslah berbangga!!! Saya yang cikgu ni pun tak mampu melakukannya... :)

Dah habis dilemma nak masukkan anak tadika ketika umur berapa, dilemma pulak tadika mana yang menjadi pilihan? Huhuhuuhuuu..... Ada yang menetapkan, 'anak I mesti masuk tadika kaler kuning, merah, ijo, biru...' :P
Ada pulak yang kata, 'anak I mana ada kellasssssssssss masuk tadika bantuan gomen atau yang pakai tudung/kopiah bagai... kesian budak-budak'
Apa-apa sajalah... Yang ni pun sama.. macam saya kata sukahati u olls lah.. Sdn Bhd. Pilihan di tangan masing-masing. Saya tak mau komen pilihan orang lain. Saya mau kongsikan pilihan saya sendiri untuk anak saya yang bijak lagi hebat itu (wajib selitkan ayat-ayat puji anak sendirik... muahahahaaaa).. :P

Saya memilih Tadika Addin, tadika Islamik yang tak glemer mana pun kat tempat saya. Anak saya mula bersekolah tadika pada awal tahun ini, di saat usianya baru 3 tahun 2 bulan, tak cukup 4 tahun pun.. sebab dia lahir bulan 11. Mak saya pun komen cepat sangat masukkan sekolah. Memang cepat. Sebab utama ketika itu, saya cuma fikirkan kebajikan mak saya. Ada dua orang budak kecik kat umah mak saya iaitu anak-anak saya, saya bimbang akan menghuru-harakan kehidupan mak saya. Elehhh.. kalo pikir kebajikan mak ko, apsal ko tak anto anak-anak ko ke taska jeee... ekkk???? Kalo saya hantar anak-anak ke taska, mak ayah saya akan kecik hati.. Ok, tak payah elaborate statement ini. Jadi takpelah, mak ayah saya nak jaga anak-anak saya, ok.. maka saya pun daftar lah Aina sekolah tahun ni. Jadi mak jaga dia kejap je, pukul 10.30 dah ke sekolah, pukul 2 saya balik, ambil Ainin dan kemudian Aina di sekolah. Saya pilih tadika Islamik pun ramai yang pelik, apa kes nak masukkan anak ke tadika tu sedangkan banyak lagi tadika yang glamour lagi hebat pembelajarannya yang boleh saya pilih. Kenapa? Kenapa pulak saya nak anak saya belajar di tadika yang glamour tu? Saya bukan nak suruh dia blajo stress-stress. Saya cuma nak dia happy-happy ke sekolah. Jumpa kawan-kawan, belajarlah apa yang patut, hafaz doa, hafaz surah, belajar membaca, menulis, seadanya... mengikut kemampuannya sebagai kanak-kanak yang berusia 3 tahum 2 bulan. Harapan saya tidak menggunung tinggi.

Dan ketika ini, menjelang usianya 3 tahun 11 bulan... apa perkembangan pembelajarannya?


  • Aina dah boleh menulis tanpa garisan putus-putus...




  • Tulis nama sendiri dah pass dahhh... :)



  • Ok... tak tau lah korang boleh bukak video dan audio ni ke tak.. Tapi ini ialah video dan audio Aina menghafaz surah-surah. Antara surah yang boleh dihafaz Aina setakat ini... Al-Fatihah, Al-Asr, Al-Ikhlas dan An-Nas, juga sedang dalam proses menghafaz Al-Falaq.





  • Aina sudah lancar beberapa doa ringkas, doa sebelum-selepas makan (semestinya), doa belajar, doa untuk ibu-bapa dan doa menaiki kenderaan.
  • Aina sudah tahu tertib solat, juga tahu jumlah rakaat setiap solat.
  • Aina sudah mengerti tentang aurat.
  • Aina sudah tahu tentang dosa, pahala, syurga dan neraka.
  • Aina sudah tahu nama hari dan bulan (termasuk bulan Islam mengikut turutan)
  • Aina sudah lancar membaca. Buku Bacalah Anakku ada 8 siri dan Aina sudah masuk buku ke-7... (Siapa kata Tadika Islamik tak mampu mengajar anak-anak membaca?)
Itulah setakat yang terlintas di pemikiran saya. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat. Apalah yang saya harapkan dari seorang kanak-kanak seusianya? Apa yang dijangkau oleh Aina pun bagi saya sudah lebih dari apa yang boleh saya fikirkan. Mungkin ada kanak-kanak lain yang lebih hebat darinya.. saya tahu, tapi untuk saya itu sudah cukup hebat buat anak saya. Saya tidak hairan dia boleh membaca dengan lancar, tetapi sejuk hati dan perut saya mendengar dia menghafaz surah-surah ringkas dan juga doa-doa. Baru surah ringkas, agaknya bagaimana perasaan ibu yang mempunyai anak seorang tahfiz ye? Subhanallah....

Bukanlah saya nak meninggi diri, menunjuk-nunjuk kehebatan anak saya, tidak.. itu bukan niat saya. Cuma saya nak membuat kesimpulan di sini, bahawa di mana pun anda hantar anak anda bersekolah atau pada usia berapa pun anak anda memulakan pembelajarannya.. bukanlah persoalan utama. Percaya pada kemampuan dan kebolehan anak kita. Sentiasalah berdamping dan membimbing anak kita. InsyaAllah... anak umpama kain putih, kita yang mencorakkannya. Anak yang bijak di mana pun dia berada pasti akan menyerlah jua.

Dalam dunia yang tanpa sempadan ini, asas Iman perlu dipupuk dalam jiwa anak-anak. Tak guna jika anak hebat membaca, mengira, boleh speaking omputih sampai kita pun tak paham, tapi suruh baca doa makan pun tak tau, suruh baca Al-Fatihah pun tergagap-gagap. Saya merasa berdosa jika gagal menerapkan kehidupan Islamik dalam diri anak-anak saya. Anak adalah amanah Allah, mampukah saya menunaikan amanah ini dengan baik jika saya hanya sibuk menyuruh anak membaca, menulis, mengira dan menghafaz phonic? Mampukah saya membiarkan anak saya berjalan di atas garis yang lurus dalam dunia yang mencabar ini jika keimanan dalam dirinya adalah senipis kulit bawang? Semoga saya berjaya membentuk amanah Allah ini menjadi insan solehah...

Anda bagaimana? Tepuk dada, tanya iman... :)

Renung-renungkan... dan selamat mendidik..


Friday, June 4, 2010

Thank You Sayang...

Jumaat lepas kan pergi amik report card Aina kat tadika. So saya dengan abah Aina pun pi lah jumpe dengan cikgu kelas dia. Berdebor-debor nih.... Saspen dapat nombor berapa laaa si Aina nih.

Then cikgu Aina pun tunjuk laaa report card Aina. Korang teka Aina dapat nombor berapa??? Sape btol, mak bagi hadiah lolipop.... ahahahaaa


*


*


*


*

*


*

*


*

*

*

*

*




Alhamdulillah... Aina dapat nombor 1 out of 7. Tak ramai murid kelas dia.. sebab kelas budak 4 tahun kannn, rasanya masa awal tahun aritu ada berbelas jugak, tapi dah ramai yang berhenti dan ada yang tak amik peksa. Markah Aina semuanya ok, except Sains dapat 80% aje.. apakah anak aku nih?? Ibu cikgu Sains awat anak tak score nihhh?? Haihhh.. takleh jadik nih... :P

Apapun bersyukur sangat dengan pencapaian Aina kali nih. Bacaan buku Bacalah Anakku pun Aina mendahului yang lain, sekarang dia dah sampai buku ke-5, kawan-kawan masih buku ke-4 lagi. Bacaan Iqra' Aina pun dah lancar. Hafazan doa dan surah-surah mudah pun Aina dah boleh mengikuti. Syukur Alhamdulillah... Memang mak tak sangka dan tak berharap pun dia boleh dapat nombor 1. Tujuan hantar dia ke sekolah, saja-saja je.. mengisi masa lapang.. hehehe ...

Kata cikgu, Aina paling kecik dalam kelas... Orang lain dah genap 4 tahun tapi Aina belum lagi. Sebab tu dalam kelas nampak Aina paling kecik. Cikgu dia kata, Aina selalu nampak macam takut-takut dalam kelas. Orang lain semua aktif, tapi Aina suka duk dendiam je.. muahahaha.. Yekah cikgu? Kat umah Aina kemain berlagak diva lagik.. kat sekolah penakut rupanya anak mak nih??? :P
Takpelah, yang penting Aina tak nakal kat sekolah dan tak kacau kawan. Cikgu-cikgi pun nampak sayang Aina... heheheheee...

Okeh, sebab Aina dapat nombor 1, cikgu Aina bagi hadiah.....



Ini hadiahnya....


Dua minggu lepas kan, Aina ada lawatan ke pusat kraf batik di JB, anjuran tadika dia. Rupanya kat sana diorang diberi peluang warnakan corak batik. Ni hasil kerja tangan Aina... Not bad kan?.. Saya nak frame nanti nih.... :)


Eh, best rupanya kan feeling jadik mak bapak yang anak dapat nombor satu nih? Rasa macam seronok sangat. Tak kiralah peringkat apapun. Yang pasti bila anak bawak balik kejayaan tu, perasaannya seronok semacam. Saya ingat saya sorang yang feeling-feeling syok sendiri macam tu. Rupanya abah Aina pun sama. Dia kata, 'best kan anak dapat nombor 1?'... Ada perasaan jugak laki mak nih... ingat takde perasaan... kekekekee... Tapi, Aina dah set nombor 1 untuk permulaan nih.. maka letih sket lah pasni nak kena maintain terus... huhuhuuu...

Syabas anakku.. teruskan usaha. Semoga Aina terus berjaya di masa hadapan. Ibu dan abah happy sangat dengan pencapaian Aina. Terima kasih sayang sebab beri keputusan yang baik. Ibu dan abah bangga dengan Aina.... Semoga Aina akan menjadi insan yang berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat... amin...

Permata hati ibu dan abah....




Thursday, May 6, 2010

Hukuman Terhadap Murid...

Semalam mesyuarat guru-guru di sekolah saya. Ada satu topik hangat yang menjadi perbincangan kami. GPK meminta guru-guru agar :

'jangan emosi ketika menghukum murid'Bulleted List

Ini berkaitan dengan murid-murid yang tak menyiapkan homework. Di sini saya nyatakan apakah bentuk hukuman yang biasa cikgu-cikgi buat...
  • merotan / cubit / pukul atau yang sewaktu dengannya
    - Tak boleh kerana dikhuatiri akan 'diperbesarkan' oleh parents. Hanya Guru Besar sahaja yang dibenarkan merotan murid.
  • mendenda murid : tak bagi keluar rehat untuk siapkan kerja (ni kalo masa mengajar sebelum rehat)
    - Ni pun tak boleh sebab ada parents yang kata cikgu 'kejam' tak bagi anak murid keluar makan. Nanti anak murid pengsan, sakit perut etc..etc...
  • mendenda murid : tahan murid waktu balik hingga kerjanya siap (ni kalo masa mengajar sebelum waktu balik)
    - Ni pun parents bising, sebab diorang kena tunggu anak untuk balik lambat etc..etc...
  • mendenda murid : suruh murid keluar kelas waktu belajar
    - Yang ni, Personally saya tak setuju sebab merugikan murid dan tak menyelesaikan masalah pun sebab dah ler keje dia tak siap, tak dapat nak belajar pulak tu!
Okey itu adalah di antara denda-denda fofular yang biasa dibuat. Dulu kan, sekolah saya ada buat satu sistem, di mana murid-murid yang tak siapkan homework akan dapat satu slip merah yang ditampal pada buku latihan murid dan parents kena tandatangan, menandakan parents perlu alert yang anak-anak tak buat homework. Cukup 3 slip, murid akan diberi surat amaran yang diserahkan kepada parents. Tapi sayangnya cara tersebut macam takde kesan langsung. Ada yang sampai kesudah parents tak sign. Bagi surat amaran pun macam takde makna. Akhirnya cara itu tidak lagi digunapakai... buat perabih kertas aje

Sebenarnya, tujuan saya buat entri ini adalah bukan nak menyalahkan pihak ibu-bapa sama sekali. Tidak langsung terniat begitu. Saya cuma nak bertanyalah dari sudut pandangan korang as a parent, agak-agaknya apakah tindakan terbaekkkk yang boleh cikgu-cikgi buat pada anak-anak yang tidak menyiapkan homework??? Kalo sekali dua maybe ada maaf lah kan, cikgu pun bukannya kejam sangat kalo murid yang rekod baik, tak buat homework sekali pun nak kena marah kaw-kaw. Tapi kalo dah terlalu kerap, camno? Memang kebiasaannyalah mengikut pengalaman saya, murid-murid yang tak siap homework nih balik-balik orang yang sama je. Macammana cikgu Intan tak hangennnn satu badan???????????? :(

Lagi satu kadang-kadang hangen dengan murid-murid yang tak buat homework nih. Bila kita masuk kelas, perkara pertama yang kita buat ialah check homework semalam. Jadi bila ada yang memang muka tak buat homework nih, memang kompem tak siap, cikgu dah mula naik darah... bebel.. masa pun dah jadik kurang sebab dah membebel. Mood pun lari.. dah tu nak kena setting balik mood pasal nak mengajor. Rugi masa, kesian kat murid-murid lain yang memang nak belajar. Kalo nak dibiarkan aje, buat tak tau... tak boleh. Nak abaikan murid yang malas??? Tak boleh... Memang tak ada dalam kamus pekerjaan saya, abaikan murid yang malas. Murid yang malas perlu dibimbing. Kalo murid gagal, murid tak boleh dipersalahkan. Yang salah tetap cikgu, sebab cikgu yang tak bimbing.. See, susah kan?

Kadang-kadang ada jenis parents yang cikgu langsung tak boleh usik anak dia, walopun dengan niat untuk mengajar. Kalo dengo ada je aduan dari murid pasal cikgu, esok terus pi sekolah jumpa Guru Besar mengadu rasa tak puas hati. Sebagai cikgu, ni saya cakap dari sudut hati sayalah sendiri kan, kalo saya marah, denda, bebel whatever... bukanlah sebab tak suka dengan murid, tapi sebab nak dia berubah menjadi lebih baik. Jadi memang kerjasama dari parents adalah sangat-sangat diperlukan. Tak ada seorang cikgu pun cikgu yang normal (Kalo gila saya tak tau lah), yang akan sengaja mencari kesilapan murid dan mendenda ikut suka hati.

Ada pulak parents yang langsung tak tengok homework anak-anak. Selalu saya dapat aduan dari parents, diorang kata.. "bila tanya, anak cakap dah siap atau takde homework"
Yer... kalo setakat TANYA, memang itulah jawapan dia. Anak-anak sekarang bukan macam kita zaman dulu, tak berani nak kelentong. Tak cukup dengan hanya TANYA... silalah semak semua buku anak-anak anda. Pastikan tak ada homework yang tak siap. Saya faham, kadang-kadang parents pun kesian tengok anak. Homework setiap hari berlambak-lambak. Pagi-petang kena pi sekolah, terutama yang ada sekolah agama. Malam kadang-kadang ada kelas tusyen pulak. Mana ada masa nak buat homework? Bila pulak masa nak berehat? Kat sini, pengurusan masa adalah penting. Cuba buat jadual untuk anak-anak dan tak lupa masukkan sekali masa berehat/bermain/tengok TV. Di rumah, pembelajaran anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa. Di sekolah, yer.. pembelajaran anak-anak adalah tanggungjawab guru. Seronok tengok anak orang pandai, tak teringin ke lihat anak sendiri pandai jugak? Kalo setakat teringin tak ke mana lah. Yang pandai tu mesti usahanya lebih, bukan pada si anak saja, malah ibu-bapanya jugak...

Okeh Cikgu Intan, cukup-cukuplah ko membebel.. tak penat ke mulut eh tangan ko membebel tak sudah-sudah... Orang lain pun dah panas mata baca bebelan ko nih... :P

Jadi kalian... cuba cadangkan agak-agak hukuman apa yang sesuai untuk anak-anak yang tak siapkan homework nihhh??? Cikgu Intan fenin tawww pikir... ahahahhaaa... :))


Saturday, February 13, 2010

Iqra'.... Bacalah...

Saya sedang dalam usaha untuk mengajar Aina mengaji. Sejak Aina mula bersekolah, saya perhatikan Aina lebih berdisiplin dalam pembelajarannya. Dia gembira belajar, itu yang penting. Saya tidak memaksa dia untuk belajar, sebab kalau saya paksa.. at the end, saya yang stress.. hahahaaa. Sebenarnya niat untuk mengajar Aina mengaji dah lama ada. Tapi entah kenapa tidak saya mulakan. Tahun lepas, mak saya ada mengajar Aina mengaji juga sikit-sikit lepas solat. Tapi bila Aina mula ke sekolah, mak tak berpeluang lagi nak mengajar dia. Dan saya tahu, saya tak boleh mengharapkan mak atau orang lain mengajar Aina untuk mengaji.
*
Maka sejak beberapa hari yang lalu, saya telah mula mengajar Aina untuk mengaji menggunakan Iqra'. Saya mengajarnya setiap kali lepas solat Maghrib bersama. Ya.. Aina sekarang dah boleh mengikut pergerakan solat dengan lebih baik berbanding dulu. Cuma bacaan masih belum boleh lagi. Alhamdulillah... berkat dia belajar di tadika Addin. Sesudah solat, Aina akan ambil kitab Iqra' dan mula mengaji. Belum banyak mukasurat pun. Saya ajar satu hari satu mukasurat aje, bergantung pada kelancaran Aina membaca. Sebenarnya, saya tak pasti apakah teknik membaca Iqra' dengan betul dan berkesan. Saya akan bertanya pada ustazah kat sekolah nanti. Atau jika ada kawan-kawan yang tahu, bolehlah kongsikan bersama.
*
Seronok melihat perkembangan Aina. Lebih menggembirakan saya adalah Aina sudah boleh menghafal beberapa doa mudah. Doa makan memanglah dia dah lancar, tapi sekarang dia sudah boleh membaca doa makan dengan tambahan pengertiannya sekali. Doa selepas makan, doa belajar, doa bangun tidur pun nampak dia sudah boleh baca. Tapi yang lawaknya, bila baca doa mesti nak kuat-kuat.. hahahaaa... Kalau kami makan di luar, sebelum makan dia mesti akan baca doa, baca sekuat-kuat tidak hokehhhh, sampai satu restoren boley dengo... hahhahaaaaa... :P
Gasaklah nakkkk... janji ko baca doa, buat benda baik takkan nak marah ye tak? Walaupun dah cakap tak payah jerit-jerit baca doa.. tapi Aina wat dunno ajer.. dah biasa kat sekolah macam tu kannn... ngeee... Memanglah itu yang saya mahu. Sebab itulah saya hantar Aina ke tadika Islamik. Biar perkembangannya di dalam didikan Islam.
*
Itu kisah Iqra'. Untuk bacaan pula, di tadika Aina gunakan siri Bacalah Anakku. Nampaknya Aina dah boleh menyebut sukukata sikit-sikit. Lancar bacaan Aina. Buku 1 dia dah nak habis nampaknya.. Alhamdulillah. Tak ada masalah untuk mengajar Aina membaca. Tak sabar saya nak tengok Aina boleh membaca. Mesti saya akan beli buku banyak-banyak untuk dia nanti. Untuk bacaan Bahasa Inggeris, saya sedang mengajar Aina phonics. Ada tak sesiapa tahu, siri bacaan Bahasa Inggeris yang manakah senang untuk ajar anak membaca.
*
Bila hubby tak ada, masa terluang saya lebih banyak lagi. Masa ini akan saya gunakan untuk mengajar Aina di rumah. Lebih seronok sebab, sekarang ni Ainin pun minat nak join kakak belajar. Bila saya mengajar si kakak, dia pun sibuk bawak buku suruh saya baca... hahahhaaa... Memang bila anak dah makin besar, ibu makin sibuk. Tapi sibuk-sibuk pun, seronok melayan kerenah anak.. betul tak?? :)


Friday, February 12, 2010

Susah Jugak Rupanya...

Saya sudah hampir tiga tahun tak mengajar English. Masa tahun pertama posting (2006) dulu aje kena ajar English year 2. Tapi bila tahun ini kena ajar balik, saya memang lah macam budak baru belajar mengajar. Setelah dalam zon selesa mengajar subjek Sains sahaja, yang mana kalo masuk kelas tak prepare pun boleh mengajar, tapi kali ini tidak lagi. E'ehhhh... apa kelassss ko nih???? Ngajo BI budak darjah dua pun susah beno kerrrr???????? :P
*
Dulu masa saya ngajo, ngajo yang ringan-ringan ajer. Sebab masa tu soklan peksa pun masih lagi setakat padan-padan gambar & perkataan, kaler-kaler dan sebagainya yang mudah-mudah.
Tapi, rupanya... itu masa tahun 2006. Sekarang ini rupa-rupanya soalan BI murid tahun dua tak main dah padan-padan, kaler-kaler tu hokehhhhh... sekarang nih (sejak setahun lepas), ketua panitia saya bagi garis panduan soalan BI murid tahun dua adalah mengikut format seperti kertas BI UPSR. HAAAAAA??????????? Cikgu yang nak terkucil dulu sebenarnya... wakakakaaaa... Sebab kali ini, baru ujian 1 dah ada bahagian membina ayat. Ada paper 1 & paper 2. Paper 1 adalah 40 soalan objektif yang mana meliputi grammar dan comprehension (menjawab soalan berdasarkan teks). Paper 2 adalah soalan merangkumi transfering information into table, arranging sentences, build sentences & completing text. Berformat, cuma kena rendahkan level berdasarkan tahap murid tahun 2. Yang paper 2 tu saya sedikit risau, sebab kalo budak lemah, matilah nak jawab hokehhhh.... huhuhuuuu
*
Membina ayat adalah contohnya macam:
*
- birds - flying
*
Jadi ayat sepatutnya adalah : ' The birds are flying '
*
Senang??? Memang senang kalo tahap penguasaan grammar murid sudah mantop. Tapi ada murid yang masih lagi kompius nak guna 'is' atau 'are'. Sedangkan masa tahun 1 diorang dah belajar. Kebanyakan murid masih menjawab 'The birds IS flying'.
*
Sepatutnya soalan pertama dalam paper 2 adalah membina ayat berdasarkan gambar. Contohnya bagi gambo orang tengah main bola, dan murid bina ayat. Tapi saya minta ketua panitia permudahkan untuk ujian pertama ini. Saya minta untuk buat menyusun perkataan untuk membina ayat. Nasib baik dia bagi, tapi dia kata next time kena follow format macam tu. Next time is next time, yang penting sekarang inilah.. :P
*
Saya sudah membeli beberapa buku grammar. Walaupun nak ajar murid tahun 2 ajer, tapi saya rasa saya sendiri perlu memantopkan penguasaan grammar saya yang tak lah mantop sangat pun. Tapi, the best part is.. saya suka, sebab kalo tak mengajar BI, saya tak amik kesah pun grammar saya... hahahhahaaa.... Kiranya sambil mengajar, saya pun belajar jugak.. :)
*
Saya tak taulah sekolah lain macammana. Ada ke mana-mana cikgu yang baca blog saya nih? Kat sekolah u olls sama tak format soalan dengan sekolah saya? Atau mana-mana mommies yang ada anak darjah dua... sama tak ekkk???
*
Tujuan saya buat entri ini adalah sebagai peringatan kepada saya (dan kawan-kawan)... walaupun akan datang no more Math & Science in english, tapi anak-anak masih perlu dimantapkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris juga sejak peringkat awal lagi... setuju????


Saturday, January 9, 2010

Latihan Mingguan...

Ya, sekali lagi ingin menempek catatan tentang Aina. Ada yang ingin muntah??? macamlah anak ko sorang yang pi sekolah. Jangan laaa.. Layankan aje lah si ibu yang kemaruk dengan anaknya yang baru sekolah nih... :P

Kan hari tu saya kata Aina tak ada homework?? Saya ingatkan memang tak ada homework untuk minggu-minggu awal persekolahan Aina. Tapi rupanya saya silap. Rupa-rupanya homework harian memang tak ada, tapi homework dikumpulkan untuk hujung minggu. Setiap hari Jumaat, cikgu akan bekalkan Latihan Mingguan sebagai homework.

Maka petang tadi, setelah melihat mood Aina bersedia untuk belajar, maka saya ajak dia siapkan homework. Ya.. mood anak adalah penting. Kena pastikan dia gembira untuk buat homeworknya, kalo tidak gerenti ibu yang meroyan.. hahahhaaa... Malam tadi dia sudah siapkan latihan mewarna dengan Acunya.

Maka dengan ini, saya dengan poyonya bangganya mempersembahkan hasil kerja homework Aina yang pertama...memang tak bley blah
Adapun, saya sangat gembira sebab Aina yang buat kesemuanya, saya hanya teman dan pantau sahaja sambil hulur-hulur kaler apa nak guna... :D


Sungguh abstrak cara Aina mewarna.
Pada pandangan saya, hasil kerja Aina adalah seindah ciptaan
Leonardo Dicaprio Da Vincci.... :P


Yang ini mula-mula dia tak nak buat,
tapi saya pujuk suruh guna colours, baru dia seronok... hehehee
Ibu jadi tukang hulur colours apa nak guna...



Oh yang ini buat separuh, penat, buat lain dan sambung... :P
Sekali lagi ibu jadik tukang hulur colours...


1 guitar...


Aina tanya, "Ibu kenapa one banyak sangat ni,
bile nak buat two pulak???" ngeeeee... :P


Anak murid yang tekun...


Tengok mulut dia muncung, masa ni dia bebel,
"Dah, dah... ibu jangan kacau, ibu pergi amik gambo Aina, cepat!!"


Possing sikitttt!!!!!!!
I love you so much Aina!!!!.... :)


Aina sangat gigih. Patutnya worksheets nih dia habiskan dalam masa dua hari, tapi petang tadi dia habiskan semua. Saya takut dia penat dan bosan, suruh dia sambung malam tapi dia kata takpe..takpe Aina nak buat, tak siap lagi nih. Errr... sebenarnya saya yang dah penat... wakakakakaaa... :P
Tapi saya tak boleh tinggalkan dia buat sorang. Saya mesti nak duduk jugak tengok dia buat.

Eh, saya baru sedar.. rupanya bila anak dah bersekolah, maknanya saya sudah kena tambah beberapa slot di dalam jadual saya. Slot teman anak buat homework dan juga slot menguruskan pakaian, peralatan dan beg sekolah anak. Oh tak lupa, saya kena basuh kasut sekolah anak jugak... hahahahhaaa.... Nampaknya saya benar-benar sudah menjadi ibu yang lengkap. Saya kata lengkap sebab sudah ada bahagian menguruskan perihal sekolah anak. Tapi sebenarnya belum lengkap lagilah... Sebab belum menguruskan anak masuk asrama, anak masuk U, anak kawen, anak nak beranak... amboihhhh... saya sudah betul-betul pandang ke depan... kahkahkahhhhhh.... :P

Kesimpulannya perjalanan sebagai seorang ibu is a very long way to go.. maybe it will be a never ending story. Namun segalanya telah bermula, dan setiap saat adalah sangat indah dan bermakna. Sesungguhnya saya sangat bertuah kerana menjadi seorang ibu. Anda bagaimana?? Setuju kan??? Setiap momen bersama anak-anak adalah terlalu manis dan mengujakan... :D

Tuesday, January 5, 2010

Aina Suraya Ke Sekolah...

Pukul 11.30 pagi semalam, saya menghantar Aina ke Tadika Addin. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aina yang dari malam sebelumnya macam tak lena tidur kerana excited nak ke sekolah. Saya pun sama excited dengan Aina. Berbakul-bakul pesanan yang saya bagi kat Aina. Jangan kacau kawan, jangan nakal-nakal, jangan buat bising, jangan tu jangan ni... Tu tak termasuk pesanan nak buang air cakap kat cikgu, siap practice ayat-ayat nak mintak izin ke toilet... wakakkakaaa............. Tidak lupa pesanan saya supaya Aina tak menangis, sebab nanti lepas hantar ibu nak balik sekolah ibu, nak jaga anak murid ibu pulak.

Tiba di tadikanya, Aina saya bawa masuk ke kelasnya. Masa kami sampai tu, tak ada lagik budak perempuan lain. Ada 3 orang budak lelaki aje masa tu. Saya ingat saya nak tunggu laaa dia dalam sejam ke. Sekali tu Aina boleh cakap, "Ibu pergi laaa balik sekolah ibu,".. erkkk... bertuah btollll, langsung tak heran kalo saya tinggalkan dia... :P
Tapi bagus jugak, tak laaa saya pening kepala nak tinggalkan dia. Buatnya dia melalak taknak kena tinggal, haru jugakkk... :D

Ready to school...



Aina @ classroom...


Pukul 2.30 petang, saya jemput dia balik. Soalan standard adalah, "hari ni cikgu ajar apa". Maka Aina pun mulalah membuat laporan. Selain dari apa aktiviti dia kat sekolah, Aina jugak cerita pasal kawan barunya Sofia yang menangis nak ibu dia... hahhahahaaa.... Itu yang dia duk ulang-ulang cerita sampai saya pun hapal... :P

Apapun, first day at school, nampaknya memberangsangkan. Semoga berterusan begitu hendaknya. Semoga Aina rajin dan bijak belajar. Memang excited kan bila anak dah mula bersekolah. Ini baru sekolah tadika, kalo sekolah betul nanti haruslah lebih excited, lagi pulak bila anak masuk sekolah tempat sendiri mengajar.

Hari ni Aina ke tadika naik van transport, semoga tak ada apa-apa masalah. Tak sabar nak jemput dia balik nanti, nak dengar pulak apa cerita dia untuk hari ini... :)