Saturday, February 13, 2010

Iqra'.... Bacalah...

Saya sedang dalam usaha untuk mengajar Aina mengaji. Sejak Aina mula bersekolah, saya perhatikan Aina lebih berdisiplin dalam pembelajarannya. Dia gembira belajar, itu yang penting. Saya tidak memaksa dia untuk belajar, sebab kalau saya paksa.. at the end, saya yang stress.. hahahaaa. Sebenarnya niat untuk mengajar Aina mengaji dah lama ada. Tapi entah kenapa tidak saya mulakan. Tahun lepas, mak saya ada mengajar Aina mengaji juga sikit-sikit lepas solat. Tapi bila Aina mula ke sekolah, mak tak berpeluang lagi nak mengajar dia. Dan saya tahu, saya tak boleh mengharapkan mak atau orang lain mengajar Aina untuk mengaji.
*
Maka sejak beberapa hari yang lalu, saya telah mula mengajar Aina untuk mengaji menggunakan Iqra'. Saya mengajarnya setiap kali lepas solat Maghrib bersama. Ya.. Aina sekarang dah boleh mengikut pergerakan solat dengan lebih baik berbanding dulu. Cuma bacaan masih belum boleh lagi. Alhamdulillah... berkat dia belajar di tadika Addin. Sesudah solat, Aina akan ambil kitab Iqra' dan mula mengaji. Belum banyak mukasurat pun. Saya ajar satu hari satu mukasurat aje, bergantung pada kelancaran Aina membaca. Sebenarnya, saya tak pasti apakah teknik membaca Iqra' dengan betul dan berkesan. Saya akan bertanya pada ustazah kat sekolah nanti. Atau jika ada kawan-kawan yang tahu, bolehlah kongsikan bersama.
*
Seronok melihat perkembangan Aina. Lebih menggembirakan saya adalah Aina sudah boleh menghafal beberapa doa mudah. Doa makan memanglah dia dah lancar, tapi sekarang dia sudah boleh membaca doa makan dengan tambahan pengertiannya sekali. Doa selepas makan, doa belajar, doa bangun tidur pun nampak dia sudah boleh baca. Tapi yang lawaknya, bila baca doa mesti nak kuat-kuat.. hahahaaa... Kalau kami makan di luar, sebelum makan dia mesti akan baca doa, baca sekuat-kuat tidak hokehhhh, sampai satu restoren boley dengo... hahhahaaaaa... :P
Gasaklah nakkkk... janji ko baca doa, buat benda baik takkan nak marah ye tak? Walaupun dah cakap tak payah jerit-jerit baca doa.. tapi Aina wat dunno ajer.. dah biasa kat sekolah macam tu kannn... ngeee... Memanglah itu yang saya mahu. Sebab itulah saya hantar Aina ke tadika Islamik. Biar perkembangannya di dalam didikan Islam.
*
Itu kisah Iqra'. Untuk bacaan pula, di tadika Aina gunakan siri Bacalah Anakku. Nampaknya Aina dah boleh menyebut sukukata sikit-sikit. Lancar bacaan Aina. Buku 1 dia dah nak habis nampaknya.. Alhamdulillah. Tak ada masalah untuk mengajar Aina membaca. Tak sabar saya nak tengok Aina boleh membaca. Mesti saya akan beli buku banyak-banyak untuk dia nanti. Untuk bacaan Bahasa Inggeris, saya sedang mengajar Aina phonics. Ada tak sesiapa tahu, siri bacaan Bahasa Inggeris yang manakah senang untuk ajar anak membaca.
*
Bila hubby tak ada, masa terluang saya lebih banyak lagi. Masa ini akan saya gunakan untuk mengajar Aina di rumah. Lebih seronok sebab, sekarang ni Ainin pun minat nak join kakak belajar. Bila saya mengajar si kakak, dia pun sibuk bawak buku suruh saya baca... hahahhaaa... Memang bila anak dah makin besar, ibu makin sibuk. Tapi sibuk-sibuk pun, seronok melayan kerenah anak.. betul tak?? :)


5 comments:

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Tahniah sebab Intan boleh ajar sendiri anak-anak mengaji. Ramai yang tidak dapat dan tidak sanggup.

Macam-macam alasan mereka beri. Ada kata takda masa. Ada kata anak-anak tak nak belajar dengan mereka. Dan ada yang terus terang kata, saya sendiri pun tak pandai mengaji ustaz.

PS: Ada komen Intan di blog saya, saya siarkan semula sebagai entry baru di blog saya. Boleh rujuk url di bawah ya:

http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/02/luahan-kaum-ibu-tentang-valentines-day.html

MN said...

mak pun guna buku bacalah anakku tu! :)

IntanSham said...

salam dan terima kasih ustaz. Saya rasa mengajar anak mengaji adlh tanggungjwb saya. sebagaimana saya mengaji dulu pun diajar oleh atuk dan emak saya, jadi saya pun nak ajar anak sendiri mengaji. Kalau sebut psl masa,mmg sentiasa x mencukupi.. demi masa manusia itu sentiasa di dalam kerugian kan..?? :)
saya nih bukanlah pandai mengaji sangat pun,tp saya percaya saya tak perlu menjadi seorg Qariah utk mengajar anak sendiri mengaji.. insyaAllah..sambil mengajar, saya pun blh belajar...:) lainlah kalo kita nih langsung BUTA HURUF,mmg lah susah nak ajar anak mengaji...hehehee... lagi satu, terima kasih ustaz di atas n3 baru itu..

MN...senang kan ajar guna buku tu..:)

DNNA said...

Intan,

Dina pun pakai Iqra' ...
Alhamdulillah, so far so good :)
Kat rumah, yang ngajar lepas maghrib adalah abahnya yang garang itu ...

Sobab eh, ibu dia dok layan fawwaz nak nyusu ngan firdaus yang nak mintak garu belakang before tido ... hahahaha (Jgn tak tau, nak tidur pun mak bole multi-tasking, nyahhh ... hahahaha)

Siri bacalah anakku ya?? Thanks for sharing ... nanti aku carik, Insya Allah ...

IntanSham said...

DNNA.. encik abah sok kalo balik, blh ler amik bahagian ajor anak gak.. kalo ko nak tau, aku ngan laki aku, aku yg lebih garang.. hahhaaa... part garu2 blkg, encik abah boleh layan pasal haku mmg tiada kesabaran nak menggaru lama2.. kahkahkahhhh...
nanti ko carik lah, pendapat aku, senang nak latih anak membaca guna siri nih