Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Monday, April 19, 2010

33 Tahun...

Hari Khamis yang lepas, saya dan adik-adik berpakat adakan makan-makan untuk kami sekeluarga sempena anniversary mak dan ayah kami yang ke 33 tahun. Takde masak-masak pun. Semuanya order saje. Beli kek dan KFC, sebab ayah suka sangat makan KFC.. maka kami pakat beli KFC je lah.

Sebenarnya anniversary mak-ayah adalah pada 6 April lepas. Tapi sebab nak tunggu adik bongsu balik dari Matriks, maka kami postponed lah sampai ke Khamis lepas.

Sambutan adalah sempoi. Memang saja nak happy-happy sesama mak ayah dan adik beradik. Yang penting mak-ayah happy.... :)

Okey... Mari layan gambo dulu...............


Classic Cheese Cake yang sedapppp...
Kek nih memang sedap, tapi cream-cheese dia cepat cair..


Potong kek dengan cucu...
Tok Mak ngan Tok Ayah
layan jek laaa .... hahahha


Romantik kan mak-ayah ai... hihihiii...


Nyibuk btol 'cover-girls' kat belakang tu... huhuhuuu


Budak nih memang pantang nampak kek,
nanges-nanges suh pasang lilin,
manjang nak tiup epi besday...
:))


KFC favourite Tok Ayah...


Wowwww... 33rd Anniversary.. 33 tahun berlalu, macam sekejap saja kann? Melihat kerukunan rumahtangga mak-ayah, melihat ayah melayan emak dengan begitu baik sekali malahan lebih baik dari dulu dalam keadaan emak kini yang sudah tidak sesihat dulu, hati saya tiba-tiba terdetik, akan ke tahap itukah rumahtangga yang saya dan suami bina? Ya Allah... Semoga kebahagiaan itu menjadi milik saya juga.... Dan semoga kebahagiaan sebegitu menjadi milik kita semua. Hingga ke hujung nyawa... Aminnnnnn............


Wednesday, August 19, 2009

Pada Hari Ini...

..19 Ogos 2005, empat tahun yang lalu.... merupakan hari yang bersejarah bagi kami.

Pada hari ini, empat tahun yang lalu... saya dan suami diijabkabulkan.

Pada hari ini, tahun ini... merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang keempat... Alhamdulillah.

Selama empat tahun saya sangat bersyukur menjadi isteri kepada Encik Shamsul, kerana dia merupakan suami terbaik yang dikurniakan kepada saya. Penyabar, penyayang, pemurah, ringan tulang dan sentiasa berada di sisiku dalam apa jua keadaan. Sepanjang empat tahun ini, belum pernah sekalipun dia meninggikan suara kepada saya, sentiasa bersabar melayani kerenah saya. Tidak ada apa lagi yang saya inginkan melainkan dia terus berada di sisi saya selamanya...

Ya Allah.. Panjangkanlah jodoh di antara kami, kekalkanlah kasih-sayang di antara kami jadikanlah aku hanya milik suamiku dan suamiku hanya milikku hingga ke akhir hayat dan limpahkanlah kebahagiaan kepada kami selamanya. Jadikanlah aku isteri yang terbaik untuknya dan jadikanlah dia suami yang terbaik untukku... AMIN..........

Abang... happy 4th Anniversary.... Love you so much... Thanks a million for being a great husband to me.... Sayang abang sangat-sangatttt.... mmmuuuaahhhhhhhh....

Pengantin baru empat tahun yang lalu... :P


Pencapaian 'terbaik' setakat empat tahun ini??
Empat tahun... dua anak.... oklah tu kan.... ahakssss...... :P