Showing posts with label cloth diapers. Show all posts
Showing posts with label cloth diapers. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Cita-Cita Dan Kerjaya...

Hari ni aku bersama beberapa orang cikgu borak-borak sambil gelak-gelak tentang cita-cita anak-anak murid di sekolahku. Cita-cita anak-anak ini ada yang bagus lagi tipikal seperti doktor, jurutera, pilot dan pelbagai nama jawatan yang gempak-gempak. Ada juga yang berminat nak jadik polis, tentera, guru, misi atau ahli bomba. Tapi yang paling tak tahan ada murid tahun 1 yang nak jadik penyanyi AF... apakah???? kuikuikuiiiiiii.....

Kalau diperhatikan, murid-murid memilih cita-cita berdasarkan pemerhatian mereka. Ada yang terdorong dari kerjaya hebat ibu-bapa, ada yang dipengaruhi dengan persekitaran, juga tak lupa peranan televisyen yang mempengaruhi sebagai contoh cerita Gerak Khas, gempak dengan kerjaya kepolisiannya.. atau yang tertarik dengan kerjaya glamour.. penyanyi, pelakon, sebagainya. Dan boleh pula dikenalpasti, kalau murid yang di kelas pandai, cita-citanya hebat-hebat belaka. Tetapi murid di kelas yang kurang pandai, cita-citanya sederhana sahaja, ada juga yang bila ditanya.. "emmm...emmmmm" sahaja yang panjang jawapannya... sebelum dapat memikirkan cita-cita yang sesuai.

Jadi bila disebut soal cita-cita, masa kecil-kecil dahulu... aku memang tak lari dari ingin menjadi doktor, akauntan atau peguam...gempakkkk cita-cita aku kannnn... Dan pernah satu ketika, nak jadik pramugari sewaktu cerita Jepun Chiaki menjadi kegilaan..kuikuikuiiiii.... Tak pernah pula seingat aku nak menjadi guru.

Bila di sekolah menengah, masih sama cita-citaku. Dan yang paling ingin ku jadi bila dewasa.. AKAUNTAN. Namun, bila aku di tingkatan 4, cita-cita itu terpaksa ku padamkan dari senarai kerana waktu itu kelas Prinsip Akaun tidak dibuka di sekolahku, maka aku terpaksa ambil aliran Sains. Namun bila sudah masuk Universiti, barulah cita-citaku nampak pengkhususannya. Nak jadi Ahli Kimia a.k.a Chemist. Yelah kan... cita-cita seiring dengan pengkhususan kursus yang kuambil waktu itu. Doktor, akauntan, peguam mahupun pramugari memang sudah jauh dari ingatan. Sepatutnya, aku perlu berusaha keras mencapai cita-cita aku. Namun waktu itu seolah-olah tak ada semangat untuk memperjuangkan usaha mencapai cita-cita. Cita-cita aku akhirnya dipengaruhi dengan bidang kursus yang kuambil sewaktu di Universiti.

Dan bila pulakah aku bercita-cita menjadi seorang guru??? Owhhhh.... sesudah memiliki kerjaya sebagai seorang ahli kimia, sepatutnya aku sudah tak perlu bercita-cita. Namun, aku tiba-tiba mempunyai cita-cita baru... Aku nak jadik GURU... Kenapa??? Sebab aku letih bekerja sepenuh masa, aku nak satu kerjaya yang membolehkan aku memperuntukkan masa yang lebih untuk keluargaku. Memang tak telus cita-cita aku waktu itu. Namun bila sudah berada di ambang dunia perguruan sewaktu di Maktab... cita-citaku sebagai seorang guru aku murnikan. Dan jadilah aku seorang GURU kini dan selamanya... Tetap dan berpencen... :)

Jadi kawan-kawanku yang budiman, bagaimana dengan cita-cita dan kerjaya anda??? Adakah seiring??? Ada tak sesiapa yang berjaya menggapai cita-citanya? Atau kerjaya anda kini mengikut arus kehidupan anda??? :)


Monday, May 11, 2009

Pink and Red...

Minggu lepas aku sangat suka hati. Yang kunantikan telah tiba. Sesuatu untuk Ainin Sofiya. Kalo korang peratikan, macam selalu sangat aku beli itu ini untuk Aina Suraya. Flash cards lah, buku lah... Jangan salah paham.. bukan diskriminasi menjatuhkan aku pastinya. Semua tu pastilah untuk Ainin juga bila tiba masanya kelak..;p

Jadi minggu lepas, aku telah menerima bingkisan yang ku tunggu-tunggu. Apakah????....
TARAAAAAA....!!!!

Yeayyyy... CD untuk Ainin lagik. Menambah koleksinya yang ada. Berkat hasutan promosi dari seseorang, aku telah menjebakkan diri mencuba CD Crazy Momy yang sedang ada special promotion waktu itu di SINI. Dengan berkongsi pembelian, dapatlah aku 3 keping CD dengan harga RM120.. maknanya RM40/pc. Still murah. Memang aku beli CD yang murah-murah ajer.. yang penting berkualiti. Sangat suka sebab kalernya yang memang ku idamkan. Tak ada lagik kaler pink dan merah menyala dalam koleksi CD Ainin. Jadi sebab aku memang fanatik pink, dua keping aku amik kaler pink, satu merah...ahahhahaaa....
Layan dulu gambo Ainin dengan CD barunya.....



Close-up sikit....



Review aku tentang CD Crazy Momy (CM) nih....

1. Selesa - aku rasa saiznya besar sikit dari CD Coolababy (CB). Atau mungkin sebab dia guna Velcro, jadik nampak begitu selesa di hips don't lie Ainin yang seksis tembam ittew.


Perhatikan CM di sebelah kiri, CB sebelah kanan. CM lebih besar??? No???


2. BEST sebab dia guna Velcro - Lebih mudah nak pakaikan berbanding guna button. dan lebih mudah juga nak di ejas mengikut keselesaan Ainin.

3. Insert - Dapat dua helai juga macam CB. Tapi bagusnya insert dia jugak adjustable mengikut saiz baby. Walopun takde maknanya untuk Ainin, tapi bagi aku sangat bagus laaa kalo untuk newborn baby.


4. Innerlayer - ada dua pilihan, microfleece dan microsuede. Tapi yang pink nih pulak cuma ada jenis microfleece. Kalo CB memang dari jenis microfleece. Errr... Dan aku memang baru tau yang microsuede tu lebih senang nak cuci stain, sebagaimana yang telah seseorang beritahu kepada aku yang tak berapa banyak ilmu hitam pasal CD nih...;p

Yang lain-lain tak banyak beza dengan CB lah. Tapi, memang aku suka dengan CM nih. Setelah aku test-run, ternyata performance dia mantopppp seperti CB jua. Sesuai lah kiranya untuk si comel aku tu. Aku puas hati. Rasa nak beli lagi, kalo ada promosi yang best dan murah lagik..

Errr... cuma satu lah kan... kalo washing-strap (btol ke nama dia nih??? alaa..mende yang lekatkan kat Velcro masa basuh tu...) tu dia siap-siap jahit kat CD lebih bagus lagik, sebab very the malas busy moms macam aku nih memang kalo bulih tak kuasa nak jaet-jaet nih..kuikuikuiiiiii...

Kesimpulannya : I loikeeeee... memang lah aku sangat suka CD yang murah dan mantopppp nih. Mungkin sebab aku nih tak pernah guna CD yang mahal malatopppp tu, jadik aku takleh laaa nak bandingkan dengan CD yang macam tu kan. Mungkin mommies lain yang biasa guna lain-lain brand yang malatoppp tu, boleh comparekan tahap kemantopan CD-CD nih. Ermmmm... kalo nak banding CM dan CB...dua-dua pun aku suka selagi harganya masih dalam bajet aku.. Aku tak ada masalah dengan kemantopan kedua-dua jenis CD.

Jadi... stash Ainin pun dah bertambah nampaknya. Dari 10 sahaja, dah jadik 13..Alhamdulillah. Yang pasti, memang mencukupi untuk kegunaan harian Ainin dan kadang-kadang Aina juga .


Di antara CD Ainin, yang tinggi membukit tu CD CB lah....