Wednesday, May 13, 2009

Cita-Cita Dan Kerjaya...

Hari ni aku bersama beberapa orang cikgu borak-borak sambil gelak-gelak tentang cita-cita anak-anak murid di sekolahku. Cita-cita anak-anak ini ada yang bagus lagi tipikal seperti doktor, jurutera, pilot dan pelbagai nama jawatan yang gempak-gempak. Ada juga yang berminat nak jadik polis, tentera, guru, misi atau ahli bomba. Tapi yang paling tak tahan ada murid tahun 1 yang nak jadik penyanyi AF... apakah???? kuikuikuiiiiiii.....

Kalau diperhatikan, murid-murid memilih cita-cita berdasarkan pemerhatian mereka. Ada yang terdorong dari kerjaya hebat ibu-bapa, ada yang dipengaruhi dengan persekitaran, juga tak lupa peranan televisyen yang mempengaruhi sebagai contoh cerita Gerak Khas, gempak dengan kerjaya kepolisiannya.. atau yang tertarik dengan kerjaya glamour.. penyanyi, pelakon, sebagainya. Dan boleh pula dikenalpasti, kalau murid yang di kelas pandai, cita-citanya hebat-hebat belaka. Tetapi murid di kelas yang kurang pandai, cita-citanya sederhana sahaja, ada juga yang bila ditanya.. "emmm...emmmmm" sahaja yang panjang jawapannya... sebelum dapat memikirkan cita-cita yang sesuai.

Jadi bila disebut soal cita-cita, masa kecil-kecil dahulu... aku memang tak lari dari ingin menjadi doktor, akauntan atau peguam...gempakkkk cita-cita aku kannnn... Dan pernah satu ketika, nak jadik pramugari sewaktu cerita Jepun Chiaki menjadi kegilaan..kuikuikuiiiii.... Tak pernah pula seingat aku nak menjadi guru.

Bila di sekolah menengah, masih sama cita-citaku. Dan yang paling ingin ku jadi bila dewasa.. AKAUNTAN. Namun, bila aku di tingkatan 4, cita-cita itu terpaksa ku padamkan dari senarai kerana waktu itu kelas Prinsip Akaun tidak dibuka di sekolahku, maka aku terpaksa ambil aliran Sains. Namun bila sudah masuk Universiti, barulah cita-citaku nampak pengkhususannya. Nak jadi Ahli Kimia a.k.a Chemist. Yelah kan... cita-cita seiring dengan pengkhususan kursus yang kuambil waktu itu. Doktor, akauntan, peguam mahupun pramugari memang sudah jauh dari ingatan. Sepatutnya, aku perlu berusaha keras mencapai cita-cita aku. Namun waktu itu seolah-olah tak ada semangat untuk memperjuangkan usaha mencapai cita-cita. Cita-cita aku akhirnya dipengaruhi dengan bidang kursus yang kuambil sewaktu di Universiti.

Dan bila pulakah aku bercita-cita menjadi seorang guru??? Owhhhh.... sesudah memiliki kerjaya sebagai seorang ahli kimia, sepatutnya aku sudah tak perlu bercita-cita. Namun, aku tiba-tiba mempunyai cita-cita baru... Aku nak jadik GURU... Kenapa??? Sebab aku letih bekerja sepenuh masa, aku nak satu kerjaya yang membolehkan aku memperuntukkan masa yang lebih untuk keluargaku. Memang tak telus cita-cita aku waktu itu. Namun bila sudah berada di ambang dunia perguruan sewaktu di Maktab... cita-citaku sebagai seorang guru aku murnikan. Dan jadilah aku seorang GURU kini dan selamanya... Tetap dan berpencen... :)

Jadi kawan-kawanku yang budiman, bagaimana dengan cita-cita dan kerjaya anda??? Adakah seiring??? Ada tak sesiapa yang berjaya menggapai cita-citanya? Atau kerjaya anda kini mengikut arus kehidupan anda??? :)


3 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Ko tau adik aku yang baru kawin harituh, masa kecik2 cikgu tanya dia nak keja apa, dia cakap nak kerja kilang..macam mak saya..berdekah2 kitaorang gelakkan dia masa cikgu crita balik kat ayah aku!! Memang kerjaya mak ayah mempengaruhilah beb! Ni Syaura, aku tak tanya lagi dia nak jadi apa..kekeke...

Sp|dEy said...

aloha...pesal aku x leh jd follower ko ni....adeiii pelik2

IntanSham said...

beb..cuba laa ko tanya syaura nak jadik apa...hehheheee...

oit..tu kan da jadik tu..