Wednesday, May 27, 2009

Langkah Pertama...

Memang agak payah untuk memulakan langkah pertama untuk mendisiplinkan diri membuat savings bagi seseorang yang B.O.R.O.S seperti aku nih. Yerrr.... aku mengaku lah, aku nih memang agak boros. Asik nak membeli dan belah sahaja. Tiap-tiap bulan, gaji lom kuor lagi, shopping list dah berderet.. aduyaiiiii... Aku memang agak failed bab pengurusan kewangan secara berhemah nih.

Dan pada tahun ini, aku telah menetapkan azam untuk mula berdisiplin soal membuat simpanan.
Thanks to Mr Hubby yang tanpa jemu membebel mengingatkan aku betapa pentingnya membuat simpanan. Memanglah jodoh itu telah ditetapkan olehNya dengan begitu indah dan sempurna sekali. Penyatuan unsur-unsur negatif dan positif pada setiap pasangan itu amat bertepatan. Contohnya aku yang boros nih telah ditemukan jodoh dengan seseorang yang berjimat. Jadi Mr Hubby lah yang telah memahatkan semangat untuk aku mendisiplinkan diri membuat simpanan. Simpanan yang aku maksudkan di sini ialah ASB. Langkah pertama yang Mr Hubby lakukan ialah panggil kawan dia yang keje di Maybank untuk datang rumah, supaya aku boleh sign-up loan ASB-Maybank. Yerrrr... siap panggil datang umah okehhhh setelah aku asik bagi alasan takde masa nak p bank buat loan tu. Teruk btolll aku kannnn??? Ya, walaupun ramai yang mengatakan loan ASB itu adalah tidak menguntungkan, namun aku masih teruskan juga kerana sikap tak berdisiplin aku itulah. Sekurang-kurangnya aku tau, setiap bulan duit aku memang ada potongan untuk simpanan.

Selain dari ASB loan itu, pada tahun ini juga aku telah memaksa meluku-luku diri sendiri untuk menetapkan simpanan tambahan ASB aku sebanyak 20% dari gaji bersih aku setiap bulan. Perggghhhh memang tersangatlah payahnya okehhhhhh.... Kembang-kempis lobang idung mak, nyahhhh biler terpaksa mencatu habit bershopping mak!!! Dan sesak napas jugaklah aku untuk menanam sikap kedekut dalam diri. Beberapa bulan aku berjaya menyisihkan 20% itu dengan segala jerih-perih dan kegigilan serta kegigihan aku. Kadangkala kalo aku gagal menyisihkan 20% itu, aku simpan juga, walopun kurang dari itu.. minima RM200 WAJIB aku simpan. Owhhhhh... sungguh siksanya merubah tabiat lamaku kepada yang lebih positif. Pun begitu, aktiviti shoppingku masih juga aku lakukan...*ngee*....
Cuma kali ini lebih berhemah, di mana aku wajib peruntukkan sebahagian wang untuk bershopping dan tidak lagi sewenang-wenangnya menghabiskan duit untuk ditabur di pusat membeli-belah. Dan juga, sekurang-kurangnya aku tahu aku mempunyai simpanan setiap bulan.. Alhamdulillah...

Sebenarnya kalian... kesimpulan di sini, memang amat payah untuk kita semua membuat langkah pertama ke arah yang positif. Atau mungkin bukan kita semua lah.. tapi sebilangan orang sahaja, yang macam aku nih. Contohnya macam yang aku kisahkan nih, soal nak buat simpanan. Memang kadang-kadang, kita rasa duit gaji setiap bulan memang cukup-cukup makan ajer, macam mana nak simpan??? Mungkin ada yang rasa, oi.. ko boleh laaaa... duit gaji takde banyak 'cawangan'. Walopun gaji kite banyak cawangannya atau tidak, ataupun gaji kita setiap bulan memang cukup-cukup makan ajer.. tapi kite perlu juga buat simpanan. Cubalah... Paling sikit pun RM50 sebulan kita ketepikan sebagai simpanan. RM50 tu tak laaa banyak mana pun nak simpan. Sikit-sikit, lama-lama jadik bukit kannnn??? Mula-mula simpan laaa RM50, pastu bila-bila rasa gagah sikit, up RM100 pulak. Bukan apa... Manalah tau di masa terdesak, ada juga tempat berpaut. Kalo lah simpanan kita memang zero, di saat-saat kita btol-btol memerlukan, di mana kita nak korek??? Takkan selamanya nak zasssss 'duit plastik' sekaligus menambah lagi bilangan kredit yang ada.

Dan baru-baru ini Maybank2U telah membolehkan kita membuat transaksi terus ke ASB. Makin mudahlah aku menjayakan aktiviti menyimpan aku. Tak perlu lagi nak beratur kat bank. Aku rela bayar servis RM1 dari harus memperuntukkan masa emasku ke bank. Jadi selepas ini tak ada alasanlah lagi untuk aku TIDAK menyimpan lagi. Thanks to MamaAdib yang telah berYM dengan aku untuk mengajar aku cemana nak buat transaksi ASB via M2U nih.

Eh eh.. macam panjang berjela pulak entri aku nih. Adapun entri nih sekadar ingatan untuk kita bersama. Juga untuk ingatan diri sendiri ke arah kebaikan. Jadi kamu... dan kamu... bila nak memulakan Langkah Pertama ini????? Bagi yang sudah lama memulakannya.. Tahniah!! Teruskan usaha anda... :)


8 comments:

MS said...

no hal beb.
mak pun dapat tau pasal asb online dari MommmyDania

org kata sharing is caring *wink*

Ealyie said...

MA jegh kerrrrrrrrr???;P

IntanSham said...

MA...btol btolll sharing is caring

Alaaa bebs..yer laaaa.. tengs to u too sbb intro MA kat aku...ehehhehee

Unknown said...

as for me, saya buat potongan gaji ke akaun tabung haji setiap bulan. saya dan anak2. so, disiplin la sikit kan. kalo tak, memang takde masanya nak ke bank. (malas sebenarnya hoho)

~Umi.Sufira~ said...

Beb, banyaknya ko simpan 20% dari gaji bersih...fufufu...salute habis la ngan ko!kekeke...aku pasal 'rumah' nih dah habis segala saving maving...wah nak kena buat recovery plan balik beb!*sigh*

hajarus said...

hajar setuju sangat ngan pendapat akak ni... betul tu, walaupun skit kita saving tp lame2 banyak jugakkan... hehehe...

Nieza Ishak said...

dushhhhhh kat nieza heheheh. Kadang2 nieza culas jugak.

simpan korek simpan korek ... kekeke

IntanSham said...

zety..mmg perlu dibahagi2 kan simpanan tu..:) kalo nak ke bank mmg susah kannn..lagi senang potong gj

Mimie..perlu diingatkan gigih kembangkempis lobang idung menahan diri okehhhhh...

hajar.. yer..marilah kite menyimpan

hahahhaa nieza..itulah,hopefully nih ASB dah blh transfer online nih, dptlah punctually menyimpan..