Monday, May 11, 2009

Manisnya Kenangan 4...

**Entri nih mood jiwang, jadik background kaler kena tuko pink... ahahhahaaaa


Ini versi terakhir siri Manisnya Kenangan dalam hidup aku, selepas entri-entri ManisnyaKenangan1, ManisnyaKenangan2 dan ManisnyaKenangan3 .
Kiranya inilah puncak segala yang kenangan manis-manis untuk aku kenang di hari tuaku nanti..chewahhhh... sakan nak berblog lagi kah bila dah TUA??? ahahahhahaaaa...

Manisnya Kenangan kali ni aku nak kisahkan tentang detik pertemuan aku dan si dia. Si dia yang mana pulok??? Si dia yang rupanya telah menjadi Soul Mate aku, yang telah tertulis dalam takdir hidup akulah... Mr Shamsul a.k.a Mr Hubby.

Sebagaimana yang aku kisahkah di dalam entri manisnya kenangan 3, aku berkenalan dengan Mr. S semasa bekerja di kilang di Tampoi. Perkenalan masa tu pun tak diduga. Actually kami nih diperkenalkan oleh agensi mencari jodoh pihak ketiga. Nak dijadikan cerita, jiran lama aku yang juga bespren mak aku, salah sorang anak lelakinya satu opis ngan Mr S. Dan sewaktu itu, Mr S sedang solo & steady serta sedang mencari cinta calon. Dan entah kenapa waktu itu, boleh pulak nama aku dicalonkan oleh mamat tu. Mr S pun nak laaa berkenalan dengan aku. Maka anak jiran aku pun, mulalah melancarkan agendanya dengan melantik adik pompuannya (Kak L) yang baik ngan aku untuk meng'kenen-kenen'kan opismatenya itu kepada aku. Aku pada ketika itu, sedang buhsan tahap cipan dengan mamat-baran-satu-kilang yang aku storykan dulu. Kak L telah 'memaksa' aku untuk berkenalan dengan Mr S nih. Paksa okehhhhh.... Aku masih ingat lagi kata Kak L, "Aku tak kira, ko kenal jugak ngan si S nih, bak sini email ko,"
Huk alohhh kak... pekehal lak pakai email, leceh tu..bukan ada internet kat umah mak aku...
Tapi tulah, dua beradik nih, bulih nak suh kitorang kenal, tapi pakai email jek.. nombor tepon derang suh kitorang pakat-pakat mintak sendirik... hadoiiii laaaaa.....
Maka Mr S pun, dengan machonya telah menghantar email kat aku...Masih aku ingat dan simpan lagik emailnya itu...

**Date: 16-06-2004
"Hi..disana…

Somehow somewhere… my friend gave me this email address.. I’m not sure with or without your consent.. I hope u don’t mind.
Just dropping by to say hello…

Kalau rasa tersinggung maaf jelah..

-sham-"


Sungguh sopan kan bunyik emailnya...hehehheee... Tapi, insiden email nih pun satu hal jugak. Aku bulih pulak tak bukak2 email dia tu. Sampai Kak L tu call aku tanya apsal aku tak balas email si S tu. Dia kata.."Ko nih kan...mamat tu sampai dah ingat ko taknak kenal ngan dia taww.. dia dah bawak diri p offshore". Hek elehhhh... macam laa salah aku pulak yang dia nak p offshore tu...kekkekeeee... Maka aku pun balas laaa jugak email dia. Tapi sah laaa kan, tak dapat reply sebab mamat tu dah kat tengah Laut China Selatan. Hampir dua minggu lebih baru dia reply.

**Date: 08-07-04

"Hi.. intan…

I pun nak mintak sori.. sbb Iambat reply.. I baru je masuk opis… kena g outstation 2 minggu lebih..
I don’t know much about u.. for now.. I know your name.. INTAN.. yang lain2 tu nak kena carik resume ke…
So if you’re not reluctant.. you can give me your phone number.. senang sikit nak berhubung..
Mine is 019*******

Nama penuh : Shamsul Abdullah
Yang lain2 detail tu u kena interbiu I sendiri kay..
available for interview at any time(except office hours, lunch time would be considered) - prior to advance notice…

thanks…
-sham- "


Poyo jek ek bunyik email dia. Yerrr... itulah tanggapan aku.. ek elehhh mamat nih... poyo jek.. mintak no phone aku, tapi bagi dia punye dulu..bajet aku nak call laaaa??? Kem salam... Lalu email tu aku tak reply, saja nak test power tengok tindakan selanjutnya dari si dia... ecehhh..

Dan tak lama lepas tu, menyusul email proposal seterusnya... ahahhahaa

**Date: 10-07-04
"Hi there,

So r u still out there… mmg susah nak beremail kalau u kena g cc.. I try tanya ‘mereka’ ur phone no. tapi tak de la..
So call me or sms me if u wish… I’m still interested to get to know u..

Cioa..
shamsul"

Ok.. pastu aku pun bagi laaaa no handphone aku... ehehheee... nak test power lama-lama kang, melepas pulok...kuikuikuiiiiiii.... Dan email-email manjer tak laaa menyusul lagik sebab dah boleh calling-calling or sms'ing. Jadi starting from that, kami pun berhubung melalui telefon sahaja. Namun, aku masih tak bersedia nak bertentang mata dengan Mr S nih. Bila dia ajak jumpa, selamba jek aku bagi alasan macam-macam. Ada laaaa dalam sebulan jugak kami main tepon-tepon jek nih, walhal umah dekat jek.. Kenapa aku tak nak jumpa? Ermmm... entah ek, sebab aku rasa taknak keras kejung jek bila jumpa kalo baru jek kenal dah nak jumpa. Tak pernah beb aku dating ala-ala 'blind-date' nih. Lagi laa pulak si dia nih jauh beza umur dari aku. Sejarah dating aku paling tua pun.. beza umo 2 tahun... tapi dia nih, 5 tahun... wowowoooooo... Akak tak kompiden dek nonnnnn.... Tapi masa tu, aku tak laaa remaja sangat pun. dah 25 tahun umo aku. Dan selepas sebulan bertelefon, ber'sms' bagai, maka dibukakan hati aku untuk bersua muka dengan Mr S nih, setelah aku berada di zon selesa laaa berbual dengan dia, dengan harapan aku tak keras kejung lah bila jumpa dia nanti. Maka destinasi pertemuan kami adalah di Mc Donald Pasir Gudang (aku slalu tanya dia,kat mana first time kite dating??? ahahhahaa) jam 8.30pm. Tarikh aku tak ingat pulok...hahahhaaa... Saja aku amik venue yang ramai orang kan... First time nak blind-date nih..mana laa tau, kot orang yang aku nak date nih perogol bersiri ke hape... hahhhhh!!!! Aku pergi sendiri kat tempat tu. Sampai-sampai kat situ, aku standby jek dalam kete..usha-usha mana laaa mamat yang aku nak jumpa nih.. iskkk... Jadi bertemu laa kami empat mata.. Aku masih shy-shy cat lah. Tapi nasib baik cik abang aku nih jenis easy-going dan pelawak orangnya. Jadi aku tak laaa keras jek. Kejap je dah mesra alam dah kitorang. So borak-borak, makan-makan dan balik. Ok... Pandangan pertama aku, he is a nice guy yang membuatkan aku tak tidur malam rasa nak lagi berhubungan dengannya. Dan yang paling penting dia 'wangi', tak ada bad-odour.. aku memang tak boleh beb kalo orang laki bau busuk.. muka tak ensem takpe.. janji wangi... boleh???? hahahhahahaa............


Rentetan dari pertemuan itu, kami terus lah berhubungan. Dan dia mestilah tetap nak terus mengenali aku si gadis yang baik budi, bersopan-santun lagi cantik rupawan nih kan...kahkahkahkahhhh... Menyusullah pertemuan demi pertemuan selanjutnya. Tapi u ollsss tau.. kitorang kalo nak jumpa, memang aku tak bagi dia jemput aku kat umah. No..No..Noooo.. Biasanya kitorang akan jumpa kat satu pit-stop biasanya kat Pusat Bandar Pasir Gudang atau Pasaraya Today. Aku akan drive ke situ, dan dia akan ambil aku sebelum kami ke mana-mana. Kenapa?? Sebab aku tak kuasa nak tengok muka makcik-makcik kepoh jiran-jiran aku yang mesti buat muka curiosity kills the cat kalo tengok pakwe datang amik aku kat umah. Juga... aku malas nak bersoal-jawab ngan mak aku kalo dia tanya siapa mamat tu? Almaklum perchentaan aku kan terhalang sebelum nih, so aku ala-ala merajuk laa ngan mak aku tu. Lagipun, aku tak kompem lagik nak bercintan-cintun ke tak ngan Mr S nih. Buat masa tu hanyalah 'teman tapi mesra' aja istilahnya. Yer kawan-kawan..aku memang p dating, mak aku tak tau... Aina dan Ainin...PLEASE don't do this at home yerrrr...............


Dalam dua-tiga bulan berdating, tak laaa hari-hari kuor dating, ada laaa seminggu atau dua minggu sekali berdating.. Kiranya aku dah bersedia nak menjalinkan hubungan serius dengan Mr S. Tapi kannnn... Mr S nih, tak de pulok propose aku untuk jadik awek nya secara rasmi.. cetttt..apakah???? Aku nih dah rasa cam, isk..dia nih ye ke tak suka ngan aku nih. Takkan pulak aku nak p tanya kat dia...No... that is so not me beb!!! Kemachoan kena jaga jugak beb walopun hati sudah suka. Masa tu jugak aku dah mula rasa nak stick with one... dan aku ehemmm... dah rasa macam nak kahwin beb masa tu. Yelah..mengenangkan tahun depan dah 26, memang aku nak kena serius bercinta nih. Taknak laaa putus-putus di tengah jalan lagik. Kawan-kawan pun dah ada steady boipren kan.

Akhirnya... masih aku ingat lagi, masa tu bulan puasa, kami kuor p berbuka puasa bersama dekat kedai Mee Bandung famous kat Taman Scientex. Balik dari berbuka puasa tu lah, dia propose untuk serius dengan aku. Dan dia jugak tanya aku, tak kisah ke kalo dia selalu tak ada, sebab kerja dia memang asik outstation jek. Dan aku dengan machonya cakap, "Takpe.. I memang tak suka laaa dating hari-hari..rimas..." Sila gelakkan aku kawan-kawan..sebab ayat power aku tu memang menyebabkan dating aku tersangatlah jarang... sampai aku pulak jadik tensen..tapi nak revise balik kata-kata aku, owhhh... tidak lahhh...sebab aku nih kan sangat 'macho', jatuhlah ke'macho'an aku kalo aku ubah balik statement aku tu...;p


Masa Hari Raya 2004, kami pun saling berkenalan dengan family masing-masing. Masa nih, aku dah bagitau kat mak aku lah, yang aku ada kenal serius ngan seseorang. Jadi, dia datang beraya ke rumah aku dan aku pun dibawa beraya ke rumah dia di Pontian bersama-sama adik aku.

Rentetan dari perkenalan bersama family tu, dia melamar aku sebagai isterinya... owhhh... I am so touched!!!! Tapi tak lama lepas tu, aku dapat offer KPLI. Owhhh... hatiku dah berbelah bagi nih, aku nak kawen..dapat pulak KPLI nih. Sungguh tak boleh nak fokus nih. Mana nak belajo, kang nak kawen pulak. Tapi berkat dorongan Mr S dan keluarga aku, aku masuk jugak KPLI pada Januari 2005. Dan bulan Februari, masa Raya Cina, 12-02-2005 kami bertunang.


Cadangnya, majlis perkahwinan akan diadakan pada penghujung 2005. Tapi sebab aku takut sibuk dengan sesi induksi dan BTN, juga takut kena posting jauh-jauh..maka aku ajak dia mempercepatkan perkahwinan kami. Yer... aku yang ajak kawen cepat.. Tapi Mr S of course lagik suka kan...hahahhaaa... Maka akhirnya pada 19-08-2005 kami diijabkabulkan.. Alhamdulillah... Berakhirlah riwayat aku sebagai seorang CIK, maka selepas itu bergelar PUAN lah aku... :)


Itulah milestones pertemuan-percintaan-pertunangan-perkahwinan aku dan Mr Hubby tercinta. Tidaklah beronak-duri sangat. Terlalu mudah dan simple perjalanannya bagi aku dan dia, namun dah ditakdirkan jodoh kami bersama. Memang percintan aku dan dia berlangsung singkat sangat, aku rasa percintaan sebenar kami lepas kawen ajer... tapi itulah yang dikatakan JODOH. Hanya Allah yang tahu apa yang telah dia tetapkan untuk kami. Dan aku pastinya sangat bersyukur dipertemukan dengan Mr Hubby yang sangat penyabar dan penyayang. Dialah suami dan abah terbaik untuk aku dan anak-anak. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir-hayat.. AMIN...


** Aku sengaja tuliskan tarikh-tarikh tertentu supaya suatu masa nanti, aku boleh recall semula memori kami ini... ;)


** Terima kasih kepada Abang Is dan Kak Lily yang telah mempertemukan kami berdua...




** The End **

10 comments:

iena hamdi said...

memang saat saat indah itu akan kita kenang sampai bila bila kan?...

nak nak akak yg pagi ni sudah ditinggalkan lagi kerana tuntutan tugas..

huhuhu moga perkahwinan kita semua di lindungi dan kita di tabahkan hati menghadapi dugaan segala ranjau onak duri... n kekal abadi hingga hujung nyawa

Amin

~Umi.Sufira~ said...

Owh ini kisahnya yang aku tunggu2 nih...kekeke...Kalau dah jodoh tu kan ada je jalannya Allah bagi untuk kita jadi suami istri....aku ni beb 3 tahun becinta, 3kali aku mintak putus..kahkahkah...gila nyah....bercinta umur 19 ingat macam cinta monyet..last2 umur 22 kahwin jugak akhirnya...dah nama jodoh kan nyah!

Semoga perkahwinan kita semua dilindungi..amin:)

Mommy Harith Hannah said...

Wahh, ending yang di nanti2... Buleh buat novel laa Intan oii... hehehe...

Tang email yg awal2 tue yg tak tahan tue... kehkehkeh... Kalau dah jodoh, tak ke mana, ye dak?

Semoga berkekalan h ingga ke syurga, yeah! =)

Rizza said...

wa.. ending yg sungguh seronok..

mamaDhea said...

;)

cysev3n said...

confirm simpan lagi email ni.. ha ha ha..

kot mak nak bukak cerita, harus mak private blog.. koser nak bagi mak bapak mentua ipar duai baca sekali :P

IntanSham said...

kak iena... walopun kena tinggal, pastinya hubungan lebih hangat kannn... semoga kita semua tabah menghadapi dugaan dalam perkahwinan..thanks kak

mie..sebenarnya n3 nih utk ko nyah..hahahaaa...aku sblm nih tak terpikir pun nak reveal kisah chenta-karat aku nih..;p btw..best ko 1st love kekal selamanya...;) tq beb

arnie.. hahahaa...kalo wat novel,x best sebab tak bp nak jiwang karat sangat..kuikuikuiiii... email tu, email nak ngorat tu..;p
thanks yer..

kak rizza..happy ending lah kengkonon...;p

sha..awat?? ko speechless ker?? kuikuikuiiii...

CY.. memang masih simpan pun,sebab tu laa email YAHOO ku tu masih idup sampai skang. Blog nih nasib tak dibaca oleh pemli..kahkahkahhh

Ealyie said...

Muhahaha... best! best! kira aku bole konpemkan la jalan penceritaan ko dulu, mmg takde tokok tambah punya la... ekekekeke..;P

Apa pun, ku doakan ko tabah bila berjauhan dgn pak samsul itu nanti yea!!! takde keje, meh la meronggeng umah aku...;)

IntanSham said...

hahahaaaa...ko jadik laa juru odit dalaman utk citer aku nih..;p

Anonymous said...

Hello
http://www.smeesh.com/ - order meridia online
The changes in the patient’s heart rate and blood pressure levels must be considered when deciding on dose titration.
[url=http://www.smeesh.com/]meridia diet[/url]
The changes in the patient’s heart rate and blood pressure levels must be considered when deciding on dose titration.
order meridia online
Meridia - Fight obesity todayOrder cheap Meridia (Reductil) drugs online and save hundreds! No prescription!
Also known by its generic name Sibutramine, Meridia is mainly intended as an appetite suppressant in the treatment of obesity.