Kepada semua guru yang pernah mendidik aku dari sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat universiti..."SELAMAT HARI GURU" terima kasih di atas ilmu yang kalian curahkan... Untuk Cikgu Sainah, cikgu aku ketika di sekolah rendah, dan kini telah menjadi rakan seperjuanganku... Cikgu is the best!!!! :)
Berikut merupakan lirik lagu tema Hari Guru tahun ini.. Hayati dan fahamilah lirik tersebut...
"Guru Pembina Negara Bangsa"
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

3 comments:
Selamat hari guru Cikgu Intan
thanks mummy dasy...:)
selamat hari guru intan..teruskan usaha murni seorang cikgu..yeah.. :)
Post a Comment