Pada awalnya, aku berulang dari Pasir Gudang-Tampoi dengan dihantar dan dijemput oleh ayahanda terchenta setiap hari. Almaklum aku belum ada lesen kereta mahupun kereta sendiri masa tu. Gigih jugaklah ayah nak anto pagi-pagi dan kemudian berkejar balik semula untuk masuk keje pulak.
Tak lama kemudian, aku amik keputusan untuk menyewa umah ajer di Taman Kobena berhampiran dengan kilang tempat aku keje. Kebetulan umah sewa member johorean aku masa diploma dulu ada kosong. Jadi bermulalah kehidupan aku sebagai 'minah kilang'. Kilang tempat aku keje nih tak laaa beso mana pun. Dekat lab pun cuma ada aku dan sorang technician pembantu aku untuk buat testing. Job scope aku kat sini, memastikan semua chemical yang digunakan dalam production dalam spec yang betul. Selain tu, aku juga perlu menghantar sample board yang tertentu untuk dibuat testing di external lab bagi melihat tahap kandungan prohibited substances macam lead dan sebagainya. Tak susah keje kat sini. Semua testing dah ada methodnya. Setiap pagi, pembantu aku akan p production untuk amik sample chemical dan dibuat testing. Kadang-kadang aku pun turun production gak untuk amik sample.
Ahahhh... kat sini aku sempat jadik player... u ollsssssss.... kuikuikuiiiiiii... Selepas peristiwa putus chenta-monkey-story tu, aku jadik cam trauma nak berchenta maut nihhh...nehi..nehi.. Tapi teringin jugak rasanya menjadi player. Aku kenal ngan sorang mamat satu kilang dengan aku. Ahaaa... memang mamat nih aku tau chenta maut ngan aku, tapi aku tak leh go laaa dengan dia nih sebab mamat nih panas baran tahap gilors... Bayangkan terperangkap dalam jem pun dia boleh hangin tak hengat..hhuhuhuuu..takut aku beb. Blom kawen ngan aku, dah tunjuk baran dia..sok sok kalo da kawen ... lagi laaaa kan... So aku hai hai bai bai jek laaa kat dia. Dalam pada ber'kawan' dengan dia, aku sempat gak melayan sorang mamat dari Penang nih. Masa nih dia tengah training pilot...wahahhaaaa... tapi muda 2 tahun dari aku. Aku ala-ala ye tak ye jugak ngan mamat nih. Yelah...masa nih kan acting as a player, jadik sini aku layan, sana pun aku layanzzzz jugak laaaa.... huahuahuaaa...Dan ketika bekerja di kilang ini jugalah aku diperkenalkan dengan Mr Hubby. Ahaaaa... gimana?? yang itu, simpan dulu di lain entri....;p
Semasa bekerja di sini juga aku memohon untuk ke KPLI. Dua kali aku memohon, menjalani ujian sahsiah dan dua kali juga ditemuduga. Permohonan pertama telah gagal. Kemudian...setelah bekerja selama setahun lebih di kilang tersebut, aku mendapat kerja lain di sebuah kilang di Pasir Gudang sebagai seorang Chemist. Dengan pendapatan yang lebih lumayan, dan dekat pula dengan umah mak, jadik tak perlulah aku menyewa lagi. Lebih best lagi sebab satu department dengan bespren aku sejak diploma hingga degree..pastinya salah seorang geng Johorean. Dan perpindahan ku ke situ juga lebih terdorong oleh rasa ingin melarikan diri dari mamat 'baran' satu kilang dengan aku tu.
Tak sampai 3 bulan aku di kilang baru, tawaran memasuki KPLI Sains Sekolah Rendah tiba. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang aku begitu teruja hendak menerimanya. Lebih best lagi dapat pulak maktab di JB. Haruslah aku melompat
Maka dari itu...bermulalah episod hidupku sebagai seorang GURU....Arakian...begitulah hikayat hidupku setakat itu.......................
3 comments:
Alah...tak sampai2 lagi crita ngan pakwe sekarang nih...ada sambungan lagi nampak gayanya nih!kuikui...
hehheee..yer... sbb ari nih ari jumaat.. mcm sinetron biasanya isnin-jumaat kannn... jadik nantikan next episode isnin nanti...;p
nak tunggu marathhon episod back to back....baca terus menerus...tak sanggup nak menunggu episod akan datang... hahaha..
Post a Comment