Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Tinggal Seminggu Lagi...


Pejam celik pejam celik, tinggal lebih kurang seminggu saja lagi cuti panjang aku akan berakhir. Memang seronok sungguh bercuti panjang 3 bulan. Terasa berbaloi dapat jaga baby dari new born sampai ke usianya 3 bulan. Memang tak sia-sia aku amik cuti bersalin 3 bulan nih. Walopun lepas nih cuma ada sekali saja lagi cuti bersalin yang layak aku amik, nak dibandingkan kalo aku amik 2 bulan, aku layak amik lagi 2 kali. But who cares? Blom tentu aku rajen nak branak lagik lepas ni... Hahahaaa. Lagipun umur dah 33 ni pun terasa hazabnya mengandung, apatah lagik kalo lagi bertambah umur nanti? Takkan pulak nak branak tetiap tahun semata tak nak mengandung di usia lanjut khennnnn? Larat koooo??? Dah ler anak- anak aku nih dari yang beso sampai yang baby ( of course ler kan) memang jenis clingy dengan aku. Itu nak ibu, ini nak ibu... Semua pun ibu. Abah? Tammo... Ohhhhh... Acik penatttsssssss.... Huhuhuhuuuu.... Jangan mimpi ler nak branak tetiap tahun. Kalo boleh elak, elak... Kesian kat anak-anak gak nanti bila mak asik nak menaga jerrrrrr... -_-

Stok susu Alhamdulillah, lumayan untuk Ahmad Faheem. Dua minggu nih aku tak sempat nak mengepam lagik. Rushing dengan macam-macam. Lagipun freezer aku dah tak muat oiiii... Hajat nak mencari deep freezer pun tak kesampaian lagik sebab husband sibuk teramat! Asik balik lambat jewww... Wiken pun busy. So dua minggu nh memang direct feeding jek laaaaa. Ahmad Faheem dah dilatih minum EBM guna botol susu. Ada dua jenis botol, Tommee Tippee dengan First Year. Ikutlah nanti memana yang ko berkenan yer Ahmad. Aritu macam reject First Year, tunyang beli Tommee Tippee. Tapi last week macam tak suka lak botol TT tu... Haihhhhhhh.... Jangan ko reject EBM macam kakak Aina dulu dah ler Ahmad oiiiii... Kang saper lak nak minum EBM bebanyak dalam freezer tu??? Tapi satu yang aku prasan baby nih kalo time bebtol lapo baru dia nak minum EBM tu. Kalo tak, macam susah nak bagi. Aku berdoa biarlah dia nak minum susu nih bila aku dah start keje sok.

10 Oktober, means Rabu depan aku start bertugas balik. Separuh hati sukaaaa gak benornya. Eh dah agak letih jadik SAHM nih oiiii... Keje tak abes-abes! Memang gua respek lah kat all SAHM di dunia yang fana   nihhh. Nak urus anak-anak, urus rumah, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, itu, ini.... Serius penat. Nak list down kan keje-keje kat umah nih pun letih oi... Huhu. Jadik please lah respek para surirumah ni. Kalo tanya aku, errrr blom tentu sanggup! Kalo jadik SAHM part time tu boleh laaaa... Dah penat keje, jadik SAHM. Pastu penat jadik SAHM, pi keje lak... Macam aku la ni kan. Masa cuti skolah fefeeling jadik SAHM, abis cuti... Pi keje lak... Tu aku sanggop. Hehe... Dasarrrrr tak gheti duk umah dendiam khennnn aku nih! :p

Wokey... Stop mumbling. Orang hari rabu, buat entri wordless wednesday.. Aku buat entri wordfull wednesday.. Sukati jewww.. Haha... Adios korang! Slamat hari Rabu... :)




Wednesday, March 2, 2011

Testing.. Testing

Another handcraft made by kakak from the art-class last week.. Decorating the balloons.. :)

P/s... Thank you Ely for the 'lesson'.. hahahahaa



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Wednesday, February 16, 2011

Wordless Wednesday 1

Lupakan yang sedih-sedih....

Cheer up...



Video ni dah lama dahhh.. masa sebok-sebok musim banjir aritu.. nih baru nak upload

Tuesday, January 25, 2011

Berapa Kali Punye 'Tidur Asing' Daaaa???

Tajuk macam tu pasal kes dah terpublish entri yang dirancang untuk scheduled entri akibat kesengalan tuan punye blog.... hahahhahaaaaa.... :P

Dah lebih dua bulan saya dan suami melatih Aina dan Ainin tidur berasingan dari kami. Sebagai umpan untuk permulaan, kami set-up kan satu bilik untuk diorang. Katil yang comel dan hias-hias bilik dengan diorang. Seronok laaa kan bila ada bilik sendirik.

Mula-mula memang hazabbbbb. Syarat pertama, saya kena tido skali dengan diorang.. ok fine! Bila diorang dah tido selalunya haku yang tido dulu dan memang kompem terlajak sampai besok paginya, barulah saya slowly pindah bilik. Tapi tengah malam KOMPEM dua-dua budak kecik nih akan terbangun dan pindah ke bilik kami. Maka tido laaa kami secara berjemaah di atas katil yang tak berapa nak beso. Kesian laaa kan mak bapak pasal bila bangun pagi, pinggang nak patah sebab terpaksa mengecikkan saiz badan seminima mungkin untuk keselesaan anak-anak. Pengorbanan mak bapak namanya tuuu... :P

Berlarutan juga pindah-pindah bilik tengah malam nih sampai nak dekat dua bulan. Tapi...
Nampaknya pembuka tahun 2011 nih, adik dan kakak nih akhirnya dapat menerima hakikat yang mereka dah kena tido sendirik. Maybe sebab perbualan ini turut mendorong...

"Ibu, bila baby boy nak masuk dalam perut ibu?"
"Hmmm... macammana baby nak masuk dalam perut ibu, Aina dengan Ainin asik pindah kat bilik ibu jerrrrr...."

Maka agaknya kerana insappppp (takut baby tak boleh masuk perut ibu), akhirnya diorang pun redho jek laaa tido sendirik... :))

Jadi sekarang nih, memang Aina dan Ainin dah berjaya diasingkan bilik tido dari kami berdua..

Katil adalah bertingkat-tingkat, tapi budak kecit dua orang nih tetaplah nak tido setilam berdua. Sungguh syahdu bila tengok dua beradik nih tido bersama..... :)



Oh ya... cuba peratikan watermark saya tu. Comel tak? Saya tempah dari kawan saya di SINI. Dia memang pakar buat watermark nih tapi belum komersialkan. Dengo cerita nanti akan dikomersialkan. Boleh lah contact Hamdya kat link di atas.

Ada satu lagik yang dia bikin untuk saya... Pun comel jugak. Tengok kat gambo bawah nih. Gambo lama nih, masa pi A Famosa dulu....





~ Sekian ~




Tuesday, January 4, 2011

J.A.K.U.N

Beep!!! Beep!!! I'm tuning on mode 'J.A.K.U.N'

Orang lain berjaman-jaman dah tau, tapi mak seriously baru semalam sebok-sebok amik tau.. Walhal dah lama dah guna mende nih, tapi guna very the basic function je. Nasib laaaaa ada AcikTu sanggup jadik sifu.... :))

Eh.... Amik tau pasal apa?????? Nak tau ke? Segan laaaaa mak nak kasik tau... Kalo dah tak nak kasik tau, pe kes buat entri yer macik???? Ehehhhh.... Yelah.. yelah... saya bagitau lah....



Saya J.A.K.U.N bikin ini....................



*




*




*



*



*


Edit gambo secara berjemaah guna Photo Scape Batch Editor...

Rupanya siap boley bikin frem yang cun lagik... :P




Ni hasil edit gambo princess saya yang dua orang tu...
Gambo masa jalan-jalan kat JJ Bukit Indah Ahad lepas...



Kakak ajak adik jalan dia tak mau, sebok tengok pameran LCD TV kat bawah nun...




Malam tadi bantal peluk busyuk masyam saya yang sorang nih kena kidnap ngan atuk dia.... rindu ibu kat adik tawwwwwwwwww....



Oppsss... sori adik, watermark tertutup muka comey adik, ibu malas nak edit balik... :P



Sampai terpejam-pejam mata Ainin bile ibu suruh possing.. :))



Sangat suka gambo Ainin yang ni... :)



Ok last skali saya nak tunjuk hasil kerja tangan Aina kat Art Class nya aritu....


~ Keychain ~

Aina tukang tampal-tampal, cikgu dia pasangkan 'chain'nya....
Cute sangat... sayang nak guna, saya suruh Aina simpan je... heheheheee



Terima kasih laaa kat acik yang sorang tu yang telah menyelamatkan saya dari ke-J.A.K.U.N-an terlampau saya itu... muahahahahaaaa

**Eh ke ada yang sama jakun macam saya? Korang saja kan tak nak ngaku??? :P





Monday, December 27, 2010

Berakhir Sudah....



Hmmm... cepat sungguh masa berlalu, pejam-celik-celik-pejam, dah nak abih cuti sekolah. Walopun ada lagi seminggu cuti sekolah, tapi cuti untuk cikgu-cikgi macam saya ni berakhir sudah. Hari ni dengan rasa masih liat-nak-pi-keje-sebab-syiok-duk-menembam-kat-umah-lama-lama penuh semangat waja, saya ke sekolah. Hari ini akan diadakan mesyuarat pertama untuk kerja-kerja saya yang menurut perintah,suka tak suka ko kena buat pembahagian tugas bagi tahun 2011. Tak sabar jugak nak tau apakah tugas yang diberikan atas batu jemala patik, kelas mana yang nak diajar, subjek apa yang bakal disempurnakan pengajaran dan pembelajarannya. Hari ini akan terjawablah segalanya. Mengikut perbincangan dengan pihak atasan sekolah, atas permintaan diri sendiri maka saya diberi pelepasan mengajar tahun 6 untuk 2011... yeayyyyyyyy!!! Dapat laaaa rehat setahun kot.. :)

Tapi ada tugas besar sudah menanti saya. Saya telah dicalonkan atau lebih tepat lagi telah dilantik memegang jawatan selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan di sekolah. Hambikkk ko... Besar bebanan tugas itu bagi saya yang pengalaman baru berapa tahun laaa sangat nih. Antara tugasnya merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah. Apatah lagik awal tahun 2012 nanti, GB kami bakal pencen. Maka kena laa organize majlis perpisahan bessar-besaran untuk dia. Lama lagi??? Tak.. percaya laaaa... tak kan lama tempoh setahun tu. Redho jek laaaaaa nokssss.... Suka tak suka terima jek laaa yer. Buat laa apa yang termampu... huhuhuuuuu... *tetibe stress*


Dalam pada saya yang excited jugak nak mengajar semula, ada orang tu pun sibuk nak prektis-prektis jadik teacher okeyyyyy. Tengok gelagat 'cikgu' terlampau ni dan anak muridnya yang sangat laaaa menurut perintah... :P



Sesi P&P sedang berlangsung dengan jayanya...



"What is this?" tanya si cikgu
"Horshhhh (horse)" jawab si anak murid... :))


Tu keje anak-anak dara saya di waktu malam. Lepas saya main-main flashcards tu dengan diorang, mesti diorang akan main sesama sendirik. Ok.. gasak... saya bior je diorang main flashcards tu, sebab kad tu memang tahan lasak. Jadik tak risau rosak ke hape. Lagipun diorang dah dipesan supaya jaga bebaik sebelum ibu korang bertuko menjadik mak lampir terlampau. Oh gambar di atas tu sebenarnya masa saya tengah sibuk lipat kain baju yang membukit, tapi diorang sebok jugak nak ajak main kad... haihhhhh.... maka saya bagi je lah flashcards animals untuk diorang main sesama sendiri. Biasanya mula-mula si kakak akan jadik cikgu, adik jadik anak murid. Pastu tuko pulak.. adik jadik cikgu, kakak jadik anak murid. Eh dah macam role-play pulak... :D

Biasanya sesi P&P itu akan berakhir dengan si adik-melalak-pasal-kena-bambu-ngan-cikgu-garang... wakakkakaaaaaaaaaa... Ye lah, si adik tu mana laaa boleh nak concentrate lama-lama, tapi si kakak pulak bila adik dah mula hilang tumpuan dia marah, siap piapppppppppp budak kenteng tu. Maka bila adik dah melalak, berakhirlah sesi P&P tersebut kerana tetiba mak lampir pulak yang menjelma.. :))

I love the flash cards. Saya memang suka sangat main flash cards tu dengan anak-anak saya. Biasanya secara santai je kami main. Sambil lepak-lepak, saya akan main dengan diorang. Tak lama mana pun. Sebab toksah mimpi laaaa nak ajar diorang lama-lama, eh anak saya laaa... anak orang lain saya tak tau pulak kan berapa lama boleh. Walaupun tak lama, saya pastikan setiap hari mesti ada sesi main flash cards dengan diorang. Biasanya kalo untuk flash cards ni, terutama yang baru, saya cuma akan main 5 kad aje dengan diorang. Motif utama nak diorang kenal dengan setiap gambar. Tapi kalo semua gambar diorang dah kenal, saya akan main semuanya.

Ni antara koleksi flash cards yang saya ada. Semuanya saya beli dari zaman Aina kecik lagi, kecuali yang First Words Discovery Cards tu. Yang tu the latest one, baru je saya beli bulan lepas. Eh sebenarnya kan, tiga je yang saya beli. Nature Discovery, Animal Discovery dan First Words tu je yang saya beli. Yang Read At Home, Number Cards (yang kaler merah) dan number cards yang gambo ginger bread tu hadiah dari seorang ibu bekas anak murid saya, yang memang baik dengan saya... Kak Wati namanya. Ada lagi 2 sets flash cards yang Kak Wati hadiah kat saya masa dia nak pindah KL hari tu. Dia beli untuk ajar anak-anak dia masa kecik, now anak-anak dia dah sekolah semua, so dia tak guna lagik, jadik dia prezen kat saya... Thank you kak.. You are so kind... (macam laa dia baca blog saya)... :)


Saya suka flash cards series Baby Einstein nih, sebab gambo-gambonya beso dan colourful. Kad-kad dia pun keras dah tahan lasak, tak risau laaa kalo budak-budak main. Eh, saya memang tak DIY flash cards yer... pasal saya M.A.L.A.S... hahahhaaaaaaaaaaaa... Bagusnya kalo orang rajin DIY kad-kad nih. Tapi ai memang tak ghajin ler nak DIY nih tu pasal duhet ko habes je kannnn... :P

Eh tadi kan saya macam stress citer pasal sekolah kan, tetibe ilang stress pulak bila citer pasal flash cards nih... muahahhahaaaaaaaaaaa.... Apapun korang, selamat hari Isnin yer... keje rerajin, jangan asik fesbuk dengan baca blog jer...:))

Oh ya, pesanan untuk sesiapa yang sudah mengulor secara terlampau pada hari Jumaat lepas, sila lah insaf dan siapkan keje anda sebelum anda dikejekan.... wakakakakaaaaaaaaaaa............... Adiosssssssssss.. :)



Tuesday, December 21, 2010

2 years 5 months Journey...

She's getting bigger now.... Dah 2 tahun 5 bulan. Cepat btol dia membesar. Jom tengok gambo angel saya yang sorang ni ....





@ this age... Pencapaian terbaekkkk Ainin ialahhhhhhhhhh.....

- pandai bercakap dengan jayanya. Ramai tak caya dia baru 2 tahun lebey, sebab ayat-ayat bombastik dan very the jelas yang disebutnya.... :)

- udah tak BF lagik. Tapi masih rindu nenen ibu. Selalu kalo nak tido, mesti nak kena peluk rapat-rapat ke dada. Tengah-tengah memain kadang, datang kat ibu.. kiss2, peluk-peluk... Ainin kata.. "nenen nak bagi baby"... :P

- udah diaperless di waktu siang. Yeayyyyy... akhirnya setelah 3 minggu, dia berjaya tak pakai diapers lagik. Dah pandai bagitau bila nak ke toilet. Sepanjang cuti ni saya dok trained dia. Yang ni kena thanks to my little helper.. si kakak, yang sangat-sangat bertanggungjawab memastikan Ainin ke toilet bila tiba masanya. Sangat senang bila ada Aina, Ainin cakap je nak ke toilet.. Aina yang kalut suruh dia bukak seluar dan bawak ke toilet. Bila Ainin dah pee dalam mangkuk toilet keciknya, si Aina akan terlompat-lompat happy... "Ibu tengok adik dah kencing!!!".. muahahaaaa... lawak sungguh. Tak paham apakes dia suka btol tengok Ainin berjaya pee... :))

- udah belajo tido sendiri kat bilik dengan si kakak. Yessss... Ainin dan Aina dah mula diasingkan tido dari ibu dan abah. Walopun tengah-tengah malam dedua kadang-kadang pindah, tapi ok laaaa kan untuk permulaan ni... :)

- udah boleh kira 1,2,3 sampai 20... juga udah boleh A,B,C... Z walopun kadang ada tersilap-silap sikit... hehheheeeeeee

- udah boleh baca doa makan, surah Al-Fatihah sikit-sikit. Doa makan clear. Surah, tak berapa sangat... tapi dah boleh dengo bijik butirnya lah.

- udah tau aturan wuduk... walopun tak ler particular sangat, tapi tau ler mana satu kena basuh dulu. Juga dah tau pergerakan solat... Alhamdulillah.

Banyak milestones Ainin yang dipengaruhi oleh si kakak. Kena berterima kasih pada Aina, sebab Aina banyak ajar Ainin buat itu, ini. Seronok tengok bila Aina ajar Ainin... sebijik macam cikgu Intan mengajo dalam kelas... hahahahaaaaaaaaaaaaaaa

Itu jer yang terlintas dalam kepala saya sekarang ini. Kena chow sekarang, nak amik Aina balik sekolah.. Bye u ollssss.................... :)



Thursday, October 28, 2010

Anak Bukan Bebanan

Tersentuh hati membaca tulisan kaunselor Suzana Ghazali di SINI.

Saya kongsikan di sini untuk renungan bersama

Rentetan daripada siaran semula topik Anak: Bersediakah Anda Menerima Kehadirannya?, di dalam http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/, (perbincangan asal di dalam Resipi Hidup Disember 2005), saya menerima beberapa emel bertanyakan, apakah caranya untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu betul-betul bersedia menerima kehadiran seorang anak? Rasanya, jawapan kepada soalan tersebut telah pun saya huraikan dengan panjang lebar di dalam perbincangan yang sama. Namun, jawapan yang paling penting malah lebih penting daripada huraian saya di dalam topik tersebut ialah anda menerima kehadiran anak anda dengan hati terbuka dan dengan pendirian, anak anda itu bukan satu bebanan kepada anda.

Kenapa dua cara tadi adalah cara terpenting? Ya!! Apabila anda menerima dengan hati yang terbuka dan tidak menganggap anak anda sebagai bebanan, anda akan sanggup melakukan apa sahaja demi anak anda. Saya yakin, ramai ibu bapa terutama yang mempunyai anak yang berusia empat tahun ke atas, rasa tertekan atau terbeban tika awal-awal tahun sebegini. Ya lah, usia anak sebegini, biasanya dah masuk sekolah. Kalau dulu kos untuk jagaan di taska sahaja, dah dicampur pula dengan kos kelas tadika. Kalau yang bergaji dua mata tu, mungkin beban kurang terasa. Ada juga yang gaji dua mata, tapi sebelah saja yang berfungsi, tak guna juga, menambahkan sakit kepala sahaja.

Tak kiralah di mana kedudukan anda, walau setinggi mana tekanan yang anda rasai, walau seberat mana kesakitan yang perlu anda hadapi, ingatlah…. anak anda itu bukanlah bebanan kepada anda. Sebaliknya segala yang anda lakukan adalah sebagai satu tanggungjawab, malah tanda kasih sayang anda yang tidak terkira kepada anak anda itu.

Paling penting juga, jangan sampai anak anda terasa dirinya menjadi beban kepada anda. Ya! Ada tikanya kita terlalai dan tanpa sedar, kita secara tidak langsung meluahkan kepada anak-anak bahawa mereka bagaikan satu beban kepada kita. Sebagai contoh, anda mengeluh atau mendengus marah bila anak-anak minta sesuatu. Keluhan dan dengusan anda itu secara tidak langsung boleh difahami sebagai anda meluahkan isi hati anda yang menganggap anak anda adalah bebanan kepada anda.

Bukan tak boleh nak marah tapi biarlah bertempat dan kena caranya. Contohnya kalau anda sedang sibuk dengan kerja rumah dan anak anda minta dilayan, cakaplah elok-elok kepadanya, nyatakan anda perlu selesaikan kerja anda dahulu, nanti anda akan bersama dengannya melakukan aktivitinya pula. Bukannya memekik marahkan anak konon anak tak faham kekalutan dan kesibukan anda. Memang benar anak anda tak faham. Sebabnya, anak anda hanya inginkan perhatian daripada anda. Anak anda akan lakukan apa saja bagi mendapatkan perhatian tersebut termasuklah memberontak.

Teringat, semalam seorang bekas rakan sekerja menceritakan tentang kegusaran rakan sekerja barunya mengenai anaknya yang berusia empat tahun yang selalu memberontak, marah-marah, menangis dan menyepahkan barang-barang jika tidak dilayan. Tambah lagi, hanya dia (si ibu) yang ada di rumah kerana si ayah bekerja jauh di selatan tanahair. Teringat pula diri sendiri yang perlu melayan tiga anak seorang diri kini. Saya faham sangatlah keadaan rakan kepada rakan saya tadi.

Seperti nasihat saya kepada rakan saya semalam: kita perlu ingat, anak-anak adalah insan kecil yang hanya inginkan perhatian dan belaian. Setiap tindak tanduk mereka sama ada mereka menangis, menjerit biarpun tanpa sebab malah segala tingkah laku ketika melakukan apa juga aktiviti seharian, tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan perhatian daripada kita. Sememangnya jiwa kanak-kanak terlalu lembut. Mereka sentiasa inginkan perhatian. Sentiasa inginkan kita memberikan tumpuan kepada mereka. Tak mampu meluahkan keinginan mereka dengan kata-kata maka segalanya disampaikan melalui tindak tanduk mereka. Berikan tumpuan dan perhatian kepada anak anda, percayalah… sikap memberontaknya akan mulai kurang dan menghilang.

Sibuk dengan kerja-kerja rumah? Penat lepas seharian di pejabat? Seperti yang saya tegaskan di awal tadi, tanamkan dalam fikiran, anak anda bukan bebanan sebaliknya mereka adalah penyejuk hati dan minda anda. Jika itulah pendirian anda, sepenat atau seletih mana pun anda dengan kerja pejabat, sesibuk mana pun anda dengan kerja rumah, anda akan tetap mampu meluangkan masa bersama anak anda. Ibu bapa yang menghargai kewujudan anaknya akan hilang rasa penat tika berdepan dengan anaknya. Anda boleh juga libatkan anak anda dalam kerja-kerja rumah. Saya sendiri praktikkan cara ini, mengajak Ayuni dan Suhail dalam kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak malah menjemur dan melipat pakaian. Secara mudah, anda lakukan dua perkara dalam satu masa: menyelesaikan kerja anda dan melayan anak anak. Tambah satu bonus lagi: mengajar anak anda berdikari.

Ingatlah!! Anak anda tak perlukan 24 jam ataupun 12 jam masa anda dalam sehari. Mereka hanya perlukan tiga atau empat jam sehari untuk anda memberikan sepenuh perhatian, belaian dan kasih sayang anda kepada mereka. Hanya tempoh masa tersebut jugalah yang anda ada untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada mereka. Jika waktu yang singkat itu pun tidak boleh anda sediakan, percayalah… anda akan kehilangan anak anda satu hari nanti.

****Siaran Januari 2009




Thursday, May 27, 2010

Kisah Saya...

Hai.... Hari ini saya nak cerita tentang kisah saya. Asik merepek pasal ibu saya saja, bagi lah can kat saya pulak. Lagipun malam tadi ibu saya pi 'work'... saya boring btol ibu saya asik workkkkkkkkk je... Tapi sebab dia pergi work, dapat laa saya main laptop ibu saya.. :P

Nama saya Ainin Sofiya, tapi ramai orang panggil saya adik. Kadang-kadang ibu panggil saya 'omey'. Auntie-auntie saya suka panggil saya 'kenteng'... huhuhuuuu... apapun saya tetap maintain comel. Saya suka panggil diri sendiri adik... Sebulan lebih lagi umo saya nak genap 2 tahun. Ibu saya sangat suka, sebab dia kata dia nak grad... hape ntah??? Saya tak paham...



Ibu saya kata saya ni ketegaq. Saya suka buat apa yang ibu tak bagi. Saya suka sepah-sepahkan barang dan tak kemas balik. Kalo ibu suruh kemas, saya kata tak nak. Ibu saya kata saya ni tak macam kakak saya. Kakak saya kalo ibu suruh, cepat je buat. Kalo ibu marah, kakak saya takut. Tapi saya tak takut. Kalo ibu saya marah, nanti saya cepat-cepat peluk ibu saya, cium ibu saya, nanti ibu saya mesti tak jadik nak marah.... :P
Lagipun kan, kalo saya buat sepah, kalo saya tumpahkan air, nanti kakak saya mesti akan jadik tukang kemas, tukang lap. Jadik nak watpe saya buat, btol tak??? Ibu saya selalu stress dengan saya. Ibu saya kata ini sindrom anak kedua. Apa tu?? Saya tak paham...

Saya kan, suka order nak 'baby boy' kat ibu saya. Ibu saya kata nanti dia amik dekat Kip Mart.. Tapi dah berapa kali pi Kip Mart, dia tak amik pun? Tapi kan, ibu saya kata, kalo ada baby boy, dia nak bagi nenen kat baby boy... huhuhuuuu... mana boleh!!! Nenen kan saya punye! Saya kata tak boleh. Suruh baby boy minum 'air macak' aje. Nenen tak payahhhh!!!!!!!

Saya ada seorang kakak. Nama dia Aina Suraya. Kakak saya suka perahsan diva macam ibu saya. Dia suka berangan jadik princess. Semua benda dia nak princess. Dia bajet dia princess laaa konon. Ibu saya fenin melayan ke'diva'an kakak saya. Tapi kakak saya baik, dia suka ajar saya baca buku. Tapi kan, kadang-kadang dia berangan nak jadik cikgu, bila saya tak nak dengar dia ajar, nanti dia bebel-bebel macam Cikgu Intan.



Dulu kan, kakak saya suka buli-buli saya. Dia suka ketuk saya, pukul saya, cubit saya, geget saya... Masa tu saya kecik lagik, saya boleh golek-golek aje, saya redha aje kena buli masa tu. Bile tak tahan sakit, saya nanges... nanti kompem kakak saya kena marah ngan ibu saya... :))

Tapi itu duluuu.. sekarang tidak lagi. Sekarang adalah masa pembalasan si pitong. Sekarang saya tidak akan biar kakak buli saya lagik. Sekarang kalo kakak cuba-cuba nak buli saya, saya akan buli dia balik.. muahahhaaaa... Kalo dia cuit saya, saya akan kejar dia satu umah sampai dapat. Bila dapat, saya akan cubit dia kuat-kuat atau geget dia.. Sekarang kakak saya yang takut saya... Hari tu kan, kat umah tok mak saya, saya geget kakak saya sampai tangan dia darah... Pastu tok mak saya marah saya. Ibu saya pun marah saya... Tapi saya tak kesahhhh... :P

Dalam kereta pun kitorang suka gado-gado. Ibu dengan abah letak saya dan kakak duduk dalam car-seat kat belakang sebab ibu bajet dia nak romantik-romantik dengan abah kat depan laa konon tapi takde maknanya, sebab saya dengan kakak asik gado kat belakang... Muahahahaaaa.... Bila kami tido, barulah ibu boleh berhenti membebelkan kami... :P

Tapi walo apapun, saya sayang kakak saya. Kakak saya pun sayang saya. Kami bukan gado betul pun, biasa lah gado-gado manje. Dulu pun ibu dengan auntie ngah saya pun asik bergado je sampai beso... hahahhahaaa....

Ok lah, saya dah ngantuk. Abah saya pun dah suruh saya tido. Ibu saya tak balik-balik lagik... hishhhh... saya tido dulu lahhh. Ok auntie-auntie semua... esok cuti, selamat bercuti ujung minggu yerrrr.... babaiiiiiiiiiiiii..............


Hasil Nukilan;

Ainin Sofiya Bte Shamsul
a.k.a adik a.k.a kenteng

Friday, April 30, 2010

Memang Bahagia Hidup Bila....

Memang bahagia hidup bila...

Ada anak dara...

Kenapa???

Tak perchayaaaa????????

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*










Sekali lagi, tukang serak adalah budak ini..............

Kali ni sepahkan tisu pulak keje dia diam-diam...

Kalo senyappppp, ade jek laa keje ko kan dik?.. :P




Budak nih, hobi utamanya adalah ini................

Kalo duduk macam nih 24 jam pun tahannnnn...




Korang nak muntah tengok saya asik tayang 'kerajinan' anak dara saya?? Muahhahahaaa... sila lah muntah, nih mak ada sediakan baldi-baldi cun lagik untuk korang... pilihlah mana satu yang korang berkenan.... lalalallalalallallllaaaaaaaaaaaaaaaa............ :))
Opppssssssss... jangan lupa cuci dan pulang balik bila dah abis guna.... Jangan nak rembat pulok... Mak nak bawak pi jalan-jalan kat Birm ngan Aussie baldi-baldi nih... wakakakkakaaaaaaa................. :P

Oh ya, sebelum mengakhiri ayat, mak nak bagi pesanan khidmat masyarakat untuk sapa-sapa yang blom mempunyai anak dara, cuti-cuti ujung minggu nih pi laaa produce sorang... kahkahkahhhhhhhhhhh.... :))


Sekian...


p/s... Selamat Hari Pekerja & selamat berhujung minggu!!! Saya sedang buat list nak memantau shopping complex yang mana ujung minggu nih... :))

Friday, March 12, 2010

Nak Baby Boy....

errr... bukan saya... Tapi budak comel dua orang nihhhh.....
*
Gambar Aina dan Ainin debab zaman dolu... ahaksssss
Tengok Ainin-baby debab, terasa nak baby lagik gomol jer dia...



Soalan gediks ibu kepada anak-anak sejak akhir-akhir ini adalah.... Nak adik tak??? Yer... memang gediks... wakakkakaaa... Bukanlah bermakna saya nak bagi diorang adik dalam tempoh masa terdekat nih.. no..no...nooooo!!!! :P

Tapi saje-saje menguji minda anak-anak... Ape kaitan???? Memang takde kaitannnn... hahahhahaaaaaa........ Kalo saya tanya Ainin, "Ainin nak adik takkkk????" Dia akan jawab dengan bangganya... "NANAKKKKKKK!!!!!" dan diiringi dengan ayat tak bley blahhhh... "NAK BABY BOY...." wakakakakkaaaaaaaaaaaaa...... Itu bukan saya ajo, tapi mindanya telah absorb tunjuk-ajar kakaknya yang memang selalu request kat saya, "Ibu... nak baby boy.. baby girl tak nak, kita buang...." Haiyooooo... sadis anakku, kalo baby girl ko suh buangggg??? Terpaksalah saya perbetulkan balik bahawa baby kita tak boleh buang ye sayang, baby kena sayangggg, kena jaga... tak kira laa boy ke girl... *lap peluh*

Saya suka dengki Aina... Bila Aina request baby boy, saya tanya nak bagi baby nama apa... Aina kata "Baby boy lahhh..." Saya kata, kita bagi nama Adam Zakwan nak??? Owhhh... sebelum itu, Adam Zakwan bukanlah nama pilihan, tapi saja dengki Aina sebab Adam Zakwan nih kawan dia kat tadika. Hari-hari Aina balik, mesti bagi report pasal Adam Zakwan.. Adam Zakwan kaco kawanlah, Adam Zakwan tak buat kerja lah, cikgu marah Adam Zakwanlah, Adam Zakwan pukul Darwish lah... Hamboiiii nakkkk... ko baik sangat ke kat skolah tu??? Sukati bagi laporan harian pasal Adam Zakwan yang hensem tu... ahakssss.... :P Tapikan semalam buat pertama kali ada laporan yang baek pasal Adam Zakwan... semalam buat sambutan birthday Adam Zakwan kat skolah, mummy Adam Zakwan bagi hadiah classmates dia stationary set sorang satu. Aina kata, "Ni Adam Zakwan bagi.. Adam Zakwan baik laaa ibuuuu..." Haissshhhhh... tiba-tiba ada ciri-ciri materialistikkah anakku???? Jangan dituruti perangai buruk ibumu nakkkk.... kahkahkahhhhhhhh...... :P

Okeh... berbalik pada cerita saya nak bagi nama adik boy Adam Zakwan. Aina bila dengar je.. memang pangkah terus laaaaa... TAK NAKKKK!!!! Dia kata. Ok... Kita bagi nama... ermmmm Ahmad Ziyyad nak??? (MIO.. mak sukak nama anak ko, nyahhhhh!!!!!)... :P Kali nih Aina dah tahap nak nanges cakap TAK NAKKKKKKK hokehhhh....

"Abih nak bagi nama apaaaa???"

"Kita bagi nama BABY BOY lahhhhhhh!!!!!! Panggil dia BABY BOY lahhhhhh. Nama lain tak nakkkk.... nak nama BABY BOY jugakkkkk"

Ermmm.... ok... nanti kita tanya abah boleh ke bagi nama BABY BOY ekkkk???? Wakakakkaaaa......

Ermmm... ada sapa-sapa nak bagi baby boy kat saya???? Hahahhahaaaa..... :P



Friday, March 5, 2010

7 Hari Seminggu....

Minggu ini adalah hari bekerja 7 hari seminggu bagi saya dan kawan-kawan di sekolah. Bulan Mac nih memang macam-macam aktiviti yang nak dibuat di sekolah. Hari Sabtu, ada sambutan Maulidurrasul. Hari Ahad, mesyuarat Agung PIBG dan hari Anugerah Kecemerlangan 2009. Minggu nih saya bekerja di sekolah macam tak cukup tanah. Harap maklum segala entri yang saya buat setiap hari minggu ini adalah scheduled entri semata. Kalo kat sekolah memang tak sempat nak buat entri bagai.
*
Saya bagai bernapas dalam lumpur... tercungap-cungap. Pagi-petang kerja tak habis-habis. Malam pun ada yang kena kerja jugak... Tahun nih kena amik kelas malam lagi. Sabar..sabar... memang kalo awal tahun biasa macam nih, semua aktiviti nak disettlekan sebelum pertengahan tahun. Sabar.. sabar... saya kan bionic teacher.. Am I???
*
Yang saya tak suka bila sesak-napas-keje-siang-malam nih adalah bila anak-anak saya mula tantrums. Diorang tunjuk perasaanlah tu. Tengok ibu asik sibuk jer.. selalu ibu ada banyak masa dengan diorang. Bila saya pagi-petang di sekolah, balik dah kepenatan, nak melayan anak-anak pun kureng semangat. Anak-anak saja nak tarik perhatian dengan tunjuk perasaan. Saya sedaya-upaya bersabar. Saya tak nak marah anak-anak saya. Sebab bila saya marah... nak-nak si kakak, nanti dia nanges-nanges kasik ayat power seperti....
*
"kenapa ibu marah kakak????"
"kenapa ibu tak sayang kakak????"
"sampai hati ibuuuuu..."
*
DAN YANG LEBIH POWER....

"Aina nak abahhhhhhhhhhhhhh!!!" :(

DANGGGG!!!!! Tak tahan beb.... dengo ratapan si anak tiri Aina. Mak sentapppppp!!!!

"Anak-anakku.... ibu minta maaf, ibu tau ibu selalu ter'emo' marah kalian. Ibu sayang kakak dan adik. Sayang sangat-sangat.... Kalo kakak dengan adik tak ada, sunyinya hidup ibu. Ibu tau kakak dengan adik nakkan perhatian ibu, nak ibu layan, main dengan kakak dengan adik macam selalu. Tapi kadang-kadang kepenatan ibu membuatkan ibu 'terlupa' menjadi ibu yang baik untuk kakak dan adik. Ibu terlupa nak layan kakak dengan adik macam selalu. Kadang-kadang ibu rasa kakak macam berjauh hati dengan ibu bila tengok adik selalu dengan ibu. Kakak... ibu sayang kakak... Kakak tau tak, kakak lah yang pertama sekali menjadikan ibu seorang ibu. Mungkin ibu tak dapat nak belai kakak lama-lama macam adik, bila adik dah ada, kakak dah mula kena marah dengan ibu... tapi ibu nak kakak tau, bahawa kasih-sayang ibu kat kakak tak boleh nak dinilai dengan apapun di dunia nih. Sayang ibu pada kakak dan adik adalah sama... sebab kakak dan adik adalah anak-anak ibu. Harta ibu yang tak mungkin dapat ditukar ganti dengan apapun. Ibu nak kakak dan adik tau, yang ibu selalu sayangkan kakak dan adik... tak pernah berkurang sedikitpun malah makin hari makin tebal kasih-sayang ibu.... Maafkan ibu ye sayang??? "

Err... kalian, entri ini memang ada bau-bau emosi... sebab mak tengah kepenatan sekarang ini... Malam tadi baru mengadu duka-lara pada hubby, nasiblah bangggg... jauh-jauh pun u kena dengo ai bebel.... Kalo tak bebel kat u, nak bebel kat sape pulak kannnnn.... Bebel kat blog tu lain perkara, bebel kat hubby tu satu keperluan ke kehendak (?) yang tak dapat nak dinafikan.

Haiiii.. cepatlah bulan Mac yang penuh aktiviti ini berlalu... dah tak sabo rasanya... :(

Haaa... korang ingat jadik cikgu nih tak penat??? Amacam, ada brani nak jadik cikgu??? hehehheeee.... :P


Monday, February 15, 2010

Melunaskan Janji...

"Kalau Aina siapkan homework cepat, nanti ibu bawak pi playland"
*
Itu janji saya pada Aina hari Jumaat lepas. Aina, bila ibu sudah berjanji, makin berkobar-kobarlah nak siapkan homework dia. Jumaat malam tu terus siap.. hahahahaaa.... Namun dia masih belum pandai menuntut janji walaupun happy bila dengo ibu nak bawak pi playland. Sabtu, sempat ke JJ Bukit Indah tapi tak sempat nak menyinggah playland sebab kedai semua nak tutup.. rasa tak syiok pulak nak berlama-lama kat sana.
*
Maka hari ini, sebab saya pun rasa boring takde ape nak buat, saya hangkut laaa kedua-dua permata hati saya ke JJ Tebrau. Sebelum pukul 12 lagik kami dah sampai. Aktiviti utama adalah bergumbira di Playland. Tema bermain hari ini adalah bermain sampai PENAT.. tapi sebenarnya, yang penat adalah saya, budak berdua tu mana tau penat... hahhahaaaa... Dah habis RM10 token yang saya beli, habis semua mainan ditunggangnya... Aina masih ada hati lagik nak ajak saya melompat-lompat main bola kat Playland tu. Haihhhhh.. tak larat mak nak ooiiiiiii... Ok ok.. jom kita makan nasik ayam dulu. Nasib baik bila dengo nasik ayam, Aina terus tuko chanel dari MAIN kepada mencekik MAKAN.... fuhhhh... lega makcik!!! :P
*
Lepas makan-makan, adalah acara untuk ibu dan anak.. errr... more to ibu sebenarnya.. hahahaaa.... Apa??? Membeli dan membelah. Segmen SALE masih ada saki-baki, maka saya menyopping baju-bajuan untuk anak-anak ajer. Sebenarnya kan, mentang-mentang laaa anak-anak saya nih pompuan, saya baru perahsan yang saya banyak beli GAUN ajer untuk diorang.. hahahahaaaa... Masa nak pi Zoo Singapore hari tu baru saya perasan, anak-anak saya nih memang banyak gaun ajer. Seluar dan blouse ada boleh dikira dengan jari. Entah kenapa bila saya beli baju anak-anak, memang suka betul beli gaun sebab gaun adalah tersangat comel rasa nak beli untuk diri sendirik. Jadi bila ada outdoor activities, anak-anak saya anggun bergaun jugak kekdahnya... kahkahkahhhhhh.... Maka misi beli-baju-anak ini hari adalah seluar dan blouse. Pun terpegang jugak selai dua gaun.. apakahhhhh??? Bila sedar diri, letak balik gaun.. muahahahaaa. Nasib baik hari nih, mission accomplished!!! Dapatlah merembat seluar dan blouse untuk si kakak dan adik serta selai bajuan untuk diri sendiri... phewwwwww... :D
*
Acara selanjutnya adalah ke kedai wajib, iaitu kedai Encik Harris Bookstore. Nak carik buku topikal assessment untuk kelas malam nanti, tapi buku yang ada adalah tidak mengancam. Tak banyak dwi-bahasa. Nak beli yang satu bahasa je karang kesian kat murid lemah... tak sesuai. Maka kensel beli lah.. nanti call supplier ajer lah suh kasik contoh buku Sains dwibahasa, kalo tak sempat nak tengok kat kedai buku lain.
*
Hari ni jugak saya sangat teruja. Sebab first time dapat ikat rambut kenteng si adik.. hahahaaaa.. Dah boleh ikat dah rambut dia. Dah boleh buat pokok kelapak atas kepala dia.. best..best.. boleh laaaaa beli sepit cute untuk adik lepas nih.
Tengok "pokok kelapak" saya....


"Pokok kelapak" sudah dibukak pasal saya rimas tengok senget-benget... :P


Sendirik punye muka tetap mau tempek jugak.. hahahhaaa.... :P

Kena tempek jugak gambo dengan adik, takut nanti adik komplen.. :P


Balik dari jalan-jalan tadi, Aina cakap "ibu, nanti abah balik kita pi mandi kolam pulak ekkkkk" oh..oh... anakku... Asal abah takde jer, kakak mintak mandi kolam.. Memang dah setting dalam kepala ke haper??? :P

**Mr hubby please take note yerrrr... :)

Wednesday, January 20, 2010

Ku Mahu Jua...

Sejak semakin bijak nih, adik asik nak berebut barang dengan kakak dia. Apa sahaja yang kakak punya, dia nak jugak. Kalau mood kakak baik, kakak tak kisah apa yang adik nak. Tapi kalo kakak tuned mood kedekut dia, maka akan berlakulah sesi berebut barang yang akan berakhir dengan tempikan mak lampir yang meroyan sungguh membingitkan telinga yang mendengar.. :P

Lately, ini yang menjadi rebutan si adik dan si kakak... botol air Barbie kakak....

*


*


*


Saya beli itu di kedai mainan kesukaan ramai masa sibuk-sibuk shopping barang keperluan si kakak nak bersekolah. Si kakak kan sibuk verangan nak jadik princess.. maka barangan dia semuanya haruslah bercirikan princess - pink dan ada perempuan cantik.. ikut perangai sapelah nihhh??? Semuanya harus ada ciri-ciri itu, beg sekolah, pencil box, storybooks, etc... Layan jek laaaa... :D

Dan si adik memang cukup berkenan dengan botol air kakak tu. Sebab utama adalah botol air tu ada tali, dan dia suka nak sangkut dekat leher dia sambil jalan ke hulu ke hilir. Korang bayang kalo time dia sangkut botol air tu, si kakak berebut nak, dia tarik botol tu... aiyyooo sungguh horror okehhhhhhhhh...tu pasal mak lampir menjelma. Botol air yang adik punya, dia taknak dah pasal tak ada tali... huhuhuuuu

Lalu, misi saya yang seterusnya adalah mencari botol air bertali untuk si adik pulak. Saya dah ulang kedai mainan kesukaan ramai itu dua kali masa hubby tak ada, tapi kehabisan stok di sana. Maybe sebab ramai budak perempuan comel yang nak botol air princess tu.. hahahhahaaa.... Pergi kat kedai-kedai lain pun tak jumpa.

Hari tu, kami ulang sekali lagi ke kedai mainan kesukaan ramai itu. Fuhhhh... Alhamdulillah, ada.. Tetapi, masalahnya memang lah ada yang princess tu, tapi bukan jenis straw, tapi jenis lain yang memang tak sesuai untuk adik. Botol air bertali yang ada straw adalah jenis-jenis karakter Spiderman dan Transformers, mana matching dengan adik comel saya itu.

Namun kami memang kena jugak beli satu untuk adik. Maka... kami terpaksalah pilih yang ini.....

*

*

*

*


Bob The Builder adalah lebih 'lembut' sikit dari Spiderman dan Transformers. Bila bagi kat adik... fuhhhh... nasib baik adik suka ajer. Yang penting ada tali untuk gantung kat leher... hahahhahaa.. Nasib baiklah adik belum mabuk princess macam kakak. Settle satu perkara... :P

Adik dan kakak pujaan hati ibu dan abah... :)



Wednesday, December 23, 2009

Program Bersama Anak-anak Lagi...

Hari Ahad yang lalu, saya telah membawa Aina dan Ainin swimming di Daiman Sports Club. Tiap kali bila lihat saya bercuti, Aina mesti ajak mandi kolam. Jadi memandangkan cuti sekolah pun dah nak berakhir, maka saya pun bawak jugak lah Aina swimming.

Mula-mula merancang nak ke Star Hill, tapi anak-anak bangun agak lambat, malas pulak nak pergi jauh-jauh. Lagipun lepas swimming, nak teman adik p Cavenzi carik set sofa untuk rumah baru dia.

Aina memang seronok sangat lah bila dapat main air kat kolam tu. Pulak tu macam tak ramai sangat orang yang main kat kolam budak-budak. Tapi si Ainin, tiba-tiba dah jadik penakut air. Penat je belikan dia swimming suit, tapi dia langsung tak nak masuk air. Bukan kata tak nak masuk air je, p dekat-dekat kolam pun taknak.. huhhhuhuuuu... Agaknya sebab air sejuk sangat kot. Kalo kat rumah biasa mandi shower air suam. Sudahnya si kakak ajelah yang berendam sorang.

Best jugak lah kat sini. Murah pun murah.. sorang budak besar Aina dan Ainin cuma RM 5 aje. Nanti nak gitau kat hubby lah. Boleh jugak ke sini kalo bosan-bosan. Tak jauh sangat dengan rumah.

Aina seronok berendam.
Kolam kosong sebab baru lepas ujan, ramai yang dah naik...


Okeh.. itu lah saja program terkini bersama anak-anak. Minggu depan dah start ke sekolah, tak dapat lah nak berjalan-jalan lagi. Minggu depan jugak mak-ayah ku balik... yahooooooo... ;)


Thursday, December 17, 2009

Sehari Bersama Aina & Ainin....

It was such a long day.... :P

Semalam saya telah membawa anak-anak saya ke Tebrau City untuk menonton The Princess & The Frog. Tengok dalam internet, waktu show sepatutnya either 12.10 pm or 2.20 pm, tapi rupanya dah diubah ke 1.45 pm / 4.00 pm. Saya sampai di sana lebih kurang pukul 12pm, bajet nak tengok show kul 2.20 pm... tapi since dah tukar waktu show, saya naklah yang pukul 1.45pm, tapi dah full... huhuhuuuuu... Maka, no other choices... terpaksalah jugak amik yang pukul 4 tu. Nak kensel.. ermmm... rasa macam malas pulak, since dah ada kat situ.

So okeh... jam baru pukul 12.30.. nak tunggu ke pukul 4.. hadoiiii laaaaa........... sebab tu saya cakap 'it was such a longggggggggggggg day...' hehehheheeee....

Maka saya jalan-jalan lah masuk Jusco, memang niat nak carik swimming suit untuk Ainin, sebab cadang weekend nak bawak anak-anak pergi swimming pool @ somewhere. Okeh dah dapat very the fancy swimming suit untuk adik, maka perut pun sudah laparrrrr... nasib baik anak-anak saya dah bagi makan dulu kat rumah. So here we go... makan-makan @ SR...

Tau tak.. lately nih, saya kemaruk makan ini di SR....

Very The Yummehhh Sarawak's Laksa...


Gosh... Love it sooooooooooo muchhhh!!!! Sambil buat entri nih pun saya boleh terasa-rasa keenakan Sarawak's Laksa nih. Mula makan ini masa outing dengan Mama Ealyie suatu ketika dulu... :)
Start from that, saya dah jatuh hati sama ini dish. Errrmmmm... saya tak tau lah tekak orang lain. Sebab this dish memang sangat penuh aroma herbs (if I can say so..), bau lada hitam lah... Macam bau rempah ubat periuk orang bersalin (?) pun ada gak.. kekekkekekee.... Whatever, tapi saya sangat sukakan rasanya. Nak-nak bila dah campur dengan itu sambal... wehhhhh... meleleh air liur makkkkk.... nyamnyammmmm....
Untuk anak-anak, saya amikkan fries dan ice-cream.. :)

Melepak agak lama, menghabiskan masa di SR. Sempat possing amik gambo.. ahahhahaa...

Presenting my lil angel... Ainin Sofiya and my new tudung printed Ariani :)


Adik mengamuk bila kakak nak join the picture... ahhahaaaa...


Then, lepas makan-makan.. baru pukul 2.30.. still banyak masa lagi. Round punya round, terjebak kat dalam HOJB. Ada potongan 50% untuk semua items. Wowwww.. Selama nih, jeling-jeling aje, tak kuasa nak beli.. Tapi semalam sempat rembat satu Lord Of The ring, after less about RM 168. Ada kenan satu lagik, tapi sangat mahal.. after less pun RM500 lebey, gilorrrr... tapi memang cunnnnnn... Sangat sukak walaupun pembelian yang tak diduga memang ko selalu begitu... ahahhahahaaa.... :P
Di zaman emas segram sampai RM145, tak payah lah beli emas, beli aksesori macam nih lagi bagus... Errr.. tapi kalo orang tersayang yang belikan, mak tak kisah... kekekkekeeee....

Then, sebab Ainin dah ala-ala nak tantrum sebab penat agaknya, we oll p lepak kat dalam Baby Room menyusukan Ainin sampai dia tertido.

Nak dekat pukul 4, p letak stroller dalam kereta dan masukkan Ainin yang tak sedar-sedar dalam sling. Lepas tu masuk wayang bersama Ainin yang masih tido dan Aina.

Dalam wayang, semuanya berjalan lancarrrrr.... ahahahaaaa.. Aina yang excited, baru je start cerita dah sibuk tanya "mana princess???"

Ceritanya best dan lawak okehhhhh... tak rugilah p tengok, actually agak berbeza dengan kisah Princess & Frog yang dalam buku tu.. tapi best lah.. saya sukak. Yang belum tengok, bolehlah pergi tengok dengan anak-anak.

So conclusionnya, we all having a great time together yesterday!!! Alhamdulillah tak ada sesiapa yang tantrum... Ibu senang, anak-anak pun girang...

- The End -