Hmmm... cepat sungguh masa berlalu, pejam-celik-celik-pejam, dah nak abih cuti sekolah. Walopun ada lagi seminggu cuti sekolah, tapi cuti untuk cikgu-cikgi macam saya ni berakhir sudah. Hari ni dengan rasa masih liat-nak-pi-keje-sebab-syiok-duk-menembam-kat-umah-lama-lama penuh semangat waja, saya ke sekolah. Hari ini akan diadakan mesyuarat pertama untuk kerja-kerja saya yang menurut perintah,suka tak suka ko kena buat pembahagian tugas bagi tahun 2011. Tak sabar jugak nak tau apakah tugas yang diberikan atas batu jemala patik, kelas mana yang nak diajar, subjek apa yang bakal disempurnakan pengajaran dan pembelajarannya. Hari ini akan terjawablah segalanya. Mengikut perbincangan dengan pihak atasan sekolah, atas permintaan diri sendiri maka saya diberi pelepasan mengajar tahun 6 untuk 2011... yeayyyyyyyy!!! Dapat laaaa rehat setahun kot.. :)
Tapi ada tugas besar sudah menanti saya. Saya telah dicalonkan atau lebih tepat lagi telah dilantik memegang jawatan selaku Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan di sekolah. Hambikkk ko... Besar bebanan tugas itu bagi saya yang pengalaman baru berapa tahun laaa sangat nih. Antara tugasnya merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah. Apatah lagik awal tahun 2012 nanti, GB kami bakal pencen. Maka kena laa organize majlis perpisahan bessar-besaran untuk dia. Lama lagi??? Tak.. percaya laaaa... tak kan lama tempoh setahun tu. Redho jek laaaaaa nokssss.... Suka tak suka terima jek laaa yer. Buat laa apa yang termampu... huhuhuuuuu... *tetibe stress*
Dalam pada saya yang excited jugak nak mengajar semula, ada orang tu pun sibuk nak prektis-prektis jadik teacher okeyyyyy. Tengok gelagat 'cikgu' terlampau ni dan anak muridnya yang sangat laaaa menurut perintah... :P
Sesi P&P sedang berlangsung dengan jayanya...
"What is this?" tanya si cikgu
"Horshhhh (horse)" jawab si anak murid... :))
Tu keje anak-anak dara saya di waktu malam. Lepas saya main-main flashcards tu dengan diorang, mesti diorang akan main sesama sendirik. Ok.. gasak... saya bior je diorang main flashcards tu, sebab kad tu memang tahan lasak. Jadik tak risau rosak ke hape. Lagipun diorang dah dipesan supaya jaga bebaik sebelum ibu korang bertuko menjadik mak lampir terlampau. Oh gambar di atas tu sebenarnya masa saya tengah sibuk lipat kain baju yang membukit, tapi diorang sebok jugak nak ajak main kad... haihhhhh.... maka saya bagi je lah flashcards animals untuk diorang main sesama sendiri. Biasanya mula-mula si kakak akan jadik cikgu, adik jadik anak murid. Pastu tuko pulak.. adik jadik cikgu, kakak jadik anak murid. Eh dah macam role-play pulak... :D
Biasanya sesi P&P itu akan berakhir dengan si adik-melalak-pasal-kena-bambu-ngan-cikgu-garang... wakakkakaaaaaaaaaa... Ye lah, si adik tu mana laaa boleh nak concentrate lama-lama, tapi si kakak pulak bila adik dah mula hilang tumpuan dia marah, siap piapppppppppp budak kenteng tu. Maka bila adik dah melalak, berakhirlah sesi P&P tersebut kerana tetiba mak lampir pulak yang menjelma.. :))
I love the flash cards. Saya memang suka sangat main flash cards tu dengan anak-anak saya. Biasanya secara santai je kami main. Sambil lepak-lepak, saya akan main dengan diorang. Tak lama mana pun. Sebab toksah mimpi laaaa nak ajar diorang lama-lama, eh anak saya laaa... anak orang lain saya tak tau pulak kan berapa lama boleh. Walaupun tak lama, saya pastikan setiap hari mesti ada sesi main flash cards dengan diorang. Biasanya kalo untuk flash cards ni, terutama yang baru, saya cuma akan main 5 kad aje dengan diorang. Motif utama nak diorang kenal dengan setiap gambar. Tapi kalo semua gambar diorang dah kenal, saya akan main semuanya.
Ni antara koleksi flash cards yang saya ada. Semuanya saya beli dari zaman Aina kecik lagi, kecuali yang First Words Discovery Cards tu. Yang tu the latest one, baru je saya beli bulan lepas. Eh sebenarnya kan, tiga je yang saya beli. Nature Discovery, Animal Discovery dan First Words tu je yang saya beli. Yang Read At Home, Number Cards (yang kaler merah) dan number cards yang gambo ginger bread tu hadiah dari seorang ibu bekas anak murid saya, yang memang baik dengan saya... Kak Wati namanya. Ada lagi 2 sets flash cards yang Kak Wati hadiah kat saya masa dia nak pindah KL hari tu. Dia beli untuk ajar anak-anak dia masa kecik, now anak-anak dia dah sekolah semua, so dia tak guna lagik, jadik dia prezen kat saya... Thank you kak.. You are so kind... (macam laa dia baca blog saya)... :)
Saya suka flash cards series Baby Einstein nih, sebab gambo-gambonya beso dan colourful. Kad-kad dia pun keras dah tahan lasak, tak risau laaa kalo budak-budak main. Eh, saya memang tak DIY flash cards yer... pasal saya M.A.L.A.S... hahahhaaaaaaaaaaaa... Bagusnya kalo orang rajin DIY kad-kad nih. Tapi ai memang tak ghajin ler nak DIY nih tu pasal duhet ko habes je kannnn... :P
Eh tadi kan saya macam stress citer pasal sekolah kan, tetibe ilang stress pulak bila citer pasal flash cards nih... muahahhahaaaaaaaaaaa.... Apapun korang, selamat hari Isnin yer... keje rerajin, jangan asik fesbuk dengan baca blog jer...:))
Oh ya, pesanan untuk sesiapa yang sudah mengulor secara terlampau pada hari Jumaat lepas, sila lah insaf dan siapkan keje anda sebelum anda dikejekan.... wakakakakaaaaaaaaaaa............... Adiosssssssssss.. :)
4 comments:
eh eh
xciter pon sape tulom belikan FC tu memula dulu ehhh..:p
Selamat kembali bertugas Nyahh!!
Aku buat FC utk alif ba ta jerrr..abc punya beli hehe
emm dah nak sekolah dah kan..kejap jer rasanya cuti..nampak gayanya tak dapatlah nak bangun kul 6.30 lagi..stresssnya..hhhe
ely, alamak lupe lak nak citer... hahahahaaaaaaaa...
TTM... rajin gak ko nyah... acik.. nan ado... hahahaaa
kak sally... tu laaa.. stress taww aiii... kang kalo mabuk kang, kompem susah nak bgn pagi.. gosok gigi... cuci muka dan mandi, pakai baju.. minum kopi.. saya suka hatiiiii... eh???? LOL
Post a Comment