Showing posts with label diriku. Show all posts
Showing posts with label diriku. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Tinggal Seminggu Lagi...


Pejam celik pejam celik, tinggal lebih kurang seminggu saja lagi cuti panjang aku akan berakhir. Memang seronok sungguh bercuti panjang 3 bulan. Terasa berbaloi dapat jaga baby dari new born sampai ke usianya 3 bulan. Memang tak sia-sia aku amik cuti bersalin 3 bulan nih. Walopun lepas nih cuma ada sekali saja lagi cuti bersalin yang layak aku amik, nak dibandingkan kalo aku amik 2 bulan, aku layak amik lagi 2 kali. But who cares? Blom tentu aku rajen nak branak lagik lepas ni... Hahahaaa. Lagipun umur dah 33 ni pun terasa hazabnya mengandung, apatah lagik kalo lagi bertambah umur nanti? Takkan pulak nak branak tetiap tahun semata tak nak mengandung di usia lanjut khennnnn? Larat koooo??? Dah ler anak- anak aku nih dari yang beso sampai yang baby ( of course ler kan) memang jenis clingy dengan aku. Itu nak ibu, ini nak ibu... Semua pun ibu. Abah? Tammo... Ohhhhh... Acik penatttsssssss.... Huhuhuhuuuu.... Jangan mimpi ler nak branak tetiap tahun. Kalo boleh elak, elak... Kesian kat anak-anak gak nanti bila mak asik nak menaga jerrrrrr... -_-

Stok susu Alhamdulillah, lumayan untuk Ahmad Faheem. Dua minggu nih aku tak sempat nak mengepam lagik. Rushing dengan macam-macam. Lagipun freezer aku dah tak muat oiiii... Hajat nak mencari deep freezer pun tak kesampaian lagik sebab husband sibuk teramat! Asik balik lambat jewww... Wiken pun busy. So dua minggu nh memang direct feeding jek laaaaa. Ahmad Faheem dah dilatih minum EBM guna botol susu. Ada dua jenis botol, Tommee Tippee dengan First Year. Ikutlah nanti memana yang ko berkenan yer Ahmad. Aritu macam reject First Year, tunyang beli Tommee Tippee. Tapi last week macam tak suka lak botol TT tu... Haihhhhhhh.... Jangan ko reject EBM macam kakak Aina dulu dah ler Ahmad oiiiii... Kang saper lak nak minum EBM bebanyak dalam freezer tu??? Tapi satu yang aku prasan baby nih kalo time bebtol lapo baru dia nak minum EBM tu. Kalo tak, macam susah nak bagi. Aku berdoa biarlah dia nak minum susu nih bila aku dah start keje sok.

10 Oktober, means Rabu depan aku start bertugas balik. Separuh hati sukaaaa gak benornya. Eh dah agak letih jadik SAHM nih oiiii... Keje tak abes-abes! Memang gua respek lah kat all SAHM di dunia yang fana   nihhh. Nak urus anak-anak, urus rumah, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, itu, ini.... Serius penat. Nak list down kan keje-keje kat umah nih pun letih oi... Huhu. Jadik please lah respek para surirumah ni. Kalo tanya aku, errrr blom tentu sanggup! Kalo jadik SAHM part time tu boleh laaaa... Dah penat keje, jadik SAHM. Pastu penat jadik SAHM, pi keje lak... Macam aku la ni kan. Masa cuti skolah fefeeling jadik SAHM, abis cuti... Pi keje lak... Tu aku sanggop. Hehe... Dasarrrrr tak gheti duk umah dendiam khennnn aku nih! :p

Wokey... Stop mumbling. Orang hari rabu, buat entri wordless wednesday.. Aku buat entri wordfull wednesday.. Sukati jewww.. Haha... Adios korang! Slamat hari Rabu... :)




Tuesday, November 8, 2011

Deep Down In Me...

Hujung-hujung tahun nih, bila ada orang dapat baby baru... aku happy, but deep down aku rasa sedey jugak.

Kalau tak aku pun tengah sibuk melayan baby baru, tengah sedap cium bau harum baby baru... Sob... Sob...Yeahhhh... agak touching. Harapan untuk menambah zuriat untuk 2011 ni tak kesampaian nampaknya. Since the lost, takde nampak rezeki baru lagi. Allah belum izinkan.

Pasti ada hikmah... insyaAllah...


Tuesday, October 25, 2011

Rindu...

Rindu nak merapu kat blog sendiri. Tapi tiap kali bukak page posting nih, jari-jemari kaku nak menaip, kepala otak tetibe tepu nak citer apa. Maybe ini yang dikatakan 'Writer's Block'

"Writer's block is a condition, primarily associated with writing as a profession, in which an author loses the ability to produce new work."

Macamlah ko jadikkan penulisan itu sebagai 'profession' kannnn??? Gasakkkkkk.... muahhahahaaaaaaa..... Tapi memang dah lama sangat aku tak menulis (menaip) luahan hati kat sini. Last entri pun bulan 7, macam dah berjaman. Rasa dah takde sape pun sudi nak singgah sini dah, lagi pulak now blog dah berkunci. Gerenti orang pun fedap datang blog yang penuh dengan habuk dan sawang. Asal datang kena kibas-kibas sebab banyak sawang... :P

Apapun sepanjang aku tak bergiat aktif dalam arena penulisan blog ini (ayat x bley blahhhhhh...), aku tetap aku... eh? Maksud aku, aku tetaplah macam ni. Takde apa yang berubah, masih blom ada rejeki menambah apa-apa yang patot ditambah.. hehe..

Ok lah... I'll be back later, mumbling about my life. Thanks u olls yang (masih) sudi nyinggah.




Wednesday, June 8, 2011

Private Sudah...

Assalamualaikum...

Yeayyy... akhirnya berjaya jugak ku stick to the decision - privatized my blog!!!!

Setelah ditimbangkati beberapa kali... akhirnya aku membuat keputusan ini. Susah okeh mau buat keputusan nak privatekan blog nih. Alahhh... nak ikutkan bukan glemer mana pon blog mak nih. Berapa kerat sangat yang rajin terjah blog picisan-syok-sendirik nih kan? Bajet ramai beno reader kerrrr????

Banyak sebab sebenarnya yang aku pikir-pikirkan sebelum mengunci blog ini dari bacaan umum seantero dunia. Antara yang paling tak-bley-blah bila ada anak murid aku yang advance I.T nih dah claimed yang diorang dah jumpa blog aku.

Siap tanya, "cikgu.. bila nak update blog? dah lama tak update. Saya (dan mak saya serta jiran-jiran saya) suka baca blog cikgu..." - kalo ko tak bengang???

Sumpah tak selesa langsung bila anak murid cakap macam tu hokey! Tetiba aku rasa macam nak masukkan kepala dalam cengkerang - kalo aku seekor kura-kura. Tapi aku takde cengkerang sebab aku bukan seekor kura-kura. Itu jugak antara sebab aku ilang mood nak memblog... Boring okey... bila cikgu merapu-memaki-syoksendiri dan anak murid baca. Aku rasa cam anak murid aku nanti kata - 'elehhhh cikgu nih, kemain macho kat skolah... dalam hati ada taman' - whatever...

Then aku rasa macam, tak semua orang suka (dan ikhlas) menerima apa yang dimerapukan dalam blog nih. Yelah kan... macam - kita happy, orang menyampah.. kita sedih, orang tepuk tangan. Tak paham? Takpe tak paham, takde masuk dalam exam pun stetmen nih... hehehehee

Kadang bila aku menaip, aku rasa tak free.. walaupun ni blog aku, patut ikut suka aku lah nak story pasal apa kannn? Kadang ada masa... cerita aku terbatas. Ada ayat yang aku taip-taip, aku backspace... taip-taip, aku delete... pasal aku tak konfiden dengan penerimaan orang pada apa yang aku taip. Entah siapa yang baca blog aku kan? Buat kata pertama kali seseorang tu terjah, rasa annoyed dengan cerita aku, tak pasal dia nyampah dengan aku secara tiba-tiba. Kesian aku (dan dia). Sok-sok anak dia syok kat anak dara aku yang anggun lagi berbudi-bahasa, dia tau aku pulak blogger yang dia nyampah tu, dah satu hal.. cinta terhalang tak pasal-pasal... Ok nih dah merapik... hahahhaaaa... :P

Bila dah private ni, aku rasa lebih konfiden. Sekurang-kurangnya, aku tau siapa yang baca blog aku nih. Kalo korang menyampah pun.... gasak korang laaaa... sapa suruh bagi emel suruh aku invite???? Menyesal? Hah.. sila tinggal komen suruh aku delete korang pulak (kalo brani)..... Hahahhahaaaaaa.... :D

Eh best lah dah private blog nih... aku rasa cam nak lompat-lompat freely... Yeahhhh...

Lagi satu, ramai opismate serta kengkawan lama yang dah tau blog aku nih, which is I tak berapa gemor. Kang aku nak ngumpat diorang citer aku stress ke, aku tak puas hati ke... dah terbatas kannnnn... :)

Hari tu aku kata, aku tak punya masa nak berblog kan... Sekarang aku dah ada sedikit masa lah untuk dicilok bagi tujuan berblog. Sebab, my dearest hubby sekarang nih keje kat Terengganu. Hanya weekend je balik rumah. Jadi, aku tak perlu nak terkejar-kejar sangat dengan urusan rumahtangga. Kalo masak pun takyah nak beria-ia. Masa aku sekarang banyak yang aku boleh luangkan dengan anak-anak aku. Jadi aku rasa ada juga ruang untuk aku bernapas menaip sepatah dua kata untuk blog aku ni. Ok lah kannn.. :)

Ok... kalo nak susun ayat cerita kenapa aku privatekan blog nih, sampai muntah ijo korang baca kang. Cukup-cukuplah tu. Yang pasti aku happy dengan keputusan aku nih. InsyaAllah aku akan cuba update setiap hari, so korang boleh laa rajin-rajin terjah... heheheeee.... Apapun sampai bila aku nak private pun aku tak boleh nak kata. Mungkin selamanya... mungkin tidak.. mungkin bila dah rasa bosan... aku open balik ke.. tapi tu mungkin bila aku dah pencen kottt... Tak tau lah... bergantung pada gerak hati aku...

Tata u ollsss... Thank you for offering yourself to read this blog... And please read it at your own risk... Sebarang kecederaan hati dan perasaan adalah tanggungjawab sendiri... Sekian, terima kasih... I love youuuuuuuuuuu olllllsssssssssssss... Adiossss... :)




Monday, June 6, 2011

I Think....

I think... mood blogging ada sedikit mari. Tapi... aku rasa mau privatekan saja blog ini. Blog ini pun entah ada yang mau berkunjung atau tak. Kalo aku menulis kat blog, kisah merapu aku yang sebelum-sebelum nih pun banyak yang disalah-ertikan oleh sesetengah orang. Orang yang tak kenal diri aku yang sebenar... mesti menyampah baca kisah rapikan aku sebelum nih. Orang yang kenal pun ada gak yang nyampahhhh kannnnnnn.... hahahhahaaaaa..... Walopun aku rasa macam nak kata "ada aku kesah ko nyampah ke tak"... tapi untuk mengelakkan bertambah banyak dosa aku dan juga orang lain, baek laaa aku private kan sajer blog ini. Then, untuk yang rasa masih nak follow... take it on your own risk!!! :P

Ok... jadik, kalo rasa masih nak baca kisah hidup aku.... sila tinggal email untuk diberi salinan kunci umah... :)

Anyway, it may takes time for me to private this blog. Thank you untuk yang masih nak pollow blog mak.. Love u ollssss.... Truly, I miss blogging... :)




Wednesday, March 23, 2011

Mendahulukan Yang Utama...

Ye.. Blog ini sudah lama tak berupdate.

Saya gagal dalam menguruskan masa. I am bad in time management... I should admit that.

Setelah sekian lama masa berlalu, saya merasakan saya sudah tidak mampu untuk menghadap blog sendiri mahupun blogwalking dalam tempoh masa yang panjang kerana saya sudah sedar diri. Saya sedar bahawasanya saya perlu MENDAHULUKAN YANG UTAMA....

Apa yang utama???

1. Anak-anak

Anak dah sekolah, maknanya tanggungjawab ibu dah bertambah.
Pilihlah : mau hadap lappy lama-lama atau bimbing anak belajar? Pilihan di tangan sendiri. Choose the best for you. Di tadika baru, pembelajaran Aina makin efisyen, homework bertambah setiap hari. Dia perlu saya untuk membimbing. I can't stand raising my f***ing voice to her just because could'nt pay attention in what I am doing (whatever)... I NEED to stop that. I feel that I am a bad mom if I can't sit beside her and concentrate guide her doing her homework. I feel bad when I have to divide my precious time between my kids and this damn lappy. *eh tetibe speaking inggelish? Kalo tulis BM, pesal aku rasa macam jiwang??? :P

2. Kerja-kerja Rumah

Ini memang tak berkesudahan. Kerja rumah - masak, laundry, lipat kain, kemas rumah... and whatever.... Juga membataskan masa blogging saya. Terpaksa... sebab setelah difikirkan ini juga adalah UTAMA.

3. Diri sendiri

Saya penat - I need time to rest. Ini pun UTAMA jugak kan??? :P

4. Kerja

Ye... saya ada banyak kerja (sekolah) yang tertangguh. Saya seorang cikgu, kerja 1/2 hari, tetapi bawak balik kerja ke rumah walopun tak dapat nak settlekan kat rumah sekalipun mencuba sedaya upaya. Ok ini juga UTAMA.

Jadi, selaku seorang yang FAILED pada time management. Saya harus avoid benda-benda yang tidak UTAMA. Akhirnya saya terpaksa mengakui saya terpaksa kurang berblog. Mungkin akan menulis, akan blogwalking but in a very limited time. Saya tidak lagi dapat menulis setiap hari. Memikirkan apa entri yang nak dikongsi. Tidak jua lagi dapat menghabiskan masa membaca kisah orang lain juga.

Itu saya, mungkin tak berlaku pada orang lain. Sebab saya tak mampu nak mengurus masa dengan baik.

Apapun saya akan merindui dunia blogging ini. Kawan-kawan singgahlah kalo nampak ada entri. Kalo taknak singgah pun tak apa. Sebab entah bilalah blog ni akan dapat bernyawa semula seperti dahulu. Gonna misz u olls... :)

~ Adios ~


Wednesday, November 10, 2010

Hari Ini...

Hari ini saya akan balik, pukul 12 nanti habis laaa kursus nih. Incik Shamsul, sila jangan meeting lama-lama, amik saya cepat-cepat. Saya sudah rindu gilak sama budak kenteng dan budak lurus yang dua orang itu.... :)



Monday, October 11, 2010

OMG!!!

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa............. sekian lama tidak bersiaran, kini ahkak kembali nak memeriahkan suasana dengan gossip-gossip terhangat dan panasssssssssss!!!! :))

Raya dah berlalu kan u ollssssss... kejap jerrrrrrrrrrrr.... Boleh dikatakan memang mabuk makan sajorkkkk sepanjang musim Raya kali nih, open house bermula setiap Jumaat hingga ke Ahad setiap minggu. Sampai ke Sabtu lepas pun (walo Syawal dah abesss) pun ada lagi jemputan makan-makan nihhhh. Anyway terima kasih banyak-banyak di atas undangan. Ahkak tak buat pun open house nih, pasal takde satu hari pun yang sempat nak diselitkan. Weekends semua full, weekdays... errrr... idak ler larat ahkak nak open house.

Hari tu kan u ollsss.. laki ahkak bawak balik satu gajet yang sungguh menyentapkan jiwa raga ahkak tawwwwww. U ollssssss nak tau apa????

ini diaaaaaaa.............


*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*

Ni haaaaaaaaaa.....


Ahkak sentap sengsorang bila menjejakkan kedua-dua kaki ke atas mende tu. Ahkak memang dah lama tak timbang berat nih, seingatnya sebelum puasa dulu ada laaa. U ollsss tau, apsal ahkak sentappppppppp??????? Sentap laaaaaaa pasal ahkak nampak mende nih duk blinking nombor nihhhhhhhh 58.8 kg.... :(

Ahkak rasa nak guling-guling bila tengok nombor tu u ollsssssss.... Giler sentap hokeh, cuba u olls bundarkan kepada nombor yang hampir... berapa??? Yer pandai.... 59.
Okey, sekarang cuba u ollss bundarkan pulak angka tersebut kepada nombor yang hampir sekali lagik... berapaaaaaaa??????????? Yerrrrrrr betullllllll... u olls memang bijakkkkkkkkkk, saper cikgu Matematik u olls nihhhhh??? :P

Dengan ini u olls ahkak dengan sedihnya, setelah ahkak melakukan kamiran ke atas nombor nombor di atas itu, maka dengan ini ahkak mengumumkan berat badan ahkak sekarang nih dah menghampiri 60 kg !!!!!!! Kesian kannnnn... Ahkak sangat rasa down tawwww u ollsss... Tu pasal ahkak lama tak update blog.

Ni semua gara-gara asik makan, makan dan makannnnnnnn sajer sepanjang Raya. Ahkak kan u olls, bukan laaa nak berat kurang dari 50 kg. Tak punnn... Ahkak cuma nak maintain 55 kg jerrr. Kalo berat 55 kg tu dah cukup perfect laaa bagi ahkak dengan ketinggian bak model ahkak nihhhh. Lagipun KALO akak preggy lagik, tak ler teruk sangat ahkak nak turunkan berat badan balik lepas bersalin nanti.

Nampaknya ahkak kena turunkan 3.8 kg lagik u ollsssssss untuk mendapatkan berat ahkak semula. Banyakkkk hokehhhhhh 3.8 kg tuuuuuu. Bukannya ahkak nih ghajin nak bersenam ke hapeee... Bersenam atas katil.. errr maksud ahkak T.I.D.O ghajin lerrrr... :P

Jadik biler ada cita-cita nak turunkan berat badan tu, yang terlintas di dalam kepala ahkak, tindakan pertama ialah TIDAK MAHU MAKAN NASI DI WAKTU MALAM lagikkk. Makan nasi akan digantikan dengan buah-buahan atau lauk-pauk sahaja. Suci murni kan niat ahkak?? Tapi, selaku isteri dan ibu solehah statement poyo NM.. walopun tak nak makan nasi, tetaplah jugak kena masak-memasak nasi dan lauk-pauk untuk santapan suami dan anak-anak. Abes tu u ollss... aritu ahkak telah masak salah-satu lauk favourite ahkak ni lagik......

Kerabu sutun...


Cuba u olls pikir, sedap ke kalo makan macam tu jek u ollsss??? Kalo tak kena dengan nasik, mana best makan kerabu nih u ollssss??? Apatah lagik, mak ahkak masa tu bekalkan pulak lagi satu makanan favourite ahkak, sambal sulur keladi. Pengsan ahkak kalo tak dapat makan nasikkkk dengan lauk-pauk tu tawwwwww. Jadik u ollllsssssss... Cemana ahkak nak turunkan berat badan u ollsss???? :(

Ni gambo terkini ahkak u ollsss.... U olllssssssssss jangan terpedaya dengan gambo tu, sesungguhnya ketembaman dan lemak-lemak tepu ahkak telah berjaya disembunyikan oleh teknik pengambilan gambar dan jugak tudung baru ahkak yang cantik warna baju tu u ollssssss... Lepas nih memang ahkak akan beli baju kaler itam je laaa jawabnya.... :))



Apa??? Korang tak percaya??? Memang laaa kan, cerita kemain lagik ahkak nih pasal berat naik, tapi tayang gambo yang 'langsing'.. keji sungguh kannnn. Ok, tak caya korang tengok gambo nihhhhhhhhhhhhh..................

*


*


*


*


Hahhhh... tengok muka ahkak yang dah makin tembam, dagu berlapis, dengan lengan dah macam lengan A*wie.... bergambo pulak sebelah ella yang slim tu... makin terserlah ketembamanku... lain kali tammo bergambo sebelah ko laaaa babe huhuhuhuuuuuuuuuuuuuu... Ni semua salah tukang amik gambo tu laaaa, u sengaja sabotaj ai kan bang??? *salahkan orang lagik*. Now percaya tak ahkak dah membuyung menembam??? :(

Sekian lah u ollsss, sembang ahkak yang tengah sentap nih u ollsss. Terima kasey laaaa u ollssss sebab sudi lapangkan masa di pagi Senin yang hening nih untuk baca rapikan ahkak yang PMS nihhhh.. I love u ollssss very the strong... :)



Monday, October 4, 2010

Fakta Bukan Auta....

  • Saya kering kontang idea, tahap tandus untuk create entri baru.
  • Saya rasa masa untuk saya mengadap lappy juga amat terhad sekarang nih.
  • Kat skolah saya dah tak boleh online sebab modem sekolah rosak sejak sebelum Raya.
  • Kat rumah saya tak menyempat-nyempat nak duduk dengan heaven depan lappy... :(
  • Last entri 22 September, maknanya dah 11 hari saya tak update blog.
  • Dah 11 hari jugak saya tak baca btol-btol blog kawan-kawan.
  • Tengok.. saya nak buat fakta pakai point form nih pun nak kena hantuk kepala kat dinding, pikir mau taip apa.
  • Apakah ini petanda berakhirnya keserasian dunia blogging dan saya?
  • Saya rindu nak baca blog kawan-kawan.
Fakta yang terakhir yang ingin saya tahu.....

  • Korang rindu saya tak??? =======>>>> Soalan poyo macam bagussss... :P


Wednesday, September 22, 2010

Minta Maaf...

Minta maaf kawan-kawan... Tuan punye blog adalah sibuk minggu ini. UPSR sedang berjalan, tuan punye blog kena jadi pengawas peperiksaan, maka tak sempat nak meninggalkan jejak pada rumah kawan-kawan, juga tak sempat nak kepoci kat rumah sendiri. Tunggu lepas UPSR... baru laaa boleh menarik napas sambil bergossip ria...

Sekian, terima kasih... :)

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan datang lagi, dan Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk menyambutnya.

Ramai yang bercuti hari ini termasuklah saya. Untuk yang bekerja.. selamat bekerja.. :)

Sempena kehadiran Ramadhan ini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf di atas keterlanjuran bicara saya selama ini. Semoga kehadiran Ramadhan ini, memberikan keberkatan untuk kita semua. Semoga kita dapat memperbanyakkan ibadah dan mengumpul pahala di bulan yang mulia ini.

Tahun ini merupakan kali kedua saya tidak dapat menyambut Ramadhan bersama suami tercinta kerana tugasnya. Namun saya sentiasa berdoa supaya kami akan dapat segera berkumpul kembali dan menjalani ibadah ini bersama-sama.

Semoga juga, dengan kedatangan bulan yang mulia ini, tidak akan ada lagi syaitan gondol mahupun syaitan berkepala hitam yang datang mengganggu ketenteraman hidup saya sekeluarga... amin...



Wednesday, July 28, 2010

Koleksi Cikgu Terlampau...

Apa benda pulak koleksi cikgu terlampau nih?? Hahahhaaaa... Nampak beno saya sekarang nih memang takde idea dan takde keje. Dapat idea mengarut nak menayang nih masa saya kemas-kemas tool jewellary box yang tidak mengandungi jewellary pun... :P
Sekian lama saya tak mengemas box tersebut, sampai nak carik barang pun susah. Ok layan cerita sambil tengok gambo yer kawan-kawan... :)


Ini ialah jewellary + music box saya...
Box nih adalah hadiah dari seorang parents,
saya sangat sayang sebab cantik sangat...
Saya buat simpan koleksi BROOCH saya yang berlambak..


Mulakan dengan yang ini..
Brooch berjurai yang comel nih saya pakai kat bawah dagu...
Nampak best berjurai gitu... hahahhaaaaa...
Yang saya selalu pakai ialah yang paling kanan tu..



Ok yang ini adalah brooch yang ada couple..
:P
Macam-macam kaler ado, supaya matching dengan tudung & baju
Memang terlampau pasal brooch pun ai nak matching-matching... :))
Barisan brooch yang tengah tu (ijo, merah, pepel) adalah koleksi terbaru ahkak...



Yang ni pulak, brooch yang single..
kategori masih dara dan janda malatops... hahahhaaaaa

Nampak tak brooch bentuk riben kaler kelabu tu yang kat belah bawah tu?
Haaaa... brooch tu dah nampak buruk, tapi saya sangat sayang.
Sebab tu brooch pertama yang hubby belikan dari Sarawak,
masa tu kami tengah bercintan-cintun... hahahhaaaaa



Setelah dikemas-kemas, ini ialah brooch yang saya tak pakai dah..
sebab banyak batu dah tanggal.
Nak buang sayang....



Setelah dikemas dan disusun semula, inilah hasilnya...
Eh apsal nampak macam tak bersusun??? :))
Yang belah bawah macam laci kecik tu, koleksi gelang manik yang saya ada...


Banyak ke tak banyak brooch yang saya ada? Saya memang suka beli brooch. Koleksi saya ada yang beli, ada yang dapat hadiah. Saya beli brooch yang murah-murah aje, janji cun.. :)

Korang punye brooch banyak tak?

OK.. last sekali saya nak tunjuk pulak koleksi terakhir perut saya malam tadi..............


*













*
*


*

*

*
Pulut serawa atau pulut kuah durian
Mak saya masak dan siap deliver ke umah saya,'
Saya tukang makan... hahahhaaaa


BURRRPPPPPPPPP!!!! Alhamdulillah.... :))




Wednesday, July 14, 2010

Bila Cikgu Bercuti...

Hari ini saya cuti. Aina demam... panas sangat badan dia. Dari Isnin dah demam, semalam dah ok, dah pi sekolah semula, tapi balik sekolah demam balik. Malam semalam kami bawa dia ke klinik sekali lagi.. risau tengok panas sangat. Sepanjang malam saya letak kain basah atas kepala dia. Bila pagi masih tak kebah, maka saya decide untuk cuti.

Jadik cikgu bukan senang-senang nak amik cuti. Walopun cuti sekolah memang berlambak, sebagai sebahagian dari benefits menjadi cikgu tapi nak ambil cuti rehat khas yang kami panggil CRK, adalah susah. Setahun ada 7 hari CRK.. tapi memang tak boleh amik sesuka hati. Yelah, dah nama pun cikgu, kalo asik nak cuti, anak murid apa hal pulak?

Tapi saya, bila sampai kepada soal anak, saya memang kalah. Anak sakit, anak demam.. kalo demam sikit-sikit tu, tak laaa sampai cuti. Tapi kalo demam teruk, memang saya tak sampai hati nak tinggal pergi kerja. Saya rasa anak sakit, mesti nak perhatian ibu.. adalah tidak adil saya membiarkan orang lain menjaga anak saya yang sakit walopun atok nenek diorang sendiri.

Tapi, saya pernah mendengar ada rakan sekerja yang komplen bila ada orang yang anak sakit je nak amik cuti. Lain laaa kalo kena admit wad. Entah ye.. bagi saya terpulang laaa pendapat masing-masing. Memang kerja saya sangat penting, dealing with human. Tapi kat rumah pun saya ada tanggungjawab yang penting. Kalo disuruh membuat pilihan, of course saya pilih untuk bersama anak. Antara kerja dan anak... mana satu pilihan anda?


Tuesday, June 8, 2010

Bila Nak Packing????

Heyyyy... bila lagi ko nak packing baju-bajuan nyahhhh???? Teman seperjuangan ko tu dah start packing weekend aritu tawwww... Ko biler lagik???? Huhuhuhuuuuuu.........

Ya.. saya masih blom sempat-sempat packing baju untuk Phuket trip this Saturday. Tak sempat beb!!! Sabtu-Ahad lepas sibuk ngan camping sekolah. Then semalam pun still ke sekolah, sebab ada keje last minute nak kena settle. Pastu hari ni tadi pun ke sekolah gak, ada Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains.

Esok adalah free, mungkin saya akan mula mengemas baju, kalo saya tak ralit dengan 'toy' baru saya itu. Khamis saya ada kelas tambahan, nasib baik 2 jam sahaja. Haaa.. sape kata cuti skolah cikgu boleh cuti sepenuhnya???? Minggu depan je laa kot dapat cuti betul.

Ok.. saya kan ada 'toy' baru. Nanti esok saya sharing ngan u olls.. sambil-sambil tu cuba laaa u olls teka hapekejadah pulak yang jadik permainan saya tu... Muahahahhaaaaaa..... :P

Selamat malam u olls................ :)

Friday, June 4, 2010

Bila Murid Habis Peksa...

Bila murid habis peksa, cikgu laa yang mula menggelatat sibuk. Bagai nak tertimbus di bawah timbunan kertas soalan.... :P

Lagi pulak subjek saya English ngan Science baru semalam peksa, jadi baru semalam dapat tanda kertas. Tapi semalam jugak berjaya bagi balik paper BI kat anak murid. Efisyen tak saya? muakakakaaa... Semangat wehhh nak siap tanda kertas ni semua. Bajet nak siapkan semua sebelum cuti, supaya masa cuti dapat bercuti dengan tenang... Nampaknya tinggal satu paper saja belum siap. Sempat kot nak siapkan sebelum ke Phuket... :)

Hari nih nak amik report card Aina. Patutnya esok, tapi esok saya takde.. ada perkhemahan sekolah.. Biasa ler, excited u olls.. nak amik report card anak for the first time. Walaupun abah Aina boleh je pi sendiri, mak tetap nak nyibuk gak.. so cakap kat cikgu dia nak amik arini.. ahahahaaa.... Berdebor nih nak tengok result dia dan nak dengo apa cikgu dia cakap pasal Aina. Selalu duk komen-komen anak orang, nih maunya tak debor nak dengo orang komen anak sendiri pulak... :P

Wokeh, mak nak sambung menanda kertas... busy.. busy... :))



Wednesday, May 26, 2010

Jalan Ke Mana????

Hai u ollssss.. apa macam hari ini? Ada baik kah????? Hari ni hari Rabu, esok Khamis, lusa adalah Jumaat.... dengan ini saya ingin mengumumkan bahawasanya Jumaat adalah CUTI sempena Hari Wesak. Sangat suka bila cuti jatuh hari Jumaat, sebab akan bersambung menjadi cuti hujung minggu yang panjang... yeayyyy!1111111

U olls cutikah???? Kalo cuti, dah plan nak ke mana-mana ker????

Kami nak ke sini..................................

Wonderland, Melaka....
@
melakawonderland


Mr Hubby dah plan nak bawak kami sekeluarga ke Wonderland, Melaka. Wonderland baru bukak kat sana kan... terlanjur ada seseorang bermurah hati offer kitorang nak sponsor tiket-makan-penginapan kat sana, wahhh dah macam pakej pulak... ahahahaaa... maka kami pun dengan senang hatinya terima ajelah offer itu. Rezeki jangan ditolak kannnn... :P

Jadi hati saya berbunga-bunga menunggu Jumaat ini. Lebih berbunga-bunga lagi, tak lama lagi bulan Mei akan berakhir, maksudnya bulan Jun akan menjelang. Tak sabo mak nak tunggu bulan Jun, spesifiknya tak sabo nak tunggu cuti sekolah... lebih spesifik lagi, tak sabo nak bercuti ke Phuket dengan UmiSufira.

Apapun.. selamat bercutilah untuk u olls semua. Ye walopun cepat beno... tak apalahhhh... :)


Friday, May 21, 2010

Acik Pun Dah Ado...

Cik Fid wehhhhh... acik pun dah ado apo yang ekau ado... wakakkakaaaaaaaa.....



Semalam saya dan incik suami dah pergi bukak akaun emas. Ni memang gara-gara entri Cik fid yang dulu lah ni. Saya pun dah terpengaruh nak ada GSA (Gold Savings Account). Sebab dah terpengaruh, maka saya mempengaruhi incik suami jugak. Hahhh.. incik suami bab simpan-simpan duit nih memang laju je. Tak banyak soal bila bini ajak buat savings, sebab tau bini memang kaki perabih duit kannn.. jadik bila bini ajak simpan duit, haruslah dia buat sujud syukur... :))

Masa saya tengah tulis-tulis borang semalam, harga emas RM 127.68 segram. Sekali bila nak proceed buku savings, tuptup naik jadik RM128.07... cehhhh sekejapan aje... :P

Nampaknya lepas ni kena monitor harga emas semasa. Owhhh... part nih semestinya incik suamilah AJK yang bertugas... hehehheheeee.... Boleh monitor harga emas dekat M2U jugak. Tapi pembelian mesti buat kat bank sahaja.

Cik Fid, pasni kalo ko tau harga emas turun, jangan lupa sms aku yerrr nyahhhh.... Mari kite target sampai ada 1 kg emas nyahhh... muakakakkaaaaaa....

Korang, cepatlah bukak GSA nih. Minimum pelaburan hanyalah 5g sahaja. Pelan-pelan simpan, sikit-sikit lama-lama jadik bukit. Nak beli emas melilit badan, riso kang kena samun, putus tangan, putus leher. Jadik baik beli emas dalam bank je, takde sape leh samun. Mari kite jadik 'mami jarum' invisible bersama-sama... ahaksssss... :P


Thursday, May 20, 2010

Sudahkah Anda Mendaftar?

Kepada anda yang telah memiliki akaun Tabung Haji, sudahkah anda mendaftar untuk menunaikan haji?

Kalau belum, daftar cepat-cepat wehhhh.... Sekarang simpanan minimum dalam akaun TH untuk pendaftaran haji ialah dalam RM1000.

Kelmarin saya pergi ke TH untuk membuat simpanan dan sekaligus mendaftar. Tau tak tahun bila kalo nak diikutkan baru saya boleh pergi???

Tahun 2032

Mak oooiiiii.... 22 tahun lagi??? Maksudnya ketika itu umur saya ialah 53 tahun, kalo panjang umur dan masih sihat. Umur encik suami ialah 58 tahun masa tu.

Kalau dulu biasanya orang mendaftar hanya dalam 5-10 tahun aje sebelum menunaikan haji. Sekarang memang dah makin lambat, sebab makin ramai orang dah berkemampuan nak pi.

Tapi kata pegawai TH tu, kalo saya dan suami sudah cukup duit dan bersedia nak pergi, boleh buat rayuan. Tapi rayuan bukanlah bermaksud kompem dapat. Rayuan still kena tunggu jugak. Huhuhuuuuu..... Kami berharap agar dapat pergi sebelum pencen, sementara masih sihat. Takut kalo nak tunggu umur 50an dah sakit pulak kannn... Lebih ditakuti, kot tak sempat nak sampai umur 50... huhuhuuuu...

Tapi kan, satu hal yang saya dapat rasakan, perasaan bila dah mendaftar tu sukar nak digambarkan. Rasa lega sangat... Tak tau lah kenapa. Saya ingat perasaan saya sorang, saya tanya encik suami, dia pun sama. Saya tanya sorang kawan saya yang dah mendaftar, dia pun rasa perasaan yang sama. Tu baru mendaftar, agaknya perasaan bila dapat tawaran nak pergi haji lebih indah lagi agaknya kan?

Jadi kalian yang belum mendaftar, cepat-cepatlah mendaftar.... Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang... eh??? :)



Wednesday, May 19, 2010

UWAAAAAAAAAAAA!!!!!!...

... weh korang, arini aku langsung tak sempat nak baca blog korang btol-btol!!!!! Nak tinggal jejak pun tak dapek. Sempat reply komen korang je sat nihhh. Kat skolah internet down. Then balik kul 2, mengepam sambil BF adik-masak-bagi makan anak-makan dengan laki-gosok baju aina. Pastu jap lagi aku nak kena pi skolah, ada kelas malam. Wokeh... aku nak chiowww... bersiap-siap!!!

Sehari tak dapat bloghopping adalah stress!!! Ngeee............


Tuesday, May 18, 2010

Surprised!!!

Semalam sebenarnya sambutan Hari Guru kat sekolah. Tapi saya belum nak citer pasal sambutan Hari Guru semalam. Saya nak cerita tentang sesuatu yang buatkan saya touching semalam...

Tak disangka-sangka, semalam anak-anak murid Tahun 6 saya buat surprised party untuk saya semalam. Lepas acara formal sambutan Hari Guru, sementara nak tunggu game untuk guru-guru, tiba-tiba dua orang murid saya tarik saya masuk dalam bilik mesyuarat sambil suruh saya tutup mata. Bila masuk je bilik mesyuarat... ramai-ramai diorang nyanyi lagu 'Happy Birthday' untuk saya... wehhhhhhh... touching sungguh bebbbbb...

Bila tengok anak-anak murid berkumpul ramai-ramai macam tu. Tak sangka diorang ingat birthday saya, walopun saya bukanlah guru kelas diorang, cuma cikgu subjek je. Dah tua-tua macam nih ada surprised party walopun sempoi macam tu terasa sungguh laaa terharu... huhuhuuuuu.. Layan gambo dulu k...


Kek sponsored by anak tokey kedai... Harshini


Cikgu yang touching...



Cut the cakes...


Potong jangan tak potong... :P


Den marah sapo ntahhh... hahahhaaaa...


I heart u so strong lah, 6 Proaktif....
Rasa nak cium semua... ahahahahaa...



Hadiah Hari Guru merangkap hadiah besday... boley???
Korang ado dapek hadiah banyak-banyak macam nih masa besday korang??? :))


Murif-murid kelas 6 Proaktif ni memang sangat saya sayang. Diorang nih murid-murid pertama masa saya mula-mula posting 4 tahun yang lepas. Masa tu diorang darjah 2.. saya jadik guru kelas diorang. Memang kami agak rapat masa tu, almaklum cikgu baru... heheheee.. Then saya keep on mengajar diorang masa darjah 3, masa tu ajar Sains je. Darjah 4 dan 5 tak ajar diorang.. Tahun ni dapat ajar balik, subjek Sains. Terasa cepat betul masa berlalu.

Saya suka kelas diorang nih pasal diorang tak banyak kerenah. Diorang nih memang mendengar cakap dan bijak-bijak. Senang nak mengajar. Truly inilah kelas Tahun 6 pertama yang paling senang saya nak handle. Semoga mereka ini mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti... aminnnnn...

Inilah kenangan terindah dalam hidup saya sepanjang menjadi guru. Dihargai oleh anak-anak murid memang satu perasaan yang tak ternilai dan tak tergambar oleh perkataan.

Jadik, siapa kata cikgu yang garang, murid tak sayang??? Ahakssss... Siapa mau tips jadik cikgu favourite, sila email saya...cewahhhh.. macam ko bagus sangat... hakhakhakkkk... :))

And korang, yang wish Happy Birthday kat saya dalam entri lepas mahupun di wall FB, terima kasih banyak-banyak. Tak sempat nak reply satu persatu, post ni pun saya buat pukul 3 pagi tadi. Apapun... saya amat menghargai segala ucapan dan doa kalian. Many thanks, may all the good will return to all of us... I heart u olls very the strong lahhh... :)