Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan datang lagi, dan Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk menyambutnya.

Ramai yang bercuti hari ini termasuklah saya. Untuk yang bekerja.. selamat bekerja.. :)

Sempena kehadiran Ramadhan ini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf di atas keterlanjuran bicara saya selama ini. Semoga kehadiran Ramadhan ini, memberikan keberkatan untuk kita semua. Semoga kita dapat memperbanyakkan ibadah dan mengumpul pahala di bulan yang mulia ini.

Tahun ini merupakan kali kedua saya tidak dapat menyambut Ramadhan bersama suami tercinta kerana tugasnya. Namun saya sentiasa berdoa supaya kami akan dapat segera berkumpul kembali dan menjalani ibadah ini bersama-sama.

Semoga juga, dengan kedatangan bulan yang mulia ini, tidak akan ada lagi syaitan gondol mahupun syaitan berkepala hitam yang datang mengganggu ketenteraman hidup saya sekeluarga... amin...



1 comment:

Unknown said...

selamat menyambut ramadhan. harap semuanya ok and ceria2 selalu :)