Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Perpisahan Demi Perpisahan....

Kesedihan yang saya alami bertambah lagi dengan berita tergempar yang melanda di sekolah saya semalam. Pagi-pagi lagi dah dapat telefon dari salah-seorang cikgu di sekolah saya, mengkhabarkan bahawa seramai 6 orang guru telah tersenarai dalam program 'Re-deployment Guru'. Ada nama yang telah pun diduga dan ada juga nama yang tak disangka-sangka terpilih. Meskipun saya tidak terlibat dalam pertukaran tersebut.. namun hati tersangat sebak dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang boleh dikira rapat dengan saya di sekolah. Selak-selak gambar di FB, dapatlah saya beberapa keping gambar kenangan bersama mereka yang tidak bernasib baik itu.



Kak Ma.. yang duduk di sebelah saya.
Baru je naik cuti bersalin hari Isnin, hari ni dapat berita sedih.
Kak Ma yang paling rapat dengan saya, kawan bergaduh, bergurau, meluah perasaan...
Memang sangat terasa jika dia tak ada.. saya pasti akan sangat merindui akak... :(



Zakiah... Sama-sama posting di SKPG 2 pada tahun yang sama...
Teman bergurau dan bercerita, duduk pun sebelah saya di bilik guru...
Nanti kosonglah meja di sebelah saya... huhuhuuuuuu... :(



Kak Za, yang bertudung pink... sama-sama mengajar Sains
Teman bergurau dan bertukar ilmu... mesti sangat rindu akak... :(




Kak Ani yang duduk no 3 dari kiri (bertudung krim)
ustazah senior di sekolah saya.. selalu menjadi tempat saya merujuk hal-hal agama....
Kak Ani yang peramah dan baik hati... :(



Din, yang tak bercermin mata
Guru baru di sekolah kami, rajin bergurau dan peramah...
Mesti terkenang-kenang pada gurauannya... :(


Dan ada seorang lagi, Nizam - guru B.I tapi tiada gambarnya dalam simpanan.

Lebih sedih lagi kerana saya sedang M.C sekarang. Manakala mereka sudah melapor diri, Isnin depan akan bertugas di tempat baru sedangkan saya masih bercuti. Semestinya bila saya sudah bersekolah semula, mereka semua telah tiada lagi di SK Pasir Gudang 2. Sangat sedih mengenangkan. Semalam berbual dalam telefon dengan Kak Ma, kami berdua menangis bersama... Tabahlah hati, relakan pemergian mereka demi kepentingan perkhidmatan.

Selamat berkhidmat di sekolah baru kalian semua. Kami pasti merindui kalian.... *sedih lagi*


Friday, December 24, 2010

Congratulation!!!!




Tahniah untuk MIO dia atas kelahiran baby boy nya yang kedua pada jam 12.09 tengah malam tadi, secara normal. Pukul 3 pagi tadi mak dapat sms dari dia... Terkejut mak hokehhh..... ahaksss....

Anyway... enjoy your breastfeeding and confinement moment. Take care & get well soon!!! :)




Monday, August 9, 2010

Otot Dan Lemak Terkejut!!!

Haloooooo... macam lama tak update. Macam biasa, idea dan mood tidak seiringan.. maka takdelah gossip terkini untuk korang... :P

Saya nih tengah kejung kaki-tangan-satu badan. Almaklum, tiba-tiba kena join team netball cikgu-cikgu senior untuk temasya sukan guru-guru pada hari Sabtu lepas. Sekolah saya kan kecik je, cikgu-cikgi pun tak ramai jadik nak carik satu team adalah susah. Jadi nak tak nak, kena laa jugak join. Demi sekolah terchenta... ahakssss... Saya main posisi favourite zaman sekolah dulu iaitu Wing Attack (WA). Dulu masa sekolah hebat je berlari ke sana-sini jadik WA. Sekarang semputtttt acikkkkkkk.... Kembang kempis idong kontrol pernapasan... hahahhahaaaa... :P

Layan gambo dulu lahhhhhhhhhhhhhh................

Lepaks sebelum mendaftar...


Sebelum acara menyimpulkan urat dan otot... :P



Para pemain bersama posisi masing-masing...


Seriussssssss...



** untuk gambar lebih banyak, boleh tengok FB mak... :)

Dah berabad hokehhhh.. mak tak main netball nih. Zaman sekolah dulu ada laa main. Tiba-tiba kena join team netball sekolah. Semangat kesukanan harus ada kannn.. abih cikgu asik duk kerah anak murid bersukan jer, bila turn cikgu kena turun padang, takkan nak lari pulakk.. tak macho laaa kannn... hahahahhaaa

Akibatnya... lepas game, satu badan sakit-sakit. Saya berjalan dah macam orang baru beranak. Terkengkang sana sini. Kaki saya pun terkehel sikit... huhuhuuuuu... tu laaaa, dah nama mak orang ada hati nak melompat sana, melompat sini... amik ko kaki terkehel. Dah ler tukang urut peribadi jauh di mata... lu handle laaa sendirikkk... :P

Tapi apapun, kami sangat berbangga dengan pencapaian team kami. Walopun ramai stok mak orang yang main, dah berabad tak pegang bola, training pun dua hari je sebelum game... tapi we olls berjaya jugak masuk suku akhir dan merangkap naib johan kumpulan B. Ok lah kannnnn... Tu dua hari training, kalo berminggu, berbulan???? Gerenti johan keseluruhan... hahahahhaaaaaa........... Jadi kami semua berazam, tahun depan akan mulakan latihan dari awal tahun... semangat tuuuuuuuuuuuuuu!!!!!! Kalo saya tak 'maju ke depan', gerenti saya join team lagik... ahaksssssss... :P

Dan sebagai penutup entri, korang tengoklah nihhh.... bukti saya bermain sepenuh jiwa raga sehingga tergadai body ehhhh... salah, tergadai kasut................


Lepas dua game, kasut mak koyak u ollsssss.... :))
Tak pernah haku pakai kasut sport sampai terkoyak gini hokehhhhh.....


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara. Sekian saya melaporkan dari atas katil sambil mengurut kaki yang membengkakkkkkk.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaa........... :(

Tarikh laporan : 08-08-2010 (12 a.m)

Wednesday, March 17, 2010

Terima Kasih Daun Keladi....

Hari ini, saya dapat parcel dari Puan Dian @ http://d-n-n-a.blogspot.com/ . Terharu sungguh bila dapat kiriman yang tak diduga nih.
*
Parcel yang dinantikan... :D
*

*
Souvenir yang sangat-sangat istimewa dari Dian. Siyes tak sangka dia betul-betul bagi sourvenir ini untuk saya. Dian nih rakan blogger saya... actually agak baru jugak kami berkenal-kenalan di alam blogger nih, tapi memang cepat btol sehati berdansa mesra dengan dia nih walaupun memang belum pernah bersua muka. Entah kalo bersua muka entahkan sehappening dalam blog ataupun diam membisu seribu bahasa ekkkk.. hahahhaaa... :P

Dian nih rupa-rupanya aktif dengan hobi barunya. Kalo Cik Fid sibuk dengan tema senget yang entah di mana senget pun saya tak tau, pasal saya tengok hasil jaetan dia hokehhhh ajer... si Dian nih pun sama... Yang mana mak sangat jeles pasal mak nih apsal tak terbukak hati nak menjaet lagik. Apakah dengan membeli mesin jaet, maka saya akan menjaet? Atau saya akan menjadikan mesin jaet itu sebagai hiasan seumpama gajah putih di rumah saya??? Tengok kawan-kawan menjaet, teringin jugak nak menjaet... tapi keinginan tu setakat menjadik keinginan ajer pasal saya belum ada kekuatan (?) untuk menceburkan diri dalam arena penjaetan...cakap aje lah ko MALAS yang beso nyahhh oooiiiiii :P
*
Eh, bebel merapu pulakkkk... kuikuikuiiiii... Kalian nak tau apa dalam parcel tu???? :D

*
*

Saya dapat iniiiiiiiii...... Taraaaaaa!!!

*
Okeh.. ai bukak sikit untuk pandangan mata hati bundar u olls...
Washable panty liners versi D.N.N.A... u olls ado??? :P

*
Sangat comey tawwww... Saya sangat sukakkkk lagi-lagi sebab dapat FREE. Saya received parcel nih kat sekolah, kebetulan pagi tadi kan saya ada kelas tambahan. Saya bukak dan sebab kecomelannya, kawan-kawan saya yang tengok terus berminat dan paksa saya order dari Dian. Cik Puan Dian... silalah siapkan tempahan kawan-kawan saya yer... ahahhaaaa.. *wink*
*

Ada yang berminat??? Saya rasa Dian jual washable panty liners nih... Kalian tanyalah dia kat @ http://d-n-n-a.blogspot.com/ . Segan??? Nak suruh saya tanyakan pun boleh jugakkkk... hehheheheeee...

Anyway Dianku sayang... Terima kasih daun keladi ada apa-apa yang free bagilah lagi, ku sangat suka pemberianmu ini... Ailebiu very stronglah babe... mmmuuuaaahhhhhhssss.... :D





Wednesday, November 18, 2009

Transformasi...

Tahniah untuk CY3.5 yang telah transform kepada CY4.0 setelah melahirkan seorang baby girl pada jam 0350hrs dengan berat baby 3.05 kg. Terima sms dari dia pada jam 5.58am tadi.

Tahniah sekali lagi CY4.0... akhirnya sekuntum bunga telah hadir di antara kumbang-kumbang yang ada... cewahhhhhhhhhhh... ahahhahaaaa....


Monday, October 5, 2009

Terjah!!!

Semalam saya telah beraya ke daerah Kulai. Maka semalam jugalah masanya saya terjah beraya ke rumah Cik Yu.Es @ Memey @ Rossa @ Umi Sufira. Mama Ealyie juga telah berkesempatan meluangkan masa bersama ketiga-tiga heronya. Walaupun Yu.Es telah membuat open house pada hari Sabtu, namun saya tidaklah menghadiri sesi open house tersebut kerana rancangan beraya ke Kulai adalah pada hari Ahad, lagipun kalo datang masa open house mesti tak syiokkk kerana tak dapatlah bergossip-ria, memandangkan tuan rumah yang sibuks melayan para tetamu.

Kami telah dihidangkan nasi beryani mabeles, nasi impit dan kuah kacang serta puding koktail yang memang sedap. Walaupun perut saya masih penuh kerana baru lepas makan nasi di rumah kawan Mr Hubby sebelum itu, tetapi masih juga berjaya menyempitkan lagi perut dengan hidangan dari tuan rumah.

Anak-anak pun dah ngam bersama. Jadi mak-mak lebih bebas bergossip-ria lah... :P

Maka sambil bergossip-ria, sempatlah jugak we ollss meng'snap' gambar untuk ditempekkan di blog ini juga di facebook... Silalah tatapi kemeriahan yang kami rasai semalam... :)

Teruna idaman di apit oleh dara-dara pojaan... :P



Tengok Aina yang sudah ngammm dengan Syaura,
kemain sayang lagik kat kakak Syaura.. ahahhaaa


Tengok tu.. mengendeng lagik si Aina kat kakak Syaura..
Oppsss... Adik enterprem...
Sungguh terserlah 'dahi licin' adik.. :P


Ni lagi gambo bermanjer-manjer Aina & kakak Syaura...


Gembira sungguh Incik Iris dikelilingi gadis-gadis rupawan...



Okeh.. giliran mak-mak pulak berpossing...
Masih terselah ayumu mak-mak orang nih kannnn... kahkahkahhh




Monday, August 17, 2009

Warded!!!

Kawan-kawan...

MamaEalyie telah ditahan di Hospital Sultanah Aminah sejak semalam, susulan dari sakit matanya. Rupanya sakit matanya bukanlah sakit mata biasa. Hari Sabtu lepas, dia mengadu pada aku yang kornea matanya mengeluarkan nanah. Setelah pergi ke klinik lagi semalam, dia dirujuk ke HSA. Menurut doktor, mata ely kena infection mungkin akibat penggunaan contact lens.
Sangat kasihan kawanku yang seorang ini. Dah laa tengah dalam pantang, diuji dengan ujian sebegini. Dia terpaksa berjauhan dengan baby Faris, dan itu amat menyeksakan okehhh... dengan susu yang melimpah-ruah. Sekarang nih dia mengadu tak cukup botol nak simpan susu-susunya yang dipam. Ely kata mata sebelah kanannya itu pun kabur, tak nampak sangat...huhuhuuuu.....
Bersama-samalah kita mendoakan agar tak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada ely dan semoga dia cepat-cepat sembuh, ya kawan-kawan.................


Tuesday, August 11, 2009

Dapat Beg D.I.Y...

Hari ini aku dapat satu beg D.I.Y yang shanteqs sangat. Walopun pembikin beg itu telah meletakkan trademark senget-benget pada segala hasil D.I.Y nya, namun bila aku belek-belek, ok jerrr... tak de pun senget-benget seperti yang digambarkan... :D
Inilah diaaaa................ Beg D.I.Y pertama aku, yang bukan aku bikin.... :P


Ini merupakan hadiah dari CikFid di atas kejayaan aku menjadi salah seorang dari Top Commenters di blognya bulan lepas. Terima kasih banyak-banyak CikFid. Kalau pun takde hadiah darinya, aku tetap setia mengomen sebab aku suka sangat baca blognya itu.

Beg nih aku cadang nak buat isi baju-baju dan diapers Aina-Ainin kalo p jalan-jalan.... Yeayyy!!!

Thank you again CikFid!!! I lap u.... :D


Saturday, July 25, 2009

Memperkenalkan....

Semalam aku melawat Ely dan baby barunya yang masih belum diberi nama. Kedua-duanya dalam keadaan yang sihat.. Alhamdulillah... :D

Ada mak ely dari Kluang yang begitu baik hati telah menghidangkan makan tengahari yang begitu yummyyyy sekali... terima kasih makcik... :)

Baby Ely tido ajer.. sangat comel okehhh.. aku geram btol.. rasa nak gomol jek... hahahhahaaa...

Maka dengan ini aku memperknalkan.. anak teruna baru mama Ealyie, adik kepada abang Iris yang hensem... inilah dia...... adik Faiz.. Faiz ke nyah??? Tak kompem lagik, mandai jek aku.. :P




Comel kannn??? Innocent jer....


Malam semalam Ely dan anak-anak telah berangkat ke Kluang. Ely kata maybe dalam dua minggu dia akan duk kat sana.. Apapun, selamat berpantang dan cepat-cepat berblogging sihat ye nyahhhh

Wednesday, July 22, 2009

Teruna Pujaan..

Aku mendapat khabar, teman semeroyanan aku telah selamat melahirkan seorang anak teruna bagi menambah koleksi terunanya yang sudah sedia ada... ahaksssss.....

Alhamdulillah semuanya selamat... Jadi aku akan kehilangan seorang teman meroyan sehingga 60 hari.. Owhhh... sungguh lah lama tempoh berpantangmu itu nyahhhh...

Jadi, balik ni aku akan segera memperkemaskan sesuatu yang telah aku janjikan pada ko nyahhhh... Khusus untuk teruna pujaan terbarumu ittew.... :P

Tahniah ely... semoga ko cepat-cepat shat yer bebbbbbb.... :)

Tuesday, July 14, 2009

Special Entry To Mama Ealyie...



Di hari yang berbahagia ini, aku ingin mengucapkan Happy Birthday kepada Mama Ealyie sempena hari ulangtahunnya yang ke .................. ???? .................. biarlah rahsia... :P

Bebs.. Semoga ko mendapat keberkatan di dunia dan akhirat, semoga ko dikurniakan kebahagiaan, murah rezeki dan kesihatan yang berpanjangan hendaknya. Dengan bertambahnya usia, aku doakan agar ko menjadi the best mama untuk anak-anak ko.

All the best bebe............... :)

Monday, July 13, 2009

J.A.K.U.N...

YERRRR... sebab kawan-kawan aku dahh pun buat liputan terkini tentang rombongan kepoci Cik Kiah ke rumah Umi Sufira. Maka aku pun selaku wartawan tak bertauliah dari Stesen My Precious Ever, pun tak ketinggalan lah nak mewar-warkan liputan aku pulak... :P

Tapi sungguh aku tak puas hati sebab liputan ini tak bergambar. Sungguh laaa encik cameraman yang aku import bersama itu tak boleh diharap. Dah aku lupa nak bawak masuk kamera, dia pun tak ingatkan... cettttt....

Minggu lepas lagi, aku dan kawan-kawan semeroyanan telah menerima sms dan email jemputan dari tuan rumah. Maka dengan berbesar hatinya, umpama ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL (Sila baca dengan tangan yang bergerak-gerak seperti KSW.. :P )

Maka seperti yang dijanjikan, setelah ber'roger-roger' dengan Mama Ealyie, maka kami pun dengan gagah-perkasanya menuju ke Bandar Putra. Sesampainya di depan umah US, anak aku si Aina leh cakap, "e'eeeeehhhh... cantiknya umah diaaaaaaa...."
Jadi US.. budak-budak memang tak pandai menipu, umah ko memanglah cantik nyahhh!!! Silalah ko abaikan, jiran-jiran ko yang dah pasang tembok tinggi-tinggi mahupun dah siapkan rumah yang berkonsepkan Bali ittew.... :D

US telah berhempas-pulas menyiapkan hidangan nasi ayam Umi Sufira Special, siap ada pencuci mulut lagik.. di samping buah-buahan tempatan, semuanya sungguh sedapppp.. Ditambah pulak kami memang dah mengosongkan perut sejak pagi lagik kannnn... ahakssss... sungguh buruk lantaksss okehhhh.... :D

Lepas acara melantak tak hengat makan-makan, apa lagi, kaum ibu pun bergossip-ria lah. Nasib baik kaum bapa boleh masyukkk berborak bersama. Dan kaum anak pun boleh layannnzzzz buli-membuli main bersama-sama. Tapi anak dara US yang cantik manis.. kakak Syaura memang pemalu lahhh... senyapp jek dia... :)

Aku nak confess lah, aku memang ala-ala jakun kagum gitteww, tengok pemandangan di depan umah US. Boleh nampak kapal terbang yang begitu bagak baru memulakan penerbangannya. Best ngko... rasa buat umah dalam airport pulakkk.... kahkahkahhhhhh.....

Apapun memang best sangatlah berkuntau di umah baru US. Thanks banyak-banyak nyahhh... Susah-susah je ko masak bagai... Nanti, haruslah aku masak-memasak untuk ko pulak yer nyahhhh... :D

Sekianlah saja saya melaporkan, terima kasih... :P

Thursday, January 29, 2009

Reunion Ex-RKA Batch 92 Girlz...

Isnin malam yang lepas, aku sempat berjumpa dengan geng-geng lama. Kami sama-sama di kelas RKA a.k.a Rancangan Khas Agama SMK Sultan Ismail @ SSI JB, tahun 1992. Aku masuk situ masa form 1 sampai form 2. Bila naik form 3, aku pindah ke SMK Pasir Gudang 1 coz tak baper nak catch up ngan subjek Bahasa Arab tu. Lagi pulak cikgu nyer asik bertuko-tuko...eheheee...aku tak salahkan cikgu lah yer...aku yang malas nak belajo Arab tu...kuikuikuiii... So kami budak-budak RKA nih memang rapat. Duduk pulak hostel..Asrama Pusat Puteri @ ASPURI yang menghadap hutan bandar JB tu. Kiranya kitorang lah batch pertama RKA di sekolah itu. All girls you... Boys diletakkan di SMK Tasik Utara.
Jadi malam itu, kami berjanji lah nak berjumpa. Alkisah memang dah lama giler tak jumpa beb. Ramai jugak yang dah merantau, kerja di KL. Ada jugak yang masih di Johor. Kami try kontek member-member lain, tapi yang lain tak dapat join sebab ada hal lain. Jadi, hanya kami berempatlah yang dapat jumpe. Tak leh laa nak panggil reunion pun sebab sikit sangat kan..hehehehee. Lagi pulak member-member aku tu pun keseorangan. Ada yang laki kat offshore (macam aku & Mahani), ada yang lakikeje shift malam dan ada yang lakinya balik lambat. Kire masing-masing kepaknya terbukak luas lah malam ittew. Yang bawak anak cuma aku dan Mahani. Aku pun bawa Aina je..Ainin tinggal. Seronok bercerita kisah lama-lama. Tapi yang tak syoknya satu, bising sangat. Lain kali kalo nak minum-minum harus carik tempat yang aman damai sket lah. Baru laaa best nak story mori...

Ni anak Mahani, namanya Nini bersama anak aku lah..Aina. Petah btol si Nini nih. Dia gtau kat aku, "Auntie, kite nak jadik Princess Barbie.." wahahahhahaaa......

Wokeh ni lah member-member aku.. Yang rambut pendek sebelah aku tu, Siti Zubaidah..tengah pregnant first baby 8 bulan. Sebelah dia Erni, pun tengah pregnant tapi anak ketiga, 3 bulan. Sebelahnya Mahani bersama anaknya. Dia ni pun cikgu macam aku, mengajar di KL. Erni dan Siti Z masing-masing di Johor lagi.

Mungkin kalo lebih ramai lebih seronok. Apapun..we all have fun juga malam itu. Tak sangka masing-masing dah jadik mak orang....hehheheheeeeeee....