Kesedihan yang saya alami bertambah lagi dengan berita tergempar yang melanda di sekolah saya semalam. Pagi-pagi lagi dah dapat telefon dari salah-seorang cikgu di sekolah saya, mengkhabarkan bahawa seramai 6 orang guru telah tersenarai dalam program 'Re-deployment Guru'. Ada nama yang telah pun diduga dan ada juga nama yang tak disangka-sangka terpilih. Meskipun saya tidak terlibat dalam pertukaran tersebut.. namun hati tersangat sebak dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang boleh dikira rapat dengan saya di sekolah. Selak-selak gambar di FB, dapatlah saya beberapa keping gambar kenangan bersama mereka yang tidak bernasib baik itu.
Kak Ma.. yang duduk di sebelah saya.
Baru je naik cuti bersalin hari Isnin, hari ni dapat berita sedih.
Kak Ma yang paling rapat dengan saya, kawan bergaduh, bergurau, meluah perasaan...
Memang sangat terasa jika dia tak ada.. saya pasti akan sangat merindui akak... :(
Zakiah... Sama-sama posting di SKPG 2 pada tahun yang sama...
Teman bergurau dan bercerita, duduk pun sebelah saya di bilik guru...
Nanti kosonglah meja di sebelah saya... huhuhuuuuuu... :(
Kak Za, yang bertudung pink... sama-sama mengajar Sains
Teman bergurau dan bertukar ilmu... mesti sangat rindu akak... :(
Kak Ani yang duduk no 3 dari kiri (bertudung krim)
ustazah senior di sekolah saya.. selalu menjadi tempat saya merujuk hal-hal agama....
Kak Ani yang peramah dan baik hati... :(
Din, yang tak bercermin mata
Guru baru di sekolah kami, rajin bergurau dan peramah...
Mesti terkenang-kenang pada gurauannya... :(
Dan ada seorang lagi, Nizam - guru B.I tapi tiada gambarnya dalam simpanan.
Lebih sedih lagi kerana saya sedang M.C sekarang. Manakala mereka sudah melapor diri, Isnin depan akan bertugas di tempat baru sedangkan saya masih bercuti. Semestinya bila saya sudah bersekolah semula, mereka semua telah tiada lagi di SK Pasir Gudang 2. Sangat sedih mengenangkan. Semalam berbual dalam telefon dengan Kak Ma, kami berdua menangis bersama... Tabahlah hati, relakan pemergian mereka demi kepentingan perkhidmatan.
Selamat berkhidmat di sekolah baru kalian semua. Kami pasti merindui kalian.... *sedih lagi*
3 comments:
nokss..redeployment guru tu camne? kalau terkena kat fav teacher danial, mesti die sedih..huhu..kene sume sekolah ke beb?
actually redeployment ni mcm program penempatan semula. Tak semua sekolah terlibat. Hanya melibatkan sekolah2 yg mempunyai lebihan guru (tetapi murid kurang). Guru2 akan ditempatkan di sekolah lain di bawah PPD yang sama, yang kekurangan guru. Sbb byk jugak skolah yang terlebih & terkurang guru nih. Mcm skolah aku, murid makin berkurang (tak sampai 400 org) tapi cikgu ada 43 org. Tak relevan, lebih 7 org guru kat sklh aku dan yg tak bernasib baik tu dipilih oleh GB utk ditptkan di sklh lain yg kekurangan guru.
mmg sedih beb... murid2 pun sedih, kami yg guru nih lagiiii sedihhhh.... huhuhuuuuuu.... Btw anak ko sklh mana ek? kalo sklh under PPD JB aku tak tau, kalo under PPD Pasir gudang, insyaAllah aku tau lah terlibat @ tak
ooo..danial STAR1.. PPD JB laa kan.. so far die tak ckp lagik any cikgu kene tuko..slalu kalau cikgu die tuko sek lain, die mesti bgtau.. alaa..sure sedih kan beb.. takpe2..ko pikir ade hikmah tu, mungkin ia bagus utk kesemua pihak..insya Allah..
Post a Comment