Thursday, February 24, 2011

Solat Dan Keguguran

Ketika saya mula bleeding, hati jadi tak tenteram, jiwa jadi kosong, fikiran langsung tak tentu arah. Pada siapa hendak mengadu? Hendak Solat mahupun membaca Al-Quran, hati jadi sangsi.. bolehkah atau tidak? Mujurlah saya ada tempat mahu bertanya. Saya tanyakan kepada ustazah-ustazah di sekolah yang tentunya lebih arif persoalan ini.

Jawapan yang diberi kepada saya ingin saya kongsikan supaya jika ada yang musykil, dapat jadikan panduan:

Menurut kata ustazah,
Masih boleh solat mahupun mengaji, kerana darah yang keluar bukanlah darah haid (kerana saya hamil) dan tidak dapat dipastikan darah apa. Namun ketika bersolat hendaklah dipastikan bahawa dalam keadaan bersih, maksudnya tukarkan pad baru yang tiada darah. Dengan itu solatlah.



Kemudian setelah selesai proses D&C, saya musykil lagi. Sudah boleh solatkah? Adakah darah yang keluar setelah D&C ni dikira darah nifas atau istihadhah? Hasil carian dan pertanyaan di google, saya menjumpai beberapa jawapan yang serupa:

1. Jika kandungan ketika gugur tidak melebihi 80 @ 90 hari, maksudnya ia masih dalam keadaan segumpal daging, tidak mempunyai sifat-sifat manusia, makanya darah yang keluar adalah dikira darah istihadhah. Dengan itu, boleh solat, puasa, membaca Al-Quran dan lain-lain (dalam keadaan yang bersih)

2. Jika kandungan ketika gugur telah melebihi 80 @ 90 hari, maksudnya telah menampakkan ciri-ciri manusia (telah ada kaki, tangan, kepala dan tubuh menyerupai manusia), makanya darah yang keluar adalah dikira darah nifas. Dengan itu, tidak boleh solat, puasa, membaca Al-Quran dan lain-lain sehingga bersih tempoh nifasnya.

** Boleh rujuk di SINI untuk jawapan yang lengkap dengan ayat Quran dan Hadis.


Dengan itu, saya harap dapatlah menghilangkan rasa musykil dan ragu-ragu di hati kita tentang persoalan ini.... Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama di masa akan datang.



** Juga tertarik dengan Punca Keguguran yang saya jumpa di BlogIni. Kredit kepada tuan punya blog. Boleh baca sebagai rujukan.



9 comments:

Sally said...

Thanks for the info...akak mmg tak tahu langsung pasal benda gini ..tak pernah terjadi kan..dapat gak jadikan panduan..

IntanSham said...

kak sally, welkam...same with me.. bila dah berlaku baru laa tau... tu yg letak kt blog, moga blh jadik panduan.. :)

Normaliza said...

thanx atas info ni ye..

Dulu masa sehari sebelum bersalin, saya dah kuar darah + lendir. Tapi masih sembahyang lagi. Sebelum masuk wad, sempat lagi baca yasin (sbb takut nak bersalin..hehe)

suret said...

ohh..cikgu intan..dah lama tak sempay buka blog u..last buka ai know u pregnat...tetiba hari ni buka cita lain plak...so sorry dear to hear that...semoga CIB tabah menjalani dugaan ini..tak care

umimiqdad said...

salam ziarah...
takziah dan semoga cg intan tabah dengan dugaan ini. btw ni first tinggal komen,b4 this silent reader jek..

IntanSham said...

normaliza.. welcome... :D

Suret... hmmm takde rezeki kali ni nmpknya... takpe, saya dah redha.. mula2 mmg down sgt2... now da ok.. tq yer

umimiqdad... terima kasih... insyaAllah ketabahan tu telah ada. Terima kasih lagi skali sbb singgah di blog picisan ni... heheheee

MY HEART said...

Ooo baru tau.. kalau tak .. lansung tak alert

thanks ^_^

IntanSham said...

sama laaa my heart... kalo x jadik kat diri sendirik, x pernah amik tau pun... anyway... sekadar perkongsian bersama.. welcome.. :)

sari said...

Terima kasih, perkongsian yg sangat bermanfaat. Saya sedang mengalaminya..saya doa ada kesudahan yg baik.