Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Oh Seth Tan...

Sana-sini orang sebok cerita pasal abang Seth Tan ku sayang dan Nora Elena. Dekat Twitter, Fesbuk.. rata-rata asal kul 7 jer, mula laaaa status memasing berkisar tentang citer Nora Elena nih. Aku yang pada mula dah malas nak ikut drama TV 3 jam 7.00 p.m nih pun jadik terikut-ikut. Last-last dari tak pollow, tros mempollow cerita nih. Memang bahaya pengaruh rakan tak berapa nak sebaya nih... :P

Dari drama kat tv, sebok pulak memasing mencari-cari novel adaptasi kisah Nora Elena nih. Punya laaa berhantu drama nih, novel pun laku macam goreng pisang panas. Walhal novel nih dah keluar since 2007. Walopun aku kaki novel, aku memang terlepas pandang novel yang satu nih. Sebab aku kan memang jarang sangat eh boleh kata memang susah nak beli novel selain dari penulisan Norhayati Berahim dan Ramlee Awang Murshid. Kalo novel dari NB mahupun RAM, u name it... insyaAllah memang ada dalam koleksi.

Kat kedai-kedai buku sekitar Pasir Gudang aku carik memang sold out manjang novel 'Kasih Yang Suci' by Meen Zulaikha nih. Sampai la satu hari, member aku gitau novel nih dah ada kat Badan Book Store, Plaza Angsana. Hanya ada 200 buah. Better booking sebelum kehabisan. Maka aku pun tak berlengah lagik, zasssss call dan booking. Maka akhirnya... dapat laaa jugak aku novel yang tengah laris nih..... Baru puas hati aku.... Hahahhaaaa....


Tapi bila kat kedai buku tu, aku nampak pulak novel-novel baru writer kesayangan aku... NB. Apa boleh setakat tenung jer novel-novel tuuuu??? Dasar tamak haloba kannnn... walhal kat umah masih ada stok 5 buah novel lagik tak terbaca, namun hakak tetapppppp beli jugak novel-novel NB nihhhh...


Sejam 2.50 dan juga Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah (Gabungan NB dan Kusyi Hirdan).

Entah bila nak baca. Aritu masa jalan-jalan kat Mesra Mall, beli novel Cintamu Nadiku by Norzailina Nordin - kes boring punye pasal. Tak habis lagik, tros sambung dengan Novel Kasih Yang Suci. Jadi novel-novel lain yang blom baca, tunggu jek laaa giliran korang yer... :P

Kalo laaa agaknya novel-novel nih macam barang kemas, hagaknya dah jadik mami jarum dah haku nih.. pasal banyak giler koleksi. Pantang dengo yang baru, berebut pi beli.... Tapi nak buat cemana, memang minat sangat. Dari dulu sampai sekarang, minat yang satu nih never stops. Sangat suka tengok koleksi novel beratur cantik je dalam rak buku.

- Membaca Amalan Mulia -



Thursday, March 3, 2011

Buku Lagi...

Walaupun saya masih blom menghabiskan kesemua buku-buku yang saya beli dari Liana tempoh hari, tetap tak boleh tahan bila tengok Norhayati Berahim dan Ramlee Awang Murshid keluarkan buku baru.

Kelmarin saya baru habiskan Bunga-Bunga Cinta. Kelmarin jugak saya memulakan pengembaraan ke dunia fantasi bersama Rayyan Fantasi. Walhal dah lama beli buku tu.. :P

Kelmarin juga, saya beli novel baru NB, Dari Kerana Mata. Bila mau mula baca??? Hmmmm.. Mungkin lepas berkelana bersama Rayyan (ayat tak bley blah), barulah mulakan dengan novel terbaru NB nih. Lepas tu baru sambung baca novel-novel 2nd hand yang blom abis baca.

Sekarang agak lambat masa yang saya ambil untuk menghabiskan satu-satu novel. Sebab masa 24jam tu terpaksa dibahagi-bahagikan untuk banyak perkara. Now blogging & FB(ing) pun dah masuk dalam list. Jadi masa bila saya membaca? Time nak tido dan jugak time travelling dalam kereta yang saya tak pandu. Masa tu lah jadik quality time untuk saya membaca... :)
Now anak-anak pun dah pandai bawak buku dalam kereta bila nak travel jauh. Ok laaa tu kan... :D

Nak hapuskan minat baca novel ni adalah mustahil. Lagipun saya suka sangat tengok koleksi novel yang cantik bersusun dalam kabinet buku tu. Hubby ada DIY satu rak buku dalam bilik kerja, untuk susunkan novel saya... Tapi tu pun tak muat.. :P
Apapun.. I really love reading! Saya rasa masa terluang kalo tak membaca adalah rugi. Tu pasal power spek makin tebal.. Hahahaaa..

U olls minat membaca tak??? :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Wednesday, January 5, 2011

Tambah Koleksi

Setelah menanti penuh debaran (ayat tak bley blahhhhh), akhirnya parcel yang saya nantikan telah tiba. Seronok sungguh bila tengok isi perut parcel.


Taraaaaaaaaaaaaa........................



Yezzaaaaaaaaa... saya telah berjaya melengkapkan lagik koleksi novel Norhayati Berahim. Saya beli dari Liana di SINI. Dia nak let go novel-novel lama kepunyaannya. Saya pun terus laaa cantas dengan pantasnyaaaa. Of course tak nak melepaskan peluang memiliki novel-novel lama tulisan NB. Sangat minat kannnnn. Dulu pernah story-mory pasal KoleksiNovelNovelNB.

Kiranya sekarang tinggal beberapa buah saja cerita dia yang saya lom ada. Akan kuusahakan untuk memilikinya. Btw, novel-novel Liana ni biarpun saya beli second hand, tapi semuanya macam baru, dalam keadaan yang sangat-sangat baik. Semua bersampul kemas okeyyy.. pandai btol Liana ni jaga buku... Thank you Liana, tak rugi ai beli dari you. Sape yang berminat nak beli novel lama, bolehlah ke SINI. Ada banyak novel dari penulis-penulis terkenal yang dia letgo. Sebab saya cuma minat kat NB, maka novel NB je lah mak sapu. Oh ya.. dan ada jugak sebuah novel Abd Talib Hassan saya beli, Sekuntum Bunga Sena. Novel-novel Ramlee Awang Murshid yang saya suka pun ada dia let go, tapi semua saya dah ada.

Okey... bacalah ko sampai muntah ye nokssssssss.... ada 8 buah semuanya, saya tak jamin bila akan habes. Saya baru habeskan 3 novel yang saya beli sekian lama.. nanti saya review (bile takde modal nak berblog).

Sekian dulu entri hari ini, saya akhiri dengan ucapan ...

Cintailah bahasa kebangsaan kita.
Membaca jambatan ilmu....


Sekian terima kaseyyyyyyyyyyy.... :D


Sunday, April 18, 2010

2 In 1...

WOHOOOOO... saya sudah pun menonton cerita seram The Descent Part 2 nih. Btollah kata Kak Non, kena tengok part 1 dulu, kalo tak adalah tak syiokkkkk. Tapi nak wat cemana, carik part 1 takde je. Nak upload dari website malas laa pulok. Apapun cerita nih memang menyesakkan jiwa, mengepam adrenalin lebih laju dari biasa, puas hati menontonnya. Untuk yang tak suka genre seram, baek takyah tengok sebab mak pun lebih banyak tutup mata pakai bantal. Tapi saya tak puas hati dengan ending dia. Ke saje wat ending camtu sebab nak wat part 3 pulak??? Kak Non.. sila jawap... hahahhaaaa




Sebab ini entri 2 in 1, maka saya nak mewar-warkan saya dah dapat buku Kak Norhayati Berahim yang terbaru, Layang-Layang Bertali Kaca. Sangat sukakkk.. sekarang sedang menghabiskannya di antara aktiviti-aktiviti harian yang lain... Kebetulan jumpa buku ini kat kedai buku berhampiran umah saya.



Sekarang nih searching for Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid. Hari tu pi kedai buku kat Angsana dah Sold Out... huhhuhuuuu... Laris btol buku abang RAM nihhh...

Okeh..sekian entri 2 in 1 dari saya di ujung minggu ini.... :D