Showing posts with label Perkongsian Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Maklumat. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Lempoyang Pengubat Kanser?

Semalam terbaca di Berita Harian tentang tajuk di atas. Boleh baca artikel tersebut di SINI.

Tuptup si MIO buat komen kat n3 semalam pasal artikel tu. Saya pun dah terdetik benda yang sama. Sebab saya kan memang taksub dengan itu lempoyang. Pernah buat entri pasal sambal-lempoyang.

Jadik kiranya tak sesia lah mak saya ajor kami adik-beradik makan lempoyang sejak dari dulu lagi. Kalo masa berpantang, memang sambal lempoyang ni lah jadik lauk tambahan untuk saya. Memang bagus untuk keluarkan angin-angin dalam badan. Yang saya tahu khasiatnya menurut mak saya memang bagus untuk sistem peranakan perempuan, juga bagus untuk panaskan badan.. sebab lempoyang nih pun suku-sakat halia jugak. Rupanya ada kebaikan yang lain jugak. Baguslah UPM dah discover.. so lepas nih meh kite semua pakat-pakat makan lempoyang.

Ada sesape yang nak saya supply anak pokok lempoyang? Wah boleh buat bisnes nih... hahahahhaaaa.... :D



Thursday, November 4, 2010

AWAS!!!

AWASSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!

Kepada pengguna-pengguna Ariani Platinum... Awasi tudung-tudung anda semasa proses mendobi. Jangan sampai jadi seperti iniiiiiiiiiiii............................

*


*



*



*


*
Uwaaaaaaaaaaaaa.... Lihat apa sudah jadikkkkkkk??????????...



Kalo korang ada pakai tudung platinum, nak-nak yang kalernya bombastik... macam kaler biru tua, ijo, itam, merah... jangan sesekali campur basuh ngan tudung-tudung lain.

Sebelum ni pernah jadik macam ni. Bila basuh, gedebushhhhhh campur semua. Blasah je thai silk ke hape ke... Tu laaaa, orang anto dry-clean, acik tak kuasaaaaaaaaaa... Padan muko! Saya dah asingkan dah tudung-tudung platinum dengan yang lelain, tapi tak perasan, ada terselit selai platinum 2-tones kaler itam. Dannnn... itulah akibatnyaaaa.... Ada beberapa helai lagik yang menerima nasib yang sama.. sangat sedeyyyy hokehhhhh... :(




TETAPIIIII...............

Saya telah menemui penawarnya.. Tak perlu susah-susah menyental ye puan-puan... Hanya letakkan sedikit pada kotoran degil, biarkan seketika, kemudian, gonyoh sikit.. sikit je.. tak perlu kuat-kuat. Dannnnnnnnnnnn......................................

*

*


*


*
TARAAAAAAAAAAAAAAAAA.......................


Haaa... Kagum?? Ke tak kagum??? :P

Apa yang saya guna??????? Bersyukur sangat-sangat saya ada ini di rumah....



*



*




*
Kuasa PINK di tangan anda... :D


Ada Vanish.. lupakan yang lainnn... :)

Tapi memang mengaku Vanish nih sangat power. Saya pun baru je tau ke'power'annya. Sekarang kalo baju anak-anak saya comot dek coklat ke, milo ke.. saya takkan meroyan lagik. Vanish ada... semua settled..

Cuma satu jer, awas kepada yang memiliki tangan selembut sutera dan sensitif seperti saya nih, kalo guna Vanish.. pastikan pakai sarung tangan. Kalo tak mesti tangan menggelupas teruk. Lagipun pedih laa kalo kena Vanish nih, saya rasa memang kuat asidnya.

Okey, sekian promo percuma untuk Vanish. Oppsss... sebelum tu, saya nak tempek wajah kesayangan saya yang sorang nih.

Kemain voks lagik masa follow saya latih budak bersukan kat padang... Layannnnn... ahahhaa






Monday, August 23, 2010

Port Baekkk Punyeeee....

Semalam adalah Ladies Day... ewahhhh ewahhhhh.... :P

Semalam saya berjalan-jalan dengan adik-adik saya. Dari satu destinasi ke satu destinasi. Dan yang paling penting haruslah destinasi melantak berbuka puasa. Adik saya memang boleh jadik hos jalan-jalan carik pasal makan. Tau je dia mana tempat makan yang best. Saya telah berjumpa dengan port steam boat terbaekkkkkkk. Slalu kalo nak makan steam boat, tak ingat lain ke Johnny saje. Pastu ada macam-macam spekulasi... Rasa tammo masuk Johnny lagik..hukhukkk... Ok, rasa boleh layan lah steam boat kat sini.... Mari lihat karangan bergambar saya di bawah ini... :)


Tempat Kejadian...
Okid Ria BBQ & Steamboat @ Taman Gaya, JB.


Harga Buffet yang berpatutan...
Paling best anak-anak saya makan free...
:)


Yang paling penting adalah ini....

Kena make sure ada sebelum mengisi tembolok...


Motto kedai... Makanlah Sampai Muntah Puas-Puas... :P



Mangsa-mangsa santapan...

Setiap meja ada mangkuk steam-boat dengan dua pilihan sup,
Sup tomyam dan juga sup biasa yang sesuai untuk kanak-kanak.
Juga ada plate untuk BBQ...



Haiwan darat menjadi mangsa BBQ...



Giliran haiwan laut pula...



Tukang-tukang masak yang berdedikasi... :))



Tukang-tukang makan yang berhemah... :P


Aneka pilihan untuk di'steam-boat' dan di'BBQ'kan. Baik dari jenis haiwan darat mahupun laut, juga sayur-sayuran. Boleh ulang-ambik sampai pecah perut korang makan, namapun buffet kan. Pilihan air jugak ada macam-macam. Ada juga pilihan nasi, mee, kuih-muih, pemanis mulut dan ada ice-cream jugak. Memang puas hati lah makan kat sini. Saya tak makan nasik pun, ratah lauk-pauk jer. Ramai btol umat berbuka puasa kat sini semalam. Penuh kedai, sampai kami habis makan pun orang tak putus-putus datang lagik.

Orang-orang JB, boleh laaa kalo nak datang kat situ. Saya pun macam nak return nanti bila encik suami balik. Apapun terima kasih kepada penaja makanan semalam.... Dah ler bawak kami anak-beranak merayap, siap belanja makan lagik.. sayang ko dikkkk... ah ah ahhhhh....

OK.. sekian entri saya untuk pagi Isnin yang ceria nihhhh... Eh.. arini dah Isnin, esok Selasa.. kenapa dalam hati tiba-tiba ada taman??? :)



Thursday, June 3, 2010

Perilaku Pintar 2

Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan seseorang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat.


** kredit kepada '365 Tip Sihat Gaya Rasulullah' oleh Dr Mohammad Ali Toha.

**Nota kaki tuan punya blog:
  • banyak keburukan perasaan marah nih. Camno? Saya dah ler slalu cepat naik darah... Kat skolah naik darah, balik umah pun naik darah... memang agaknya nanti cepatlah saya kena darah tinggi, sakit jantung bagai tu... huhuhuhuuuuuu....
  • Membaca tip yang ini memberi saya kesedaran untuk mengawal rasa marah itu.. Korang cepat marah kah? Sama-sama lah kita mengawal emosi yang satu ini yer...

Wednesday, June 2, 2010

Perilaku Pintar 1

" Allah berkata dalam surah Muhammad (ayat 38),

'Ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada di antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanya berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu'

Punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.


** kredit kepada '365 Tip Sihat Gaya Rasulullah' oleh Dr Mohammad Ali Toha.

**Nota kaki tuan punya blog:

Saya baru sahaja khatam buku ni. Tak sabar-sabar nak berkongsi dengan korang tawwww... ahakssss.... Memang bagus isi kandungannya. Banyak yang boleh diteladani terutama bagaimana memperbaiki sahsiah diri, mengawal emosi dan menuju ke arah hidup sihat rohani & jasmani. Insaf saya. Saya akan kongsikan satu tip setiap hari, insyaAllah jika tiada aral. Atau korang boleh dapatkan buku ni di kedai buku yang berhampiran... :)
  • Tambahan : Tip yang pertama ini menyentuh tentang amalan menderma. Yang mana sifat suka menderma ini dapat mendorong kita menyucikan hati. Jika kita dapat mengelakkan sifat bakhil, insyaAllah kita akan dapat mengelakkan penyakit nyanyuk, sukar tidur dan juga penyakit paru-paru.
  • Jadi, marilah kita menderma mengikut kemampuan. Pendapat saya, jika kita menghulurkan sedikit rezeki kita untuk menderma, insyaAllah Allah akan menambah rezeki kita. Walaupun kita merasakan duit yang kita ada macam tak mencukupi untuk diri sendiri, tapi jika kita redha menghulurkan walaupun seringgit untuk menderma, insyaAllah... rezeki yang kita sangkakan tak cukup tu akan mencukupi. Tak percaya? Percayalah.. kerana Allah itu kan Maha Pemurah.... :)
*Sekian*

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

Saya sedang menghabiskan membaca buku "365 Tip Sihat Gaya Rasulullah" karya Dr Mohamad Ali Toha. Beliau merupakan seorang doktor yang amat kagum dan berminat mengkaji kaedah perubatan Rasulullah (S.A.W), kerana menurut sejarah, Rasulullah (S.A.W) hanya sakit dua kali sahaja sepanjang hayatnya, salah satunya adalah sakit yang membawa kematiannya.

Kagum kan??? Kalo kita, tak terhitung berapa kali kita sakit... tak kira lah sakit ringan mahupun kronik. Melihat pada gaya hidup sekarang, memang sangat menakutkan jika kita jatuh sakit, terutama yang kronik. Takut yang utama ialah bagaimana kita nak menangani kos perubatan yang nyata melambung-lambung sekarang nih. Mengubati penyakit tanpa kewangan yang kukuh adalah semacam mustahil je sekarang ni kan? Sebab tu lah, kebanyakan kita berlumba-lumba membeli plan insuran untuk kesihatan. Bayangkan kalau mereka yang tidak berkemampuan, terpaksa redha dengan ketentuan sahaja.

Membaca buku ini membuat saya kagum, sebab sesungguhnya Rasulullah (S.A.W) bukan hanya menjaga kesihatan jasmani malahan kesihatan rohani. Jika difikirkan memang saling berkait rapat kesihatan jasmani dan rohani ini, tanpa kita sedari.

Dengan itu, insyaAllah saya akan berkongsi satu tip setiap hari dengan korang semua. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Dan sekurang-kurangnya, di samping membaca rapikan saya dalam blog nih, dapat jugak korang manfaat sedikit sebanyak kan? Mengapa hanya satu tip sehari??? Sebab dengan itu setiap hari kita akan ada satu tip untuk direnung, dinilai dan diamalkan. Kalo saya bagi banyak-banyak, berapa banyakkah akan terkesan dalam minda kita, betul tak??? Hehehehheeeee......

Ok... sekian dulu mukadimah dari tuan punya blog untuk hari ini...Oh ya, hari ni saya akan menghabiskan sikit lagi pembacaan saya. Esok saya akan berkongsi tip yang pertama.... :)

Renung-renungkan dan selamat beramal... :)