Wednesday, June 2, 2010

Perilaku Pintar 1

" Allah berkata dalam surah Muhammad (ayat 38),

'Ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada di antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanya berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu'

Punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.


** kredit kepada '365 Tip Sihat Gaya Rasulullah' oleh Dr Mohammad Ali Toha.

**Nota kaki tuan punya blog:

Saya baru sahaja khatam buku ni. Tak sabar-sabar nak berkongsi dengan korang tawwww... ahakssss.... Memang bagus isi kandungannya. Banyak yang boleh diteladani terutama bagaimana memperbaiki sahsiah diri, mengawal emosi dan menuju ke arah hidup sihat rohani & jasmani. Insaf saya. Saya akan kongsikan satu tip setiap hari, insyaAllah jika tiada aral. Atau korang boleh dapatkan buku ni di kedai buku yang berhampiran... :)
  • Tambahan : Tip yang pertama ini menyentuh tentang amalan menderma. Yang mana sifat suka menderma ini dapat mendorong kita menyucikan hati. Jika kita dapat mengelakkan sifat bakhil, insyaAllah kita akan dapat mengelakkan penyakit nyanyuk, sukar tidur dan juga penyakit paru-paru.
  • Jadi, marilah kita menderma mengikut kemampuan. Pendapat saya, jika kita menghulurkan sedikit rezeki kita untuk menderma, insyaAllah Allah akan menambah rezeki kita. Walaupun kita merasakan duit yang kita ada macam tak mencukupi untuk diri sendiri, tapi jika kita redha menghulurkan walaupun seringgit untuk menderma, insyaAllah... rezeki yang kita sangkakan tak cukup tu akan mencukupi. Tak percaya? Percayalah.. kerana Allah itu kan Maha Pemurah.... :)
*Sekian*

6 comments:

Sally said...

Good Info..

Unknown said...

Ya, sesungguhnya dengan menderma rezeki kita Insyaallah akan berlipat ganda.

Pernah ada pengalaman gini. In fact, banyak kali. Alhamdulillah lepas je bersedekah, rezeki datang bergolek. Syukur.

knv said...

quran pun kata, antara orang yang berjaya ialah mereka yang sedekahkan sebahagian harta kepunyaan mereka.

sepatutnya sudah cukup untuk kita berlumba2 bersedekah.

:D

mak encik | SZ said...

makin susah kita nak keluarkan duit/pemberian kpd org yg sepatutnya, makin susah rezeki nak masuk kan...kuasa sedekah....

sisdee said...

YUP harta yg kita ada bukan sepnuhnya tuk kita..ada yg spatutnya tuk mreka yg sangat memerlukan ek..

kalau ada lebih tu derma le kan saya hahaahahahahah muaahahahahahah

ko dah gilo sisdee :p

TopsyTurvyMum said...

siapa tuuu..tan sri syed al-bukhary tu...pun jadi contoh bersedekah..baca kisah dia, mak dia suruh sedekah separuh gaji dia kat org miskin...

dia ikut quran...skang dia berjaya :)