Friday, June 4, 2010

Thank You Sayang...

Jumaat lepas kan pergi amik report card Aina kat tadika. So saya dengan abah Aina pun pi lah jumpe dengan cikgu kelas dia. Berdebor-debor nih.... Saspen dapat nombor berapa laaa si Aina nih.

Then cikgu Aina pun tunjuk laaa report card Aina. Korang teka Aina dapat nombor berapa??? Sape btol, mak bagi hadiah lolipop.... ahahahaaa


*


*


*


*

*


*

*


*

*

*

*

*




Alhamdulillah... Aina dapat nombor 1 out of 7. Tak ramai murid kelas dia.. sebab kelas budak 4 tahun kannn, rasanya masa awal tahun aritu ada berbelas jugak, tapi dah ramai yang berhenti dan ada yang tak amik peksa. Markah Aina semuanya ok, except Sains dapat 80% aje.. apakah anak aku nih?? Ibu cikgu Sains awat anak tak score nihhh?? Haihhh.. takleh jadik nih... :P

Apapun bersyukur sangat dengan pencapaian Aina kali nih. Bacaan buku Bacalah Anakku pun Aina mendahului yang lain, sekarang dia dah sampai buku ke-5, kawan-kawan masih buku ke-4 lagi. Bacaan Iqra' Aina pun dah lancar. Hafazan doa dan surah-surah mudah pun Aina dah boleh mengikuti. Syukur Alhamdulillah... Memang mak tak sangka dan tak berharap pun dia boleh dapat nombor 1. Tujuan hantar dia ke sekolah, saja-saja je.. mengisi masa lapang.. hehehe ...

Kata cikgu, Aina paling kecik dalam kelas... Orang lain dah genap 4 tahun tapi Aina belum lagi. Sebab tu dalam kelas nampak Aina paling kecik. Cikgu dia kata, Aina selalu nampak macam takut-takut dalam kelas. Orang lain semua aktif, tapi Aina suka duk dendiam je.. muahahaha.. Yekah cikgu? Kat umah Aina kemain berlagak diva lagik.. kat sekolah penakut rupanya anak mak nih??? :P
Takpelah, yang penting Aina tak nakal kat sekolah dan tak kacau kawan. Cikgu-cikgi pun nampak sayang Aina... heheheheee...

Okeh, sebab Aina dapat nombor 1, cikgu Aina bagi hadiah.....



Ini hadiahnya....


Dua minggu lepas kan, Aina ada lawatan ke pusat kraf batik di JB, anjuran tadika dia. Rupanya kat sana diorang diberi peluang warnakan corak batik. Ni hasil kerja tangan Aina... Not bad kan?.. Saya nak frame nanti nih.... :)


Eh, best rupanya kan feeling jadik mak bapak yang anak dapat nombor satu nih? Rasa macam seronok sangat. Tak kiralah peringkat apapun. Yang pasti bila anak bawak balik kejayaan tu, perasaannya seronok semacam. Saya ingat saya sorang yang feeling-feeling syok sendiri macam tu. Rupanya abah Aina pun sama. Dia kata, 'best kan anak dapat nombor 1?'... Ada perasaan jugak laki mak nih... ingat takde perasaan... kekekekee... Tapi, Aina dah set nombor 1 untuk permulaan nih.. maka letih sket lah pasni nak kena maintain terus... huhuhuuu...

Syabas anakku.. teruskan usaha. Semoga Aina terus berjaya di masa hadapan. Ibu dan abah happy sangat dengan pencapaian Aina. Terima kasih sayang sebab beri keputusan yang baik. Ibu dan abah bangga dengan Aina.... Semoga Aina akan menjadi insan yang berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat... amin...

Permata hati ibu dan abah....




6 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Tahniah Aina dan ibu bapanya jugak. Cantiknya warna batik tu, saya rasa saya pun takleh buat macam tu.

Sally said...

Tahniah!!.lompat keriangan sikit cikgu!!..hhehe:p

m-i-o said...

alamak nyah! macam mana karpet kita pun bleh sama kaler, sama corak ni? exactly the same, you! errr, baik cakap - adakah ko beli kat nilai 3? hahaha.

dahla tikar yg mak beli kat bangla tu sama ngan tikar hajah saudah! oh itu pun kat nilai 3 gak tu. hahaha.

anyway, congrats tu aina. tak sangka, baru 4 tahun rupanya dia. mak ingatkan dah besar - saspek dalam 6 tahun gitu. aiseh, risau pulak mak ni. anak mak hujung tahun ni nak masuk 3 tahun - tak start lagi bacalah anakku. haihhhh. gelabah ni! kang masuk tadika kang tak dapat no 1 kang camano? <---- kiasu :P

Zuraimah Ismail said...

wahhhhh tahniah tahniah....pandainye aina color....

IntanSham said...

Thank u min.. btol laa..saya pun part2 seni nih mmg buta kayu sket. saya rasa nih genetik abah dia kot, abah dia pandai sket seni dari saya..hahahaaa

kak sally.. mmg melompat2 happy dah nih..hahahaha... tq yer

zufa.. apakah???? agaknya taste kite nih serupa nyahhh.. kalo kita sama2 pi shopping kat ikea, maunya borong barang2 yg serupa aje.. hahahahaa.. carpet tu aku beli kat kilang carpet raya.. kilang tu slalu buat offer time nak raya nyah, mcm2 ada... blh thn murah gak.
aina baru nk masuk 4 thn laa beb. tp masa aina masuk skolah dulu, dia mmg x blh membaca lg pun. cuma dia kenal hurup dan nombor je nyahhh.. Alhamdulillah, masuk skolah blh dah membaca guna bacalah anakku tu. ko jgn riso laaaa..... hahahahaaaa.... aku nih kalo tadika x dpt no 1 aku tak riso, esok kalo sklh rendah x dpt no 1, mak pressure hokehhhhh.... muahahahaa

CT..thank u... dah masuk sklh nih pandai sket laa dia mengaler... kalo tak hampeh gak..hehehehee

~Umi.Sufira~ said...

Tahniah la aina!!Bravo2 auntie tumpang bangga kay! nanti auntie blanja biskut kat phuket..(buleh???ekekeke..)..Intan, tahniah buat ko juga..gigih ko nyah!:)