Showing posts with label anak muridku. Show all posts
Showing posts with label anak muridku. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Kepuasan...

Ehem ehemmmm... Tajuk takde kena mengena dengan entri terlampau yer. Entri ini berbentuk ilmiah... hahahhaaaa... :P

Apakah makna kepuasan dalam bekerja untuk korang? Kepuasan dalam bekerja untuk saya adalah bila............ ini berlaku..............

kejayaan anak-anak didik ku....


Alhamdulillah, keputusan UPSR yang diumumkan semalam, memberi kepuasan untuk saya. Segala harapan dan doa saya untuk subjek yang saya ajar telah dimakbulkan Allah. Segala target saya telah tercapai. Sekali lagi saya berjaya mencapai target untuk diri sendiri. Syukur kerana Allah mempermudahkan segalanya. 30 orang anak didik saya, 18 berjaya mendapat A dan 12 lagi B untuk subjek Sains. Seperti yang saya janjikan, hadiah RM10 untuk yang dapat A subjek Sains. Walaupun poket agak rabak, tapi hati sangat gembira dan puas... Lebih gembira dan puas dari dapat handbag ... *wink*

Di antara 18 orang yang cemerlang... semuanya happy.. :)



Ini murid yang sering menyesakkan dada cikgu...
tak sangka dia excellent!!! Tinggal di rumah anak-anak yatim..
Tahniah Karman!!!



2 orang ni pun tak disangka-sangka.. Tak pernahnya dapat B apalagi A subjek Sains, sekali result keluar dua-dua score A.. Alhamdulillahhhhh... :)



Hati saya sangat puas dengan kejayaan mereka. Apatah lagi, murid-murid ni memang kesayangan saya. Murid pertama yang saya ajar ketika posting dulu. Memang mengharap diorang berjaya. Alhamdulillah...

Tahun depan saya nak berehat dari mengajar Tahun 6.. berangan nak beranak lagik, nanti susah nak bagi komitmen... Tapi tak tau laaa boleh ke tak bila mengenangkan peratus subjek naik mencanak tahun nih... hahahahha.. :P

Okey, yang sorang nih memang kesayangan saya. Mak kan blom ada anak teruna. Konon-konon anak teruna mak laaa nih. Nasib baik anak-anak dara saya kecik lagik, kalo tak saya nak buat menantu dia nih... hahahhaaaaaaa....

Presenting my anak teruna...
Nor Fauzan Fitri... hensem tak??? ahaksssss...
:P




And now, I'm thinking something as a reward for myself.... *wink*


Monday, May 24, 2010

Ayat Sentap Dari Cikgu...

Esok hingga Khamis merupakan peperiksaan ujian penilaian prestasi murid (UPPM) untuk murid-murid tahun 6. Markah untuk ujian UPPM nih amat penting sebab biasanya akan digunakan untuk permohonan masuk ke sekolah berasrama penuh. Lagipun markah ini akan dibawa dan dinilai ke peringkat daerah. Jadi adalah penting untuk murid score dan lulus dalam UPPM ini.

Hari ni, saya masuk kelas dengan semangat berkobar-kobar untuk buat brainstorming tentang teknik menjawab soalan. Sebeban nota dan worksheet dan saya siap fotostat untuk semua murid.

Agaknya budak-budak nih pun dah selalu sangat kena keluar duit bila cikgu fotostat buku, almaklum bajet kerajaan untuk sekolah pun banyak dah potong. Dan cikgu-cikgi pun memang dah biasa lari bajet sebab asik bagi free bahan fotostat kat murid... kira fisabilillah je semua.. ahaksssss... Sekali bila saya pungpangpungpang bagi briefing tentang teknik menjawab tu, saya pun tanya lah "Ada apa-apa soalan?"

Sorang murid saya pun angkat tangan... dengan seriusnya bertanya, "Cikgu, yang cikgu bagi nih kena bayar ke free?"

Kuikuikuiiiii... mak ingat dia nak tanya berkenaan ngan hape yang mak ajor... :P

Sambil senyum, saya cakap, "Awak nak bayar ke?? Kalo awak nak bayar saya lagi suka..."

Satu kelas then cakap... taknak lah cikguuuuu... muahahahahaaa.....

"Tak nak bayar? Mana ada benda percuma dalam dunia nih. Semuanya kena bayar. Saya memang nak suruh awak bayar pun... " kata saya dengan serius.

"Berapa cikgu?????"

"Saya nak awak bayar dengan keputusan peperiksaan awak yang cemerlang. Janji pada saya awak kena bayar harga itu pada saya untuk UPPM awak dan jugak UPSR awak nanti.. boleh?"

Owhhhh... satu kelas senyap sunyi..... sentappppppppp!!! Airmuka masing-masing memang nampak tersentuh dengan ayat saya.

"Boleh ke tak ni???" saya tanya lagi...

"InsyaAllah cikgu... kami janji..........."

Cikgu pun senyum panjang sebab anak murid dah berjanji. Semoga diorang mengotakan janji-janji diorang pada saya.

Jadi... ada tak ayat sentap dari cikgu korang yang masih korang ingat sampai sekarang??? :)


Tuesday, May 18, 2010

Surprised!!!

Semalam sebenarnya sambutan Hari Guru kat sekolah. Tapi saya belum nak citer pasal sambutan Hari Guru semalam. Saya nak cerita tentang sesuatu yang buatkan saya touching semalam...

Tak disangka-sangka, semalam anak-anak murid Tahun 6 saya buat surprised party untuk saya semalam. Lepas acara formal sambutan Hari Guru, sementara nak tunggu game untuk guru-guru, tiba-tiba dua orang murid saya tarik saya masuk dalam bilik mesyuarat sambil suruh saya tutup mata. Bila masuk je bilik mesyuarat... ramai-ramai diorang nyanyi lagu 'Happy Birthday' untuk saya... wehhhhhhh... touching sungguh bebbbbb...

Bila tengok anak-anak murid berkumpul ramai-ramai macam tu. Tak sangka diorang ingat birthday saya, walopun saya bukanlah guru kelas diorang, cuma cikgu subjek je. Dah tua-tua macam nih ada surprised party walopun sempoi macam tu terasa sungguh laaa terharu... huhuhuuuuu.. Layan gambo dulu k...


Kek sponsored by anak tokey kedai... Harshini


Cikgu yang touching...



Cut the cakes...


Potong jangan tak potong... :P


Den marah sapo ntahhh... hahahhaaaa...


I heart u so strong lah, 6 Proaktif....
Rasa nak cium semua... ahahahahaa...



Hadiah Hari Guru merangkap hadiah besday... boley???
Korang ado dapek hadiah banyak-banyak macam nih masa besday korang??? :))


Murif-murid kelas 6 Proaktif ni memang sangat saya sayang. Diorang nih murid-murid pertama masa saya mula-mula posting 4 tahun yang lepas. Masa tu diorang darjah 2.. saya jadik guru kelas diorang. Memang kami agak rapat masa tu, almaklum cikgu baru... heheheee.. Then saya keep on mengajar diorang masa darjah 3, masa tu ajar Sains je. Darjah 4 dan 5 tak ajar diorang.. Tahun ni dapat ajar balik, subjek Sains. Terasa cepat betul masa berlalu.

Saya suka kelas diorang nih pasal diorang tak banyak kerenah. Diorang nih memang mendengar cakap dan bijak-bijak. Senang nak mengajar. Truly inilah kelas Tahun 6 pertama yang paling senang saya nak handle. Semoga mereka ini mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti... aminnnnn...

Inilah kenangan terindah dalam hidup saya sepanjang menjadi guru. Dihargai oleh anak-anak murid memang satu perasaan yang tak ternilai dan tak tergambar oleh perkataan.

Jadik, siapa kata cikgu yang garang, murid tak sayang??? Ahakssss... Siapa mau tips jadik cikgu favourite, sila email saya...cewahhhh.. macam ko bagus sangat... hakhakhakkkk... :))

And korang, yang wish Happy Birthday kat saya dalam entri lepas mahupun di wall FB, terima kasih banyak-banyak. Tak sempat nak reply satu persatu, post ni pun saya buat pukul 3 pagi tadi. Apapun... saya amat menghargai segala ucapan dan doa kalian. Many thanks, may all the good will return to all of us... I heart u olls very the strong lahhh... :)

Friday, May 7, 2010

Fanatik Giler!!!

Subject : English Language
Class : 2 Proaktif
Activity : Build two sentences for each picture given.
Picture 1 :

These are Ferdinand and Rooney.

They are swimming in the river.

Picture 2 :

This is Van Der Sar.

He is playing badminton at the court.

Picture 3 :

This is Giggs.

He is reading in the library.

Okey... sila kagum... muahahahhaaaaa....

Biasanya seminggu sekali memang saya akan buat aktiviti membina ayat berpandukan gambar. Setiap kali aktiviti membina ayat nih, saya akan tuliskan point untuk membantu diorang bina ayat.
Contoh:
  • point untuk ayat pertama adalah nama (Ahmad)
  • point untuk ayat kedua adalah perbuatan (reading) dan tempat (library)
Jadi bila dah ada point, senang lah diorang nak bina ayat. Ni kira tips untuk murid-murid saya jawab soalan berkaitan dengan membina ayatlah. Carik point yang bersesuaian, baru bina ayat. Kalo tak memang lost.

Sekali tu, kelmarin saya tanda buku terjumpalah ayat-ayat macam kat atas tu. Mula-mula saya rasa pelik. Nama kejadah pulak yang budak nih tulis. Cikgu bagi nama lain, dia tulis nama lain. Patut ler ada yang tanya boleh tak tuko nama. Saya kata boleh, tak ler expect ada yang akan bagi nama bombastik gini. Saya tak puas hati, siap ku google nama-nama itu untuk tau siapakah gerangan mat saleh yang disebutkan di situ. Hahhh korang tau sape tu Ferdinand , Rooney, Van Der Sar dan Giggs tu??? Tau?? Tau ke???? :))
Saya memang tak tau!!!
Yer.. mak memang tak hambek tau pasal football players nih. Si Rooney tu macam pernah dengo tapi tak amik port player kelab mana.

Ni haaa... Player mana nihhh??
MU players u ollssssssss....
:P



Semalam saya tanya itu budak, siapa mat-mat saleh yang ko rapikkan dalam exercise tu? Dia jawab tu MU Players laa teacher, sambil tersengih kambeng... muahahhaaaa... Cikgu tetap tak puas hati. "Van Der Sar mana main badminton??? Dia main bola je..." kahkahkahhhh.... apa kes ko dengan budak pun nak gado??? :P

Hai laaaa Solehin, nama dah cukup soleh dahhh.. tapi fanatik giler ngan MU rupanya. Marah cikchelsea tawwww ai story pasal MU hari nih... hahahahhaaaaa........... Nasib baik laaa ayat-ayat yang dia buat tu betul, so takde point cikgu Intan nak bebel... :P



Thursday, May 6, 2010

Hukuman Terhadap Murid...

Semalam mesyuarat guru-guru di sekolah saya. Ada satu topik hangat yang menjadi perbincangan kami. GPK meminta guru-guru agar :

'jangan emosi ketika menghukum murid'Bulleted List

Ini berkaitan dengan murid-murid yang tak menyiapkan homework. Di sini saya nyatakan apakah bentuk hukuman yang biasa cikgu-cikgi buat...
  • merotan / cubit / pukul atau yang sewaktu dengannya
    - Tak boleh kerana dikhuatiri akan 'diperbesarkan' oleh parents. Hanya Guru Besar sahaja yang dibenarkan merotan murid.
  • mendenda murid : tak bagi keluar rehat untuk siapkan kerja (ni kalo masa mengajar sebelum rehat)
    - Ni pun tak boleh sebab ada parents yang kata cikgu 'kejam' tak bagi anak murid keluar makan. Nanti anak murid pengsan, sakit perut etc..etc...
  • mendenda murid : tahan murid waktu balik hingga kerjanya siap (ni kalo masa mengajar sebelum waktu balik)
    - Ni pun parents bising, sebab diorang kena tunggu anak untuk balik lambat etc..etc...
  • mendenda murid : suruh murid keluar kelas waktu belajar
    - Yang ni, Personally saya tak setuju sebab merugikan murid dan tak menyelesaikan masalah pun sebab dah ler keje dia tak siap, tak dapat nak belajar pulak tu!
Okey itu adalah di antara denda-denda fofular yang biasa dibuat. Dulu kan, sekolah saya ada buat satu sistem, di mana murid-murid yang tak siapkan homework akan dapat satu slip merah yang ditampal pada buku latihan murid dan parents kena tandatangan, menandakan parents perlu alert yang anak-anak tak buat homework. Cukup 3 slip, murid akan diberi surat amaran yang diserahkan kepada parents. Tapi sayangnya cara tersebut macam takde kesan langsung. Ada yang sampai kesudah parents tak sign. Bagi surat amaran pun macam takde makna. Akhirnya cara itu tidak lagi digunapakai... buat perabih kertas aje

Sebenarnya, tujuan saya buat entri ini adalah bukan nak menyalahkan pihak ibu-bapa sama sekali. Tidak langsung terniat begitu. Saya cuma nak bertanyalah dari sudut pandangan korang as a parent, agak-agaknya apakah tindakan terbaekkkk yang boleh cikgu-cikgi buat pada anak-anak yang tidak menyiapkan homework??? Kalo sekali dua maybe ada maaf lah kan, cikgu pun bukannya kejam sangat kalo murid yang rekod baik, tak buat homework sekali pun nak kena marah kaw-kaw. Tapi kalo dah terlalu kerap, camno? Memang kebiasaannyalah mengikut pengalaman saya, murid-murid yang tak siap homework nih balik-balik orang yang sama je. Macammana cikgu Intan tak hangennnn satu badan???????????? :(

Lagi satu kadang-kadang hangen dengan murid-murid yang tak buat homework nih. Bila kita masuk kelas, perkara pertama yang kita buat ialah check homework semalam. Jadi bila ada yang memang muka tak buat homework nih, memang kompem tak siap, cikgu dah mula naik darah... bebel.. masa pun dah jadik kurang sebab dah membebel. Mood pun lari.. dah tu nak kena setting balik mood pasal nak mengajor. Rugi masa, kesian kat murid-murid lain yang memang nak belajar. Kalo nak dibiarkan aje, buat tak tau... tak boleh. Nak abaikan murid yang malas??? Tak boleh... Memang tak ada dalam kamus pekerjaan saya, abaikan murid yang malas. Murid yang malas perlu dibimbing. Kalo murid gagal, murid tak boleh dipersalahkan. Yang salah tetap cikgu, sebab cikgu yang tak bimbing.. See, susah kan?

Kadang-kadang ada jenis parents yang cikgu langsung tak boleh usik anak dia, walopun dengan niat untuk mengajar. Kalo dengo ada je aduan dari murid pasal cikgu, esok terus pi sekolah jumpa Guru Besar mengadu rasa tak puas hati. Sebagai cikgu, ni saya cakap dari sudut hati sayalah sendiri kan, kalo saya marah, denda, bebel whatever... bukanlah sebab tak suka dengan murid, tapi sebab nak dia berubah menjadi lebih baik. Jadi memang kerjasama dari parents adalah sangat-sangat diperlukan. Tak ada seorang cikgu pun cikgu yang normal (Kalo gila saya tak tau lah), yang akan sengaja mencari kesilapan murid dan mendenda ikut suka hati.

Ada pulak parents yang langsung tak tengok homework anak-anak. Selalu saya dapat aduan dari parents, diorang kata.. "bila tanya, anak cakap dah siap atau takde homework"
Yer... kalo setakat TANYA, memang itulah jawapan dia. Anak-anak sekarang bukan macam kita zaman dulu, tak berani nak kelentong. Tak cukup dengan hanya TANYA... silalah semak semua buku anak-anak anda. Pastikan tak ada homework yang tak siap. Saya faham, kadang-kadang parents pun kesian tengok anak. Homework setiap hari berlambak-lambak. Pagi-petang kena pi sekolah, terutama yang ada sekolah agama. Malam kadang-kadang ada kelas tusyen pulak. Mana ada masa nak buat homework? Bila pulak masa nak berehat? Kat sini, pengurusan masa adalah penting. Cuba buat jadual untuk anak-anak dan tak lupa masukkan sekali masa berehat/bermain/tengok TV. Di rumah, pembelajaran anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa. Di sekolah, yer.. pembelajaran anak-anak adalah tanggungjawab guru. Seronok tengok anak orang pandai, tak teringin ke lihat anak sendiri pandai jugak? Kalo setakat teringin tak ke mana lah. Yang pandai tu mesti usahanya lebih, bukan pada si anak saja, malah ibu-bapanya jugak...

Okeh Cikgu Intan, cukup-cukuplah ko membebel.. tak penat ke mulut eh tangan ko membebel tak sudah-sudah... Orang lain pun dah panas mata baca bebelan ko nih... :P

Jadi kalian... cuba cadangkan agak-agak hukuman apa yang sesuai untuk anak-anak yang tak siapkan homework nihhh??? Cikgu Intan fenin tawww pikir... ahahahhaaa... :))


Monday, March 8, 2010

Sambutan...

Pada hari Sabtu lepas, diadakan acara sambutan Maulidur Rasul di sekolah saya, SK Pasir Gudang 2. Acara tahunan yang wajib. Best memang best, cuma yang kureng bestnya sebab buat hari Sabtu. Pulak tu, hari Ahadnya ada Mesyuarat Agung PIBG... jadi memang tersangatlah tak bestnya bila kena kerja 7 hari... huhuhuuuuu
Apapun majlis berjalan dengan lancar. Suka atau tak, kenalah hadiri kannnn.. :P
Layan bahan bukti pada hari kejadian dulu yer kaliannnnn... :)
*
Murid-murid berkumpul sebelum acara bermula...
*
Perarakan yang tak mengeluarkan peluh... :P

*

Ceramah yang best oleh Ustaz Muliadi B. Umat a.k.a Ustaz Rock...

*
Kembang terhalang.... hahahahha...

*
Kami guru Malaysia... :)


*
Muslimah sejati... ngeeee...

*
*
Bersama cowok ganteng feveret gue...
Respati Adhitya Putra...

*

Jejaka-jejaka yang hampir pupus... hahahhaa...

*
Barisan guru-guru cemerlang... :D
*
*
Last but not least...
Tuan punye blog yang kontrol ayu... :P


Biasalah majlis Maulud Nabi mestilah ada ceramah agama. Kali ni, Ustaz Muliadi dari Pengerang menjadi penceramah jemputan. Ustaz nih ada blog tuuuu..... www.motivasiustazrock.blogspot.com
Saya suka dengar ceramah Ustaz nih. Bestttt.. pendekatannya terkesan di hati. Dan lagi best, dia sukak nyanyi.. hahahaa... Habis lagu Wali Band jadik props dia. Budak-budak pun suka laaa nyanyi lagu Cari Jodoh, Shalawat dan Tobat. Saya baru tau yang kumpulan Wali Band nih rupanya nyanyi banyak lagu berunsurkan keTuhanan. Terus saya zassss carik CD cetak rompak Wali Band... hahahahaaa

Ada satu pesanan Ustaz Muliadi, yang saya ingati ke saat ini...

Orang yang menjadikan masalahnya bukan satu halangan, dia adalah orang yang hebat...

Setuju??? Saya setuju... Hidup tanpa masalah adalah mustahil. Tapi masalah bukanlah suatu halangan untuk kita meneruskan kehidupan. Maka hadapilah apapun jua masalah dalam hidup ini. Kita adalah orang-orang yang hebat....

Renung-renungkan... dan Selamat Beramal... :D

Friday, January 29, 2010

Bila Anak Mencuri...

... Apakah tindakan anda???
... Mengapa anak sanggup mencuri???
... Salah siapa??? Salah didikan anda atau keadaan yang memaksa???

Bila anak mencuri, sebenarnya bukan cuma mencuri, malah bila anak melakukan apa sahaja kesalahan, pasti soalan yang bermain di fikiran adalah berantai-rantai untuk mencari punca yang satu.

Bukan, pastinya bukanlah anak saya yang mencuri.. heheheee.... Saya ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku di sekolah saya, yang membuatkan pelbagai persoalan bermain-main dalam kepala saya.. mengapa, kenapa dan apa???

Ada dua beradik di sekolah saya yang memang well-known dari dulu lagi bermasalah, si kakak darjah enam dan si adik darjah empat. Bukan masalah apa, masalah kewangan kerana si ayah sedang melanjutkan pelajaran, sedang buat degree di salah sebuah kolej swasta. Anak-anak ini adalah bijak, semuanya di kelas pertama. Kasihannya mereka sebab keperluan pembelajaran seringkali tidak mencukupi. Buku tulis selalu kurang. Buku kerja tambahan langsung tidak pernah dibeli. Bukan hanya pada tahun ini. Seingat saya sejak si anak bersekolah lagi. Saya mengajar si kakak sejak dia darjah dua dan tiga. Kemudian tahun ini, saya mengajarnya lagi. Si kakak adalah sangat pendiam. Kalo kena maki bebel dengan cikgu, muka dia adalah sangat innocent, macam tak ada perasaan... yang mana memang akhirnya pasti sakit jiwa bila tengok muka selamba-ya-ya-selamba-pa-pa expressionless itu. Kami cikgu-cikgu memang sedia maklum, tak perlu marah murid yang tak beli buku kerja, sebab hakikatnya bukan salah murid tapi salah ibu-bapa. Tapi kadangkala.... membebel dan guru bagaikan irama dan lagu, tidak boleh dipisahkan... Namun cikgu-cikgu, dalam pada membebel, hulur jugak buku kerja untuk murid. Yer.. biasanya guru matapelajaran akan belikan aje buku untuk murid itu. Kasihan... apalah sangat hulur buku yang tak sampai sepuluh hinggit itu untuk anak murid kan??? Lagipun, tak lah ramai mana pun murid bermasalah macam tu. Biasa sorang dua ajer.

Namun si adik adalah berbeza dengan si kakak. Si adik lebih agresif dari si kakak meskipun si adik pun perempuan jugak. Nak dijadikan cerita, sorang mak budak telah datang mengadu yang buku anaknya selalu hilang. Buku tulis, dan yang terkini buku kerja. Mereka memang syak si adik ini yang mencuri buku kawannya tu atas beberapa bukti yang dilihat. Bila cikgu kelas investigate, ternyata memang betul budak tu mencuri buku kawannya gara-gara takut cikgu marah. Adapun, guru yang marah tu kebetulannya cikgu baru, tak kenal murid dan tak pulak bertanya masalah murid, atau tanya pada cikgu-cikgu lama, kerjanya nak marah ajer murid tersebut. Kami memang rasa sedih dengan situasi itu. Bukan sedih sebab cikgu baru tu, orang baru.. biasalah buat silap di sana sini. Cuma sebagai guru, haruslah up kan sikit sensitivitinya dalam berhadapan dengan murid-murid bermasalah.

Yang buat kami sedih, sebab mengenangkan nasib anak itu. Keinginan belajar adalah tinggi, tapi ibu-bapanya mengambil mudah keperluan anak-anak. Sangat kasihan. Bapa nak sambung belajar adalah bagus untuk masa depan keluarga. Tetapi janganlah sampai kebajikan anak terabai. Anak yang terdesak kadangkala melakukan perkara tanpa berfikir.

Berhadapan dengan situasi begini, amat menyentuh hati saya. Membuat saya berfikir, dalam apapun keadaan, keperluan dan kebajikan anak-anak adalah yang paling utama. Anak-anak adalah amanah, mengabaikan anak-anak bermakna kita sudah menjadi tidak amanah. Bila anak mencuri... memang akan terkena tempiasnya kepada ibu-bapa. Sama-samalah kita menjaga amanah yang telah dikurniakan kepada kita ya kawan-kawan...


Friday, October 23, 2009

Update Pertandingan...

Jamuan Hari Raya berlangsung sudah pagi tadi. Begitu juga dengan pertandingan nyanyian lagu raya yang saya war-warkan semalam.

Keputusannya seperti yang diduga anak-anak murid di bawah bimbingan saya telah berjaya menggondol tempat pertama... ahahahhahaaaaa..... Haruslah diorang mendapat tempat pertama, sebab antara yang bertanding diorang lah yang over sekali sebab siap buat sketsa ala-ala video clip bagai... hahahahhaaaa...

Sayang mak tak dapat amik gambo atau rakam sebab camera mak rosak.. huhhhh.. nanti menompang gambo kat cikgu lain jek laaa.. :P

Anyway... saya akui, anak murid saya yang tahun 6 itu memang kreatif dan bagus dalam bekerjasama. Haruslah saya tumpang bangga jugak sebab persembahan diorang tadi memang best dan menghiburkan... ahakssssss.... :D

**Di bawah pentas, saya pun sakan menyanyi jugak... kahkahkahhhhhhhhhh....Tapi lepas pertandingan ada pertandingan karaoke lagu raya, saya cepat-cepat lepak kat tempat lain...koser nak menyanyi sambil ditonton oleh anak murid... :P

Thursday, October 22, 2009

Tajuk Apa???

...Tiba-tiba saya blank nak letak tajuk apa pada entri kali ini... :P Sebab hari ni, kotak pemikiran saya dipenuhi dengan pelbagai perancangan yang saya mesti buat hari ini, tak boleh bertangguh lagi.

... Owhhhh... saya kelegaan, tadi baru saja menghabiskan silibus darjah dua dan empat. Ya... silibus memang patut dihabiskan hari ini juga, sebab minggu depan peperiksaan akhir tahun sudah bermula. Sepatutnya habis lebih awal, tapi tak terkejar rasanya masa yang berlalu. Di awal-awal tahun saya melambat-lambatkan setiap topik. Untuk darjah dua saya lambatkan sebab silibusnya sikit sangat, terlalu cepat habis pun tak boleh jugak. Untuk darjah empat yang saya ajar, murid kelas lemah, saya banyak beri penekanan sesuatu topik dan latihan dari topik ke topik. Murid kelas lemah tak boleh nak ajar macam keretapi ekspres, nanti satu habuk pun tak paham... Alangkan ajar macam kereta lembu pun diorang lambat nak paham.. lagi pulak keretapi ekspres. Sungguh mencabar okeh nak ajar murid kelas lemah nih.
Jadi kesimpulannya saya telah menghabiskan silibus yang dipertanggunjawabkan.. dah tak ada hutang dengan anak-anak murid saya lagi..

... Hari ni jugak kena siapkan soalan periksa untuk Muzik tahun 6 dan Moral tahun 5. Muzik sudah settle, Moral on the way. Hari ni memang banyak keje nak kena buat sebab esok ada Jamuan Depa-Raya di sekolah saya. Yer... masih lagi ada hati nak buat jamuan RAYA walaupun raya sudahpun tamat.... :P
Nampaknya memang Raya sebulan tak cukup-cukup. Tadi saya melatih murid Tahun 6 buat persembahan lagu Raya untuk esok. Esok ada pertandingan menyanyi lagu Raya. Patutnya guru kelas yang buat, tapi guru kelas tahun 6 memang sibuk dengan macam-macam kerja, jadi sayalah kena tolong take over.. lagipun saya kan ahli Guru Muzik. Saya pilih lagu Warna-Warni Aidilfitri nyanyian Artis-artis BMG (Hattan, Nash, Erra, Amy Mastura dan lain-lain). Saya pilih lagu ini sebab ini salah satu lagu Raya yang saya suka. Best lagu nih.. Lagu raya yang gembira. Nak bertanding mestilah lagu yang happy kan.. kalo lagu sedih, nanti susah nak buat gaya, terpaksa nak berdiri tegak macam batang lemang.. tak syiokkk laaa pulakkk... Kalau lagu happy bolehlah berjoget-joget sikit. E'ehh.. sosial sungguh saya kan? Guru muzik memang sosial (waktu mengajar muzik ajer lahhh...). Eh saya tiba-tiba mengaku saya guru muzik padahal ajar muzik hanya satu jam sahaja seminggu... kahkahkahhhhhh.... Tapi saya memang enjoy melatih budak-budak ni lagu Raya ini. Murid tahun 6, tak payah nak susun-aturkan, diorang pun boleh bagi idea sendiri nak buat macammana.

Tapi kan, budak-budak nih suka betul lagu Raya yang Anuar-Elina tu, entah hape tajuknya saya lupa. Mula-mula saya suruh nyanyi lagu yang saya pilih, diorang nak reject, mintak nak nyanyi lagu Anuar-Elina. Tapi saya tengok dari darjah 1 sampai darjah 5 ramai yang pilih nak nyanyi lagu tu, apekehal lah pulak kan semua nak nyanyi lagu yang sama... matilah nak dengo lagu sama ulang-ulang. No..No...No... Cikgu Intan memang Hitler... "Kamu nyanyi lagu yang saya pilih atau kamu tak payah masuk langsung.." Hahahhahaaa.. kejam? Yer... pedulikkk... murid-murid kena dengar cakap cikgu... :P Maka menyanyilah mereka lagu yang saya pilih tu walaupun sehari-dua berlatih macam nak tak nak, tapi minggu ini nampaknya diorang dah bersungguh-sungguh berlatih, siap buat props bagai... hahahhahaaa... dah sukalah tu lagu yang saya pilih tu... :D

Eh saya kan nak upload lagu Raya tu, tapi error manjang.. pesal ntah... Korang pernah dengo ke tak lagu tu ek? Korang google lah sendirik kalo nak dengo ekkkk??? Taip "Warna-warni di aidilfitri" kat Google ... :P


p/s...Saya kan nak cerita pasal semalam saya bawak anak-anak murid saya pergi Cabaran Petrosains, tapi tak boleh nak upload gambo sebab cable tertinggal. Nantilah saya story next time...



Tuesday, August 18, 2009

Usia Berapa Anda Mengenal Cinta???

"Usia Berapa Anda Mula Mengenal Cinta?"


10 tahun? 11 tahun? 12 tahun? Atau di peringkat sekolah menengah? Atau ketika di universiti? Atau setelah bekerja???

Saya... mengakui ketika di sekolah menengah... hahahaaa.... gediks-gediks sewaktu di Tingkatan 3, alahhh.. bukanlah bercinta sangat pun, sekadar i minat u.. u minat i lah kekdahnya... Cinta monyet-monyet-gediks ahahhahaaaa.....

Tapi kan.. saya nih nak melahirkan rasa mual, menyampah dan meluat terhadap perangai anak-anak murid saya yang bakal mengambil peperiksaan besar lebih kurang dua minggu lagi. Hari ini, saya membaca buku 'autograph' seorang murid lelaki tahun 6. Semua yang menulis di buku tersebut rata-rata menulis di ruangan ucapan berkenaan couple.
Contohnya : semoga mendapat couple yang pandai menjaga hati

Boleh dikatakan semuanya menulis tentang harapan terhadap couple. Aduhaiiii... jelik, muak, mual dan meluat okeh saya membacanya. Korang nak periksa lagi dua minggu, kejadahnya kat dalam kepala hotak korang tu duk terpikir pasal couple-couple bagai nih???
Okeh... itu satu hal. Tadi pukul 12 jaga periksa untuk Pra-UPSR Sains. Belek-belek kertas jawapan budak-budak. Lagi hangin satu badan saya. Sebab jawapan yang diberi semuanya macam RUBBISH. Sangat sakit hati. Soalan memang agak susah, tapi come on lah, budak kelas pandai okeh... what do you expect??? Takkan lah bagi jawapan yang macam langsung tak baca buku. Saya nak menangis pun ada okeh tengok jawapan diorang tadi. Memang sah-sah masa tu jugak Cikgu Intan naik hangin satu badan. Memang kena hamput lah budak-budak tu masa tu jugak. Lagi dua minggu nak periksa tapi saya masih tak confident dengan prestasi anak-anak murid saya kali ini. Tahun-tahun yang lepas, waktu begini, saya sudah boleh menarik nafas lega.. cuma menunggu masa peperiksaan tiba sahaja. Tapi anak-anak murid tahun ini buat saya menggigil kecuakan. Bukan diorang tak pandai, tapi attitude dan banyak sangat benda-benda yang tidak sepatutnya mereka fikir, ada dalam kepala hotak mereka sekarang.

Nampak tak apa kaitan tajuk entri saya ini dengan prestasi anak-anak murid saya itu??? Ya... mereka lebih banyak berangan daripada serius memikirkan peperiksaan yang bakal tiba. Ada cikgu-cikgu yang boleh melayan kisah cinta-monyet anak-anak murid saya itu. Ya, saya tahu. Mereka boleh bercerita tentang pak we, mak we masing-masing dengan cikgu-cikgu itu. Tapi saya dan beberapa cikgu lain, tak ada sorang pun yang berani bercerita pasal cinta-monyet ini. Kalo nak merasa kena hamput dengan saya, cubalah cerita. Saya tak boleh bertoleransi dengan angan-angan cinta anak-anak murid saya. Memang tidak boleh. Sebab mereka langsung tak boleh jadikan cinta sebagai pendorong kejayaan. Kalau prestasi mereka bagus, sumpah saya tidak akan marah. Tapi ini sebaliknya. Mungkin saya bukanlah guru yang terlalu mesra murid. Saya boleh mesra dengan murid, tetapi saya sentiasa meletakkan gap di antara mereka dan saya supaya ada sedikit respek murid kepada saya.

Kalian... apa komen kalian berkenaan cinta kanak-kanak ini. Saya rasa zaman sekarang, anak-anak terlampau advance. Saya sangat takut memikirkan suasana ketika anak-anak saya meningkat remaja kelak....


Monday, July 27, 2009

Bila Cikgu Merajuk...

Naik hangin okehhhh.. Budak-budak tahun 6 yang mak ajar nih memang selalu menaikkan darah cikgu-cikgu dengan perangai yang mencabar kesabaran cikgu.

Hadoiiii... hari nih, haku nak bincang kertas pra-sains 3. Dah pesan suruh masing-masing bawak kertas, pun ada yang terlupa nak bawak. Okehh... sabo lagik. Tapi bila aku dah mula membincangkan soalan, masih ada yang tak fokus, sibuk bertonyeh sana-sini... memang mak hangin...

"Okey... kamu tak mahu bincang? Baik.. kita tak payah bincang. Kamu dah rasa pandai kan? Tak perlu cikgu nak bincang dengan kamu. Jadi tak payah lah saya ada dalam kelas nih. Kamu teruskanlah buat apa yang kamu nak buat.."

Sungguh emo okehhhh.... Terus aku blahhh setelah memang langsung tak boleh blah dengan perangai berlagak diva masing-masing dalam kelas tu.

Sebenarnya, aku bukan nak merajuk sangat pun. Tidak!!! Tapi aku sengaja nak gertak budak-budak kelas tu. Semua cikgu tak boleh tahan dengan perangai diorang. Jadi aku saja gertak macam tu, supaya diorang terasa bersalah mengecikkan hati cikgu. Hambik ko.... memang senyap-sunyi kelas tu bila aku keluar kelas.

Dan adalah wakil-wakil dari kelas derang yang datang memujuk-rayu aku. Tapi... saja mak buat bodo.. Sampai ke sudah mak tak masuk kelas. Dan sampai ke sudah budak-budak itu duk dendiam je dalam kelas.. lebih senyap dari masa cikgu ada dalam kelas!!!!

Thursday, June 18, 2009

Haruan Makan Anak...

Masih ingat lagi dengan entri YangIni , berkenaan dengan kisah anak-anak yang mempunyai masalah keluarga dan membawa kepada masalah kehadiran di sekolah.

Hari ini, aku mendengar satu berita yang menggemparkan. Berkenaan adik-beradik yang berempat itu. Mereka ini bolehlah aku andaikan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Kasihan sungguh. Menitik airmata aku mendengar nasib malang anak-anak ini. Sudahlah kekurangan kasih-sayang, tidak dipedulikan oleh ibu dan ayah dan yang paling malang, salah seorang antara mereka telah menjadi mangsa nafsu-buas-binatang si ayah. Aku rasa nak maki hamun aje jantan bergelar ayah anak-anak itu. Memang celakalah jantan s*#% itu. Si kakak yang hanya berusia 14 tahun telah menjadi mangsa rogol si ayah. Arrghhhh....... setan kan??? Dalam pada asik tak ada kat umah, sempat pulak melempiaskan nafsu serakahnya kepada si anak. Tak tahu lah dah berapa lama keadaan itu berlaku. Dan tak pasti apakah hanya si kakak yang menjadi mangsa. atau si adik yang darjah 4 itu pun sudah digodam sama. Keji sungguh jantan itu!!!! Dan si anak itu pula memang benar-benar malang, bukan hanya dibebankan dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya sepanjang ketiadaan si ayah yang keji itu, malah bila dia pulang, dipaksa pula menjaga nafsu-serakah-setan bertopengkan manusia itu pula.

Kes ini diketahui oleh GB aku, hasil siasatan kejiranan di kawasan perumahan kanak-kanak tersebut. Terbukanya kisah tragis ini apabila si anak membuka rahsia kepada kawan baiknya, dan si kawan menceritakan kepada keluarganya. Masalahnya, si anak setelah dipujuk enggan membuat laporan polis. Dan tindakan yang dilakukan pihak kejiranan tersebut adalah dengan melaporkan kepada ibu si anak. Dan mujurlah si ibu masih lagi ada rasa keibuan, telah mengambil keputusan untuk menjaga semula anak-anaknya. Maka anak-anak itu akan berpindah semula mengikut si ibu. Aku amat berharap si bapa tiri sudi menerima anak-anak itu, dan tidak pula menjadi haruan yang seterusnya.

Kata GB aku, agaknya sebab itulah si jantan tu asik berkahwin-cerai, semua bekas bininya tak kuasa nak melayan serakah jantan celaka itu. Owhhhh.. aku sungguh marah okehhh. Kalo boleh aku nak sumbat jek jantan tu dalam penjara. Biar dia kena hukum sebatan dan dipenjarakan. Benci sungguh aku pada manusia bertanduk macam nihhhhh!!!!!!!!!!!! Terkutuklah engkau wahai manusia yang tak bertanggungjawab!!!!!!!!!


Monday, May 25, 2009

Salah Siapa??

Kelas tambahan secara PERCUMA diwajibkan untuk semua murid tahun 6 pada setiap hari Sabtu. Semua guru yang terlibat meluangkan masa tak kira walau Sabtu minggu ke berapa sekalipun untuk datang ke sekolah. Tapi aku pelik... Apabila anak tak menghadiri kelas tambahan, ibu-bapa boleh bersekongkol dengan anak. Sanggup tulis surat kepada guru, beri alasan.. Antara alasan yang popular.. yang boleh ku hafal...
- anak saya sakit (gastrik, pening kepala, muntah-muntah)
- balik kampung melawat atuk/nenek
- tiada transport

Kalau anak sakit, silalah bawa ke klinik dan dapatkan MC. Tapi yang peliknya, tak bawa anak ke klinik pun. Malah bila ditanya, 'tak pergi klinik ke?', murid jawab 'tidak'. Maknanya sakit tak lah teruk mana pun, atau mungkin tak sakit langsung. Jadi alasan sakit dengan hanya surat dari ibu-bapa, aku koyakkan kat depan muka budak itu sendiri. Sorry, sakit.. sila beri saya MC. Surat, walaupun dari ibu-bapa awak, saya tak terima.

Aku sakit hati okeh.. bukan pada murid yang memang malas itu sahaja, malah pada ibu-bapa yang turut 'merestui' kemalasan anak-anak mereka. Kenapa ye?? Kalau anak excellent, superb tak memerlukan bimbingan kelas tambahan percuma ini, tak apalah. Ini, dah tau anak amat lemah, namun tak bertegas. Murid malas, okeh... memanglah murid malas, tapi jadi ibu-bapa.. bolehkah hanya menutup mata melihat kemalasan itu???

Kemudian alasan balik kampung melawat atuk/nenek - kalau sekali alasan tu tak apa, tapi dah selalu sangat. Kalau ibu-bapa asik nak balik kampung saja, baliklah.. tapi anak yang hendak menghadapi peperiksaan itu biarlah datang ke sekolah dan belajar. Anak pun bukanlah kecik sangat sampai tak boleh nak ditinggalkan di rumah. Sudah 12 tahun, dah pandai order makan kat kedai pun, kalau takut anak lapar. Jadi tak perlu nak risau..

Alasan tiada transport. Okeh... sekali dua boleh laaa terima alasan tiada transport tu. Tapi kalau sampai dah berbulan asik takde transport.. apa kes? Tak ada usahakah ibu-bapa untuk mengadakan transport buat anak datang ke sekolah menuntut ilmu?

Dan hari ini, lebih menaikkan temperature cikgu, murid berani.. bagi MC yang di'liquid'kan tarikh, tuko sendiri tarikh. Owhhh.. apakah ko pikir cikgu-cikgu ko nih bodoh??? Ko tak tau ker, segala taktik keji ko tu semua ada di hujung jari jemari cikgu-cikgu ko nih??? Murid-murid anggap cikgu nih jelmaan insan suci yang tak tau langsung taktik kotor lagik keji. Murid-murid tak tau, sebelum jadik cikgu, cikgu nih pun jadik murid jugak. Taktik keji macam tu semua dalam poket cikgu ko okeh... jadik tak payah berangan nak MENIPU macam tu. Memang lagi berdas-das lah ko kena!!!!

Wahai ibu-bapa... silalah buka mata dan pemikiran. Janganlah di'mua'kan anak-anak terlampau sangat. Biar anak-anak berhempas-pulas belajar selagi ada peluang. Tak teringinkah kita melihat anak-anak berjaya?

Jadi... bila difikirkan, anak-anak malas belajar, sebenarnya salah siapa??? Anak-anak sendirikah?? atau ibu-bapa yang tidak bermotivasikah???

Aku harap kita semua tidak tergolong dalam kumpulan 'ibu-bapa' yang sedemikian rupa... insyaAllah.. sama-samalah kita saling ingat-mengingati...


Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah...

Hari ini merupakan sambutan Hari Guru di sekolahku. Acara yang memang best dan paling dinantikan. Sebab masa nih laaa semua cikgu-cikgi singa akan menjadi sporting dan enjoy!! Acara dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Kemudian barulah acara sambutan hari guru bermula. Aku... kali ini, kena jadi pengacara majlis lagi. Jadik pengacara majlis secara solo di satu majlis yang besar begini agak boring sedikit sebab aku terikat dengan tugas mengendalikan majlis, jadik tak bulih laaa nak meroyan sesuka hati...;p
Layankan gambo ajerlah...

Di antara cikgu-cikgi yang giler kamera... ahahhaaaa.......
Semasa pertandingan nyanyian berkumpulan, GPK aku pun x ketinggalan meroyan bersama.. kuikuikuiiii...steady lah Encik Tazri!!!!


Cikgu Nasir nih aku tengok dah prasan macam buat konsert kat Jom Heboh dah nihhh...



Gambo aku tak banyak..nyampah tawwww.. aku x sempat nak bergambo.. huhuhuuuu...

Bila Hari Guru, murid-murid memang suka bagi hadiah kat cikgu peberet memasing. Korang tengok hadiah yang aku dapat... Memang meriah. Dah masuk 4 tahun jadik cikgu, hadiah-hadiah yang murid-murid bagi pun dah masuk 4 kotak. Aku bajet, biler pencen nanti, aku bulih bukak kedai 2 Ringgit...hahahhahahaaa............ Tapi seronok lah dapat hadiah, tak kisah lah apa pun hadiah nya. Ingatan dari anak murid tu membuat jiwa jadik kembanggg jek... :)

Si kecik comey aku yang sorang tu tak berapa sihat. Dari Jumaat aritu, hangat jek badan dia. Ari ni, siap batuk-batuk lagik. Hopefully tak berlarutan. Tak sihat, memang asik nak berkepit jek ngan aku lah jawabnya....

Tuesday, March 31, 2009

Pesalah Juvana In The Making...

Aku sangat kecewa hari ini. Aku rasa minggu ni minggu frust untuk aku. Kalo semalam aku kecewa dengan manusia dewasa, hari ini dengan manusia kecil...anak-anak muridku.

Hari ini, aku duk wat hal sendiri kat bilik PPSMI. Malas nak berkuntau kat bilik guru, nanti ada lak yang tak senang hati kan tengok aku. Aku duk menyiapkan fail induk PEKA, prepare untuk pemantauan minggu depan.

Dalam pukul 12pm, aku tinggalkan semua kerja aku, bersama-sama dengan laptop di dalam begnya kat bilik tu sebab aku ada kelas muzik di tahun 6 mak ajar muzik tawww....ala-ala cikgu siti hajar nihhh...kuikuikuiiiii...

Selepas melatih vokal anak murid bagi kerja sikit, aku pun turun laa balik kat bilik tu,ingat nak amik laptop dan fail tu, siap ajak sorang anak murid aku tolong aku nih. Tapiiiiii.....laptop aku tak ada dalam beg..tinggal beg sahaja hokehhhhh.

Aku kontrol macho lagi sebab ingat sorang cikgu BM tu pinjam walopun hati aku berkata-kata apakah kaitan nak pakai laptop kerajaan yang aku pinjam nih??? Sebab laptop yang aku pakai ni memang tak digunakpakai oleh orang lain,coz aku menjaganya dari serangan virus disebabkan data-data penting yang ada dalam laptop ni.

Segeralah aku call cikgu tu,tanya kalo-kalo dia pinjam. Tapi negatif. Oww ohhhh...siapakahhhhh???? Apa lagi, aku pun berkeliling ke serata sekolah bertanya semua guru siapa yang nak buat pre-april fool kat aku hari nih. Sebelum aku maki hamun, baiklah pulangkan. Tapi nyata, tak ada sapa yang nak buat lawak bangang macam tu. Jam dah pukul 12.45, 15 minit lagi nak balik nih. Okeh.. Cikgu-cikgu lain dah mula tahan kelas masing-masing buat sport check untuk murid tahap dua. Tak mungkin lah budak darjah 1, 2, 3 yang buat kannn.

Tak ada bebbbbbbb.... Aku dah mengalir airmata nih. Hilang laptop dah satu hal. Segala data penting yang P&C kat dalam tu??? Owhhhhh..... sapa nak backup balik beb???

Tiba-tiba, GPK HEM yang standby kat tepi pagar untuk tengok budak balik, melambai kat aku. Alkisah, seorang anak murid aku p toilet. Dia jumpa laptop aku di sebalik pintu toilet, elok je terletak atas lantai. Dia amik dan bagi GPK tu.

See...anak murid sekolah rendah dah berani okehhhh...ambil barang guru, dalam beg pulak tu. Kami dah ada nama beberapa orang yang disyaki. Esok akan diambil tindakan. Aku kecewa mengenangkan sikap anak murid yang masih mentah ini. Kalau dibiarkan pasti menjadi p*jenayah kelak... Aduhaiiii...

Tuesday, March 3, 2009

UJIAN....

Minggu ini minggu ujian. Bukan untuk aku yer.. tetapi untuk murid-murid sekolahku. Jadi bila minggu ujian, cikgu-cikgi relax sikit lah. Tak perlu masuk kelas mengajar macam biasa. Cuma menjaga kelas ujian mengikut giliran. Giliran aku hari ini dari pukul 7.30-10.00. Lepas rehat pukul 10.30 sampai balik nanti free lah....Yahooooo!!!! Sesi mengepam terpaksa ditunda selepas rehat nanti.

Owhhh...sambil menjaga kelas, sempat jugak aku berblogging...kihkihkihhhh...Yer..kalo tak ngantuk beb, duk diam tak buat hape selama 2 jam setengah...

Lambat lagi pulak ujian untuk subjek yang ku ajar. Sains, hari Khamis nanti. Tak sabar nak tengok hasil pertama anak-anak didikku. Biasa memang time ujian, aku excited sebab nak tengok sejauh mana kefahaman anak-anak didikku. Manjang kalo kat dalam kelas, time ngajo..bila tanya "faham tak??"....kompem "FAHAAAAAMMMMMMMMMMMMMM"...
Yer lah tu...tengok sket time ujian boleh buat ke tak...

Untuk murid darjah 6, aku meletakkan syarat, siapa yang dapat A dan B sahaja yang terlepas 'habuan' dariku...ihiksss..kejamkah???? Mereka sudah tahu memang itu menjadi syaratku sejak tahun lepas lagi ketika belajar denganku. Jadi...sendiri mau ingatlah yer murid-murid.... korang belajarlah sampai tak tido malam pun, yang pasti aku mahu hasilnya hanya A dan B. Oh ya...murid-murid darjah 6 ni semestinya kelas yang bijak. Kalo yang lemah... memang kejamlah aku kan. Untuk murid kelas lemah, syaratnya mestilah lulus. Hanya yang tidak lulus akan ku denda... Tidak lupa untuk murid-muridku yang mendapat markah tertinggi, ada hadiah yang menanti. Memang itu yang sering ku berikan sebagai ganjaran bagi usaha mereka. Semoga anak-anak didikku akan berjaya dengan cemerlang...Aminnnnn...............

Sunday, March 1, 2009

Kejohanan Olahraga Kali ke-17

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009 telah pun berlangsung dengan jayanya di sekolahku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, meskipun suasananya agak tidak selesa kerana hujan lebat pada hari sebelumnya dan menyebabkan padang berlopak dipenuhi air di sana-sini. Di khemah urusetia berlonang air... sampaikan cik puan pengacara majlis (aku laa tu...) terpaksa membuka kasut dan berkaki ayam saja okehhhh.... Kami sebenarnya kekurangan tenaga kerja disebabkan bilangan guru yang sedikit. Ada pulak cikgu yang kena p kursus tiba-tiba. Makin berkurang lah kakitangan. Jadi yang tinggal nih terpaksa lah berkejar-kejar ke sana sini. Aku sebagai pengacara majlis, memang kena duk diam je laa di tempat juruacara..
Apapun..segalanya sudah selesai. Itu yang paling penting okeh. Oh ya...rumah sukanku, rumah merah a.k.a Satria, telah mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan dan juga naib johan keseluruhan... Alhamdulillah....:)
Jadi..layan ajerlah gambo-gambo yang sempat aku ambil nih. Tak banyak yang dapat ku ambil sebenarnya sebab tak boleh tinggalkan mikrofon..kihkihkihhhhhh....
Dimulakan dengan cik puan pengacara majlis yang giler 'mic' (mikropon lah)..cikgu Intan dan cikgu Zaharah....
Cikgu-cikgi berposing dulu apa-apa hal pun okehhhhh....hehehhehehheeeeeeeeee
Persembahan 'poco-poco' oleh murid Tahun 3, dibimbing oleh cikgu Zailah... nampak cikgu nyer tu???? hehheheheheee..................
Barisan rumah merah a.k.a Satria dari kejauhan....

Bersama anak-anak murid rumah merah. Nampakkah yang mana satu cikgu, mana satu anak murid???? ;p