... Apakah tindakan anda???
... Mengapa anak sanggup mencuri???
... Salah siapa??? Salah didikan anda atau keadaan yang memaksa???
Bila anak mencuri, sebenarnya bukan cuma mencuri, malah bila anak melakukan apa sahaja kesalahan, pasti soalan yang bermain di fikiran adalah berantai-rantai untuk mencari punca yang satu.
Bukan, pastinya bukanlah anak saya yang mencuri.. heheheee.... Saya ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku di sekolah saya, yang membuatkan pelbagai persoalan bermain-main dalam kepala saya.. mengapa, kenapa dan apa???
Ada dua beradik di sekolah saya yang memang well-known dari dulu lagi bermasalah, si kakak darjah enam dan si adik darjah empat. Bukan masalah apa, masalah kewangan kerana si ayah sedang melanjutkan pelajaran, sedang buat degree di salah sebuah kolej swasta. Anak-anak ini adalah bijak, semuanya di kelas pertama. Kasihannya mereka sebab keperluan pembelajaran seringkali tidak mencukupi. Buku tulis selalu kurang. Buku kerja tambahan langsung tidak pernah dibeli. Bukan hanya pada tahun ini. Seingat saya sejak si anak bersekolah lagi. Saya mengajar si kakak sejak dia darjah dua dan tiga. Kemudian tahun ini, saya mengajarnya lagi. Si kakak adalah sangat pendiam. Kalo kena maki bebel dengan cikgu, muka dia adalah sangat innocent, macam tak ada perasaan... yang mana memang akhirnya pasti sakit jiwa bila tengok muka selamba-ya-ya-selamba-pa-pa expressionless itu. Kami cikgu-cikgu memang sedia maklum, tak perlu marah murid yang tak beli buku kerja, sebab hakikatnya bukan salah murid tapi salah ibu-bapa. Tapi kadangkala.... membebel dan guru bagaikan irama dan lagu, tidak boleh dipisahkan... Namun cikgu-cikgu, dalam pada membebel, hulur jugak buku kerja untuk murid. Yer.. biasanya guru matapelajaran akan belikan aje buku untuk murid itu. Kasihan... apalah sangat hulur buku yang tak sampai sepuluh hinggit itu untuk anak murid kan??? Lagipun, tak lah ramai mana pun murid bermasalah macam tu. Biasa sorang dua ajer.
Namun si adik adalah berbeza dengan si kakak. Si adik lebih agresif dari si kakak meskipun si adik pun perempuan jugak. Nak dijadikan cerita, sorang mak budak telah datang mengadu yang buku anaknya selalu hilang. Buku tulis, dan yang terkini buku kerja. Mereka memang syak si adik ini yang mencuri buku kawannya tu atas beberapa bukti yang dilihat. Bila cikgu kelas investigate, ternyata memang betul budak tu mencuri buku kawannya gara-gara takut cikgu marah. Adapun, guru yang marah tu kebetulannya cikgu baru, tak kenal murid dan tak pulak bertanya masalah murid, atau tanya pada cikgu-cikgu lama, kerjanya nak marah ajer murid tersebut. Kami memang rasa sedih dengan situasi itu. Bukan sedih sebab cikgu baru tu, orang baru.. biasalah buat silap di sana sini. Cuma sebagai guru, haruslah up kan sikit sensitivitinya dalam berhadapan dengan murid-murid bermasalah.
Yang buat kami sedih, sebab mengenangkan nasib anak itu. Keinginan belajar adalah tinggi, tapi ibu-bapanya mengambil mudah keperluan anak-anak. Sangat kasihan. Bapa nak sambung belajar adalah bagus untuk masa depan keluarga. Tetapi janganlah sampai kebajikan anak terabai. Anak yang terdesak kadangkala melakukan perkara tanpa berfikir.
Berhadapan dengan situasi begini, amat menyentuh hati saya. Membuat saya berfikir, dalam apapun keadaan, keperluan dan kebajikan anak-anak adalah yang paling utama. Anak-anak adalah amanah, mengabaikan anak-anak bermakna kita sudah menjadi tidak amanah. Bila anak mencuri... memang akan terkena tempiasnya kepada ibu-bapa. Sama-samalah kita menjaga amanah yang telah dikurniakan kepada kita ya kawan-kawan...
7 comments:
setuju kak...bile bujang...hidup lain..bila dah ada anak lain pulak...disamping nak dapat kepuasan diri...kebajikan anak2 perlu diutamakan..
anak2 amanah..
kak tlg nasihat cikgu baru supaya jgn baran sgt....hehhe
salam kenal.
sedih pulak dgr.
tu br kes mencuri, belum lg kes buli, gaduh..huhu
aduhaii mmg kesabaran kena melangit kn jd pendidik nih. sy tak sanggup (kalau jd cikgu mesti akan jd mcm cikgu baru tu kje nk mrh je...hahah)
kesian dengan si adik tu. nak beli buku takde duit. terpaksa mencuri pulak. mungkin kena panggil si bapaknya datang sekolah, bagi nasihat sedas dua kat dia kot. haih takkan bapak sorang je yang nak pandai. anak pun bagi la pandai jugak :)
betul, bukan salah murid tu. beban kesalahan terletak pada:
1) ibu bapa.
- kalaupun susah sebab bapa sedang melanjutkan pelajaran, full time @ part time, kan ada byk cara utk tampung belanja? boleh keluarkan kwsp utk yuran belajar, so that gaji tu utk tanggung family. Kakak ipar saya pun student kolej swasta, ok aje kuarkan kwsp utk byr yuran.
- rasa saya, sebab utama adalah ketidakprihatinan parents kepada KEPERLUAN pelajar tsb. bukan keperluan anak, tapi keperluan seorang pelajar. Dia pun student kan, sure tahu keperluan utk buku n alat tulis. basic pun dah cukup.
2) guru
-hehe orang baru, kasik can..
*maaf jika ada yg tersinggung.
sedihnya...anak² yg pandai, tp diabaikan keperluan...ermm...syg sungguh.
budak2 sekarang kalau marah pun silap2 kita yg sakit jiwa.. dierg memang stoneee.. selengeee takde perasaan.. lepas bebel die buat balik.. aku yg baru sebln nih pun dh leh nmpk patern bebudk sekarang..
Post a Comment