Tuesday, January 5, 2010

Aina Suraya Ke Sekolah...

Pukul 11.30 pagi semalam, saya menghantar Aina ke Tadika Addin. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aina yang dari malam sebelumnya macam tak lena tidur kerana excited nak ke sekolah. Saya pun sama excited dengan Aina. Berbakul-bakul pesanan yang saya bagi kat Aina. Jangan kacau kawan, jangan nakal-nakal, jangan buat bising, jangan tu jangan ni... Tu tak termasuk pesanan nak buang air cakap kat cikgu, siap practice ayat-ayat nak mintak izin ke toilet... wakakkakaaa............. Tidak lupa pesanan saya supaya Aina tak menangis, sebab nanti lepas hantar ibu nak balik sekolah ibu, nak jaga anak murid ibu pulak.

Tiba di tadikanya, Aina saya bawa masuk ke kelasnya. Masa kami sampai tu, tak ada lagik budak perempuan lain. Ada 3 orang budak lelaki aje masa tu. Saya ingat saya nak tunggu laaa dia dalam sejam ke. Sekali tu Aina boleh cakap, "Ibu pergi laaa balik sekolah ibu,".. erkkk... bertuah btollll, langsung tak heran kalo saya tinggalkan dia... :P
Tapi bagus jugak, tak laaa saya pening kepala nak tinggalkan dia. Buatnya dia melalak taknak kena tinggal, haru jugakkk... :D

Ready to school...



Aina @ classroom...


Pukul 2.30 petang, saya jemput dia balik. Soalan standard adalah, "hari ni cikgu ajar apa". Maka Aina pun mulalah membuat laporan. Selain dari apa aktiviti dia kat sekolah, Aina jugak cerita pasal kawan barunya Sofia yang menangis nak ibu dia... hahhahahaaa.... Itu yang dia duk ulang-ulang cerita sampai saya pun hapal... :P

Apapun, first day at school, nampaknya memberangsangkan. Semoga berterusan begitu hendaknya. Semoga Aina rajin dan bijak belajar. Memang excited kan bila anak dah mula bersekolah. Ini baru sekolah tadika, kalo sekolah betul nanti haruslah lebih excited, lagi pulak bila anak masuk sekolah tempat sendiri mengajar.

Hari ni Aina ke tadika naik van transport, semoga tak ada apa-apa masalah. Tak sabar nak jemput dia balik nanti, nak dengar pulak apa cerita dia untuk hari ini... :)

11 comments:

~ As ~ said...

dalam kelas pun sempat lg senyum ambik gmbar...ishhh anak sapa la ni... ahaha

~Umi.Sufira~ said...

Bagusnya aina..dia pulak yang eksaited nak gi sekolah..:)

Zuraimah Ismail said...

wah...bagusnye aina.....meja kelas tu canteknyeeee

Unknown said...

hehehe.. bagusnyeee aina...
taklah ibunya separa hati nk tinggalkan dia kat sekolah...

Unknown said...

comelnya aina pakai tudung...

bagus ye aina tak nangis. senang hati ibu.. :)

LiAnA said...

lega sgtkan kalau anak gi sekolah tak nangis2...siap ibu kena halau suh balik wakaka.. bertuah tul

IntanSham said...

As... anak sape laa ekkk?? aahhahaha

mimi, laila, ZZ.. tu laa psl... senang hati mak

CT..mmg cantik meja tu, mak pun kenan..:P

Liana...part kena halau tu yg x tahan tuuu.. :P

m-i-o said...

nyah, mak rasa kan, yg sebenarnya dia nk ngorat 3 ekor kumbang tu :P

ke 3 ekor kumbang tu yg dok pandang2 jeling2 kat dia.

apa kelasss nk berkenalan tp ibu ada kat sebelah. muahaha!

~ Lady ell ~ said...

terharu kan bila tengok ank kita dh sekolah ..dh besar rupanya..lebih2 lg bila ank2 ni tk buat perangai..rasa bangga pun ada.:)

IntanSham said...

kahkahkahhhh... kumbang2 tu yg meleleh air liuq tengok anak aku. ko tengok pakwe yg duk sblh anak aku tu. mula2 duk meja lain taww, pastu x alih2 pindah duk sblh anak aku..apa kes??? x agak2 aku ada dpn mata pun dia berani..hahahhahaaaa...

ell..btollah... mmg terharu bila tengok anak dah skolah.. lagi terharu sbb mengenangkan oh aku dah makin tua nmpknya..hehhehe

cc said...

alalalalalaaa chomelnyaaaa aina ;D