Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

TAK SUKA!!! TAK SUKAAA!!!!!!

Ku ada meeting PIBG hari ni pukul 5pm. Haihhhhh... tak sukak btol lahhhh kena meeting petang-petang macam nih. Besok lakiku nak berangkat, ku tak balik-balik umah lagik sekarang. Nih meeting kompem abih pukul 7. Nak monteng, tak bleh pasal dah dua kali meeting mak escape... huhuhuuu... :(

Ni lagi spuloh minit nak kul 5, tapi ku masih sempat update blog sambil nenen adik. Adik pun macam tammo lepas ibu pi jer... Huhuhuuuuuu.... :(


SESUNGGUHNYA saya-tak-suka-kena-keje-sampai-petang.. :(

Wednesday, September 9, 2009

Give Up Haku!!!!

Ikan dah siang. Sayur-sayuran pun dah siap dipotong. Tinggal nak potong bawang-bawang jer dan campak-campak semua dalam periuk. Menu dalam kepala nak buat tomyam udang dan siakap stim.

Tapi si Ainin nih, dari mula haku ke dapo.. dia dah berdrama swasta. Melalak tak hengat.. pegang-pegang kaki haku sampai nak jalan pun susah. Dah laaa aku layankan dia nenen dari balik skolah tadi sampaikan dah pukul 5.30 nih... Tak tido-tido... bila haku gerak, dia pun bukak mata nanges. Apa kes????

Hubby aku coti hari nih, tapi biasaaa laaa dia, coti-coti pun nak ke opis jugak... ye lah, coti-coti pun handphone berdering macam hape boleh meletoppp hagaknya aircond tu kalo laki aku tak de???? Takpe..takpe... Encik Hubby memang busy...

Tapi ini budak sudah mau bikin haku pun tantrum jugak... Kesudahnya...

Give up haku!!!!!

Aku amik handphone.. sms hubby "ibu tak masak lah, ainin nanges cam hape..."
Aku campak pisau, amik Ainin, bawak masuk bilik, update blog dengan sakit hati dan nak layan je dia nih nenen sampai putus B haku.

Wehhhh.. aku pun ala-ala dah tantrum nihhhh... tarik napas... lepasss... tarik napas... lepasssss........................

Nak buka hape arini?? Lantakkkk... minum air masak ngan makan kurma je sudahhhh hubby sendirik pikirlah....mak tak koser

Monday, September 7, 2009

Kisah Si Lele...

Semalam entah kenapa, tekak haku teringin beno nak makan lele @ ikan keli bakar. Jadik, walopun dah siap masak, ku pujuk rayu jugak Mr Hubby mencarik ikan keli bako itu. Jam dah pukul 6, tapi masih gigih kenyit-kenyit mata kat hubby ajak p PaRam dekat Bandar Baru Uda... gilors jauh dari umah haku.... Hubby pun apa lagik, ala-ala Schumacher lah memecut semata nak layan bini... :P

Dapat jumpak ikan keli bako yang ku idamkan. Nampak gebu sangat ikan keli tu.. begitu menyelerakan. Sungguh tak sabo nak menyantapnya. Selepas merembat karipap kentang-ayam-telur, murtabak singapore, fish n' chips, air tahu panas dan air katira... kami pun berdezuppppp balik ke Seri Alam. Habis dalam RM20++ gak, tengok tu sedap, nih sedapp... kata hubby tak pelah.. ini 1st time and maybe last ke PaRam...

Bila azan berkumandang, aku sibuk-sibuk nak makan nasik. Hubby tak mau makan nasik dulu. Tapi aku dengan bersemangatnya, letak ikan keli bako atas pinggan, tuang air asam dia atas ikan.. baekkk punye....

Dengan penuh berselera, aku menyantaplah si ikan keli. Lauk yang aku masak pun aku tak pandang. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........................................

Air asam itu sudah masam, mencemari ikan keli haku tuuuuu... sungguh cilako lah.... Punah selera aku nak makan ikan keli bako itu... sobsobbbbb....

Wahai orang yang berjualan di PaRam, ko tak taukah betapa berharapnya orang yang beli jualan ko agar makanannya sedap??? Kalo ko jual mahal, tapi sedap tak apa lah jugak. Soal sedap tu nombor dua.. tapi kenapakah ko nak jual jugak makanan basi???? Apakah ko hingat ko nak bagi makan kucing dengan makanan basi ko tu???? Sungguh sedih hokehhhh... Aku percaya, air asam tu mesti left over ntah biler ntahhh.. Takkanlah air asam buat hari ni boleh basi pulak kannnn... Tolong laaaa, pantau laa sket makanan yang korang jual tu... :(

Memang kompem lahhh haremmmm aku nak jejak PaRam lagi lepas nihhh... Tobatttt dah mak!!!


Friday, August 28, 2009

I Curse You Tepung Cap Sauh!!!!

Aku bengkek btolll.. Berkobar-kobar nak buat karipap ini hari. Sekali bila aku amik tepung, dah ada kumbang okehhhhh.... Aiyyoooo... tepung tu baru dua hari aku bukak, takkan dah berkumbang??? Dah menambah keje aku pulak nak membuang kumbang-kumbang durjana nih.. dah laaa umah mak takde pengayak tepung... yelah... kes jarang-jarang buat kuih laaa haku nihhh. Geram btollahhhh... Lepas nih kena carik pengayak tepung satu.

Sabo jek laaaaaa... ni lah dugaan orang berpuasa... huhuhuuuu.. tarik napas, lepas.. tarik napas, lepas............


Friday, February 13, 2009

Jatidiri Seorang Guru...

Ada beberapa kisah yang memualkan yang ingin kubebelkan di sini. Adapun kisah ini biarpun ibarat membuka pekung di dada atau mungkin ada pula yang merasakan aku mengutuk rakan seperjuanganku sendiri...namun itu bukan niatku. Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan juga mungkin bakal-bakal guru (jika ada) atau guru-guru lain yang terbaca entri ini. Boleh juga dijadikan iktibar bagi semua yang bekerja supaya janganlah sesengal ini...

KISAH 1...

Latihan sukan sedang giat dijalankan setiap petang bagi persediaan menghadapi sukan yang bakal menjelang minggu hadapan. Bukan hanya melatih murid-murid berlari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru, malahan juga perbarisan. Aku tahu tak ada siapapun yang pernah jadi askar wataniah yang boleh tahu semua 'command' perbarisan dengan perfect nya. Aku sendiri pun tak tahu sangat. Tetapi aku tidaklah dengan mudah dan selambanya berkata "Eh, ko handle lah ye...aku tak tau laaa" Lalu dengan senang hati duduk bersantai ria di tepi longkang dan membiarkan rakan lain berhempas pulas mengendalikan perbarisan bersendirian. Hellooo....Kalau tak tau ye tak apa..bukanlah bermakna kau boleh bersantai kat tepi longkang tu. Mari laa sini tolong-tolong kawal murid ke hape. Ko ingat haku nih bekas askar ke yang terer command?? Blasah jek laaa..janji budak paham dan perbarisan boleh dijalankan. Hangin sungguh aku okehhhh....

KISAH 2

Bulan ini pelbagai pertandingan permainan giat dijalankan di peringkat sekolah. Termasuklah bola jaring dan badminton. Aku salah seorang guru penasihat badminton. Jadi tanggungjawabku memilih dan melatih murid-murid untuk mewakili sekolah. Umum mengetahui semua sekolah di Malaysia tidak dibenarkan mengutip yuran pada tahun ini. Hanya bayaran insuran takaful murid bernilai RM1.50 sahaja boleh dikutip. Tiada yuran, bermakna sekolah tiada duit. Bagi menyertai pertandingan, kos yang diperlukan lebih kurang RM200 termasuklah, yuran penyertaan, pengangkutan, dan makan-minum murid (ini tak termasuk nak sewa court badminton untuk latihan). Yang memualkan bila pihak pentadbiran boleh lepas tangan bila tiba bab duit ni. Seolah-olahnya..pandai-pandai cikgu lah ye..Aku dan kawan-kawan paham,sekolah tak ada duit..tapi tak bolehkah pihak pentadbiran kumpulkan semua penyelaras permainan, dan nyatakan masalahnya, dan minta guru-guru dahulukan bayaran yang kemudian boleh dituntut bila duit sudah ada. Atau mungkin,minta bantuan pinjaman kewangan dengan PIBG. Ini tidak, buat tak tahu sahaja. Jadi kami guru-guru ni pun keluarkan duit poket sendiri kongsi-kongsi untuk menghantar juga murid ke pertandingan. Tak apalah kan..takkan tak jadi nak hantar, kesian kat murid-murid yang dah beria-ia berlatih. Tapi yang lebih membengangkan, ada pula guru senior yang berkata, "buat apalah penat-penat nak latih dan hantar budak? Kalau i memang tak kan hantar. Budak-budak kita memang tak ada talent..." Owhhh..sakit hati nya mendengar statement itu. Tak ada talent?? Apakah talent itu memang ada sejak dilahirkan? Tidakkah talent itu perlu dilatih dan dipupuk? Tanpa bimbingan dan latihan, wujudkah talent itu??? Memang lah nak cari bakat di sekolahku sangat susah kerana murid kami hanya 431 orang sahaja. Nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang beribu-ribu murid..namun itu bukan alasan untuk tidak menghantar murid ke pertandingan. Itu adalah hak murid. Guru sepatutnya bersemangat untuk menggalakkan murid, bukannya bersikap seperti itu...Owhhh...sungguh memualkan okehhhh...

Dua kisah di atas menunjukkan sikap menjelikkan segelintir guru. Mereka bagaikan telah tiada jatidiri seorang guru. Aku bukanlah nak mengatakan aku bagus sangat. Tapi, aku berpendapat bila menjadi seorang guru, fahami dan selamilah tanggungjawab dan erti kerjaya guru itu sepenuhnya. Jadi guru bukan setakat nak pung pang pung pang dalam kelas sahaja, lebih dari itu. Menjadi guru menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Bukan hanya tenaga malahan masa dan wang juga. Mungkin ada yang berkata, ahhh..kau cikgu baru..yelah baru 4 tahun mengajar, memanglah semangat membara lagi..cuba dah berbelas-belas tahun, dah puluh-puluh tahun nanti?? Tidak bagiku, ada guru-guru yang dah senior pun semangatnya masih membara. Aku memang respek habis dengan mereka. Tahniah Kak Midah, Kak Ila, Kak Ma, Kak Pidah, Kak Ton (sekadar menyebut beberapa nama). Walaupun mereka tidak membaca blogku, tetap ingin kupahatkan nama mereka di sini. Mereka lah inspirasi bagi guru-guru 'baru' sepertiku. Semoga jatidiriku juga tidak akan berubah seperti mereka...insyaAllah...

Tanggungjawab...

Aku memang tak akan berkompromi pada anak muridku yang tidak menyiapkan homeworknya. Masuk tiga kali tidak siap homework, aku akan menelefon ibu atau ayahnya supaya masalah tak siap homework ini dapat diatasi dengan kerjasama ibu-bapa. Yelah..itu lebih baik dari murid itu harus menerima 'habuan' setiap kali tidak siap homeworknya.
Kelmarin aku menelefon ibu seorang murid ini. Korang hayatilah perbualan kami ini...
(Selepas mukadimah bagai...)
"Inilah puan, saya nak beritahu puan, anak puan ni asik tak siap homework aje. Dah banyak kali dah macam ni,"
"Eh ye ke? Selalunya saya tanya dia, dia kata dah siap..kadang-kadang dia kata cikgu tak bagi homework,"
"Emm..betul puan, dia memang tak pernah siapkan homeworknya. Puan tak tengok ke buku dia? Lagipun kalo puan cuma tanya sahaja, mestilah dia kata dah siap"
"Tulah saya tak tengok, Lagipun mengajar kan tanggungjawab cikgu..."
Owhhh..aku terkesima..apakah kaitannya dengan suruh tengok homework anak dengan tanggungjawab mengajar seorang guru????
"Ye, betul puan..mengajar tu memang tanggungjawab cikgu, menyiapkan homework itu tanggungjawab murid dan memastikan homework anak benar-benar siap tu tanggungjawab ibu-bapa,"
"Macam nilah cikgu, apa kata cikgu tahan je dia lepas balik sekolah suruh dia siapkan semua homework dia?"
Aku terkesima lagi...kenapa pulak yer aku kena pastikan anak dia siapkan homework??? Aku dah rasa panas hati pulak nihhh...
"Tak boleh macam tu puan, walaupun sekolah habis pukul 1, lepas habis sekolah tu saya ada banyak lagi kerja lain nak dibuat, macammana nak tunggu dia pulak?"
"Kalau macam tu cikgu suruh laa, sape-sape cikgu masa akhir tu tolong tunggu?"
Owhhh...makin panas nihhh...
"Cikgu lain pun ada kerja masing-masing,"
"Macam nilah...cikgu suruh aje dia duduk dekat kelas sorang-sorang siapkan homework dia. Dah siap, baru balik,"
"Puan, saya tak boleh biar murid sorang-sorang macam tu. Kalau apa-apa terjadi kat dia nanti, puan salahkan pihak sekolah pulak. Kecuali kalau puan buat surat menyatakan yang puan suruh buat macam tu dan tidak akan menyalahkan mana-mana pihak jika apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, mungkin kita boleh buat macam tu..."
"Ohhh...macam tu ke?"
"Ye puan..lagipun...homework tu kan kerja rumah, maknanya kena siapkan di rumah..bukan di sekolah. Apapun..terima kasih lah puan ye...Assalamualaikum..."

Aku kecewa. Sikap sambilewa ibu itu membuatkan aku tak heranlah anak dia bermasalah begitu. Tujuanku adalah supaya masalah anaknya itu dapat diatasi untuk kebaikan anaknya juga. Apa yang aku dapat simpulkan di sini, ibu itu kelihatannya mahu melepaskan tanggungjawabnya sepenuhnya kepada cikgu.

Aku ingin menyeru kepada kawan-kawan yang mempunyai anak yang telah bersekolah. Hatta yang bakal bersekolah juga. Pantaulah kerja sekolah anak-anak anda. Memantau bukan hanya dengan bertanya, semak segala kerjanya. Pendidikan anak-anak bukan setakat di sekolah sahaja, pastinya di rumah juga pendidikan itu berterusan. Semoga kita-kita tidak terlepas pandang dengan masalah sebegini...

Tuesday, February 3, 2009

Berkecai...

Hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga telah ke pasar Rengit, Batu Pahat. Memang telah menjadi rutin kami jika pulang ke kampung Mr Hubby di Pontian, kami akan ke pasar Rengit untuk membeli bahan-bahan basah, stok untuk seminggu dua. Di sana, ikan-ikannya baru dan segar, juga lebih murah. Kalau dekat umah aku mimpi laa nak dapat ikan yang baru-baru.
Tapi aku bukanlah nak citer pasal ikan sebenarnya. Yang nak aku ceritakan, on the way kami balik dari Rengit tu, tiba-tiba.................
Cermin kereta yang sedang dipandu oleh Mr Hubby berkecai. Yer...berkecaiii beb.... Kenapa??? Mr Hubby terus berhentikan kereta. Aku menoleh ke belakang dan kelihatanlah sekumpulan orang sedang memesin rumput di tepi jalan. Aduhaiiiii.... Bagaimanakah??? Nasib baik lah aku dan anak-anak duduk di belakang. Dan nasib baik juga cermin itu bertinted, jadi tidaklah ia bersepai terus.
Dan untuk menggantikan cermin tersebut, perlu diorder dan dibayar deposit dahulu. Perlu menunggu paling cepat seminggu untuk cermin itu sampai dari KL. Yang membengangkan, oleh kerana Mitsubishi servisnya dikendalikan oleh EON, servisnya amatlah sengal. Mr. Hubby telah bengang dengan khidmat EON yang amatlah tidak mesra pelanggan. Memang sengal... Dan kerana insiden ini, program jalan-jalan kami tergendala lah nampaknya....Inilah yang paling membengangkan sekali okehhhh....:(