Ingat tak dengan entri bebelan saya yang INI. Berkaitan dengan komplen saya terhadap wedges berjenama S*choll.
Mula-mula lepas beberapa minggu buat komplen, kedai kasut berkenaan call saya semula. Bagitau yang kilang refused to repair mahupun ganti lain, dengan alasan saya dah pakai kasut tu lama.
Watdehel????
Apalagi... Saya pun bebel laaaa, kata apa yang lama??? Saya pulangkan kasut tu dalam masa 7 hari. Saya pakai baru 3 kali. Apa diorang tak tengok ke resit pembelian? Hagaknya sebab mak nih membebel macam dah naik antoo, siap bagi hujah-hujah yang bernas lagik u dont play-play with me haaaaaa... akhirnya S.A tu pun kata nanti dia akan refer balik ke kilang. Mengong kannnn.. hagaknya kalo saya nih jenis yang tak banyak songeh, kompem tak dapat hape.
Akhirnya setelah tiga bulan sabar menanti (giler lama kannn?), maka minggu lepas sekali lagi saya dihubungi oleh kedai berkenaan yang memberitahu bahawa pihak S*choll telah bersetuju memberi saya baucer bernilai RM100 (sama nilai dengan wedges tersebut) dan saya boleh membeli kasut lain di kedai mereka. Kalo tak cukup, boleh tambah duit sendiri... :P
Dan akhirnya juga... setelah lama memendam berahi terhadap sepasang kasut idaman, maka dapat lah saya melempiaskan napsu ke atas kasut tersebut.....
*
*
*
*
*
Taraaaaaaaaaaaaaaa.... Si merah idamannnn....

*
*
*
*
*
*
Baru laaaaaaaaaa matchy-matchy kannnn.... :P

Sekianlah saja entri tayang-menayang di pagi Senin yang mulia ini. Sebarang kutukan tidak akan dilayan. Sebarang puji-pujian adalah dialu-alukan. Terima kasih... :))





















