Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

We Are Here Again...


... at Awana Kijal Resort & Spa, Terengganu from last Saturday till tomorrow. Following hubby again. We loveeee to be here. The room, the view, the food, the pool... everything are superbbbb!!! Plus 1 week Deepavali holiday should not be wasted, no? Being here with family - a complete family - is the best for us.... :)


Thursday, June 9, 2011

Corat-Coret Terengganu...

Sepanjang minggu pertama cuti sekolah, aku dan anak-anak telah habiskan di Paka dan Kemaman, Terengganu. Encik Hubby kan sekarang tengah ada projek kat sana, hanya hari Jumaat hingga Sabtu atau Ahad saja akan balik ke Johor. Maka terlanjur cuti sekolah, kami pun mengekor ler Encik Hubby ke sana. Tak laaa bercuti sangat pun, pasal kami duk terperap kat hotel jer, hubby lak memang kerja dari pagi sampai nak dekat Maghrib baru balik. Tapi apapun.. memang enjoy! Anak-anak pun happy ler dapat berendam dalam pool pagi-petang. :)

Aku just nak sharing info berkenaan dengan our stay di dua buah hotel yang berbeza. At first sampai, hari Ahad kami stay kat PakaResidenceHotel. Untungnya sebab aku nih government staff, so dapatlah government price. Lebih murah dari harga sebenar. Tapi sebab cuti sekolah boleh lak dia ada charge tambahan RM30... Haihhhh... Overall aku tak suka sangat dengan Paka Residence Hotel nih. Bagi aku tak best. Lagi-lagi swimming pool dia... Ada ke pool orang dewasa sama cetek dengan pool budak? Tak syiokkkk... :P

Bilik pun tak besar mana. Makanan pun so-so jer. Tak banyak gambo yang aku amik kat situ, sebab view tak berapa menarik. Ni ha.. 2 keping, gambo kat pool dan cafe dia.



Hari Rabu kami moved to AwanaKijalResorts. Ok.. Kat sini memang best teramat. Aku sangat suka. Dengan pemandangan yang menarik, pool yang best, bilik yang superb, food yang sedap.. aku rasa memang worth it laa dengan harga yang dibayar. Plus takde any extra charge sempena cuti sekolah, menjadikan ianya lebih murah dari Paka Residence. Kat sini pun aku dapat Government Price.

Ni bilik Deluxe yang kami ambil.
Ada dua katil single yang besar. Biliknya pun luas sangat.
Bathroom dia saya sangat suka.... besttttt...


Pemandangan dari bilik kami di Tingkat 7....


Pantai just kat belakang hotel...
Macam-macam aktiviti boleh buat. Untuk yang suka jet ski, boleh try...


Kawasan golf untuk yang kaki golfing...


Variety of delicious food.
Tiap kali brekpes, aku habiskan masa nak dekat sejam makan semua yang ada... hahahahaa...



Ada Kids Room...
Kira kalo nak feeling-feeling honeymoon, boleh letak anak kat sini
pastu pi jalan pimpin tangan menyusuri beach, bajet romantik.... :P



Ada jacuzzi kat pool... heaven untuk berendam...


Kawasan pool sangat luas.
Yang ni area untuk kids, memang gerenti anak-anak liat nak berenti main air...


Stay kat sini dari Rabu sampai Jumaat, tetiap hari pagi dan petang anak-anak aku mandi kolam, sampai itam muka memasing termasuk muka aku skali... :P


Ada banyak sangat gambo kat Awana ni, tapi aku malas nak tempek semua. Jadik laaa apa yang ada ni. Sape yang boleh tengok kat FB aku, boleh laaa tengok semua gambo yang aku amik masa pi Terengganu ni.

Apapun, conclusion aku Awana Kijal nih adalah tempat paling best untuk stay. Aku yang duk hotel ni je pun, tak rasa boring sebab banyak aktiviti boleh buat (selain makan-tido). Kalo korang Gomen Staff lagik laa untung, sebab harga memang jauh beza lebih murah.

So kalo rasa nak pi Terengganu, stay laa kat Awana Kijal nih... memang tak menyesal. Cuma boringnya sebab agak jauh dari Kuala Terengganu. Kat sini yang dekat adalah Mesra Mall, eh tu pun dah gempak bebbbb. Aku tak kesah sangat pasal Mall, sebab tujuan datang Terengganu bukan nak shopping, just sebab nak get together dengan hubby... :D

Ok... Sekian saja kesah aku dan family kat Terengganu...


Friday, December 10, 2010

Kisah @ A Famosa...

Hai u ollsss... Lama tak update blog dan juga menjelajah blog orang. Hari ni, walopun agak lambat... tetap gigih buat entri cuti-cuti singkat saya ke A Famosa hari tu. Orait... layan gambo lah yer...............

- Welcome to A Famosa Resort, Malacca -


Mercu tanda A Famosa Resort...



- D'Savoy Apartment -

Kami memilih untuk menginap di D'Savoy Apartment. Memandangkan adik saya ikut sekali, maka kami menyewa apartment 2 bilik dengan harga RM 98 per person including entrance to Animal World & Cowboy Town. Tambah lagi RM 26 untuk entrance ke Water World. Jadi each person bayar RM 124. Aina dah kena bayar so... total untuk pakej kami ialah RM 496.
Sebenarnya, untuk bercuti ke A Famosa Resort ni pada saya untung ambil pakej macam kami ni. Sebab kalo amik bilik sahaja tak termasuk bayaran entrance adalah rugi. Bayaran setiap entrance kalo time cuti sekolah ni adalah mahal. Dalam RM 40++ tak silap saya untuk dewasa dan RM 30++ kanak-kanak. Kalo include sekali dalam pakej... lebih murah. Kami cuma kena tambah sikit untuk masuk ke Water World. Lagi satu, harga untuk time weekdays dengan weekend adalah berbeza. Kalo weekend ada mahal sikit. Price starting hari Selasa adalah lebih murah dari biasa. Puas hati dengan apartment, agak besar dan cantik...

Ruang tamu...



Ruang dapur. Tak de utilities, cuma ada cerek elektrik dan fridge.. Tak boleh masak kat sini


Bilik yang luas....


- The Animal World & Safari -


Kami sampai awal, dalam pukul 11 a.m. Check in adalah pukul 1 p.m. Lepas collect entrance tickets, kami keluar makan dulu, pukul 1 baru datang balik... check-in, then terus ke Animal World & Safari.
Boleh tak kalo saya nak komen Animal World nih adalah tak best. Terutama kedudukan tempat shownya. Ada banyak show yang dibuat kat sini. Ok, saya state kan waktu untuk show petang ye.. Wild Wild West Show (2.15 p.m), Multi Animal Show (3.00 p.m), Bird Show (3.45 p.m) dan Elephant Show (4.30 p.m). Saya cakap tak best, sebab ada ke patut tempat show tu jauh-jauh jaraknya dan tak tersusun. Dah ler masa show dekat-dekat. Adalah tak praktikal nak move ke satu tempat show ke satu tempat show dengan bawak budak-budak kecik. A Famosa patut revise balik kedudukan tempat show tu untuk memudahkan pengunjung pergi ke setiap show. Kami cuma sempat tengok separuh Wild Wild West Show, pastu tak kuasa nak berkejar ke Multi Animal Show pulak sebab sebenarnya kami dah sesat... tak jumpe entah kat mana tempat show tu. Tak kuasa nak carik, maka kami pun beratur naik tram untuk ke Safari. Layan Safari lagik syiokkkkk...


Wild Wild West Show yang dah tinggal separuh jalan ditonton...


Sambil merayap carik tempat show yang entah kat mana, sempat jugak laaa tengok haiwan-haiwan yang ado kat situ...


Haiwan lain malas ahhh nak tempek, tapi yang nih memang mak nak tempek pasal macam tak pernah jumpa kat zoo lain di Malaysia yang saya pi.. The Raccoon ek nama dia.. Comel tapi takut air rupanya... :P



Part yang paling best kat Animal World ni adalah Le Tour D' Safari... Sukati je bagi nama... muahahahaaaa... Memang best tour naik tram nih mengelilingi Animal World. Very the thrill u ollssss. Dengan tram yang berpagar keliling, kami round tengok haiwan-haiwan secara live. Orang yang tengok haiwan ke haiwan yang tengok orang? Pasal yang duduk dalam 'kandang' adalah orang, haiwan semua bebas... :))


In the tram...


Laki-bini sebok nak possing...


Haiwan yang bebas melepak...




Ok... cuba tengok harimau-harimau ni..
Mula-mula macam ni....



Lepas tuuuuuuu..................






Eh kok gini????
:P
Kata driver tram, kami untung hari ni sebab dapat tengok 'Tiger Show' secara live... :))



Sayangnya, takde 'Bear Show' pulak.. pasal bear nih bininya merajuk entah ke mana... :P


Overall Safari Tour ni memang penyelamat untuk Animal World ni lah. Nasib baik ado, kalo tak memang tak syiok masuk sini. Macam tengok animals kat zoo biasa je laa kekdahnya. Dah ler tak bersih. Eh serius laaaa... sebab saya dah pi Zoo Singapore yang memang vadevassss... saya pelik btol kenapa laa zoo-zoo kat Malaysia ni tak boleh buat maintenance yang sama macam Zoo Singapore? Dah ler haiwan nye macam idop segan mati tak mau, dari segi kebersihannya pun... out!!! Adapun sape-sape yang keje kat zoo kalo baca blog mak nih, janganlah marah komen mak nih yerrr..... Komen membina nihhh... :)


Habis tour, masuk ke Chicken Farm tengok ayam pulak laaa...



Satu-satunya show yang kami dapat tengok dari mula sampai habis ialah Elephant Show..
Best show ni sebab gajah-gajah dia memang bijak... Fun show ni okehhh... :)



Ada elephant massage hokehhh... korang berani baring tadah badan tunggu gajah tu pijak???? Memang berani ahhhh pakcik tuuu...


Possing last sebelum balik bilik...




- Nite @ The Cowboy Town -

Ok.. Malam tu, schedule kami adalah ke Cowboy Town. Lepas Maghrib, terus gerak sebab tak nak miss The Red Indian Show yang start @ 8.30 pm dan seterusnya The Carnival Show @ 9 pm. Kalo masuk ke Cowboy Town memang wajib laa tengok show-show ni. Mula-mula rasa ingatkan shownya boring. Tapi rupa-rupanya tak. Happening gitu shownya. Gambar-gambar yang kat bawah ni masa Carnival Show. Gambar red indian main api saya tak upload sebab banyak yang gelap. Tapi saya akan upload sikit kat Facebook nanti.. so korang tengok aje kat FB nanti lah... Belum add acik? Sila laa add.. Nama saya Intan Marlinda Ramli. Tapi, sila bagitau sape u yer yanggg... kang acik tak accept lak.. hehehheee..

Perarakan gajah-gajah yang bijak...


Siap ada kereta berhias jugak...



Lastly.. Fireworks yang gempakkkk...




Then kami dinner @ The Ranch Steak House yang mahal NM
Habis show pukul 10 baru dinner...


Habis dinner, round kejap kat Cowboy Town sebelum balik. Sempat jugak layan game kat fun-fair, collect point dapat hadiah key chain... :P
Balik bilik, anak-anak tak tunggu lama... terus pengsannnnn... penatttttt... :)


- Last Day @ The Water World -

Hari terakhir barulah kami main-main air di Water World. Pagi-pagi lagi dah ke sana. Cuti sekolah, Water World bukak pukul 9 a.m, kalo tak biasanya pukul 11 a.m baru bukak. Water World adalah best sebab banyak slide yang mencabar. Hubby dengan adik saya main semua slide tapi saya.. errr.... tak berani.. :))
Body slide memang acik tak main... Saya mengaku memang penakut jugak... muahahhaaaa...
Anak-anak seronok main kat child pool lah.. Nasib ada adik, boleh gilir-gilir jaga anak-anak. Time saya ngan hubby main slide, dia jadik babysitter. Time dia main slide, saya pulak jadik babysitter. Yang jadik mangsa, encik hubby... terpaksa naik slide sampai dua kali... melayan bini dan adik ipor... habis main slide... dia yang rasa pening lalat... muakakaaaaa.... Gambo kat sini tak banyak, sebab tak kuasa nak bawak kamera masa main air.. karang asik keje nak amik gambo je, tak leh nak main air sangat.

Sampai-sampai... wajib possing maut dulu laa...



Model-model swimming suit Muslimah dan tak-berapa-nak Muslimah... :P



Pagi-pagi tak ramai lagi orang dalam kolam... ini ialah Wave Pool


Lepas mandi-manda sepuas hati, kami balik bilik. Bilas badan, siap-siap dan check out.

Possing masa lunch... anak-anak dah tak kuasa nak makan, tido sebab penat...



Overall percutian singkat @ A Famosa Resort nih adalah ok-ok saja... Bagi saya, cuti-cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort adalah lebih best lagi. Sayang sangat A Famosa nih. Kawasannya besar dan cantik sebenarnya tapi maintenance adalah sangat out. Kalaulah dijaga dengan baik dari mula, tentu lebih best lagik. Apapun... pi holiday, tetap lah syiok kannnnn...

Sekian laporan saya untuk cuti-cuti @ A Famosa Resort, semoga boleh jadik panduan untuk sesiapa yang berhajat nak ke sana... :)



Saturday, December 4, 2010

Away....

Hai u olls... Mak sekeluarga akan bercuti-cuti sebentar. Bermula hari ni ke Pontian, ada kenduri kawen, esok petang lepas attend satu lagi kenduri kawen kat Kluang, chow ke Muo. pulak.. balik kampung.. sebab mak ayah saya ada kat sana, lama tak jumpa diorang... rinduuuuu.. Aina-Ainin pun da rindu kat tok ayah dan nenek diorang. Lepak sehari kat Muo.. Selasa akan ke sini untuk cuti-cuti singkat kami.......................


A Famosa Resort, Melaka...


Will update later.. see u ollsssssssssssss yer.... bubbyeeeeeeeeee... :)




Monday, November 8, 2010

Kolam Air Panas @ Labis

Haluuuu.. Selamat pagi u ollss... kejap je dah hari Isnin semula setelah bercuti agak panjang sejak dari Rabu minggu lepas. M.A.L.A.S jugak nak bangun pagi pi keje arini.. nasib baik laaa tinggal 2 minggu lagi nak cuti panjang...

So apa aktiviti korang sepanjang cuti aritu. Maybe ada yang bercuti panjang dan ada yang tak. Saya menghabiskan cuti dengan berjalan-jalan ke Labis, Segamat bersama mak mertuo den. Lebih kepada melawat sedara-mara hubby sebenarnya. Tapi ada aktiviti berfaedah jugak laaaa.

Disebabkan sedara hubby tu keje dengan majlis daerah, maka kami diajak ke Kolam Air Panas Labis. Yang bestnya sebab kami datang malam. Bila malam, semua kolam dah dibersihkan dan diisi dengan air yang baru untuk kami mandi. Best laaa kan sebab tak berkongsi air mandian dengan makhluk lain yang tak dikenali... ahahahaaaa...

Saya belum pernah ke kolam air panas sebelum ni. Memang best rupanya. Tapi air tu memang superb panas beb... tu pun dah campur dengan air paip biasa, tapi masa mula-mula masuk kolam raso nak melecur kulit mak! Tapi bila dah lama-lama, ok laaaa... Best! :)
Korang layan gambo laaa yer...

Selamat datang ke Pusat Refleksi Kolam Air Panas Labis...


Perjalanan masuk ke dalam...


Pemandangan menuju ke arah kolam...


Antara pekerja yang sedang membersihkan kolam...


Kolam air panas yang sedang dipenuhkan...
Sumber air panas asli dari bahagian berpagar biru tu...


Close up sumber air panas, berasap-asap tuuuu....


Menhantu solehah bersama ibu mertuanya sedang bergossip sambil berendam.... :P




Seronok jugak mandi air panas ni. Sedikit j.a.k.u.n acik sebenarnya... hahahahaaa.... Apapun kolam air panas ni memang menerima kunjungan ramai kalo siang hari. Kalo korang tengok air yang kami mandi tu tak penuh mana pun. Tapi kalo waktu siang, agak penuh jugak laa airnya dan lebih panas lagik. Kitorang mengelat, tambah banyak air sejuk supaya tak panas sangat, tapi tu pun panas wehhhh... ambik masa nak berendam seluruh badan... :P

Ada yang dah pernah pergi ke sini kah? Sesiapa yang dekat tu boleh laaa terjah. Seronok tauu... Ok nanti esok saya cerita aktiviti seterusnya pulak yer...