Wednesday, March 31, 2010

Hukum Meluruskan Rambut...

Dua tiga hari lepas, saya dihantui dengan pertanyaan 'apakah hukum meluruskan rambut'? Adakah sama hukum meluruskan rambut ini dengan mencabut kening, kerana dikatakan mengubah kejadian Tuhan. Bila mendatangkan kemusykilan, adalah sangat mengganggu-gugat ketenangan hati saya. Sebab saya tak nak lah terus-menerus berada dalam keadaan merasa berdosa atas perbuatan sendiri.

Maka, saya ajukan pertanyaan kepada orang yang lebih arif dalam hukum-hakam agama, iaitu ustazah di sekolah saya. Sayangnya ustazah itu pun tak berani menjatuhkan hukum. Namun dia berjanji akan bertanyakan kepada suaminya, seorang ustaz di UiTM. Almaklum suaminya tentulah lebih tahu memandangkan beliau belajar agama sampai ke Al-Azhar kannn... ;)

Semalam, saya mendapat jawapan yang pasti di atas kemusykilan saya itu. Menurut ustaz tersebut, jika seorang perempuan yang bertudung meluruskan rambutnya adalah TIDAK BERDOSA jika:

1. Dia tidak memperlihatkan auratnya itu untuk tontonan umum
2. Dia melakukannya untuk berhias atau kelihatan cantik di hadapan suaminya

Lagi pula perubahan yang dilakukan terhadap rambut itu adalah bersifat sementara dan bukannya perubahan yang kekal (macam mancungkan hidung ke, implan boobs ke, etc)

Bagaimanapun ianya adalah BERBEZA dengan mencabut kening kerana meskipun ianya bersifat sementara, hukum mencabut kening adalah tetap berdosa kerana menampakkan perubahan pada wajah yang boleh ditonton umum/bukan muhrim.

Hasil dari Google juga boleh dijadikan rujukan seperti di sini :

Ok... lega hati dan fikiran saya. Saya bukanlah berlebih-lebihan bila menghadapi persoalan ini, namun saya ingin memperjelaskan kecelaruan yang bermain dalam pemikiran saya. Lagipun, memang saya pun tak berapa nak tahu sangat hukum sebenar meluruskan rambut nih. Jadi, kalo tak tau lebih baik bertanya pada yang arif kannn???? Lagipun tak naklah menambah dosa yang dah ada pulak. Sekarang sudah tau... maka terlepaslah bebanan hati saya ini. Terima kasih buat yang telah mengingatkan saya. Sudah jelas semuanya sekarang ini.... yeayyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!! :D


** Saya telah pun membuat rebonding tapi tak satu fesyen rambut kat gambar tu pun yang saya ikut. Saya tak gunting langsung rambut saya, hanya rebond sahaja dan potong sikit rambut depan, sebab sayang laaa wehhhh nak potong pendek lepas rebonding coz the price is still the same.. rugi... :P


Tuesday, March 30, 2010

Gojes Moms...


Gojes mom to be... :P


Sorang lagi... :D


We've got new babies and 'mommies' at home. Layannnnnzzzzz jek laaa kerenah anak pompuan. Kadang-kadang ibu dia pun rasa nak join jugak... hahahhahaaaa. Paling tak tahan bila adik paksa ibu nenenkan baby dia... hadoiiii laaaa... haku tak buat, gasak dia melalak, siap singkap-singkap lagik baju haku. Bila ibu suh dia nenen sendirik, dia pandai lak kata tak de. Habis... what should I do??? Terpaksa lahhh mak nenenkan baby dia nyahhhh oooiiiiiiiiii.... muakakakakaaa.... Adik nih giler fanatik breastfeeding. Baby tu sebenarnya ada botol susu siap. Aina pulak buat lawak, nak mintak pinjam pam, sebab nak pam susu dalam botol baby dia... kahkahkahhhhhh.... :P

Anyway, bagus anak-anakku... Breastfeeding save the money world. Semoga semangat breastfeeding yang tertanam dalam jiwa kalian kekal sampai kalian ada anak sok hendaknya. Mana nak tumpah kuah kalo tak ke nasik ye tak.. semoga perangai ibu yang baik-baik aje yang korang ikut nak oooiiiiii.... yang kureng baik tu pejamkan mata jek laaa... :P



** scheduled entry nih mak taip hari Ahad lagik, menaip tanpa spek mata adalah sangat seksa, tapi gigih nak menaip gak. Spek mata mak kena patahkan dek adik.. huhuhuuuuuu


Monday, March 29, 2010

Wajah Rahsia Hati...

Demi memenuhi permintaan ramai... RAMAI KERRRRRRRRRR??????? Kahkahkahhhhhh.... Tetap jugak tuan punye blog nak menempek wajah sendiri bersama lipstik warna baru yang diwar-warkan dan juga spek baru.. setelah spek mata dipatahkan dengan gagahnya oleh Ainin semalam... uwaaaaaaa... Rasanya takde beza pun spek tu kan, cuma kecik sikit je dari yang dulu sebab mak tak tuko lens pun, tuko frame aje...



Okeh... tu korang tataplah bibirku yang berlistip baru ittew. Kaler adalah sangat menepati piawaian ISO 14000 saya.

Oh yaaa... gambo adalah fresh from oven terkini, pagi tadi sebelum nak pi skolah sempat haku amik gambo diri sendiri.

Bagi menjawab pertanyaan Cik Chelsea, lipstik BB adalah long lasting.. sebab ahkak pun selalu malas nak touch-up lipstik lepas makan. Memang ai heart lipstik BB very strong.

Cantik??? Tak cantik??? ado den kesahhhh?? Sebab saya suka, jadik saya perahsan kata cantiklahhhhh.. errrr... lipstiknya yer, kang ada yang muntah ijo baca haku asik masuk bakul angkat sendirik.... hahahahahaaaaaaaa.....




Anakku Tercedera...

Adooiiiiii... kesian anakku. Sebenarnya saya membuat entri nih dengan perasaan yang tak menentu hala.

Hari Jumaat lepas, saya ambil Aina di tadika pukul 2.30 macam biasa. Tapi entah kenapa agak lambat cikgu dia keluarkan budak-budak tu. Biasanya pukul 2.30 semua budak dah keluar. Tapi hari tu, tidak. Saya tunggu aje lah dalam kereta macam selalu. Biasanya nanti cikgunya yang akan hantar Aina ke kereta. Then saya tengok, cikgu bawak Aina seorang aje keluar. Agak pelik lah, sebab selalu semua budak keluar sekali bila dah waktu balik.

Masa cikgu dia masukkan Aina dalam kereta, terkejut giler saya. Anak saya cedera!!! Huhuhuu...


Tengok muka Aina tu. Kesan cakaran jelas pada 3 tempat yang berbeza di mukanya. Satu darinya sangat dalam hokehhhh. Berdarah di semua tempat. Tersentap saya tengok muka anak saya yang comel tu.

Cikgu dia tersekat-sekat suara meminta maaf dari saya.
"Saya minta maaf puan... Aina kena cakar dengan kawan kelas dia. Saya tak sempat nak halang dia. Minta maaf puan..."
"Aina kacau kawan dia ke?" Itu soalan pertama saya. Mana lah tau kalo dia yang mulakan dulu kannnn...
"Takk.. Aina tengah buat kerja, tiba-tiba budak tu datang tempat Aina, nak amik barang Aina dan cakar muka dia. Budak tu memang nakal sikit, Puan,"
"Siapa?" Soal saya lagi.
"Adam Zakwan...." kata cikgu tu. Owhhhh... si Adam Zakwan nih??!!! Selama ni asik dengo Aina mengadu budak tu buat kawan-kawan dia yang lain, tapi hari ni Aina pula yang terkena.
Saya belek muka Aina. Cikgu tu pula tak henti memohon maaf dari saya, mengakui kecuaiannya mengawal budak. Okeh... saya tarik napas, cuba berfikir serasional mungkin. Ya.. saya ada rasa marah juga. Tapi saya fikirkan semula, suasana dalam kelas, kawalan murid yang nakal, okeyyy... saya rasa boleh memahami situasi itu. Menyalahkan guru tersebut mungkin adalah jalan paling mudah, tapi saya juga kena ingat tingkah-laku kanak-kanak adalah di luar kawalan kita. Saya tak mahu menuding jari pada mana-mana pihak. Anak saya tak cedera teruk pun. Tak perlu membesar-besarkan perkara, walaupun kesan calar itu mungkin berbekas di mukanya. Saya rasa cikgu itu bertuah sebab ibu Aina juga seorang guru.

"Lain kali kena perhati btol-btol Adam tu, cikgu... letak dia dekat cikgu selalu. Nasib baik tak apa-apa.. kalo cedera kawan-kawan dia macammana?" tegas saya.

"Yelah puan, salah saya... saya minta maaf,"

Cakaran pada muka Aina tu saya rasa akan berbekas. Saya kena tenyeh Vit E kot kat muka dia tu. Saya mengadu pada hubby semalam. Hubby kata kalo dia yang amik Aina, dia pun tak tau nak react macammana. Silap-silap kena marah cikgu tu.

Persoalannya patut ke saya marah? Betul ke tindakan saya untuk tak marah cikgu tu? Ke saya ni lembut hati beno boleh terima je maaf cikgu tu? Kalo kalian, apa yang kalian buat?



Sunday, March 28, 2010

New Colour...

Hari tu ingat nak beli lipstik BB kaler Sandwash Pink yang dah tinggal saki-baki. Nak pakai pun kena korek-korek pakai lip brush.. :P

End up, tak beli Sandwash Pink pun, tapi beli new colour by BB... GUAVA.

Cantik warnanya, saya sangat berkenan. Warnanya a bit peachy sket.. Pakai warna macam nih nampak perahsan muda sket.... :D

Guava by BB...


Close up sikit... tapi blur pasal pakai hp jer nyahhhh...


Saya dah lama gak tak beli lipstik baru. Last beli Sandwash Pink tu lah. Perangai saya malas nak beli lipstik banyak-banyak sebab nanti saya hanya akan pakai kaler yang paling saya suka saja. Jadik cukuplah ada dua, tiga kaler je dalam beg mekap saya. Saya suka pink, jadi ada light pink, shocking pink dan brown. Nih GUAVA nih bakal jadik favourite sayalah nih. Tengok lip gloss yang matching dengan lipstik tu pun menarik, tapi saya tak beli.

Wehhh... lipstik BB dah naik harga lorrr... RM80, dulu 70 lebey... huhuhuuuu... nasib laa saya memang tak suka beli lipstik banyak-banyak.

Cantik tak kaler nih korang??? Kenan??? Pi laaa booth BB yang berhampiran...

Sekian, terima kasih...




Friday, March 26, 2010

Saving Your Baby's Cord Blood Stem Cells???

STICKY ENTRY... PLEASE SCROLL DOWN FOR THE LATEST GOSSIP.. :D
Saya tak ingat samada pernah buat entri tentang Cord Blood Stem Cell sebelum ini atau tidak.. Rasanya tak pernah. Kalian pernah dengar tentang penyimpanan darah tali pusat anak a.k.a cord blood stem cell???
*
Actually, saya telah melakukannya semasa kelahiran Ainin Sofiya dulu. Tak silap saya ada dua well-known company yang buat penyimpanan stem cell nih. Saya sign-up dengan Cell Safe International. Kenapa saya menyimpan stem cell anak saya??? Untuk masa hadapan. Ini macam life-insurance jugak lah. Stem cell ini dipercayai boleh digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit berkaitan dengan darah.
*
Okey... kalian boleh rujuk link berikut untuk mengetahui tentang kepentingan penyimpanan stem cell ini :
*
Mahal??? Maybe ramai yang takut nak menyimpan sebab risaukan harga yang vadevassss yang perlu dibayar. Di CellSafe International (CSI) ini, ada beberapa pakej yang ditawarkan dengan harga yang berbeza. Kalo bayar selepuk, memang pengsan sebab mana nak cekau duit? Nak prepare duit untuk kehadiran baby baru lagi kan??? Tapi kat CSI boleh bayar secara installment selama setahun. Perbezaan harga adalah mengikut kaedah penyimpanan.
Boleh rujuk link berikut untuk melihat perbezaan pakej yang ditawarkan :
*
Ada 4 tawaran pakej iaitu Silver, Gold, Platinum & Diamond.
Sebenarnya saya beritau pasal CSI nih ialah sebab, saya dapat 3 keping voucher potongan harga untuk sesiapa yang berminat nak sign-up untuk penyimpanan cell stem nih.
  • Diskaun RM 700 untuk Platinum / Diamond pakej.
  • Diskaun RM 350 untuk Silver pakej

Harga selepas diskaun untuk pakej adalah seperti berikut :

  • Silver : RM 1950.00
  • Platinum : RM 4600.00
  • Diamond : RM 5600.00
Wowowoooo... sebenarnya saya sangat jeles pasal harga lebih murah dari harga masa saya sign-up dulu. Dulu saya sign-up pakej Platinum, harga adalah melebihi 5k hokehhhh... Ermmm, sekali lagi saya ingatkan bayaran adalah secara ansuran selama 12 bulan yerrr.... bukan bayo selepuk. Baru minggu lepas saya dapat voucher nih. Oh.. voucher nih ada tarikh luput, sah sehingga 30 April 2010 sahaja. Dan sesiapa yang sign-up sebelum 31 Mac 2010, ada hadiah misteri untuk anda!!!
*
Kalo kalian nak tahu lebih banyak tentang penyimpanan cell stem nih bolehlah ke website rasmi CSI macam kat link-link di atas tu. Atau kalian boleh contact nombor-nombor di bawah ni:
  • Klang Valley : 03-22820890
  • Ipoh : 05-5477390
  • JB : 07-3346077 (Atau boleh direct call pada Cik Superina :0192834309)
  • Penang : 04-2299627

Jadi, specially untuk kawan-kawan yang sedang preggy bolehlah fikir- fikirkan untuk simpan cell stem baby anda. Sekali simpan saja... kalo dah simpan cell stem sorang anak, yang lain tak perlu sebab all the siblings dan parents boleh guna. We never knows what will happen in future kannn?? Jadi why not ketepikan sedikit duit untuk simpanan cell stem baby ini. Okeh.. saya nak bagi jer voucher nih pada kalian yang berminat. Hanya ada 3 voucher sahaja!!!!! Oh ya... ini untuk serious mummy aje ekkkk... Kalo memang dah decide nak sign-up bolehlah request voucher nih, sebab sayang laaa kan kalo u oll amik tapi tak jadik sign-up, orang lain yang serius nak dah tak dapat pulak nanti. Jangan lupa tarikh tutup adalah sehingga 30 April 2010.

Sharing is caring kankankannnnn....... :D

** Untuk mengetahui status halal/haram penggunaan cell stem ini boleh rujuk di link ini :

http://www.topcorridor.com.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=52

** UPDATED : Bagi yang musykil tentang kaedah pengambilan stem cell nih. Stem cell nih akan dicollect semasa kelahiran baby. Biasanya kita discuss dulu dengan Doktor yang kita nak collect stem cell nih. Doktor biasanya tau macammana nak buat, cuma kena maklumkan pada Doktor yang bertugas aje lah. Then person incharge (from CSI) akan uruskan penghantaran stem cell tu untuk penyimpanan...


Gelora...

Membaca entri Kak Non yang INI tiba-tiba membuat saya jiwang... :D
Serius tiba-tiba ingatan saya pada si dia makin bertambah.
*
Saya sebenarnya malas nak berkeluh-kesah tentang perasaan ke hape tentang si dia.. sebab nanti saya takut ada yang muntah darah pulak membaca... Tapi kalo saya tak jiwang-jiwang kat blog saya, kat mana pulak saya nak menjiwang... muakakakaaaa.... U olls redha jek laaaa yer nokssss. Kalo agak-agak dah biru tahan muntah tu, tekan aje X kat tab atas nunnnn... :P
*
Sebenarnya semalam saya sentap. Saya amik Aina balik sekolah terlewat sikit sebab hujan lebat sangat. Tak laaa lewat mana pun, lewat 10 minit jer. Bila saya masuk kat tadika dia, dia lari-lari dapat saya dan cakap, "Ibu... Abah mana??? Abah tak amik Aina ke??? Abah dah balik ek???"
Air mukanya penuh mengharap. Terjenguk-jenguk dia carik bayang abahnya. Saya tau pertanyaan Aina adalah serius, bukan main-main. Saya tak tau kenapa tiba-tiba dia mengharapkan abah dia datang menjemput. Bila saya jawab abah belum balik, nampak hampa wajah dia. Memang sentap hokehhhh... kalo tak sebab ada cikgu dia kat situ, mau saya dah meleleh time tu. Dalam kereta saya tanya kenapa Aina tanya abah tiba-tiba. Jujur aje dia jawab, "Aina rindu abah... Lama tak jumpa abah..." Okehhhhh.... Adegan selepas itu, tak payah kepoci kat sini.
*
Anak-anak rindukan abahnya, saya lebihlah lagi. Siapa yang tak rindu kan? Tak jumpa sehari dua pun dah rasa rindu, inikan pula sudah 45 hari. Kalo orang bersalin, dah habis tempoh pantang. Sudahlah tak jumpa, nak call pun susah. Sebab si dia stay kat atas kapal nun di tengah laut. Atas kapal tu diorang guna satelite phone, yang tak laratnya diorang kawal penggunaan telefon tu. Setiap orang boleh guna seminggu sekali je, untuk jangka masa hanya 3 minit!!!
*
Kelmarin si dia ada call, Aina tengah tido, Ainin pulak tengah merajuk dengan saya sebab taknak pakai baju.. apa kes ntahhhh.. Jadi kedua-duanya tak bercakap dengan abah. Si dia bagitau, laut tengah bergelora macam hati kami, bila laut bergelora macam tu diorang tak boleh keje. Dah lima hari tak boleh keje, melayan mabuk laut jer kat kapal. Kalo tak boleh nak keje, bile keje nak siap yangggg??? Jadi kesimpulannya memang lambat lagi lah dia boleh balik. Sian suami saya... Semoga Allah melindungi suami saya di sana.
*
Bercakap soal rindu, saya tak berminat langsung kalo ada yang mengusik saya rindu sebab tak 'dapat'. U know what I mean??? Kalo kalian pernah terbaca entri emosi saya tentang kalo tak reti bagi komen, baik tak payah komen.. haaaa itu pasal saya bengang lah tu. Halooooo... hubungan suami-isteri yang satu itu tak perlu lah nak dijadikan bahan usikan, atau bahan lawak bangang anda yer? Tak ada istilah kegersangan bagi saya. Saya rindu suami saya sebab saya mahu dia di sisi untuk dengar cerita saya, makan masakan saya, jaga anak-anak dengan saya, melayan PMS emosi saya, shopping perabih duit dengan saya, berjalan-jalan dengan saya... saya ada berjuta-juta sebab untuk rindukan suami saya.. Bukan sebab yang satu itu. Apakah orang yang beranggapan sebegitu, hanya perlukan kehadiran suami untuk melampiaskan nafsu itu sahaja??? Sangat bodoh dan bangang lah orang yang boleh bagi kata-kata... "Elehhh... rilek laaa.. aku tau laaa ko dah lama tak dapat", bila saya kata saya marah dengan diri sendiri sebab asyik emosi dengan anak-anak.
WTF!!!!!!!!! Jadi maafkan saya, saya harap walopun kalian ada terdetik macam tu jauh di sudut hati, tolong jangan beri saya kata-kata itu. Saya memang tak minat nak dengo atau baca.
*
Eh jiwang ke emo entri saya nih??? Waakakkakakaaaaa.... Saya tak kiralah apapun genrenya, yang penting hati saya bergelora macam lautan Parsi... Saya rindu teramat sangat pada si dia.... Harap-harap, lautan tidaklah bergelora lagi supaya si dia boleh cepat-cepat siapkan kerja dan pulang ke pangkuan kami.... :)

Thursday, March 25, 2010

Susahnya Jadi Anak Cikgu....

Susahnya jadi anak cikgu... owhhh, ini bukan keluhan saya ataupun keluhan anak murid saya. Tetapi ini adalah kesimpulan awal yang saya buat dari pemerhatian terhadap senario yang saya lalui sehari-hari.
  • Anak cikgu mesti berhemah
  • Anak cikgu jangan buat salah
  • Anak cikgu mesti dalam kumpulan cemerlang
  • Anak cikgu mesti berketrampilan
  • Anak cikgu mesti aktif

Anak cikgu itu, anak cikgu ini... owh banyak lagi sebenarnya, tak tersenarai oleh saya. Tapi saya nak tambah sikit lagik...

  • Anak cikgu kan kalo kena marah dengan cikgu yang merupakan kawan-kawan mak dia, tak boleh sukahati nak ngadu naseb kat mak sendiri, sebab nanti gerenti kena tambah dos lagik... :P
  • Anak cikgu jugak kan, kalo buat perangai keji gerenti kejap je mak dah boleh tau.. tak dapek laaa nak cover-cover line.
  • Anak cikgu kan kalo kena denda atas kesalahan macam tak siap keje sekolah ke atau tak bawak buku ke, gerenti sentap.. nak-nak kalo masa kena denda tu mak sendiri lalu depan kelas, lebih sentap lagik kalo yang mendenda tu mak sendiri merangkap cikgu kat kelas dia.
  • Anak cikgu kan mesti asik kena soal dalam kelas. Jadi susah nak layan blues mahupun berangan-angan atau buat keje lain dalam kelas. Kena sentiasa alert dan bersiap-sedia.. kalo tak malu wehhh tak dapat jawab.. :P
  • Anak cikgu tak boleh perahsan diva sebab kalo dia perahsan diva, bukan dia aje yang asik kena kutuk malah mak dia pun sekali menjadi mangsa mulut laser cikgu Bedah lain.

Tapi sebenarnya kan saya rasa yang lebih susah lagi adalah cikgu yang ada anak kat sekolah itu sendiri. Kenapa????

  • Cikgu kena pastikan anak sendiri adalah tip top kelakuannya mahupun akademiknya.
  • Cikgu adalah sangat malu kalo kemain lagik marah anak orang tak siap homework, tak bawak buku, tapi anak sendirik pun asik tak siap homework, tak bawak buku, tak bawak itu.. tak bawak ini... apa kes???
  • Cikgu adalah lebih sentap bila dapat tau anak sendirik menjadi kutukan kawan-kawan sekerja.
  • Cikgu adalah sangat bengang hokeh bila anak sendirik asik dapat nombor corot aje.
  • Cikgu akan rasa rendah diri, kalo anak sendiri terlalu pasif dalam aktiviti sekolah. Sedangkan anak kawan-kawan lain kemain lagik, masuk pertandingan itu, join acara ini..
  • Cikgu setiap hari mesti nak pastikan kelengkapan anak adalah tiptop, penampilan anak adalah kemas atau kalo tak nanti ada laaa umpatan keji seperti - amboiii.. mak kemain cun bergaya lagik, anak kemprohhhhh*

Itu juga adalah di antara pemerhatian saya selama beberapa tahun saya menjadi cikgu ini. Semua ini saya mesti jot down, sebab suatu masa nanti saya pun akan melalui keadaan yang sama. Dan saya harus mempersiapkan diri untuk keadaan sedemikian rupa.

Eh tapikan, saya perhatikan setakat inilah... kebanyakan anak-anak cikgu-cikgi di sekolah saya adalah behave. Meskipun sederhana dalam akademik, namun perilaku adalah terkawal. Kalo nakal pun biasa lah nakal budak-budak. Mungkin sebab mak atau ayah sendiri ada di depan mata. Cuma adalah anak-anak cikgu perahsan diva yang seorang nih jer perangai agak kureng sikit. Sebab??? Owhhh.. sebab mak dia terlalu manjakan. Mak dia langsung tak boleh terima kalo cikgu lain marah anak dia. Anak-anak dia manjang semua btollll... Maka anak-anak dia adalah mengada hokehhh. Yang ni memang sentiasa jadik umpat-keji cikgu-cikgi lain.

Saya kan pernahlah denda sorang anak murid (anak cikgu) saya darjah dua pasal tak siap homework. Alasan dia tak sempat. Saya suruh dia dan murid lain yang tak siap kerja duduk bersila depan kelas buat kerja yang tak siap tu. Sekali anak cikgu tu boleh menanges teresak-esak macamlah saya dah pukul dia pulak. Huhuuhuuuu... Saya agak cuak jugak. Saya tanya dia kenapa. Rupanya dia takut saya bagi tau ayah dia (which is kawan saya lah) kes dia tak buat homework, nanti ayah dia belasah dia... wohoooooo..... Saya jadik kesian pulak kat dia. Saya promise takkan bagitau ayah dia, then baru dia bertenang. Lawak jugak... Tapi kesian pun ado... Stress kan anak cikgu nih... :P

Lagi satu saya perhatikan anak-anak cikgu nih diorang suka berada dalam kumpulan anak-anak cikgu jugak. Kalo tengok, ramai yang kawan baik pun anak cikgu gak. Kenapa??? Mungkin sebab anak-anak cikgu nih dari kecik lagik dah terbiasa berkawan di kalangan mereka. Maklum bila mak-ayah ada aktiviti kat sekolah, anak-anak pun biasa dibawak sama. Jadik, dari kecik lagik diorang dah kenal sesama sendiri, bila bersekolah memang jadik kamceng lah kannn.

Tapi apapun, anak cikgu ke, anak siapa pun... layanan nya tetap sama rata. Anak cikgu pun kena marah, anak cikgu pun tak boleh lepas dari denda. Tak ada sikap pilih kasih di dalam kelas. Ilmu yang diberi pun adalah sama rata untuk semuanya, takde lah pulak anak cikgu bagi lebih, anak bukan cikgu bagi kurang. Tak ada kelebihan apapun untuk anak-anak cikgu. Mungkin kalo lebih pun sebab mak-ayah sendirik ada depan mata..tu je.. boleh panggil kelebihan ke tu??? Kalo saya stress wehhhh, nak nakal lebih-lebih pun tak boleh beb!!! Saya teringat kata GB saya yang beri peringatan supaya para cikgu menjaga perilaku anak masing-masing... kata GB "Jangan sampai anak cikgu kena lempang"... huhuhuuuuuuu

Siapa yang pernah ada pengalaman sebagai "Aku seorang anak cikgu" ? Sama ke pengalamannya jadik anak cikgu zaman dulu dengan anak cikgu zaman sekarang??? Dan bagi pandangan orang lain yang bukan cikgu pulak macammana??? :D

** kemproh dalam bahasa Jawa maknanya selekeh... :D


Wednesday, March 24, 2010

Short & Sexy...

Short & Sexy??? Semestinya bukan skirt atau pants saya... hahhahahaaaa
*
Bilakah kali terakhir anda menggunting rambut atau merias rambut anda??? Kalau saya, seingat saya saya sudah 1 tahun 8 bulan tidak menggunting rambut. Ya... sejak Ainin lahir, saya belum lagi menggunting rambut. Masa sebelum melahirkan, mak saya tak bagi gunting sebab nanti masa pantang kalo rambut pendek tak boleh nak ikat-toncet-tinggi tipikal orang berpantang.
*
Untuk wanita bertudung yang ayu dan sopan seperti saya ini, gaya potongan rambut adalah tidak menjadi keutamaan. Bagi sayalah, mungkin tidak bagi anda.. mungkin bagi orang lain yang bertudung, gaya rambut tetap vogue devasssssss... :D
*
Tapi memandangkan bila saya tengok gambar ini.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dan saya jeling-jeling cermin sambil pegang bantal seperti dalam gambar di atas tu, saya rasa semacam ada persamaan.. maka saya adalah ngeri... :P Rambut mak nih dah panjang sangat u ollssss... Dah susah kalo asik nak mandi wajib nak diuruskan. Kepala pun dah macam rasa berat jer. Berat saya pun dah bertambah disebabkan berat rambut saya yang panjang ini... okeh yang ni memang takde kaitan.... wakakkakaaaa.... :D

Saya bercadang nak gunting rambut dan buat sikit hair-do pada rambut saya. Saya google kat google image dengan tajuk ini --> "short and sexy haircut" dan saya telah terpesona melihat beberapa gaya potongan rambut ini....

*

Ai very heart this one... cantik lorrrrrrr

*

Kalo yang ini, maknanya saya kena buat rebonding... tapi cun lah


*

Yang ni lebih kurang yang atas tu, tapi panjang sikit...

*

*
Errr.. tapi sila bayangkan warna rambut adalah kekal hitam yer. Kalo mak kaler rambut serupa itu, mau laki mak balik nanti dia botakkan pale mak... hahahhahaaaa. Cantik lah ketiga-tiga stail tu. Saya perasan saya akan jadi cantik jugak lah kalo buat rambut macam tu... ngeeeee...

Kalo u olls... antara 3 tu, mana yang jadik pilihan??? Tetap nak tanya u olls tawww.... hahahhaaa


Tuesday, March 23, 2010

Cantik Itu Subjektif...

Cantik itu subjektif. Cantik di mata si A mungkin pula tidak cantik di mata si B.
*
Bertuahnya insan yang memiliki cantik di luar dan juga di dalam. Namun manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Semuanya memiliki kecantikan yang tersendiri. Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir mesti ingin dilihat cantik. Siapa yang tak nak cantik? Siapa pula yang tak nak dipuji cantik?
*
Menurut kamus Oxford BI-BM kaler biru tua yang koyak saya miliki, Beautiful maknanya Cantik. Manakala Blogger pula membawa maksud Tuan Punya blog/Penulis Blog. Jadi kalau Beautiful Blogger ertinya apa murid-murid???? Tuan punya blog/Penulis Blog Yang Cantik. Setuju???? Saya sangat-sangat bersetuju dengan istilah tersebut, apatah lagi bila pada hari ini saya telah dianugerahkan dengan ini.........
*

*

Ya... saya telah dianugerahkan dengan Beautiful Justify FullBlogger Award oleh bukan seorang yer, tetapi oleh dua orang blogger yang cantik-cantik juga... Terima kasih berjuta-juta kali saya ucapkan untuk MamaZety dan juga the new comer of SAHM yang bertuah iaitu CikYanApapaje. Korang, I am really honoured!!! *lap air mata*
*

Jadi rules bagi penerima award ini adalah...

  • Thank & Link the person that gave you the award ---> Done!!!
  • State 7 things about yourself seven?? can we make it three??

So here we goes amigos... What so great about me that you should know... okeh mari mulakan sesi pecah otak :P

  1. Saya mempunyai emosi yang bercampur-aduk - adakalanya saya boleh menjadi sangat lembut dan penyayang, adakala saya boleh menjadi seorang yang sangat tegas dan garang, adakala saya juga boleh menjadi seorang yang amat sensitif terutama bila PMS
  2. Saya memang sangat fanatik membaca - terutamanya novel. I really do!!! Saya dan novel adalah umpama laut dan pantai, sentiasa bergandingan. Saya tak boleh membayangkan hidup saya tanpa bahan bacaan. Dan sejak dua tahun kebelakangan ini saya menambah variasi pembacaan saya secara maya, membaca blog orang. Sebenarnya ianya lebih kepada memadukan novel yang saya puja. Sekarang saya terpaksa membahagikan cinta saya di antara novel dan blog.
  3. Saya mempunyai pandangan yang luas tentang pengertian berjauhan tapi bila saya PMS, yang luas itu menjadi sempit..kahkahkah. Sabar dan berjauhan adalah perlu sentiasa digandingkan... Berjauhan itu memang bukan mudah, tetapi bukan mustahil untuk ditempuh. :)
  4. Saya mempunyai tempoh masa 3 bulan sahaja lagi untuk melengkapkan BF journey, apabila bulan Mac ini berakhir... YEAYYYY!!!!
  5. Saya sudah ketandusan idea nak merepek apa lagi di sini... Okehhh... Tarik napasss.... Lepassss.... Baiklah, saya kan memang tipikal perempuan yang tak boleh berpisah dengan perkataan s.h.o.p.p.i.n.g - giler ahhhh... saya suka handbags, baju, mekap, kasut, whatever u name it!!! :P
  6. Oh... Saya nak bangga di sini untuk menyatakan tadi saya di observe oleh GB saya.. dan beliau menulis beberapa point yang membuat lubang idung saya makin kembang iaitu sesi P&P berjalan lancar, murid-murid menjalani pembelajaran dengan penuh minat dan aktiviti yang dijalankan melibatkan keseluruhan kelas. Ada yang nak hantar anak belajar kat sekolah saya??? Hahahhahaaaa.....
  7. Dah nombor tujuh kahhhh???? Fuhhhhhhhh *lap peluh*... Ok point terakhir berkenaan saya adalah jiwang. Sila muntah... Sebab jiwang saya nak tukar warna font jadik pink kejap lagi.... saya sedang merindui suami saya yang terchenta ... okeh full stop.

Rule no. 3, pass this award to 15 bloggerz that you've discovered and think they are fantastic....

15 only??? Wehhhh... all my blogger-friends are FANTASTIC and BEAUTIFUL too okehhh!!!

Jadi, sebab terpaksa pilih 15 as the rule given, here it goes...

  1. Zufa MIO yang dipanggil INTAN juga oleh ibunya
  2. Mimi Kawaii @ YuEs yang bakal honeymoon dengan ai nanti.. :D
  3. Cik Chelsea yang bakal menjadi Cik PTD
  4. Ely yang kumpul stok bujang trangtangtangggg
  5. Cik Fid si tokey emas... :)
  6. Cik Wa @ I.K yang baru ku cuba-cuba senggol.. ahhahaaa
  7. Mama Aina yang baru menambah stok anak daranya.. ahahhaaa
  8. Izzahazfar yang gigih menjadi fulltime pumping mom.. chaiiyyyoooo
  9. Kak Non yang always Vogue
  10. Marisa yang belum bersalin lagik.. :D
  11. Ina Abdullah @ Matahariku yang sedang mabuk-mabuk manjer... ahakssss
  12. Dian DNNA yang busy dengan assignment
  13. Kak Sue yang masih dalam mood bulan madu di awan biru.. :P
  14. Arnie yang baru mengunci blognya... :D
  15. Ummi Nor yang dah seminggu tak update blog dan dah lama tak tinggal jejak

Okeh.. memang ada yang dah dapat pun award nih dari blogger lain, tapi saya beri juga sebab saya tengok korang belum buat lagik kat blog...

Maka sekianlah TAG terkini yang telah saya selesaikan.... :D




Nak Jugak!!!!...

Meroyan tengok Entri Cik Fid kat sini :

http://yuitsumuni.com/2010/03/19/gold-saving-maybank/


Cik Fid udah memulakan langkah menjadi tokei emas. Saya tengah korek tabung ayam, kira duit cukup ke idak nak ikut jejak langkah Cik Fid.. Tak pun, saya kena tunggu saudagar yang tengah belayar nun di tengah lautan Parsi pulang ke pangkuan.. kot-kot dia ada bawak duit seguni untuk saya beli emas... :P
*
Semalam dah soal-siasat Cik Fid. Antara bijik butirnya saya nak catat kat sini untuk ingatan saya dan tuan saudagar :
  • minimum pembukaan akaun adalah 5g sahaja (mengikut harga emas semasa)
  • tiada tempoh had simpanan
  • tiada tempoh had untuk pengeluaran - means kalo bulan nih simpan, bulan depan nak kuor pun boleh. eh ko nih lom simpan dah sibuk nak keluorkan kerrr???
  • tiada tempoh matang - means tak perlu tunggu 5 ke 10 tahun ke untuk pengeluaran.
  • boleh tambah simpanan minimum 1g.
  • simpanan adalah mengikut harga emas semasa
  • zakat perlu dibayar bila simpanan dah cukup hol (eja?) - zakat menyucikan wang kita... :)

Semalam saya dah kira-kira dengan Cik Fid, katalah simpan emas sekarang 5g.. Harga emas hari ni RM 122 (ek?) = RM610. Katakan lima tahun lagik emas mencanak naik sampai RM200 segram, dah ada RM1000. Dah untung RM 390 kankankannnn. Tu kalo 5g.. Kalo 10g, 20g, 100g????? Hahhh... amik ko 100g... pengsannnn... :P

Bagi saya kira baguslah bukak akaun simpanan emas nih untuk memvariasikan simpanan kita. Selain dari simpanan-simpanan tak berpenghujung kat Jusco mahupun lain-lain kedai hakulah tu, perlu jugak kita ada simpanan yang membuahkan hasil untuk masa-masa kesempitan yang tak diketahui bila kannnn...

Tengkiu lah Cik Fid sebab dah mengorak langkah ke arah menjadi tokei emas nih, jadik ada laa jugak tempat saya nak merujuk dan bertanya soalan-soalan yang segan nak ditanya kat pegawai bank.. hahahhaaaaa... :D

Sekarang nih kan, kalo beli emas paras siku... bergayut kat leher sampai leher patah, buatnya kena ragut... putih mata... Marilah kita beli emas banyak-banyak yang orang tak nampak.

Oklah... saya nak sambung kire duit syiling dalam tabung ayam lagik nihhhh... Semoga ada rezeki saya untuk mengikut jejak langkah bakal besan Cik Fid. Anda bila lagi??? :)


Monday, March 22, 2010

ApA???!!!!!....

ApA?????!!!!!!!! No entry for today??? Huahuahuaaaa.... Saya takde idea nak gossip apa hari ni. Tapi masih jugak gatal nak menaip... :P
Okeh... kalian, kalo saya tanya kalian apa gosip terhangat yang kalian rasa nak saya bebelkan kat blog saya nih? Tak kira laaaa pasal gosip-gosip kat dalam sekolah ker, kat luar sekolah ke.... hahhahaaaa... apsal lak nak tanya kat korang ek?? Nampak beno saya ketandusan idea tapi masih sibuk nak memblog. Deyyy.. dah takde idea tu, duk dendiam udah lerrrrr.... :P
Eh Cik Liana ada tanya saya pasal nak buat emoticon kat entri. Saya takde tulis steps nak buatnya kat blog saya nih. Sebab saya refer blog Kak Non Vogue. Tapi tadi saya try bukak link blog Kak Non, rupanya tu blog lama dia.. dah tak wujud lagik. So Kak Non Vogue ku sayang, ahkak ingat lagi ke tak cemana nak wat emoticon tu??? Boleh tak reveal lagik sekali kak??? Bolehlah Cik Liana tu belajar cemana nak wat emoticon tu.... :D

Sunday, March 21, 2010

Pasar Malam...

*Gambar ihsan pakcik G. Image*


Pasar malam... sape yang suka pi pasar malam, sila ketuk keyboard... :P
*
Pasar malam dan saya ada sedikit kenangan silam yang sentiasa manis untuk dikenang. Errr.. bukan sebab saya pernah ada hubungan dengan abang pasar malam... huahuahuaaaa... Pasar malam kat tempat saya, Pasir Gudang agak best jugak. Dulu masa saya muda-remaja, acara ke Pasar Malam ini merupakan acara wajib saya dan bespren. Sanggup tu menapak jauh-jauh dari rumah mak saya ke pasar malam nih - which is sekarang saya rasa kalo menapak adalah jauh, tapi dulu apsal tak rasa macam tu pun??? :D
*
Memang kalo hari Sabtu, pukul 5 lagik kami dah meronggeng ke pasar malam tu. Err.. kami tak pergi pasar malam waktu malam sebab mak ayah saya tak bagi.. huhuhuuuu... jadik petang-petang je lah kami pi.
*
Bila saya dah cukup umo.. atau dalam lain perkataan dah kawen, saya memang dah jarang ke pasar malam nih. Bukanlah sebab poyos kedaung tammo pi pasar malam lagik. Tapi pasal adalah malasssss mengenangkan ramainye orang nak bersenggol-senggolan kat pasar malam tu. Maklumlah dah dapat teman senggolan yang terchenta, maka tak rela disenggol dan menyenggol umat lain kekdahnya. Lagipun pasar malam kat area rumah kami adalah tak best, maka takde berahi langsung nak ke pasar malam.
*
Tapi semalam, kan bumi Pasir Gudang nih dilimpahi rahmat.. hujan sepanjang hari. Maka bila dah petang, hujan dah berenti.. perut pulak bergendang dalam suasana sejuk yang menggeget tulang rusuk. Bila lapo, tiba-tiba kepala teringat pasar malam. Teringat aneka makanan yang ada kat pasar malam. Teringat rojak asma, rangka ayam goreng, rojak buah.... *drooling*
*
Saya tanya Aina, nak ikut ibu pi pasar malam tak???
Aina kata, "Pasar apa ibu? Pasar semalam ye," dengan muka kompius.
"Bukan... Pasar Malammmmm," saya menegaskan.
"Tapi kan siang lagi ibu, belum malammmmmm lahhhh???" Okeh... memang zero pengetahuan anakku tentang Pasar Malam ini. Kasihan anakku... bukan aje tak pernah pi pasar malam nampaknya, dengo perkataan pasar malam pun idak... :P
*
Maka saya pun membawa Aina ke pasar malam semalam. Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan Pasar Malam kepada Aina di samping membeli-belah untuk mengisi tembolok juga perut yang berbunyik tak henti-henti. Memang memborong tak hengat. Semua saya tengok sedap menawan tekak. Saya beli rojak asma, rangka ayam goreng, kulit ayam goreng, kentang goreng, rojak buah campur, air cendol sedap yang mana semuanya makanan peberet saya zaman dahulu. Tapi giler ahhh tukang jualnya adalah masih sama dari dulu sampai sekarang... sungguh saya saspek!!! :P
*
Dan selepas itu, saya pun tersandar kekenyangan. Saya toleh Aina, tanya dia dah tau tak Pasar Malam tu apa?"
"Pasar yang dekat Kip Mart tu sama tak dengan pasar malam, ibu???"
"Pasar yang jual ikan ayam tu tak sama dengan pasar malam, sebab tu tak de jual makanan. Tapi kalo pasar malam.. semuaaaaaaa ada jual.. ada jual baju, tudung, makanan, air, ayam, ikan, sayur.. macam-macam ada..."
"OOoooOOOoooo... macam Jusco lah ibu kannnn..."
Hahahhahaaaaaa.... Apa-apalah nak oooiiiii.... :D
*
Pasar malam adalah heaven sebenarnya. Tapi menurut saya, pasar malam yang paling best bagi saya adalah Pasar Malam di Bandar Pusat Jengka... Memang beso pasar malamnya, dan segala tok nek ado jual. I miss pasar malam Jengka so much... :)

Thursday, March 18, 2010

Panjang Atau Pendek???

Anda suka yang panjangkah atau yang pendekkah??? Kalo diberi pilihan, mana satu yang anda mau??? Panjang atau pendek???? Saya??? Saya mestilah suka yang panjang... :D
*
Ehhhh copppp... Kenapa ada yang tersenyum simpul tiba-tiba?? Ada yang berfikiran kejikah??? Saya tidak membuat statement berkenaan anatomi bagi homo sapiens yer... kuikuikuiiii... Walopun blog saya berwarna biru, tetapi pemikiran saya suci (?) dan tidak diwarnai dengan warna biru, paling tidak pun TIDAK untuk entri yang ini... :P
*
Ini berkenaan entri dan komen di blog, samada blog sendiri atau blog orang lain.
*
1. Entri di blog sendiri : Anda suka tulis yang panjang atau yang pendek?
2. Entri di blog orang : Anda suka baca yang panjang atau yang pendek?
3. Komen di blog anda : Anda suka komen yang panjang atau yang pendek?
*
Kalo saya... untuk (1) dan (2) saya lebih suka yang panjang.
*
Saya suka menulis entri yang panjang. Kenapa saya suka menulis entri yang panjang? Sebab kalo saya baca entri orang, saya suka entri yang panjang... Saya rasa puas membacanya. Ehemmm.. itu SAYA lahhhh... saya tak tau laaa kalo orang datang baca entri-entri saya yang kebanyakannya panjang berjela nih orang suka atau tak. Entah-entah orang menyampah, tak kuasa nak baca setiap bijik butir perkataan dalam entri saya. Saya suka menulis sebenarnya.. walopun saya tau, saya banyak merapu dalam blog saya nih. Blog saya bukanlah blog ilmiah, walopun saya adalah orang yang menyampaikan ilmu. Saya terasa ada sedikit krisis identiti di situ.. ahahhaaaaa... Tapi itulah, saya di blog dan juga in-person adalah totally different dengan saya di sekolah. Saya sebagai Sayang.Ibu @ Intan adalah sangat berbeza dengan Cikgu Intan. Kalo anak murid saya baca blog saya ini, mesti dia pengsan 44 kali. Siapa bloggers yang pernah jumpa saya in-person taulah saya macammana, eh tapi tak jugak.. sebab u olls pun tak pernah lagi jumpa the real Cikgu Intan di sekolah kannn..? Split identity??? Ermmm... tidak, masih bukan tahap kecelaruan minda lagi.. jangan risau.. hahahahaaa.. Tapi itulah, berbalik kepada entri rapikan puaka nyiang rapik tadi, memang bila saya menulis, atau lebih tepat lagi menaip... saya tidak dapat menahan diri dari memanjang-manjangkan cerita. Saya memang suka sangat merapu menulis panjang-panjang. Bagi saya menulis seperti memasak, makin banyak rencah makin sedaplah masakan... :)
*
Dulukan, masa zaman remaja saya di sekolah menengah, saya ada berangan nak jadik penulis novel... kahkahkahhhh.. Saya ada buku cerpen tawww... Kalo Kak Yati Berahim baca, memang nanges sebab karya yang tak tercapai dek akal akan rapikannya kahkahkahhhhh.... :P
Memang saya berangan menulis cerpen tu. Tapi saya tak pernah hantar kat mana-mana pun. Cukuplah sebagai angan-angan mat jenin saya. Bila saya sambung study, saya takde masa nak berangan-perasan-jiwang tulis-tulis cerpen lagik. Owhhh.. tapi saya masih menulis jugak, saya tulis assignment... Walopun copy-paste, pun kira tulis jugak kannnn.... hahahhaaa. Bila habis study, saya takde langsung peluang menulis lagik. Namun bila saya berkenalan dengan dunia blogging... owhhh saya mula naik syeh (eja?) menulis lagik. Kadang-kadang saya cuba nak menaip sesuatu yang serius.. mungkin ada jugak lah entri saya yang serius, tapi tak banyak sebab tipikal me in-person adalah not-too-serious-person. Itulah saya dan gaya penulisan saya di blog. Namun saya memang sukakan entri yang panjang, di blog saya mahupun blog yang saya kunjungi.
*
Berkenaan (3).. Saya tak boleh nak tetapkan panjang @ pendek komen dari orang lain di blog saya. Sebab itu terpulang pada pengunjung. Saya tak boleh kata saya suka komen yang panjang, nanti readers yang bagi komen pendek, tak jadik nak mengomen. Kalo saya kata saya suka komen pendek, kang yang komen panjang pulak terbantut nak mengomen. So.. untuk komen, saya terima seadanya. Saya tak kisah anda komen panjang ke, komen pendek ke... Yang paling utama.. saya sukakan komen-komen anda!!! Seingat saya setakat ini saya belum pernah lagi mendapat komen yang tak membina.. anda semua memang pengomen yang hebat!!! I heart u olls very the strong!!! Dan selagi saya mampu saya akan reply komen-komen kalian.. mesti mahu reply, sebab kalo saya komen kat blog orang, saya tertunggu-tunggu orang reply MIO, kenapa ko dah lama tak reply komen aku kat blog ko, ko busy sangatkah??. Jadi saya beranggapan, orang lain pun begitu. Pada saya mengreply (?) komen orang adalah sebagai satu penghargaan untuk pengomen dan juga pembaca blog saya. Tanpa anda, sepilah blog saya ini... Terima kasih untuk kalian yang sudi meninggalkan jejak kasihan di blog syiok sendiri saya tak kiralah betapa merapu pun entri yang saya hidangkan untuk anda... Ailebiu olls... Dah macam ucapan menang award ABP (Anugerah Bloggerz Popular) :P
*
Tengok.. berjela lagik rapikan saya. Yang sebenarnya saya nak tanya 3 soalan di atas saja, tapi saya dah elaborate panjang lebor. Cannot help maaaa... hahahaaaa... Kalian jawablah 3 soalan tu yer... nih macam survey pun yer nih.. ahakssss.. :P


Wednesday, March 17, 2010

Terima Kasih Daun Keladi....

Hari ini, saya dapat parcel dari Puan Dian @ http://d-n-n-a.blogspot.com/ . Terharu sungguh bila dapat kiriman yang tak diduga nih.
*
Parcel yang dinantikan... :D
*

*
Souvenir yang sangat-sangat istimewa dari Dian. Siyes tak sangka dia betul-betul bagi sourvenir ini untuk saya. Dian nih rakan blogger saya... actually agak baru jugak kami berkenal-kenalan di alam blogger nih, tapi memang cepat btol sehati berdansa mesra dengan dia nih walaupun memang belum pernah bersua muka. Entah kalo bersua muka entahkan sehappening dalam blog ataupun diam membisu seribu bahasa ekkkk.. hahahhaaa... :P

Dian nih rupa-rupanya aktif dengan hobi barunya. Kalo Cik Fid sibuk dengan tema senget yang entah di mana senget pun saya tak tau, pasal saya tengok hasil jaetan dia hokehhhh ajer... si Dian nih pun sama... Yang mana mak sangat jeles pasal mak nih apsal tak terbukak hati nak menjaet lagik. Apakah dengan membeli mesin jaet, maka saya akan menjaet? Atau saya akan menjadikan mesin jaet itu sebagai hiasan seumpama gajah putih di rumah saya??? Tengok kawan-kawan menjaet, teringin jugak nak menjaet... tapi keinginan tu setakat menjadik keinginan ajer pasal saya belum ada kekuatan (?) untuk menceburkan diri dalam arena penjaetan...cakap aje lah ko MALAS yang beso nyahhh oooiiiiii :P
*
Eh, bebel merapu pulakkkk... kuikuikuiiiii... Kalian nak tau apa dalam parcel tu???? :D

*
*

Saya dapat iniiiiiiiii...... Taraaaaaa!!!

*
Okeh.. ai bukak sikit untuk pandangan mata hati bundar u olls...
Washable panty liners versi D.N.N.A... u olls ado??? :P

*
Sangat comey tawwww... Saya sangat sukakkkk lagi-lagi sebab dapat FREE. Saya received parcel nih kat sekolah, kebetulan pagi tadi kan saya ada kelas tambahan. Saya bukak dan sebab kecomelannya, kawan-kawan saya yang tengok terus berminat dan paksa saya order dari Dian. Cik Puan Dian... silalah siapkan tempahan kawan-kawan saya yer... ahahhaaaa.. *wink*
*

Ada yang berminat??? Saya rasa Dian jual washable panty liners nih... Kalian tanyalah dia kat @ http://d-n-n-a.blogspot.com/ . Segan??? Nak suruh saya tanyakan pun boleh jugakkkk... hehheheheeee...

Anyway Dianku sayang... Terima kasih daun keladi ada apa-apa yang free bagilah lagi, ku sangat suka pemberianmu ini... Ailebiu very stronglah babe... mmmuuuaaahhhhhhssss.... :D





Panik!!!

Semalam saya diekori oleh dua orang berbangsa I**** yang mencurigakan, menaiki Iswara kelabu.
*
Dalam pukul 6pm saya keluar mengisi minyak di stesen P*etronas berhampiran rumah. Cadangnya nak keluar makan skali. Lepas isi minyak, saya amik duit kat ATM. Then masa saya nak masuk kat ATM tu, saya dah perasan diorang tengok-tengok semacam. Bila saya keluar pun sama. Tapi saya buat bodo jer, walopun hati dah dupdapdupdap rasa tak sedap.
*
Then, saya blah dulu dari diorang, terus menghala ke kedai nak carik makan. Tiba-tiba tengah saya carik-carik parking, saya nampak kereta lahabau laknat tu selang sebuah dari kereta saya... OMG!!! Mak dah start panik. Sedangkan masa saya keluar dari stesen minyak tadi, saya memang dah tinggalkan diorang dulu.. tup-tup cemana bleh diorang ada kat belakang saya??? Memang naluri hati saya merasakan mereka sedang mengekori saya.
*
Owh.. saya dah terus tak jadik nak singgah kedai makan. Saya keep on driving tanpa hala tuju. Tapi saya nak pastikan betul ke diorang follow saya, so saya pun cilok sana cilok sini... tapi memang sah keparat tu rilek je follow belakang saya. Saya memang cuak habesss sebab dah laa saya tinggalkan hp kat rumah sebab tengah bercas. Saya nak buat apa nih??? Ok.. saya cuba tenangkan hati, dalam kepala saya memang ada satu hala tuju aje....BALAI POLIS MASAI!!! Maka saya pun menuju ke balai polis, dan agaknya lahabau tu dapat agak saya nak ke mana, diorang pun blah tak ikut saya lagi.
*
Huhuhuuuu... saya memang panik. Saya bayangkan kalo lah saya terus balik umah lepas isi minyak tadi, apa yang jadik agaknya?? Dah ler area umah saya memang agak sunyi... Ngeri hokehhhhh... Tak pasal-pasal nanti jadik headline kat paper pulak.. huhhh... Nauzubillah!!!
*
Semoga saya dan anak dilindungi dari sebarang malapetaka hendaknya... kalian doakan keselamatan kami anak-beranak yer... Kalaulah apa-apa jadik pada saya, kenang daku dalam doa kalian yer.. Okeh, saya dah mula merapu pasal saya emosi... :(
*
*
*
**hari ini saya ada kelas tambahan di sekolah... sampai tengahari...

Tuesday, March 16, 2010

Cap Jari Punye Cerita...

Kalian, entri ni adalah panjang berjela, kena baca word-to-word... kalo tak kang tak paham apa yang saya story... :D
*
*
Semalam saya telah ke pejabat KWSP untuk satu urusan. Urusan yang sepatutnya semudah ABC, telah bertukar menjadi A to Z gara-gara CAP JARI... huhuhuuuuu
Kalian, dukacitanya dimaklumkan bahawa saya nih mempunyai satu kekurangan. Errr... bukan takde jari-jemari, tapi CAP JARIku bermasalah. Jari-jari saya nih almost rosak sebab kalah dengan sabun. Tak kira laaaa sabun hape, dari yang semahal-mahalnya sampai laa yang murah... sama jer efeknya pada jari saya. Sejak saya makan supplements, ada laa kureng sikit pengelupasan jari saya tu tapi still tak cured sepenuhnya... *nanges*
Sebab itulah, saya dan losyen tangan umpama irama dan lagu, tak boleh dipisahkan.. jika dipisahkan pincanglah lagu rosaklah irama.... kata P.Ramlee kepada saya di dalam mimpi.
*
Apatah lagi bila saya bergelumang dengan kerja-kerja rumah, hmmm... paham-paham jek laa kan, mana laaa boleh seorang domestic gojes goddess (tiba-tiba guna istilah nihhh) macam saya nih nak stop dari buat keje-keje umah? Ni pun pasal laki takde, agak kurang laaaa keje yang nak dibuat. Kalo laki ado??? huhuhuuuuu... siang malam dikerjain laki ada kerja... :P
*
Jadi bila jari-jariku sakit semua dok asik menggelupas je, maka cap jari saya semestinya sentiasa berubah lahhh.... Memang bermasalah wehhhhh... Penggunaan MyKad yang canggih konon-kononnya tu lagik menyusahkan hidup saya tawww... Setiap kali nak guna MyKad dan cap jari saya untuk dikawenkan, mesti laaa bermasalah. Memang tak boleh nak detect hokehhhh... Dan setiap kali tu jugaklah mak menebalkan muka memberitahu jari mak nih bermasalah nok..toksahlah ko dok tekan kuat-kuat jari mak nih kat tempat scan cap jari tu, memang nan ado cap jari mak nihhh... huhuhuuuuu... Dan biasanya nanti pegawai tu mesti sengih-sengih kambeng cakap saya nih kena amik maid nih, saya nih rajin sangat buat keje umah nihhhh... what the **** whatever... ado mak kesah???? hahhahahaaa....
*
Panjang gilor mukadimah saya.... *LOL*
*
Dan nak dijadikan cerita, kemuncak permasalahan cap jari saya adalah semalam di Pejabat KWSP. Seperti biasa memang tak boleh nak detect langsung cap jari saya nih. Sedangkan borang-borang dan segala-mala dokumen memang dah perfect lah saya submit, tapi when it comes to cap jari... failed!!! Sebabkan cap jari saya tak boleh nak detect dengan KWSP mahupun JPN, maka permohonan saya tak boleh nak diproses... *pengsan*
*
Pegawai KWSP yang baik budi bahasa itu bagi saya 2 pilihan:
1. Balik umah, cure jari saya, pakai losyen ke hape ke... lepas seminggu datang balik tengok boleh detect ke tak ===> which is pada saya NO GUARANTEE at all..
2. Pergi ke JPN (nasib baik sebelah bangunan jer), mintak borang JPN12 ataupun surat akuan/cabutan kad pengenalan.
*
Memang saya takde pilihan lain selain dari terpaksa ke JPN pulak. Nasib baik masa tu baru kul 11 am, kira sempat laa saya berkejar ke JPN dan balik semula ke KWSP, jika urusan di JPN berjalan lancar. Wohohohoooo... mak nih dah laaa mengheret si Ainin, memang terasa agak stress lah di situ. Namun saya mesti settlekan semuanya hari tu jugak, maka menapaklah saya ke JPN. Sampai kat JPN, orang memang dah ramai tahap semut menghurung gula... Nombor giliran ketika itu adalah 1032, dan saya punya 1480.. GILORRRRR????? Ini kalo saya menunggu nih, memang kompem sampai petang tak settle. Saya pun menebalkan muka pi tanya acik kaunter pertanyaan tu dan menyatakan masalah saya. Acik tu suruh saya jumpa dengan Penolong Pengurus kat situ.
*
Dan bila dah berurusan dengan Puan Penolong Pengurus tu, dia terus tolong saya direct berurusan dengan salah seorang pegawai kat situ, kira potong queue teruslahhhh... MALANGNYAAAAAA, cap jari saya memang langsung tak boleh nak dipadankan. Dan solution yang diberi adalah, samada membawa suami atau adik beradik atau saudara mara terdekat untuk pengesahan... owhhh.. sampai sini, saya dah blur.. mak nak nanges pun ado... :(
Saya beritau, suami saya tak ada kat Malaysia tanah tumpah darahku, adik beradik semua keje luor Johor (ok yang ini terpaksa tipu), mak ayah saya pun takde di sini (ni btol pasal mak ayah saya balik kampung).. kiranya saya nih sebatang kara jek lah kat sini senang citer. Tapi pegawai tu memang cannot help maaa.. melainkan ketua dia bagi lepas. Maka saya disuruh mencemar duli jumpa lagi penolong ketua dia.
*
Okeh.. saya pun pi laaa pungpangpungpang cerita masalah saya. Siap saya cakap, nih memang saya nihhh.. tak tipu... tak pasal-pasal saya menjual nama saya sebagai kakitangan awam jugak, kes nak lepas punye pasal. Habis segala-mala surat pengesahan jawatan, surat itu, surat ini yang memang ada saya bawak, saya tayang kat Puan Pegawai tu. Tapi.. biasalah... dia tu pompuan, orang pompuan kan memang leceh sket.. Pada saya, boleh je dia nak endorsed kan.. tapi dia kata dia tak berani, kalo saya nak saya kena tunggu ketua dia yang tengah meeting.... huhuhuuuu... Masa nih tiba-tiba saya nak merajuk dengan hubby tak pasal-pasal, sebab kalo dia ada.. tak laa saya susah buat kejadah nih sorang-sorang ... uwaaaaaaaaaaa.... :(
*
Ok takpelah masih ada harapan untuk saya. Dan agaknya Allah pun kesiankan saya, tiba-tiba ketua dia pun datang, means saya tak payah nak menunggu lama. Puan Pegawai tadi explain dengan ketua dia, dan tanpa banyak soal encik ketua tu kata... "ok takpe, lepaskan jer.. takde masalah, sebab memang itu orangnya kannn"... FUHHHHH!!!!! Mak rasa nak peluk jer encik ketua tu... memang hover... tapi mak tak buat... mau pengsan pulak orang tua tu kang.... wakkakakaaa.... :P
*
Maka akhirnya dapat lah saya borang JPN12 kaler biru tu, atau surat akuan JPN atau nama lainnya Surat Cabutan Kad Pengenalan apo yang dicabut pun mak tak tau
Dan berbekalkan surat biru itu, maka menapaklah saya ke pejabat KWSP semula bersama-sama Ainin dalam sling... Lebih kurang sejam jugaklah saya kat JPN tu. Dan ketika itu juga, saya rasa bersyukur sangat saya seorang kakitangan kerajaan... percaya atau tidak sebenarnya itulah yang membantu mempermudahkan urusan saya pada hari itu... Alhamdulillah... :)
*
Bila dah submit salinan fotokopi borang JPN12 tu, maka selesailah urusan saya di KWSP. Dapatlah kiranya permohonan saya itu diproses... Alhamdulillah lagi. Dan bagus juga saya dah dapatkan surat akuan JPN tu, sebab menurut kata pegawai KWSP tu, saya boleh guna surat tu untuk apa-apa urusan yang memerlukan pengesahan JPN... Alhamdulillah... kira lepas nih takde masalah laa kan kalo ada urusan yang nak guna cap jari mak nihhh... Memang CSI Vegas, Miami mahupun New York pun tak boleh nak detect cap jari mak tawww.... hahahahhaaaa.... *tiba-tiba gelak macam perogol bersiri*
*
Fuhhhhhhh... siap jugak saya taip entri pengalaman yang tak dapat saya lupakan semalam ini. Memang susah kalo ada masalah macam saya nih. Nasib baiklah urusan saya di JPN tu dapat dipermudahkan, kalo nak ikut saluran queue yang betul, memang tak settle urusan kat KWSP tu. Mesti nak kena ulang datang balik di lain hari... which is sangat malas hokehhhh... Nasib baik juga anak saya sangat baik semalam, tak merengek langsung walopun kena heret ke hulu ke hilir dalam sling... Sayang Ainin banyak-banyakkkkkkk.... Tak nak kawan abah.. *tiba-tiba*.. :P
*
Actually jari-jari saya nih mula bermasalah sejak zaman study saya. Saya rasa kulit jari saya tu alah pada chemicals yang saya dok handle zaman dulu tu.. itu laaa, orang handle chemicals pakai hand-glove, saya selalu malas nak pakai... Mungkin lah sebab tu kot, sebab sebelumnya takde pulak masalah tu. Tapi sejak zaman saya study masalah saya timbul... Pantang memain dengan sabun, gerenti menggelupas. Kalo masa study tu memang lagi kronik, tapi sekarang nih nampak ok sikit laaaa. Kesian saya kannnn... Eh ada ke sape-sape tau solution untuk jari-jemari bermasalah macam saya nih??? Mak memang dah give up... :D

Monday, March 15, 2010

Engkau Menggoda, Aku Tergoda...

Godaan...

Siapa yang sukakan godaan??? Menggoda atau digoda... dua perbuatan dengan akar kata yang sama tetapi berbeza perbuatannya. Ada yang suka menggoda, tetapi ada juga yang suka digoda. Saya juga suka menggoda... Tetapi godaan saya hanyalah pada si dia sahaja, bukan orang lain. :)

Saya tidak suka digoda oleh orang lain selain si dia. Godaan merupakan suatu perkara yang cuba sedaya upaya saya jauhi. Digoda dan godaan bagi saya akan membawa diri ke arah perbuatan yang tidak diduga. Saya bimbang akan godaan ini, kerana saya hanyalah manusia biasa, insan yang lemah dengan pujuk rayu dan bisikan menggoda. Apatah lagi jika berhadapan dengan kata-kata yang manis bagaikan gula, disuakan pula dengan harapan tinggi menggunung yang terlalu sukar untuk ditolak. Adat orang menggoda, ayat haruslah lebih manis dari gula mahupun madu. Bercerita tentang godaan ini, pastinya yang bertanduk itu pun sudah bertenggek di tepi telinga, meniup-niup telinga agar kata-kata godaan yang didengar bagaikan irama indah dari syurga. Kadangkala hati tak mampu menidakkan godaan itu walaupun akal sudah menghalang. Suka atau tidak, saya harus akui dalam keterpaksaan, saya adalah insan yang mudah tewas pada godaan. Keji??? Memang keji... saya akui... Namun kenyataan itu memang pahit untuk ditelan.

Saya tak tahu ke mana lagi harus saya kongsikan derita hati saya yang lemas kerana godaan ini. Di sinilah tempat saya mencurahkan segala keluhan, suka-duka yang saya lalui. Tanpa si dia di sisi memang sukar menepis godaan... :(

Kalian... saya telah digoda. Saya memang tak mampu menepis godaan itu.. langsung tak boleh nak dielakkan. Saya tahu kesilapan saya adalah kerana membuka ruang. Meskipun telah berkali saya mengingatkan diri saya agar JANGAN sesekali membuka ruang, namun tetap saya ingkari. Saya insan yang lemah... Cuba kalian renungkan, wajarkah saya tergoda pada dirinya...........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Wajarkah????... :P
*

*
Keji??? Ahahhahaaaa.... Ini gara-gara semalam, buhsan tak tau nak buat apa. Teringat yang foundation memang dah yillek... nasib baik ada foundation sample yang dapat masa beli mekap aritu, boleh jugak buat menyambung nyawa. Okeh, dalam kepala memang sudah setting, sampai sana beli foundation SAHAJA, pastu balik... toksah nak window-window shopping lagik pasal saya kan sudah sengkek gara-gara gaji bulan lepas adalah cepat gilor... nak tunggu 25hb nih macam masih berbayang nunnnn jauh di mata... huhuhuuuuu... :(

Sampai kat JJ Tebrau, terus menuju ke booth BB. Amoi SA yang comel itu sudah entertain saya baekkk punye. Saya mintak foundation 4.5 yang biasa saya pakai, cehhhh... out of stock pulak. Amoi tu suruh saya amik 4.25, cerah sikit aje dari yang biasa saya guna tu. Ah.. bantai laaa... sebab dah takde, saya sebat aje. Kemudian saya gatal-gatal molot pi tanya kat dia, kalo nak buat smoky eyes.. eye shadow kaler mana yang sesuai. See... kannnn... saya yang membuka ruang! Mula-mula saya buka ruang dengan pergi ke booth itu, kemudian saya perluaskan lagi ruang dengan bertanya, konon-konon nak survey la pulak!!! Ko memang gatai molot kannnnn...

Maka bila wujudnya ruang-ruang itu, amoi SA itu tanpa berlengah lagi mulalah menggoda saya dengan senyuman menggoda dan kata-kata manisnya.. Saya pulak bila dengar amoi tu kata, "ini limited edition punya maaa... manyak mulahhh... ini kalau satu pellet you beli sudah 70 linggit, ini ada 8 kaler sudah belapa... ini kita bagi brush lagi.. kita punye eye shadow brush ini sudah belapa... ini u boleh pakai dua, satu eye liner brush, satu eye shadow brush.. manyak mulah looooo, manyak untung!!!"

Dan si dogol bertanduk itu pun sudah mula berjoget-joget sambil tiup-tiup telinga saya... "Yaaa.. betul tu, betul tuuu... memang murahhhh... rugi kalo tak beli... alahhh.. ko sengkek pun takpe, minggu nih kan cuti, ko duk umah dendiam jek laaa... minggu depan dah gaji... kankankannnn.."

Maka hati saya pun menyanyi lagu Rohana Jalil.. "Aku insan yang lemahhhh... hanya mampu berserahhhhh....." Dan akibatnya... apa akibatnya???? Lu pikir lahhh sendiri....

Hahhhh... pasrah hokeh mak!!! Ni sape nak ajor saya buat teknik smoky eyes nihhhh??? Saya nak kena mintak Nurul Shukor takpun Zulfazli untuk ajor saya nih!!! apa ko pikir dia nak layan ko nyah?? :P

** abang... tanpa abang di sisi memang payah nak menepis godaan... abang redha jek laaa yerrr.. kalo cantik pun bini abang kannnn... sape yang bangga... abanggggg jugakkk kannnnn... walopun cantik, ai tak goda orang lain, ai goda u jek bangggg.... abang balik laa cepat supaya ai boleh menggoda.. ailebiu abang.. :D

Itu baru nama ayat godaan, kalo si dia tak tergoda, mak pasrah jek laaa... kahkahkahhhhhh... :P



Friday, March 12, 2010

Keychain..

Saya rasa nak kena beli 'keychain', sebab lately nih banyak btol dapat kunci umah... Faham??? No??? Takpe.. abaikan.... :P
Anyway, kepada semua tuan rumah yang duplicate kunci untuk saya... million THANKS!!!! Sebab masih bagi saya can untuk 'bergossip' kat rumah u olls.... :D


Nak Baby Boy....

errr... bukan saya... Tapi budak comel dua orang nihhhh.....
*
Gambar Aina dan Ainin debab zaman dolu... ahaksssss
Tengok Ainin-baby debab, terasa nak baby lagik gomol jer dia...



Soalan gediks ibu kepada anak-anak sejak akhir-akhir ini adalah.... Nak adik tak??? Yer... memang gediks... wakakkakaaa... Bukanlah bermakna saya nak bagi diorang adik dalam tempoh masa terdekat nih.. no..no...nooooo!!!! :P

Tapi saje-saje menguji minda anak-anak... Ape kaitan???? Memang takde kaitannnn... hahahhahaaaaaa........ Kalo saya tanya Ainin, "Ainin nak adik takkkk????" Dia akan jawab dengan bangganya... "NANAKKKKKKK!!!!!" dan diiringi dengan ayat tak bley blahhhh... "NAK BABY BOY...." wakakakakkaaaaaaaaaaaaa...... Itu bukan saya ajo, tapi mindanya telah absorb tunjuk-ajar kakaknya yang memang selalu request kat saya, "Ibu... nak baby boy.. baby girl tak nak, kita buang...." Haiyooooo... sadis anakku, kalo baby girl ko suh buangggg??? Terpaksalah saya perbetulkan balik bahawa baby kita tak boleh buang ye sayang, baby kena sayangggg, kena jaga... tak kira laa boy ke girl... *lap peluh*

Saya suka dengki Aina... Bila Aina request baby boy, saya tanya nak bagi baby nama apa... Aina kata "Baby boy lahhh..." Saya kata, kita bagi nama Adam Zakwan nak??? Owhhh... sebelum itu, Adam Zakwan bukanlah nama pilihan, tapi saja dengki Aina sebab Adam Zakwan nih kawan dia kat tadika. Hari-hari Aina balik, mesti bagi report pasal Adam Zakwan.. Adam Zakwan kaco kawanlah, Adam Zakwan tak buat kerja lah, cikgu marah Adam Zakwanlah, Adam Zakwan pukul Darwish lah... Hamboiiii nakkkk... ko baik sangat ke kat skolah tu??? Sukati bagi laporan harian pasal Adam Zakwan yang hensem tu... ahakssss.... :P Tapikan semalam buat pertama kali ada laporan yang baek pasal Adam Zakwan... semalam buat sambutan birthday Adam Zakwan kat skolah, mummy Adam Zakwan bagi hadiah classmates dia stationary set sorang satu. Aina kata, "Ni Adam Zakwan bagi.. Adam Zakwan baik laaa ibuuuu..." Haissshhhhh... tiba-tiba ada ciri-ciri materialistikkah anakku???? Jangan dituruti perangai buruk ibumu nakkkk.... kahkahkahhhhhhhh...... :P

Okeh... berbalik pada cerita saya nak bagi nama adik boy Adam Zakwan. Aina bila dengar je.. memang pangkah terus laaaaa... TAK NAKKKK!!!! Dia kata. Ok... Kita bagi nama... ermmmm Ahmad Ziyyad nak??? (MIO.. mak sukak nama anak ko, nyahhhhh!!!!!)... :P Kali nih Aina dah tahap nak nanges cakap TAK NAKKKKKKK hokehhhh....

"Abih nak bagi nama apaaaa???"

"Kita bagi nama BABY BOY lahhhhhhh!!!!!! Panggil dia BABY BOY lahhhhhh. Nama lain tak nakkkk.... nak nama BABY BOY jugakkkkk"

Ermmm.... ok... nanti kita tanya abah boleh ke bagi nama BABY BOY ekkkk???? Wakakakkaaaa......

Ermmm... ada sapa-sapa nak bagi baby boy kat saya???? Hahahhahaaaa..... :P



Thursday, March 11, 2010

Kekangan...

Ada bermacam-macam entri yang saya nak tulis. Tapi bila jari-jemari mula mengetuk papan kekunci ini, kepala jadik blur, apa yang nak ditaip tiba-tiba hilang... Kadang-kadang, mata pulak yang jadik halangan... nak tertutup ajer.
Saya letih, otak penat dan kesudahannya fizikal juga menjadi lesu.
Sekarang ini, cuma mampu singgah membaca blog kawan-kawan. Kalo sempat, tinggal komen, kalo tak... baca sahaja.
I need to recharge myself. Rehat secukupnya. Minggu depan cuti, mungkin masa yang baik untuk rest.
Waktu menaip nih pun, mata ala-ala mau terpejam... got to go... ZzzzzzzZZZZZZzzzzzzzzz....

**sekali lagi, this is a scheduled n3, kang ada lak yang pelik haku boleh nak tido di pagi hari.. :P

Tuesday, March 9, 2010

Perangai Keji Usah Diikut...

Senario di mana-mana tempat kerja....
*

1) Bila kita rajin, semua kerja kena buat
*
2) Bila kita malas, semua orang keji
*
3) Bila kita malas tapi rajin bodek bos, kerja blh escape-bos tak kisah, tapi tetap orang keji
*
Jadi... dalam senario kerja mana satukah u olls berada???
*

Saya berada di antara golongan kawan-kawan senior yang rajin. Jadi secara tidak langsung, saya juga menjadi rajin.. heheheee.... Ibarat memilih teman, saya telah memilih teman yang menjual bunga, maka saya pun akan terbau-bau wangi. Maka bila rajin, secara automatiknya kita akan memasuki senario pertama, samada suka atau tak suka.
*
Ok.. ok saya bukan nak cerita pasal saya yang perahsan rajin, tapi saya mau bercerita tentang sikap orang yang suka escape kerja. Tetapi orang yang suka escape kerja ni adalah termasuk dalam senario 3. Maka... dia seringkali selamat dari pandangan serong encik bos, tetapi memang selalu menjadi topik hangat dalam acara umpat-keji orang lain.
*
Di saat kami sibuk berpanas di tengah padang melatih anak murid untuk persediaan mewakili sekolah, dia senang hati berehat-rehat di rumah. Bila ditanya kenapa tak datang??? Dia kata TAK TAU KENA DATANG TIAP-TIAP PETANG... Sedangkan dah disebut dalam meeting, ko pun ada, cemana bleh ko tak tau??? WTF lahhhhh.... Okeh, fine... ko tak tau, now ai dah bagitau tapi still ko tak datang. APA KES???????? Rupa kisahnya dia ada cakap kat someone yang dia memang tak nak datang sebab dia kata "NAK BUAT APA DATANG? LATIH BUDAK SORANG DUA, SAMPAI RAMAI-RAMAI CIKGU NAK DATANG????" Come on lah, bukannya dari bulan 1 kita semua berkampung kat padang hari-hari. Cuma minggu lepas jer semua yang terlibat kena datang setiap petang. Sebelumnya cuma datang dua hari seminggu (tu pun ko tak datang). Mentang-mentang cikgu-cikgu baru ramai, boleh pulak ko nak lepas tangan macam tu aje? memang la budak nak dilatih tak ramai mana... tapi itukan komitmen kita sebagai guru. Ramai ke tak ramai nak dilatih ker belakang kiralah. Kita nih susah payah, sampai bawak anak kecik ke tengah padang. Dia tu.. siap ada bibik kat umah, balik umah dah tentu semua siap sedia, anak toksah nak risau, ada orang nak jaga. Pun tak datang jugakkkk????
*
Sebenarnya, dah ramai orang bengang dengan dia nih. Dia nih memang kaki kipas bos. Kalo dia escape apa-apa, bos buat tak nampak jer. Bila masa dia jadi ketua sesuatu acara, kemain lagik mengarah orang.. tapi bila orang lain jadi ketua dan bagi dia kerja, macam-macam alasan dia nak mengelak. Sungguh keji hokehhhh.... huhuhuuuuu
*
Minggu lepas kan semua orang kat skolah saya takde rest, kena kerja Sabtu dan Ahad. Hari ini dan semalam guru-guru olahraga dah mula bertugas menghantar wakil-wakil sekolah ke pertandingan olahraga. Ada yang kena bertugas pagi dan ada yang petang. Saya bertugas petang ini. Umat yang seorang ini, kena bertugas petang semalam. Tapi... tiba-tiba dia M.I.A!!! Sekolah tak datang, kat padang pun yillek!!! Kami rasa awal-awal lagi dia dah bagitau bos, tu pasal bos tak carik. Tapi all the GPKs tertanya-tanya manalah umat nih menghilang. Awat tak habaq kat GPK 1, sebab GPK tu yang nak buatkan relief. Sekali dah lepas rehat baru dia bagitau yang dia sakit mata. Hmmmmm.... kami semua wondering, hari ni dia datang ke tak. Kalo sakit mata mesti cuti lama kannnn... Tengok ler nanti.... (ni scheduled n3 yer..) ==> see kan btol macam yang diduga, memang alasan MC semalam adalah rekaan semata-mata. Hari ni dah tercongok dia datang sekolah.. macam takde apa-apa berlaku. Sakit mata boleh satu hari ke??? Memang dasar keji!!!!!!!!! :(
*
Kadang-kadang bila pikir, masuk senario nombor 3 adalah seronok. Sebab tak payah susah-susah nak buat kerja banyak-banyak kannn. Orang keji, pegi laaa mati... BTOL????
*
Tapi perangai keji orang usah diikut. Kerja dalam bidang saya ini memang banyak memerlukan keikhlasan. Pedulikanlah orang yang mengelat dalam kerja. Sepatah kata GPK saya, kami nih kerja dalam golongan K.U.P => KERJA UNTUK PAHALA. Jadi redha kan hati.. semoga dividen akhirat saya bertambah banyak hendaknya... Aminnnn.... :D
*
Lagi satu saya pantang btol bila diberi keje, orang simply kata TAK TAU. Deyyy.... tak tau blajo ler. Jangan laaa guna alasan TAK TAU untuk tolak kerja. Apa ko ingat orang lain semua PANDAI serba-serbi ke??? Orang lain pun TAK TAU juga, tapi sanggup nak belajo. Satu lagi trend yang saya nampak, bila ada orang yang TERER buat sesuatu tu, maka secara TETAP & BERPENCEN lah dia menggalas tugasan tu. Tak adillah kan, bila orang lain tak nak cuba belajar untuk sama-sama menggalas tugasan orang yang TERER tu. Orang yang TERER tu pun, berlambak lagi keje lain dia kena buat pasal dia adalah orang yang tergolong dalam senario 1 yang saya sebut kat atas tu. Tiba-tiba saya teringat kata-kata cikgu saya, masa saya mula posting kat sekolah nih.. Masa tu ada sorang cikgu saya still ada kat sini, tapi skang dia dah naik pangkat jadi GPK kat skolah lain. Cikgu saya kata, "Kat sini, kalo kita rajin... siap lah, semua kita kena buat... Jadi berpada-padalah" Masa tu saya cuma senyum aje, yelah cikgu baru.. semangat adalah berkobar-kobar kannnn... hahahhahaaa... tapi sekarang, setelah menjadi cikgu yang dah tak berapa nak baru, saya teringat balik kata-kata dia. Ada betulnya okehhhh... Tapi berbalik pada konsep keikhlasan tadi, demi K.U.P, hati kena redha... :D
*
Eh.. korang, kat tempat keje korang ada tak orang yang berperangai keji macam bebelan saya nih??? Boring kannn bekerja dengan orang macam tu... It SUCKS!!! huhuhuuuuuu....


Monday, March 8, 2010

Bila Bersemangat Nak Buat Kerja....

... ada jer yang menghalang!!!!! Huhuhuhuuuuu... :(

Saya sedang bersemangat nak mendaftarkan guru-guru dan staf-staf sekolah untuk peperiksaan PTK. Tetapi....

1) Ada kemusykilan terhadap guru yang layak ambil @ tak.
2) Tiba-tiba website EMIS Online a.k.a Data guru/staf tak boleh bukak...
3) Nak tanya kerani, call.. dia kata tengah drive nak ke PPD tak bley nak jawab...
4) Call person-incharged-PTK kat Majlis Peperiksaan Malaysia, manjang engaged, takpun tak
berjawab...
5) Call guru data lain semua tak dapat... (apa kes????)

Why??? Why??? Why???? Target saya nak selesaikan pendaftaran hari ini adalah tidak kesampaian. Besok jer lah continue...
Ehhhh... tapi esok mak nak kena observe dengan GB... uwaaaaaaa..... Mati laaa haku. Okeh takpe, nak buat ABM sekarang... :P

Sambutan...

Pada hari Sabtu lepas, diadakan acara sambutan Maulidur Rasul di sekolah saya, SK Pasir Gudang 2. Acara tahunan yang wajib. Best memang best, cuma yang kureng bestnya sebab buat hari Sabtu. Pulak tu, hari Ahadnya ada Mesyuarat Agung PIBG... jadi memang tersangatlah tak bestnya bila kena kerja 7 hari... huhuhuuuuu
Apapun majlis berjalan dengan lancar. Suka atau tak, kenalah hadiri kannnn.. :P
Layan bahan bukti pada hari kejadian dulu yer kaliannnnn... :)
*
Murid-murid berkumpul sebelum acara bermula...
*
Perarakan yang tak mengeluarkan peluh... :P

*

Ceramah yang best oleh Ustaz Muliadi B. Umat a.k.a Ustaz Rock...

*
Kembang terhalang.... hahahahha...

*
Kami guru Malaysia... :)


*
Muslimah sejati... ngeeee...

*
*
Bersama cowok ganteng feveret gue...
Respati Adhitya Putra...

*

Jejaka-jejaka yang hampir pupus... hahahhaa...

*
Barisan guru-guru cemerlang... :D
*
*
Last but not least...
Tuan punye blog yang kontrol ayu... :P


Biasalah majlis Maulud Nabi mestilah ada ceramah agama. Kali ni, Ustaz Muliadi dari Pengerang menjadi penceramah jemputan. Ustaz nih ada blog tuuuu..... www.motivasiustazrock.blogspot.com
Saya suka dengar ceramah Ustaz nih. Bestttt.. pendekatannya terkesan di hati. Dan lagi best, dia sukak nyanyi.. hahahaa... Habis lagu Wali Band jadik props dia. Budak-budak pun suka laaa nyanyi lagu Cari Jodoh, Shalawat dan Tobat. Saya baru tau yang kumpulan Wali Band nih rupanya nyanyi banyak lagu berunsurkan keTuhanan. Terus saya zassss carik CD cetak rompak Wali Band... hahahahaaa

Ada satu pesanan Ustaz Muliadi, yang saya ingati ke saat ini...

Orang yang menjadikan masalahnya bukan satu halangan, dia adalah orang yang hebat...

Setuju??? Saya setuju... Hidup tanpa masalah adalah mustahil. Tapi masalah bukanlah suatu halangan untuk kita meneruskan kehidupan. Maka hadapilah apapun jua masalah dalam hidup ini. Kita adalah orang-orang yang hebat....

Renung-renungkan... dan Selamat Beramal... :D