Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Friday, December 31, 2010

A Good Start....

Permulaan tahun baru dengan tugasan baru, tanggungjawab baru dan semangat baru. Alhamdulillah... setelah pembahagian tugas diterima, nampaknya 2011 memberi saya ruang untuk menyempurnakan tugas dengan lebih teratur, insyaAllah. Memandangkan tugas-tugas sampingan adalah tidak terbeban banyak di bahu saya, dan tugasan mengajar juga adalah paling sangat-sangat kurang waktunya berbanding dengan masa lalu, saya rasa kiranya saya boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap kelas-kelas yang akan saya ajar.

Selain dari menggantikan satu kelas guru yang bersalin untuk subjek Sains, saya juga diberi tanggungjawab untuk mengajar dua kelas lagi subjek Sains dan BI. Kelas-kelas yang saya dapat pun adalah atas permintaan saya dan tak disangka-sangka diberi kepercayaan oleh GPK... sangat berterima kasih kepadanya. Juga diberi pelepasan dari mengajar Tahun 6 untuk pertama kali... :)

Dengan permulaan yang saya kira amat baik dalam sejarah perkhidmatan saya setakat ini, saya berdoa semoga akan dapat mengajar dengan lebih efektif dan berdedikasi. Dapatlah kiranya saya memberi tumpuan 200% kepada kelas-kelas yang saya ajar, dari segi penyampaian ilmu, perhatian kepada murid-murid juga penyemakan buku murid.

Saya juga telah menempah ini, bagi tujuan penyemakan buku/hasil kerja murid.


Cop semakan buku murid.. sorry agak blur gambarnya.
Ada nama saya selaku Guru Subjek dan ruangan untuk tandatangan ibubapa.


Rasionalnya ialah untuk memastikan ibu-bapa juga terlibat dalam pemantauan hasil kerja anak. Walopun mungkin nanti ada jugak yang cuma bagi tandatangan saja, saya kira akan ada juga masanya untuk mereka melihat apa lah hasil kerja yang mereka tandatangan tu kan? Harapan saya juga agar ini dapat mengurangkan masalah murid tak siap kerja dan sebagainya. Kerja rumah kena ada, sebab kalo takde nanti parents jugak yang bising... hehehheeee... :)

Semoga apa yang saya harapkan untuk kerjaya 2011 ini akan dipermudahkan perlaksanaannya. Semestinya saya tidak sabar-sabar lagi hendak memulakan sesi persekolahan baru ini. Semoga ilmu yang bakal disampaikan memberi manfaat kepada anak-anak murid saya kelak... :)

Selamat kembali ke sekolah wahai guru-guru....

Opppsssssssssss sebelum tu, sebut pasal tak sabar nak ke sekolah, tengok gelagat budak-budak ni.... :P

Sape yang patut ke sekolah sebenarnya nih????
Budak kenteng tu dengan tak mandi pun sebok amik beg possing ngan kakak... :P




'Mum's cook is the best'
Model lunch box free by Sustagen... :P



Possing laaa ikut suka korang noksss... hahahhahaaaaaaaa





Ready to go.....................



Aina has started her new school yesterday. Actually for almost the whole of this month, pre-school for 5 year kids. Eh... tetibe speaking mak... muakakakkaaaaaaaaaaaaa....
Semalam kire start sesi persekolahan Aina lengkap beruniform. Hari ni pun pi skolah lagik walopun orang lain cuti sebab tadika dia KIV cuti tu until 21/01 nanti, nak cuti Thaipusam lama sket laa tu... sukati jek.. hahahahhaaaaaaaaaaaa.... Tahun baru, tadika baru untuk Aina. Tadika Pintar Bistari @ Pasir Gudang.

Budak yang frust pasal kena tinggal dengan kakak dan abahnya.... :P


Ok babes... Hari ni cuti, mari kite kemas rumah... :))



Tuesday, November 9, 2010

Owh My....

Hmmmm... tiba-tiba semalam pukul 10 pagi, saya dapat call dari Pegawai PPD bagitau saya kena pi kursus kat Hotel Seri Malaysia, Mersing. Pendaftaran pukul 2-4 pm. OMG... Gilor ahhhhh... tetiba dapat arahan kena pi kursus. Memang suka nak pi, tapi bila mendadak gini, rasa tak best sket. Rupanya diorang dah salah hantar surat pi skolah lain... pastu suruh saya pi amik surat sendirik kat PPD. Hmmmm... Layan jek laaa labuuuuuu... kata Saya Yang Menurut Perintah kannn??? :P
Tajuk kursus : Memperkasakan Pembelajaran Bahasa Inggeris.
Gasak... Gagah perkasa lah lepas kursus nih hendaknya... ehehhhh... :)

Mendadak kepala saya serabut. Sebab mengenangkan Rabu ni, sambutan hari lahir Aina kat tadika. Walaupun birthday dia 13 November akan datang, tapi cikgu dia dah tetapkan sambutan hari lahir untuk anak-anak bulan November adalah pada hari Rabu nih. Saya cadang nak bagi cup cakes dan goodie bags sajork. Nasib baik laaa goodie bags saya dah siap-siap packing kelmarin. Tinggal nak masukkan twiggies ajer. Then cup cakes pun dah tempah. Jadik, nanti abah Aina lah yang kena pi amik. Rabu, dia kena hantar semuanya ke Tadika Aina.

Haishhhhh... punah harapan mak nak possing-possingkan cup cakes tu bersama isi perut goodie bags Aina untuk modal blog. Saya dah pesan abah Aina untuk amikkan gambo, tapi entah dia hambik ke tak... Kalo dia amik, boleh laaa saya tempek kat blog nih nanti.

Ok lahhh... jadual kursus ini hari adalah pack dari 8 pagi sampai 6 petang. Oh... saya akan balik esok petang. Semoga kursus ini memberi manfaat untuk saya dan anak-anak didik saya nanti. Selamat berkursus... eh sape yang berkursus nihhh??? Saya keee... u ollsss...? :P


Tuesday, January 12, 2010

Bila Dipanggil Bertugas Di PPD...

... saya adalah sangap... *sigh*

Kerja banyak adalah tidak mengapa, tetapi sebab tak ada wifi, maka rasanya adalah seumpama makan lauk tidak bergaram atau minum kopi tidak bergula atau seumpama makan ayam Nando's tanpa sos peri-perinya atau lebih kasihan lagi seumpama makan Prosperity Burger tanpa sos lada hitamnya atau... errr cukuplah contoh setakat itu, nanti takut-takut ada yang meleleh air liur pulak di pagi-pagi hari... :P
Pokoknya ianya serba kekurangan untuk seorang Blogger tegar seperti saya ini. Apatah lagi nanti bila balik, saya dapati saya sudah ketinggalan begitu banyak entri kawan-kawan.

Ya, saya dipanggil bertugas di PPD semalam dan hari ini. Macam bagus??? Tak payah kagum, dipanggil bertugas di PPD adalah untuk membantu menaip data guru-guru KPLI yang baru ditempatkan di daerah Pasir Gudang. Seramai 300 lebih orang semuanya, dan seramai 3 orang guru data yang malang terpilih telah dipanggil untuk melakukan tugasan tersebut. Maka seorang kena buat 100 lebih data guru. Mata adalah berpinar menatap data-data tersebut. Patut sampai pukul 5, tapi semalam pukul 2 kami dah mintak balik. Wehhh penat okeh, duduk menaip data sambil bergossip secara non-stop. Jangkaan hari ini kami akan habis lebih cepat, sebab dah tak banyak yang nak ditaip. Harap-harap macam tulah bolehlah meronggeng selepas ini

Errr...adapun ini adalah scheduled entri saya, supaya kalian blog saya tidaklah kesunyian tanpa saya di sisi...ayat jiwang tak pasal-pasal :P

Nota kepala lutut : Semalam Cucu Betong dah habis, hari ni boleh layan Rapunzel Mayang Mengurai pulak..


Saya Yang Sangap Menurut Perintah:

Monday, January 4, 2010

Permulaan 2010...

Hari ni hari pertama kembali ke sekolah mengajar. Dah lama bercuti, hari pertama ni memang penuh dengan semangat baru. Excited nak memulakan sesi P&P 2010. Semoga semangat ini akan berterusan sehingga ke akhir tahun.

Untuk 2010, saya dipertanggungjawabkan mengajar subjek Sains tahun 6 dan 4, juga subjek Bahasa Inggeris tahun 2. Wahahhahaaaa... kembali mengajar BI!!! Dulu masa baru posting tahun 2006, saya memang mengajar subjek ini untuk tahun 1 dan 2. Kemudian tak ajar lagi. Nampaknya 2010, saya sekali lagi diberi kepercayaan mengajar BI. Masa bagi jadual waktu, GPK saya agak risau saya menolak... Tapi saya tak kisah, kalau tahap 1 saya masih ok sajer. Lagipun manalah saya boleh nak menolak, minor subjek masa di maktab dulu memanglah BI. Cikgu opsyen BI kat sekolah saya pun memang kurang, so kenalah terima jugak. Apapun.. sebenarnya saya suka jugak mengajar BI, sebab saya boleh improve my language... :D

Saya juga sangat suka sebab tahun ini masa mengajar saya kurang dari tahun lepas.. Alhamdulillah. Semoga masa free yang ada dapat saya berblogging manage dengan lebih baik lagi. Tersenyum sampai ke telinga saya tengok jadual waktu saya. Hari Jumaat je yang agak banyak kelas, tapi takpe sebab Jumaat balik pukul 12. Dalam kepala saya sekarang, sudah mula nak letak slot mengepam, menanda buku, meng'update' blog data dan macam-macam lagi dalam jadual waktu yang free itu.

Tahun ini juga, sekolah saya mendapat 6 orang guru baru. Ada yang fresh from oven maktab, ada yang baru bertukar dan ada yang naik pangkat. Alhamdulillah. Ramai guru baru, bermakna makin berkuranglah masa mengajar kawan-kawan. Tahun lepas masing-masing stress dengan jadual waktu yang padat. Tahun ini bolehlah bernafas sikit... :D
Bukan itu sahaja, bebanan tugas pun makin berkuranglah juga. Taklah sorang cikgu sampai 2,3 jawatan penting kena handle. Best.. best...
Yang lebih best dapat cikgu opsyen Kemahiran Hidup dan Muzik. Cikgu lelaki pulak tu. Semua orang suka sebab sekolah saya ni memang ketandusan cikgu lelaki. Lepas nih tak laaa cikgu perempuan sibuk tertonggeng-tonggeng terhegeh-hegeh kat dalam bengkel Kemahiran Hidup. Juga tak laaa budak-budak bosan belajar Muzik, sebab dah ada guru opsyen Muzik yang semestinya terer.. :)
Yang pasti awal-awal ini, sibuk sikitlah saya meng'update' data guru-guru baru.
Saya rasa saya nak cuba buat scheduled entri untuk blog, lagi senang. Tengoklah macam mana... :P

Oh... hari ini juga saya nak hantar Aina pergi tadika. Nasib baik lepas rehat sampai balik saya free hari ni. Sesi Aina pukul 11.30, bolehlah saya mintak izin GB keluar sekejap karang. Excited jugak nihhh... hahahhahaaaa....

Saya dapat offer ajar Sains kat satu pusat tusyen. Menarik jugak.. boleh masyukkkk lebih sikit. Mula-mula rasa macam nak ajer. Tapi bila pikir-pikir balik.. owhhhh... saya tak mampu. Sebab, seminggu ada 3-5 kali kelas waktu malam. Maknanya hari-hari saya nak kena keluar malam, tinggalkan anak-anak saya. Nanti bila suami saya dah balik, mesti terkejar-kejar nak dinner lagi, nak ke pusat tusyen lagi, silap-silap tak dapat nak dinner sama-sama. Suami saya pulak tu bukannya jenis yang punctual pukul 6 dah sampai umah. Lagipun, Aina dah start sekolah. Bila masa saya nak mengajar Aina pulak? Bila masa pulak nak tolong tengokkan dia buat homework??? Petang??? Petang dah sibuk nak masak, buat kerja-kerja umah bagai.. Malam je lah waktu yang sesuai untuk belajar bersama Aina. Nanti sibuk nak ajar anak orang, anak sendiri tak terajar. Tu belum kira masa yang saya nak kena spend untuk murid-murid Tahun 6. Jadi memang tak boleh lah saya mengajar tusyen. Duit banyak mana pun tak ada maknanya, kualiti bersama keluarga lebih utama.. betul tak???? Rezeki yang ada pun dah mencukupi. Sebab tulah saya memang tak nak mengajar tusyen walaupun jiran-jiran saya selalu tanya. Bagi saya, kalau saya nak kerja dari pagi sampai ke malam, baik saya kerja kat kilang je... Eh, tu pendapat peribadi saya saje ye, lain orang lain pendapatnya. Mungkin orang lain boleh mengurus masanya dengan lebih baik lagi walopun mengajar tusyen. Saya memang time management selalu terkehel.. hehehehee

Oklah, cukup-cukuplah untuk permulaan 2010 ini. Nampaknya ini entri pertama saya di tahun baru. Kalian ceria-ceria selalu yer. Semoga kita semua berjaya mencapai kualiti dalam kehidupan kita...

Last but not least (dah macam karangan surat kiriman pulak nih), I like this quote... :D


Agree???...

Wednesday, May 13, 2009

Cita-Cita Dan Kerjaya...

Hari ni aku bersama beberapa orang cikgu borak-borak sambil gelak-gelak tentang cita-cita anak-anak murid di sekolahku. Cita-cita anak-anak ini ada yang bagus lagi tipikal seperti doktor, jurutera, pilot dan pelbagai nama jawatan yang gempak-gempak. Ada juga yang berminat nak jadik polis, tentera, guru, misi atau ahli bomba. Tapi yang paling tak tahan ada murid tahun 1 yang nak jadik penyanyi AF... apakah???? kuikuikuiiiiiii.....

Kalau diperhatikan, murid-murid memilih cita-cita berdasarkan pemerhatian mereka. Ada yang terdorong dari kerjaya hebat ibu-bapa, ada yang dipengaruhi dengan persekitaran, juga tak lupa peranan televisyen yang mempengaruhi sebagai contoh cerita Gerak Khas, gempak dengan kerjaya kepolisiannya.. atau yang tertarik dengan kerjaya glamour.. penyanyi, pelakon, sebagainya. Dan boleh pula dikenalpasti, kalau murid yang di kelas pandai, cita-citanya hebat-hebat belaka. Tetapi murid di kelas yang kurang pandai, cita-citanya sederhana sahaja, ada juga yang bila ditanya.. "emmm...emmmmm" sahaja yang panjang jawapannya... sebelum dapat memikirkan cita-cita yang sesuai.

Jadi bila disebut soal cita-cita, masa kecil-kecil dahulu... aku memang tak lari dari ingin menjadi doktor, akauntan atau peguam...gempakkkk cita-cita aku kannnn... Dan pernah satu ketika, nak jadik pramugari sewaktu cerita Jepun Chiaki menjadi kegilaan..kuikuikuiiiii.... Tak pernah pula seingat aku nak menjadi guru.

Bila di sekolah menengah, masih sama cita-citaku. Dan yang paling ingin ku jadi bila dewasa.. AKAUNTAN. Namun, bila aku di tingkatan 4, cita-cita itu terpaksa ku padamkan dari senarai kerana waktu itu kelas Prinsip Akaun tidak dibuka di sekolahku, maka aku terpaksa ambil aliran Sains. Namun bila sudah masuk Universiti, barulah cita-citaku nampak pengkhususannya. Nak jadi Ahli Kimia a.k.a Chemist. Yelah kan... cita-cita seiring dengan pengkhususan kursus yang kuambil waktu itu. Doktor, akauntan, peguam mahupun pramugari memang sudah jauh dari ingatan. Sepatutnya, aku perlu berusaha keras mencapai cita-cita aku. Namun waktu itu seolah-olah tak ada semangat untuk memperjuangkan usaha mencapai cita-cita. Cita-cita aku akhirnya dipengaruhi dengan bidang kursus yang kuambil sewaktu di Universiti.

Dan bila pulakah aku bercita-cita menjadi seorang guru??? Owhhhh.... sesudah memiliki kerjaya sebagai seorang ahli kimia, sepatutnya aku sudah tak perlu bercita-cita. Namun, aku tiba-tiba mempunyai cita-cita baru... Aku nak jadik GURU... Kenapa??? Sebab aku letih bekerja sepenuh masa, aku nak satu kerjaya yang membolehkan aku memperuntukkan masa yang lebih untuk keluargaku. Memang tak telus cita-cita aku waktu itu. Namun bila sudah berada di ambang dunia perguruan sewaktu di Maktab... cita-citaku sebagai seorang guru aku murnikan. Dan jadilah aku seorang GURU kini dan selamanya... Tetap dan berpencen... :)

Jadi kawan-kawanku yang budiman, bagaimana dengan cita-cita dan kerjaya anda??? Adakah seiring??? Ada tak sesiapa yang berjaya menggapai cita-citanya? Atau kerjaya anda kini mengikut arus kehidupan anda??? :)


Wednesday, January 14, 2009

Kerja Bermula...

Hari ini saya telah berjaya mengumpulkan semua data maklumat guru-guru untuk dikemaskini. Almaklum awal-awal tahun ini perlu mengemaskini semua maklumat guru-guru dan juga murid-murid. Itu kerja saya yang memberikan saya keistimewaan kurang masa mengajar. Data murid-murid masih dalam proses pengumpulan. Saya akan selesaikan pengemaskinian data guru-guru dahulu. Mujur sekolah saya tidak ramai murid dan guru. Bilangan murid sekitar 400++ dan guru 36 orang sahaja. Owh..tidak lupa maklumat sekolah. Apa harta terkini yang sekolah miliki perlu dikemaskini juga.

Semua maklumat guru yang telah dikemaskini saya masukkan ke dalam satu fail berwarna kuning. Fail ini bersama laptop akan saya bawa ke hulu ke hilir untuk beberapa minggu ini sehingga proses pengemaskinian data selesai. Saya bawa balik fail kuning ini ke rumah dengan harapan dapat mengemaskini sedikit. Tapi nampaknya tidak berjaya. Hari ini Ainin asyik nak berkepit dengan saya. Aina pula asyik potpet potpet, mengajak saya berbual. Owhhh...saya tidak boleh mengemaskini data kerana ianya memerlukan pemerhatian penuh saya. Mungkin tengah malam nanti jika saya tidak belayar awal, saya akan melakukannya.

Dateline belum dikeluarkan dari pejabat pendidikan daerah. Biasanya penghujung bulan ini atau awal bulan depan saya perlu menghantar data yang telah dikemaskini. Jadi saya masih ada masa yang panjang untuk menyiapkannya. Namun saya mahu selesaikan semuanya awal-awal. Sebab saya tahu kalau last minit baru nak buat, confirm ada saja yang tak kena nanti. Okey...kerja saya sudah bermula... Mari bekerja.... ;)

Friday, January 2, 2009

Tahun 1 2009

01 Januari 2009, Khamis merupakan hari pendaftaran dan orientasi Tahun 1 di sekolahku. Jumlah murid Tahun 1 yang mendaftar pada tahun ini tidak lebih dari 65 orang sahaja. Semua guru terlibat dalam orientasi Tahun 1 ini termasuklah diriku walaupun pada tahun ini buat pertama kalinya tidak mengajar tahun 1. Ramai ibu-bapa yang hadir bagi mendengar taklimat dari guru besar. Keterujaan jelas kelihatan di wajah ibu-bapa, biarpun bukan pertama kali menghantar anak ke sekolah. Yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, pasti lebihlah lagi terujanya...hehehheeee....
Pada hari ini juga diadakan ujian KIA2M bagi memilih anak-anak yang boleh membaca dan tidak. Kelihatannya anak-anak era teknologi ini lebih yakin diri. Tak ada adegan menangis tak mau kena tinggal...cuma nampaknya macam ibu-bapa yang tak bape yakin nak tinggal anak..kuikuikuiiiii....Cikgu nampak garang sangatkah???? hahhahahaaaa..............
Tugasku pada hari itu adalah selaku pentaksir @ penilai ujian KIA2M. Seramai 10 orang guru menjadi pentaksir dengan 5-6 orang murid dibahagikan kepada setiap guru. Agak ramai juga anak-anak cikgu yang masuk tahun 1 kali ini...termasuk anak guru besarku okehhh...:p
Dalam 6 orang murid di bawah penilaianku, hanya seorang sahaja yang tidak boleh membaca. Nampaknya tidak begitu ramai murid yang tidak pandai membaca...Alhamdulillah...namun keputusan keseluruhan belum ku ketahui.
Aku semakin teruja menanti sekolah kembali dibuka. Tahun baru, semangat pun baru...harap-harap 2009 membawa sinar dalam kerjayaku insyaAllah.....:)


Gambar-gambar murid tahun 1 sewaktu ujian KIA2M dijalankan. Cikgu Intan tak dapat enterprem sebab sibuk amik gambo...uhuhuhuu...