Sepanjang minggu pertama cuti sekolah, aku dan anak-anak telah habiskan di Paka dan Kemaman, Terengganu. Encik Hubby kan sekarang tengah ada projek kat sana, hanya hari Jumaat hingga Sabtu atau Ahad saja akan balik ke Johor. Maka terlanjur cuti sekolah, kami pun mengekor ler Encik Hubby ke sana. Tak laaa bercuti sangat pun, pasal kami duk terperap kat hotel jer, hubby lak memang kerja dari pagi sampai nak dekat Maghrib baru balik. Tapi apapun.. memang enjoy! Anak-anak pun happy ler dapat berendam dalam pool pagi-petang. :)
Aku just nak sharing info berkenaan dengan our stay di dua buah hotel yang berbeza. At first sampai, hari Ahad kami stay kat PakaResidenceHotel. Untungnya sebab aku nih government staff, so dapatlah government price. Lebih murah dari harga sebenar. Tapi sebab cuti sekolah boleh lak dia ada charge tambahan RM30... Haihhhh... Overall aku tak suka sangat dengan Paka Residence Hotel nih. Bagi aku tak best. Lagi-lagi swimming pool dia... Ada ke pool orang dewasa sama cetek dengan pool budak? Tak syiokkkk... :P
Bilik pun tak besar mana. Makanan pun so-so jer. Tak banyak gambo yang aku amik kat situ, sebab view tak berapa menarik. Ni ha.. 2 keping, gambo kat pool dan cafe dia.
Hari Rabu kami moved to AwanaKijalResorts. Ok.. Kat sini memang best teramat. Aku sangat suka. Dengan pemandangan yang menarik, pool yang best, bilik yang superb, food yang sedap.. aku rasa memang worth it laa dengan harga yang dibayar. Plus takde any extra charge sempena cuti sekolah, menjadikan ianya lebih murah dari Paka Residence. Kat sini pun aku dapat Government Price.
Ni bilik Deluxe yang kami ambil.
Ada dua katil single yang besar. Biliknya pun luas sangat.
Bathroom dia saya sangat suka.... besttttt...
Pemandangan dari bilik kami di Tingkat 7....
Pantai just kat belakang hotel...
Macam-macam aktiviti boleh buat. Untuk yang suka jet ski, boleh try...
Kawasan golf untuk yang kaki golfing...
Variety of delicious food.
Tiap kali brekpes, aku habiskan masa nak dekat sejam makan semua yang ada... hahahahaa...
Ada Kids Room...
Kira kalo nak feeling-feeling honeymoon, boleh letak anak kat sini
pastu pi jalan pimpin tangan menyusuri beach, bajet romantik.... :P
Ada jacuzzi kat pool... heaven untuk berendam...
Kawasan pool sangat luas.
Yang ni area untuk kids, memang gerenti anak-anak liat nak berenti main air...
Stay kat sini dari Rabu sampai Jumaat, tetiap hari pagi dan petang anak-anak aku mandi kolam, sampai itam muka memasing termasuk muka aku skali... :P
Ada banyak sangat gambo kat Awana ni, tapi aku malas nak tempek semua. Jadik laaa apa yang ada ni. Sape yang boleh tengok kat FB aku, boleh laaa tengok semua gambo yang aku amik masa pi Terengganu ni.
Apapun, conclusion aku Awana Kijal nih adalah tempat paling best untuk stay. Aku yang duk hotel ni je pun, tak rasa boring sebab banyak aktiviti boleh buat (selain makan-tido). Kalo korang Gomen Staff lagik laa untung, sebab harga memang jauh beza lebih murah.
So kalo rasa nak pi Terengganu, stay laa kat Awana Kijal nih... memang tak menyesal. Cuma boringnya sebab agak jauh dari Kuala Terengganu. Kat sini yang dekat adalah Mesra Mall, eh tu pun dah gempak bebbbb. Aku tak kesah sangat pasal Mall, sebab tujuan datang Terengganu bukan nak shopping, just sebab nak get together dengan hubby... :D
Ok... Sekian saja kesah aku dan family kat Terengganu...
2 comments:
bila la aku nak sampai kijal ni .. aritue smp kemaman jerk ... tp awanakijal ni mmg recommended laaaa ... banyak review kata best.
yerr nieza... mmg terbaekkkk. ko pun gomen staff kan (x silap haku).. blh dpt rate gomen. kalo normal price dlm 300++, rate gomen 220, jauh beza kannn? mmg bestttt sgt.. rasa nak pi lagi... :)
Post a Comment