Monday, June 20, 2011

Anak Apa Ko Ada?

Anak apa? Lelaki? Perempuan? Syukur... Bersyukurlah atas kurniaan Allah kepada kita dan pasangan. Jangan kira jantina anak. Ada orang, ada 3 anak... semua lelaki. Ada pulak yang ada 5 anak, semua perempuan. Ada yang ada kedua-duanya lelaki dan perempuan.. :)

Tapi tak kesah, anak apa yang korang ada... yang penting adalah bersyukur. Tak perlu mendabik dada dengan jantina anak yang ko miliki. Tak perlu mengata kat orang... rugi ko anak pompuan, takde anak lelaki. Atau bergurau kasar mengata susahlah ko anak semua lelaki... anak lelaki lasak tak macam anak perempuan.

Atau yang punya anak, tak perlu pulak mencanang seantero dunia betapa bernasib baiknya ko ada anak lelaki atau anak perempuan. Tak perlu ok... Syukurlah ko diberikanNya nikmat untuk memiliki zuriat sendiri.. ada orang lagi kesian, tak diberi peluang menjadi seorang ibu. Ada ko paham perasaan orang macam tu? Tentulah tak, pasal ko mahupun aku tak berada di tempat orang itu.

Apasal aku emo nih? Sebenarnya ada benda yang menyentap hati aku, bilamana ada orang cakap kat aku, "DUA-DUA ANAK KO PEREMPUAN. KO KENA CARIK ANAK LELAKI NIH. ORANG LELAKI CEMANA PUN MESTI NAK ANAK LELAKI... KANG LAKI KO KAWEN LAIN"

Ok... memang cilako btol si pemilik kata-kata itu. Ko kenapa? Bergurau? Mende lain takde nak gurau ke??? Ko hebat sangat lah sebab anak ko lelaki bukan perempuan????

Ko sedar tak, jantina anak tu bukan kuasa aku menentukan. Aku dengan laki aku cuma boleh berusaha je. Anak apa Allah nak bagi, itu kuasaNya. Kalo Allah izinkan, insyaallah ada rezeki aku. Tapi kalo ketentuanNya aku dan laki aku hanya ada anak perempuan, apa daya kami. Tak perlu ko nak mengutuk-ngutuk semata kerana aku belum ada anak lelaki. Aku dan laki aku dah cukup bersyukur sebab kami dah ada dua cahayamata... walaupun perempuan.

Tak kesah jantina anak, yang penting pelihara amanah Allah itu sebaik-baiknya. Sila jangan bergurau lagi dengan aku pasal benda ni, aku memang tak suka. Sekian, terima kasih.




7 comments:

maya amir said...

aku suke entry ni.. sbb aku paling nyampah bile org tanye bile nak ade pompuan..WAJIBKAH? nak beranak ni mcm vending machine ke..letak duit, tekan perisa ape, teruskuar air tu.. aku dahlaa takleh preggie dah.. tak preggie pun sakit blkg nak mamfosss..apetah lagik bile aku preggie.. 2-2 aku langsung takleh jalan..mmg rase nak lempang jek sape buat2 tak paham tanye2 lagik..urghhh..bebel lak aku..haishhh

m-i-o said...

sapa yg tanya tu? aku rasa dia bgurau. tp aku paham perasaan ko, dan ko berhak marah.

aku part laki kawen lain tu aku hangen sket. kamon la, takkan sebab takde anak lelaki laki kawen lain pulak. bukanke yg menentukan jantina itu ialah sperma, bukannya ovum?

suh dia bukak subjek sains bab 1 tingkatan 3. hahaha. aku pun taktau itu bab apa. hahaha.

Nieza Ishak said...

aku malas nak layan cam ni ... sonyum jerk la, peduli hapa aku ..

tp kdg2 sakit gak telinga aku cakap kat laki aku. sib baik laki memahami ..dia la nasihatkan aku ...

"laki ke pompuan ker rezeki tuhan yg bagi, kalo anak 5 perempuan pun dia terima jerk."

kdg2 mulut malaunnn otak pendek akai jerk tarakkk insuran

TopsyTurvyMum said...

Takat tanya bila nak ada perempuan tu aku boleh tahan lagi la..
Tapi kalau cakap nanti laki kawen lain tu mmg puaka.

pelik betul..Kita takde kisah orang lain pulak sibuk2..

sisdee said...

aku sama ngan mio n TTM..part anak tu panas gak..tapi lagi panas part laki tu...ko pehal ckp camtu.....ko ada masalah mental? (sori aku teremo)..

bab2 kawin lagi ni adalah sentap okay!! huhuh

bertabah babe!! *hugs*

Fid said...

woi!aku anak ada satu ja dah tu lelaki ja...so?apa kes?
kome depa tanya bila nak dapat anak sekian sekian..aku?kome pun tanyakan bila aku nak tambah anak..hahhaa
masing2 ada PLAN sendiri....
ceh bgg laki yg bg alasan nikah sbb nak anak sekian2 sula je!marah ni marah
btw jantina anak sperm yg bawa...ko kompiden ke ko nikah bini lain anak ko akan jantina seperti yg ko nak..patut tanya laki gitu!

cc said...

shallow minded yg bkata2 tu. teori mana dia pakai? bengong je ada teori mcm tu. sabo jela kak