Monday, June 13, 2011

Oh Seth Tan...

Sana-sini orang sebok cerita pasal abang Seth Tan ku sayang dan Nora Elena. Dekat Twitter, Fesbuk.. rata-rata asal kul 7 jer, mula laaaa status memasing berkisar tentang citer Nora Elena nih. Aku yang pada mula dah malas nak ikut drama TV 3 jam 7.00 p.m nih pun jadik terikut-ikut. Last-last dari tak pollow, tros mempollow cerita nih. Memang bahaya pengaruh rakan tak berapa nak sebaya nih... :P

Dari drama kat tv, sebok pulak memasing mencari-cari novel adaptasi kisah Nora Elena nih. Punya laaa berhantu drama nih, novel pun laku macam goreng pisang panas. Walhal novel nih dah keluar since 2007. Walopun aku kaki novel, aku memang terlepas pandang novel yang satu nih. Sebab aku kan memang jarang sangat eh boleh kata memang susah nak beli novel selain dari penulisan Norhayati Berahim dan Ramlee Awang Murshid. Kalo novel dari NB mahupun RAM, u name it... insyaAllah memang ada dalam koleksi.

Kat kedai-kedai buku sekitar Pasir Gudang aku carik memang sold out manjang novel 'Kasih Yang Suci' by Meen Zulaikha nih. Sampai la satu hari, member aku gitau novel nih dah ada kat Badan Book Store, Plaza Angsana. Hanya ada 200 buah. Better booking sebelum kehabisan. Maka aku pun tak berlengah lagik, zasssss call dan booking. Maka akhirnya... dapat laaa jugak aku novel yang tengah laris nih..... Baru puas hati aku.... Hahahhaaaa....


Tapi bila kat kedai buku tu, aku nampak pulak novel-novel baru writer kesayangan aku... NB. Apa boleh setakat tenung jer novel-novel tuuuu??? Dasar tamak haloba kannnn... walhal kat umah masih ada stok 5 buah novel lagik tak terbaca, namun hakak tetapppppp beli jugak novel-novel NB nihhhh...


Sejam 2.50 dan juga Sambal Kerang Najwa & Aku Bukan Rabiatul Adawiyah (Gabungan NB dan Kusyi Hirdan).

Entah bila nak baca. Aritu masa jalan-jalan kat Mesra Mall, beli novel Cintamu Nadiku by Norzailina Nordin - kes boring punye pasal. Tak habis lagik, tros sambung dengan Novel Kasih Yang Suci. Jadi novel-novel lain yang blom baca, tunggu jek laaa giliran korang yer... :P

Kalo laaa agaknya novel-novel nih macam barang kemas, hagaknya dah jadik mami jarum dah haku nih.. pasal banyak giler koleksi. Pantang dengo yang baru, berebut pi beli.... Tapi nak buat cemana, memang minat sangat. Dari dulu sampai sekarang, minat yang satu nih never stops. Sangat suka tengok koleksi novel beratur cantik je dalam rak buku.

- Membaca Amalan Mulia -



2 comments:

maya amir said...

dah abis baca lom?haha

IntanSham said...

dah abes... hahahaaa