Monday, April 27, 2009

Kasih-Sayang...

Kasih-sayang... penuh dengan pengertian....

Aku ingin bercerita tentang konsep kasih-sayang ini kerana sedang berhadapan dengan senario 'kurang kasih-sayang' di sekolah ini. Siapa yang kurang kasih-sayang???

Setujukah kalian kalo aku katakan bahawa kurang kasih sayang ini menjadi salah satu faktor masalah disiplin di kalangan anak-anak? Aku setuju sangat-sangat. Kerana masalah disiplin yang sering kami hadapi di sekolah ini, jika dikaji hingga ke akar umbinya adalah berpunca dari kurang kasih-sayang di mana keluarga berpecah-belah. Mungkin ada antara kalian yang datang dari keluarga berpecah-belah tetapi masih berjaya dalam hidup..Alhamdulillah.. tapi sukar sekali untuk ditemui kes-kes sebegitu. Aku ingin kongsikan satu kes di sini yang boleh kalian ambil iktibar.

Murid ini tiga beradik di sekolahku. Mereka ada seorang kakak yang sudah bersekolah menengah. Di sekolahku, yang paling besar... di darjah 6, diikuti darjah 5 dan darjah 4. Sebenarnya mereka ini baru berpindah ke sekolahku. Sebelumnya menetap di Pahang. Masalah yang ditimbulkan adalah ponteng sekolah. Boleh dikira dengan jari berapa hari mereka datang sejak dari berpindah ke sekolahku ini. Dan bila diselidiki, ohhh... rupanya mereka datang dari broken-family. Dulu menetap di Pahang bersama ibu. Kemudian bila si ibu hendak berkahwin baru, bakal ayah tiri tak mahu ibunya menjaga anak-anak itu. Si ibu kemudian menyerahkan penjagaan kepada si ayah yang bekerja sebagai 'kelasi kapal' di sini. Si ayah telah berkahwin baru dengan orang 'seberang'. Maka berpindahlah anak-anak itu ke sini. Kedatangan anak-anak itu ke sekolah amat teruk, sehingga menjadi perhatian para guru. Disiplin murid yang di darjah 6 itu juga sangat buruk. Langsung tidak menghormati guru. Rekod disiplin di sekolah lama juga sangat teruk. Malah dia dengan bangganya bercerita kepada kawan-kawan
"Korang tau..nama aku dah 6 kali masuk buku disiplin..."
Kemudian, pihak sekolah berkunjung ke rumah mereka. Rupa-rupanya si ayah tiada di rumah, dah lama tak balik sebab kerja ikut kapal. Si ibu tiri pula pulang ke Indonesia (aku tak tau laa apa kesnya). Tanggungjawab menjaga makan-minum adik-adik diserahkan kepada kakak sulung yang berusia 14 tahun. Bila ditanya kenapa tak pergi sekolah, jawapannya "tido, cikgu..tak sedar"
Ye..kalaupun sedar, aku rasa buat-buat tak sedar lah kan. Maklum tiada pemantauan ibu-bapa.
Sangat menyedihkan. Anak-anaknya terbiar. Bila direnungkan, masalah ini memang berpunca dari ibu-bapa. Tiada perhatian dan kasih-sayang. Aku sedih melihat anak-anak yang dipersiakan begini. Aku pelik bagaimana orang boleh mengabaikan anak-anak darah-daging sendiri untuk kepentingan hidup sendiri? Tidakkah mereka merasa berdosa mengabaikan amanah Allah itu tanpa perhatian dan kasih sayang? Apakah mereka tak sedar, kalo bukan mereka yang memberi kasih sayang kepada anak-anak sendiri,apakah ada orang lain yang ingin memikul tanggungjawab itu??? Ada banyak lagi kes disiplin yang berpunca dari anak-anak yang kurang kasih-sayang.

Jadi kalian...tanya diri sendiri, cuba renung mata bening anak-anak... apakah sudah cukup kasih-sayang dan perhatian yang kita berikan kepada mereka? Apakah mereka 'terabai' dengan kesibukan bekerja kita? Semoga kita dapat menjadi ibu-bapa yang prihatin dan bertanggungjawab... Pesanan untuk diriku sendiri dan untuk kawan-kawan yang dikasihi juga. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati. "Renung-renungkan dan selamat beramal"...;)


7 comments:

MN said...

ya allah..kesiannya!

catatan i am nieta said...

intan.. sedihnya baca.. mcm drama dlm tv kan..

iena hamdi said...

astaghfirullah al azim....napa eh? tak sakit ke mak depa masa preggy n bersalinkan anak2 dia?..

bodoh betul dpt parents mcm tuh.. huhuhuh

IntanSham said...

MN...mmg kesian...

nieta..mmg tapi ini realiti yang nyata dpn mataku nihhh...

kak iena...tu laa kak, mmg tak paham btol..kesian budak2 tu..

Mommy Harith Hannah said...

Kesian budak2 tue...

BTW, baru darjah 6 dah "nakal" begitu, xtau lah ape akan jadi biler dier masuk sekolah menengah nnt... owh, tak sanggup nak bayangkan...

knv said...

hmm..

tak terkata.

scenario yang amat sadistik.

IntanSham said...

arnie..itu laa yg ditakutkan,baru darjah 6...dah beso sok..entah cemana gaknye

kak ana... memang sadis..