Tuesday, April 28, 2009

Senang Hati...

Hari Ahad yang lepas, kami sekeluarga berada di Pontian. Dan seperti biasa, bila stok susu & pampers Aina sudah habis, maka kami akan membelinya di Pontian. Ada satu kedai tu, harganya murah sedikit dari pasaraya biasa. Tapi tu pun, harga susu Aina masih juga lebih kurang sama kerana kononnya packaging baru.

Selesai membeli... En Suami berkata,
"Bagusnya Ainin kan... susu tak payah beli, pampers tak payah beli...."
Aku sengih-sengih...
"Ehemmm...ibu Ainin lah yang bagus...hehheheee"

Memang aku sangat bersyukur sebab masih mampu menyusukan Ainin sepenuhnya. Serta sangat bersyukur, kerana diberikan kekuatan untuk meng'CD'kan Ainin sepenuhnya juga. CD dan susu ibu mampu membuatkan En Suami senang hati sambil urut-urut poket...hehheheee...
Kerana itu jugalah aku berazam untuk terus merancang keluarga menyusukan Ainin sehingga ke usianya 2 tahun.

Dan aku juga sedang memikirkan untuk menambah senang di hati En Suami, dengan mem'potty-train'kan Aina. Mengikut schedule yang aku rancangkan, akan ku cuba pada cuti sekolah mendatang ini. Semoga berjaya...

Yang penting hati En Suami senang, dan hati aku pun akan lebih senanggggg lah nanti.... hehehehheeee...............;p

6 comments:

~ As ~ said...

dah dua2 senang...blh la tambah lg satu... ekekekeke..

IntanSham said...

hahahaaaa....sungguh mencabar komen anda ini...;p

cikgu suhaila said...

intan...
akk ada bagi award kat intan...amik ea

IntanSham said...

dah amik laa kak

~ Lady ell ~ said...

nape tk khabor balik pontian..kalu tk boleh jumpaan.

IntanSham said...

hehe..tingat jugak kat ell..tp..malu youuuu....nak call...maybe nanti yer..