Thursday, April 30, 2009

Manisnya Kenangan 2...

Kisah aku di UiTM sememengnya tidak berakhir di Jengka. Selepas menamatkan diploma selama 2 setengah tahun, aku menyambung pengajian ke UiTM Shah Alam. Kampus atas bukit nunnnn...ibarat kata kakak Rizza...ehehheeee....

Excited hokehhh aku nak sambung blajo kat kota metropolitan..ahahhahaa... Lebih excited sebab kawan-kawan sediploma aku pun dapat kursus yang sama... alaaa...geng-geng Johorean aku tu laaaa.... sekelas lagik lak tu. Tapi... boipren-chenta-monkeylovestory-maut haku tu, tak sambung di shah alam. Dia semester sebelumnya lagik dah berambus ke kampus Dungun. Jadi aku pun sambung la ke shah alam... masa nih kengkononnya chenta-jarak-jauh-kejadah la kekdahnya... kahkahkahhhhh

Di Shah Alam, pengajian aku berlangsung selama 3 tahun. Patut dua tahun setengah jek... tapi aku dan kawan-kawan gatal-gatal drop paper last minute, di samping terpaksa repeat paper karut-mengarut Food Technology yang tak-tercapai-akalku ittew..maka tambah lah satu semester lagik. Kat Shah Alam nih aku duk luor kampus. Duduk kat seksyen 17..Jalan Tongsan.. sapa duk Shah Alam seksyen 17 angkat tangan.... ;p Kemudian last semester, pindah flat yang kat tepi kampus UiTM PPP tu...

Yang bestnya..membuat aku teruja sepanjang pengajian nih sebab dapat sambung salah satu cabang sains yang aku minati ...Kimia... nak banding dengan lain-lain cabang yang merapu seperti Fizik dan Bio.. aku prefer Kimia. Prefer yer... bukan terer...hahahhahaaa.... Aku suka Kimia nih sebab... dapat duk bermastautin dalam lab dan buat testing. Pakai pulak lab-coat.. korang tau apa aku rasa??? Aku dan kawan-kawan aku perasan kami nih dah macam si Duqainne awek cun dalam CSI Miami... yang mamat-mamat pulak perasan macam Leftenan Horatio....cool habis laa konon.... kahkahkahhhhh....

Tempoh pengajian yang aku lalui tu memang mencabar beb. Bukan senang nak dapat degree dan pakai topi bersegi tu.. Nak-nak masa menyiapkan tesis aku. Siap berkuntau dalam lab jek keje. Tu belum masuk stress sebab berebut instrument, instrument buat hal, supervisor kena pindah kampus... wallaaaa.. macam-macam okehhh.. Pun ku redah jua hingga ke titisan darah terakhir... huahuahuaaaa....

Tapi sebenarnya kan, sesi belajar kat UiTM Shah Alam nih banyak gak enjoyable moments nya. Korang tau laaa kan... belajo kat UiTM nih laaa yang paling murahhhhhhhhhhhhhh sekali. Yuran aku sejak dari zaman Diploma, satu semester cuma lah RM300++ ajer. Tu kire yang paling mahal lah. Kalo mintak pengurangan boleh dapat paling minimum RM 90, kalo aku tak silap. Jadi, memandangkan aku dapat PTPTN masa ijazah nih, ala-ala loaded jugak laaa mak, nyahhhh... Memang tak pakai duit mak-ayah. Masa aku diploma je dulu, sponsored by FAMA (father and mother). Bile duit dah banyak nih, tolak sewa umah, belanja makan, belanja untuk belajar... kire-kire ada gak lagik belen-belen bulih buat melenjan... Heaven btol laaa masa tu...sekarang lu bayar laaa balik yer pinjaman tu... Disebabkan aku nih tak berboipren masa kat Shah Alam nih kerana chenta jarak jauh kejadah, maka aku ke hulu ke hilir lah dengan geng-geng Johorean aku yang senasib dengan aku. Kitorang p kampus naik bas UiTM kaler purple tu, kalo tak pun..naik laaa bas mini kaler pink tu p kampus. Kalo naik bas UiTM, nasib laaa jugak, sebab nanti stop kat seksyen 2..akan ada bas masuk kampus pulak. Tapi kalo naik bas mini, terpaksa stop depan Hotel UiTM, dan menapaklah memanjat bukit menuju puncak ke kampus Sains Gunaan atau bebudak UiTM panggil 'school' yang agak jauh jugak dari pit stopku. Memang berpeluh jugak laaa bile sampai kat school kitorang. Itulah perjalanan hidup aku selama 3 tahun di UiTM Shah Alam... Sampai lah aku grad dengan jayanya pada tahun 2003... Oh yaa.. apa jadik dengan boipren-chenta-maut-jarak-jauh aku tu?????? Sampai masa aku dan dia grad, hubungan kami pun 'grad' jugak. Kenapa??????????? Owhhhh.... tak ada jodoh laaa jawapannya. Lagipun mak aku pun tak berapa berkenan sangat dengan si dia nih. Jadi, memang buang 'karen' dan duit PTPTN aje lah aku dan dia semasa berchenta jarak jauh..kahkahkahhhhhh....

Begitulah seadanya..... :)



1 comment:

afiqah.dzahri said...

As salam sis, boleh saya tahu prospek kerjaya sis bag lepasan ijazah ni? Saya student lepasan fsg uitm..or sudi tak sis kongsikan serba serbi maklumat kerjaya sis terkini? Maaf mengganggu yaa