KENAPA ANAK MURID TAK SIAPKAN HOMEWORK???
Adakah kerana....
a) Dia memang murid yang malas
b) Dia tidak faham
c) Tiada pemantauan ibu-bapa
d) Guru tidak tegas
Jadi.... yang mana satukah anda rasa pilihan jawapan bagi persoalan di atas? a? b? c? d? atau kesemuanya sekali.
Persoalannya.... mengapakah hanya certain subjek sahaja yang tidak siap homeworknya???
Hmmm..kalo begitu kekdahnya... bagi aku jawapan yang paling tepat ialah (d)
Hari ini... ada seseorang yang mengadu... murid-muridnya.. kalo subjek mate dan sains, sentiasa siap homework.. tapi kalo subjek yang dia ajar.. murid-murid buat tak endah sahaja. Beliau menyalahkan murid-murid yang tiada inisiatif. Murid-murid tiada harapan untuk maju. Sampai emo jadik nya beliau menghadapi kerenah murid-muridnya.
Murid-murid yang sama juga yang ku ajar. Setakat ini Alhamdulillah... masih dalam kawalan. Begitu juga untuk subjek-subjek lainnya aku rasa. Cuma subjek yang satu itu mereka agak luar kawalan. Jadi nya... patut nak salahkan tingkah-laku murid-muridkah? Atau perlu muhasabah diri?
Dulu... ketika zaman aku bersekolah, kadang-kadang aku pun ada masa malas nak buat homework. Biasanya homework cikgu-cikgu yang garang tak hengat MESTI aku siapkan. Tapi kalo cikgu yang ala-ala bulih 'makan' nih, ehehheheee...kadang-kadang dengan selambanya aku tak buat...
Jadi berdasarkan pengalaman masa lalu aku sebagai seorang murid yang 'tingtong' suatu masa dulu, jawapan (d) merupakan faktor utama pendorong bagi murid tak menyiapkan homeworknya.
Memang murid-murid aku yang tak menyiapkan homework akan ku denda.
Samada ku ROTAN (sila jangan repot polis ye...), ku halau kuor kelas (tak buat homework maksudnya tak berminat nak belajo dengan aku) atau ku bawa jumpa GB (bila tak siap homework berturutan). Biasanya guna dua cara yang disebutkan awal sahaja... tak ada lagi yang memang tak buat homework berturutan.
Biasanya, aku dah warning murid-murid aku. Kalo tak paham, pagi-pagi sila jumpa aku. Jangan sampai aku masuk kelas, baru nak cakap homework tak siap sebab tak paham. Kalo tak paham, maknanya hanya satu dua soalan je laa yang tak buat kan. Kalo semua tak buat, tak paham jadahnya...memang laaa ko saja tak buat homework dan memang laaaa kena meroyan ngan aku.
Dengan suara aku yang macam mak lampir bila meroyan, aku tau murid-murid aku memang pasti tak akan carik pasal dengan aku. Tak siap homework??? Lu pikir laaa sendiri apa akibatnya.
Di dalam kelas, guru adalah MANAGER. Sebagai manager, perlu set dari awal lagi, mau jadi manager yang bagaimana. Manager yang bagi mukakah atau manager yang tegas dan berwibawa. Manager juga perlu menetapkan rules yang perlu dipatuhi. Perlu diingat kegarangan aku bukanlah membuta tuli. Kegarangan aku adalah ketegasan aku supaya aku dihormati dan dipatuhi oleh murid-muridku. Aku guru yang garang dan tegas, supaya aku dapat mengawal kelas aku dengan sempurna. Supaya ilmu dapat ku sampaikan tanpa gangguan. Walaupun aku guru yang garang, murid-murid sayang aku. Aku akan jadi guru yang paling mesra dengan murid di luar waktu mengajar. Sewaktu mengajar, don't play-play with me...
Jadi itu kesimpulan aku, murid-murid kita, kita yang corakkan kelakuannya di dalam kelas. Mereka akan mengikut rentak kita.
Pun begitu, ibu-bapa juga perlu memainkan peranan. Sila pantau kerja sekolah anak-anak anda. PANTAU bermaksud semak buku-buku mereka. Bukan hanya bertanya "homework dah siap?" tanpa melihat langsung. Nescaya mereka akan menjawab "dah siap". Jangan percaya anak-anak 100%. Jangan juga meletakkan tanggungjawab mengajar anak sepenuhnya kepada guru. Kejayaan anak-anak bukanlah bergantung sepenuhnya kepada guru-guru.
Begitulah seadanya pendapat dan bebelan aku pada hari ini.......... Ada pendapat lain? sila kongsikan bersama...terima kasih...
11 comments:
aku dulu tak buat kerja rumah untuk guru yg aku tak takut...guru aku takut mmg aku buat kerja rumah..kah kah kah..nampak sangat pemalas buat kerja rumah
Intan,
Tak boleh nak bagi jawapan pd soalanmu itu sbb mak dulu xpernah xbuat homework... ala2 star student kat sek. rendah dulu... haha...
Tp, bila dah jadi parents nie, rasanya jawapan C tue penting juga... Tak boleh laa 100% serahkan t/jawab pd cikgu2... Sekolah bukannya nursery, tol tak?
Wahhh, camner rupanya cekgu Intan garang ekk... hihihi...
hahhahaa...see..sorang bekas anak murid dah ngaku...;p
arnie... alamak..malu ku dgn best student..hehehee...
wallaaa...nak tau rupa cikgu intan garang..baek toksah laaa..kang ko x nak berkawan ngan ku lagik...huahuahuuaaaa...
pada pandangan saya yg tak seberapa ni
pertama sekali (d)
kemudian (b)
dan kemudian (c)
bila guru tak tegas ...anak murid pun dibuai mimpi je...
bila anak murid tak faham... dia tak nak tanya.. disebab kan guru tak tegas juga...
bila balik rumah.. mak bapak tak pi tengok buku2 sekolah anak...tak tegas dalam pendidikan/pelajaran... maka anak pun naik muka la.. wat dono... bohong kata kerje dha siap
maka tak siap homework yg diberi tu..
last sekali.. jadik la murid tu murid yg malas... disebab kan 3 faktor yg terdahulu tu...
kesemua tu saling berkait rapat...
ok cikgu intan...
sekian omelan dari saya di rumah ini....
aku nak tambah jawapan buleh? ;P
iaitu... (e) takde masa nak buat (bkn malas yer.. ;P)
ye kak rizza, terima kasih atas pandangan akak tu. Btol kan..semuanya berkait rapat. Guru mencorakkan murid2 di sekolah dan ibubapa mencorakkan anak2 di rumah.
haa...aku tak terima alasan takde masa @ x sempat ye sha...hahahhaaa..kalo anak murid aku bg alasan x sempat,mmg kena gak ngan aku. Pehal dia je x sempat, org lain bulih sempat?? orang lain pun kena skolah agama bile ptg, mlm ada tuisyen, kelas mlm bagai..tp blh siap homework..ahahhaaaa...sila jawap cemana leh xde masa @ x sempat???
saya rasa sebab tiada pemantauan dari ibu bapa.
then again, soalan ini amat subjektif.
amat bergantung kepada taraf socio ekonomi keluarga budak2 tu.
ada tu balik rumah aje dah kena letak beg jaga adik2 yang berderet kat rumah. takde chance langsung tengok buku2. kalu tak tolong keje rumah mak marah pulak.
patut ada bancian terperinci tentang perkara ni. hopefully the gov is aware yang kadangkala kegagalan budak2 ni disebabkan oleh faktor2 yang berbeza.
kak ana..thanks for ur opinion.. yes right background family juga perlu diambil kira. cumanya dalam kes yang saya sebutkan itu, background family mereka memang tidak sepatutnya mendatangkan masalah. keluarga yang tidaklah berada tetapi tidak juga susah. adikberadik yg tidak lah ramai. memang sosio ekonomi family boleh dibelakangkirakan.
tapi untuk anak2 yang sosioekonominya rendah,mmg sering berlaku anak terpaksa abaikan kerja rumah & waktu belajar utk membantu keluarga. jika ini berlaku,murid blh bercerita kpd guru. Dan guru blh membantu mencari jln supaya murid tidak mengabaikan pelajaran mereka...insyaAllah...
my mom suka tolong siapkan hwork my brother. sampaikan abah i perli..kalau my mom belajar sungguh2 gini confirm masul A-level.
Mujur gaklah my bro scored upsr straight A's. kalo tidak, free2 kena bebel dgn i.
hahhahaa lawak laa jua... memang pun, perasan juga kadang2 ada gak homework yang begitu 'bagus' sekali kualiti nya.... ;p
Sangat barang bagus..
Post a Comment