Wednesday, April 22, 2009

Bersedia @ Tidak???...

Semalam seperti EntriIni, aku kan konon-konon bercadang nak ajar Aina tido bersendirian.
Jadi semalam, setelah menidurkan Ainin, aku pun siap-siap buatkan Aina susu dan bawa dia di bilik satu lagi tu. Kemudian siap bacakan buku citer, nyanyi-nyanyi, ngaji-ngaji... sampai aku sendiri yang nak tertido tapi mata dia terang-benderang jek. Balik-balik tanya kat aku, "Ibu,kenapa kita tido kat sini ibu?"
Dan aku akan balik-balik jawab,
"Tak apa lah..ini kan bilik Aina, kita tido laa kat cni"
Kesudahannya dia tak jugak tido-tido..mungkin masih kompius apsal aku tetiba ajak dia tido kat bilik lain...uhuh...
Aku give-up, suruh pula En Abah take over. Biasa Aina kalo dengan abah dia lebih senang dia tido. Sebab abah dia akan jadik tukang keruk ke garuk tangan dia laa belakang dia laaa..kat mana-mana aje yang dia kata 'gatal'. Walhal bukan gatal pun...saja dah jadik habit bila nak tido, nak-nak dengan abah dia yang rajin melayan tu. Kalo dengan aku, kejap jek kang kalo dia tak tido-tido aku dah tak kuasa nak keruk/garuk lagik...hahahhahaaaa.....

Hmmmm...lepas tu, kalian tau.... aku pun dah tertido dengan Ainin. Pukul 3 pagi aku terbangun tengok-tengok En Abah tak ada kat sebelah. Haaa..sah dia pun hanyut ngan Aina. Jenguk...memang pun...cettttt....

Tadi, dia cakap dengan aku... "Tak sampai hati lah nak bior Aina tido sorang, kesian pulak tengok dia.. Takut karang dia jatuh katil ke hape...." tinggalkan aku sorang,sampai pulak hatimu Encik Abah..apakahhh???
Jatuh katil??? Aloooo incik abah..sepanjang tido sorang kalo atas katil waktu tengahari tak pernah pulok dia jatuh katil...

Hmmmm...nampaknya kan...Aina dah bersedia, aku pun cam dah bersedia jugak..tapi En Abah yang penyayang ini nampaknya TIDAK bersedia lagi.... Jadi malam ini Aina akan tido dengan kami juga.... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...................

9 comments:

~ As ~ said...

susah pl nak pisah tidur ngan anak kan??

Rizza said...

hehe sama la macam cik abg cakap.. tak sampai hati tgk hassan tido sorg2.. hassan ok je..last2 bapak dia la yg pujuk...(aku pun tak lena tido gak... mana tak nye..hassan kejut suruh tepukkan.. lepastu suruh aku pi bilik aku.. kemudian kalau dia terjaga dia nak aku tepuk.. abih tu aku nak tido mana? tengah jalan hehhe)

Mommy Harith Hannah said...

hahaha, aba nya yg xready ekk... Citer sis Rizza pon lawak laaa, tido tgh jalan? wakaka...

Hakim (3 thn) still tido dgn kami, tp dier tido di bawah (atas lantai), ader satu tilam single utknya... Saya, hubs & Humaira ajer yg kat atas katil... Tp siang, buley jer Hakim tido sorang2 kat bilik dier... Mlm jer kompem carik "Ibuuuu"... hahaha...

~Umi.Sufira~ said...

Aku still tido 4 orang lagi...tapi yot tido kat sofa bed yang dicantum dgn katil and of course kena tido sebelah aku...;Psebabnya umah mak aku tuh ada satu je bilik kosong kalu nak bagi syaura tido asing..iaitu 'bilik berhantu' tuh..so mission tido asing adalah selepas pindah umah nanti InsyaAllah..:)

IntanSham said...

ye as..berbelah bg rasa hati..;p

sis rizza..klako laaa baca kisah akk. tu laa kan mmg abah dia yg berat ati sbenornya

arnie..mmg btol,kalo waktu siang ok je tido sendiri, bila mlm nak gak nyelit kt ibu..;p

mimi..ooo bilik misteri tu ye..baik toksah laa biar syaura tido situ. nnt dah pindah umah sendiri, decorate bilik tu cun2,mesti syaura pun suka ada bilik sendiri...:)

mamaDhea said...

sama laa dgn laki aku.. rajin bebenor melayan Dhea minta keruk sana sini.. dan dan tu jugak laa seluruh anggota badan dia 'gatal'.. klu aku, takde maknenyer.. garu sendiri eh kakak.. mama nak nenenkan adik.. kahkahkah!

nonie said...

hehe cik abg kita pun rajin melayan anak daranya menggaru2 belakang badan sampai tido... huhu akak tak koser... lgpun dia lagi suka cium lengan nonie sampai tido dari suruh garu, tapi tula lengan kitala yg lenguh... mencabar gakkan nak ajar anak tido sorang ni... tgh pk2 gak nak balik jb ni camna nak soh cik afifah tido atas katil dia sendiri...

iena hamdi said...

la... kalau akak la anak2 nak tido sendiri alangkah bahagianyer hidup ini... huhuhuhuhu tak der makna nyer tau... farid n baby sampai skrg masih satu bilik... kui kui kui..

lagi lagi skrg ni akak tinggal umah mak... lagila depa suka...

IntanSham said...

hahhaa..sha...ternyata bukan anak aku sorang ada penyakit 'gatal' bila nak tido nih...;p

ahah..anak cik nonie pon sama yer...;)
btw...blk JB?? mengajar gak ye? katner ekkk??

kak iena...time abahnya x ada kalo saya mmg la nak tido ngan anak2 je...hehhehee