Thursday, October 22, 2009

Tajuk Apa???

...Tiba-tiba saya blank nak letak tajuk apa pada entri kali ini... :P Sebab hari ni, kotak pemikiran saya dipenuhi dengan pelbagai perancangan yang saya mesti buat hari ini, tak boleh bertangguh lagi.

... Owhhhh... saya kelegaan, tadi baru saja menghabiskan silibus darjah dua dan empat. Ya... silibus memang patut dihabiskan hari ini juga, sebab minggu depan peperiksaan akhir tahun sudah bermula. Sepatutnya habis lebih awal, tapi tak terkejar rasanya masa yang berlalu. Di awal-awal tahun saya melambat-lambatkan setiap topik. Untuk darjah dua saya lambatkan sebab silibusnya sikit sangat, terlalu cepat habis pun tak boleh jugak. Untuk darjah empat yang saya ajar, murid kelas lemah, saya banyak beri penekanan sesuatu topik dan latihan dari topik ke topik. Murid kelas lemah tak boleh nak ajar macam keretapi ekspres, nanti satu habuk pun tak paham... Alangkan ajar macam kereta lembu pun diorang lambat nak paham.. lagi pulak keretapi ekspres. Sungguh mencabar okeh nak ajar murid kelas lemah nih.
Jadi kesimpulannya saya telah menghabiskan silibus yang dipertanggunjawabkan.. dah tak ada hutang dengan anak-anak murid saya lagi..

... Hari ni jugak kena siapkan soalan periksa untuk Muzik tahun 6 dan Moral tahun 5. Muzik sudah settle, Moral on the way. Hari ni memang banyak keje nak kena buat sebab esok ada Jamuan Depa-Raya di sekolah saya. Yer... masih lagi ada hati nak buat jamuan RAYA walaupun raya sudahpun tamat.... :P
Nampaknya memang Raya sebulan tak cukup-cukup. Tadi saya melatih murid Tahun 6 buat persembahan lagu Raya untuk esok. Esok ada pertandingan menyanyi lagu Raya. Patutnya guru kelas yang buat, tapi guru kelas tahun 6 memang sibuk dengan macam-macam kerja, jadi sayalah kena tolong take over.. lagipun saya kan ahli Guru Muzik. Saya pilih lagu Warna-Warni Aidilfitri nyanyian Artis-artis BMG (Hattan, Nash, Erra, Amy Mastura dan lain-lain). Saya pilih lagu ini sebab ini salah satu lagu Raya yang saya suka. Best lagu nih.. Lagu raya yang gembira. Nak bertanding mestilah lagu yang happy kan.. kalo lagu sedih, nanti susah nak buat gaya, terpaksa nak berdiri tegak macam batang lemang.. tak syiokkk laaa pulakkk... Kalau lagu happy bolehlah berjoget-joget sikit. E'ehh.. sosial sungguh saya kan? Guru muzik memang sosial (waktu mengajar muzik ajer lahhh...). Eh saya tiba-tiba mengaku saya guru muzik padahal ajar muzik hanya satu jam sahaja seminggu... kahkahkahhhhhh.... Tapi saya memang enjoy melatih budak-budak ni lagu Raya ini. Murid tahun 6, tak payah nak susun-aturkan, diorang pun boleh bagi idea sendiri nak buat macammana.

Tapi kan, budak-budak nih suka betul lagu Raya yang Anuar-Elina tu, entah hape tajuknya saya lupa. Mula-mula saya suruh nyanyi lagu yang saya pilih, diorang nak reject, mintak nak nyanyi lagu Anuar-Elina. Tapi saya tengok dari darjah 1 sampai darjah 5 ramai yang pilih nak nyanyi lagu tu, apekehal lah pulak kan semua nak nyanyi lagu yang sama... matilah nak dengo lagu sama ulang-ulang. No..No...No... Cikgu Intan memang Hitler... "Kamu nyanyi lagu yang saya pilih atau kamu tak payah masuk langsung.." Hahahhahaaa.. kejam? Yer... pedulikkk... murid-murid kena dengar cakap cikgu... :P Maka menyanyilah mereka lagu yang saya pilih tu walaupun sehari-dua berlatih macam nak tak nak, tapi minggu ini nampaknya diorang dah bersungguh-sungguh berlatih, siap buat props bagai... hahahhahaaa... dah sukalah tu lagu yang saya pilih tu... :D

Eh saya kan nak upload lagu Raya tu, tapi error manjang.. pesal ntah... Korang pernah dengo ke tak lagu tu ek? Korang google lah sendirik kalo nak dengo ekkkk??? Taip "Warna-warni di aidilfitri" kat Google ... :P


p/s...Saya kan nak cerita pasal semalam saya bawak anak-anak murid saya pergi Cabaran Petrosains, tapi tak boleh nak upload gambo sebab cable tertinggal. Nantilah saya story next time...



8 comments:

cysev3n said...

tajuk lagu raya mmg mak ke laut.. sbb macam lebih kurang je bunyinya.. ngeee.. kalau nak cari kat google, taip lagu raya anuar elina la gamaknya..

Fid said...

tajuk?tajuk apa??
hahahhaaaa
korang pernah dengar lagu 'cinta pantai merdeka'???
eh ko cikgu muzik nyah?mak benci muzik sbb mak tak reti nyanyi!

~ As ~ said...

Suasana Hari Raya! ngeeee

IntanSham said...

CY.. kalo nak taip kat google lagu raya yg saya maksudkan tu, taip "Warna-warni di Aidilfitri"

Pernah nyahhhh... lagu nostalgia tu kannn.. tajuk lagu tu tak blh tahannnn.. :P
yer haku guru muzik yg tak tahu mende pasal muzik... sbb aku guru muzik tahun 6, masa muzik aku bantai ajor sains lah nyahhh... ni dah habis UPSR, baru aku continue ajor muzik.. :P

Ahaaa.. As... btolll... pandai cik As.. :)

Fid said...

cikgu Intan
laa awat ajaq sains ajaq muzik la hang ni
kang pi assesmen PTD kena reti muzik tauuu...nak wat tarian rekaan kena ada basic muzik!
selain reti sains kena reti muzik
aku takleh nak relate kan lagi PTD ngan tarian nih! adoi laaa

IntanSham said...

kahkahkah..ye ke nyahhhh....ape kaitan PTD ngan tarian?? haru btoiiii... haku ajor sains psl duk berebut nak abihkan silibus sblm bulan mei laaa... bukan x ajor trus, lps depa UPSR..baru aku ajor muzik.. :P

DNNA said...

Soalan skema saya.

Cikgu tidak turut sama menyanyi bersama anak-anak muridkah di hari pertandingan nanti??

Saya yakin sekiranya cikgu berbuat seperti di atas, pasti anak-anak didik cikgu akan memperoleh kejayan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

HAHAHAHAHAHAHAH ;p

All the best !!!!!! Nyanyi sungguh-sungguh. Jangan lupa hissing dulu pagi-pagi ya.

IntanSham said...

Ahahahaaa... kat bawah pentas cikgu mmg jadik Pengurus Artis.. haruslah menyanyi sama... :P