Monday, October 26, 2009

Aduhai Anakku Ainin Sofiya...

... sungguh kasihan... Sudah seminggu Ainin Sofiya tak nak makan sangat. Nasi dan sup memang ditolaknya. Makan bubur pun dua tiga suap sahaja. Yang dia boleh makan lebih sikit cuma roti berkrim sahaja. Tu pun tak habis sebuku.

EBM yang saya bekalkan pun asik berlebihan je. Biasa habis 10 oz, tapi skarang asik ada balance 5 oz je. Dia nak abiskan 5 oz lagi pun susah, kata mak saya.

Tak makan, tak minum EBM.. semua tu saya boleh tolerate lagik asalkan dia masih direct-feeding dengan saya. Tetapi, sejak dua hari lepas... Ainin sudah mula tak mau direct-feeding pulak!!! Menangis-nangis bila saya suakan nenen kat dia. Kesian sungguh. Saya tahu dia lapar, dia haus tapi dia menolak untuk makan, EBM dan kini nenen juga... huhuhuuuuuu... :(
Dia memang haus, sebab bila beri air masak, dia meneguk macam hape. Lebih kronik bila time dia nak tido, lagilah... biasanya dapat nenen, terus pejam mata. Ni dah reject nenen.. nak tido memanglah susah. Merengek aje sepanjang masa.

Saya rasa puncanya sebab gusi dia bengkak nak tumbuh gigi. Sebab saya tengok air liur dia meleleh semata. Sampai saya kena letak 'taleo' kat dia, nak elakkan baju basah. Dan saya kena sentiasa bawa tuala kecik untuk lap air liur dia. Dah macam bawak baby lepas hari pulak jadinya. Kesian anakku... sungguh laaa saya tak sampai hati tengok dia. Dah laa saya termarah dia semalam sebab dia geget nenen saya dengan kuatnya. Menyesal saya marah dia, I'm a bad mom... huhuhuuuuuu.... Sayu hati tengok dia merajuk menangis. Memanglah patut saya kena geget sebenarnya sebab dia dah kata "nanak..nanak" kat nenen saya, tapi saya masih sua-suakan kat mulut dia, tu yang dia geget... kena marah pulakkkk.... huhuhuuuuuu.....

Nak buat macammana ye? Saya agak panik sebenarnya sebab dia dah reject nenen juga nih.... Dulu masa Aina nak tumbuh gigi takde pulak dia buat perangai macam ni, tu yang saya agak blur mahu buat apa...


4 comments:

Norita Shaklee said...

akak pernah melaluinya...memang kesian tapi akak akan bagi apa yang dia mahu dulu macam air kosong atau air protien seteguk dua. Lama? seminggu gak. Tapi lepas tu ok. Cuba vari oragel atau bonjela sapu kat gusi yang bengkak tu jek petua akak buat.

DNNA said...

Geng,

1. Taleo tu apa wehh??
2. Malam tadi pun aku baru kena gigit ngan Fawwaz. Sabar jer ...
3. Fawwaz dah 3 malam nangis tgh2 malam, takmo nenen. Aku kena pujuk dia and dukung dia baru dia diam ...
4. Pastu semalam baru aku perasan memang dia ada gigi baru ...

Hmmm ...
Ainin Sofiya tak demam kan?
Kalau tak demam, mungkin memang dia tak lalu nak makan sebab teething la.

Se lagi, cuba ko check mulut dia, kot kot ada ulcer.
Se lagi, cuba tengok jari-jemari tangan and kaki dia, ada macam bintik-bintik merah dak??
(Doa-doa tadak la ...)

Firdaus dulu pernah gak mengalami situasi yang hampir sama.

Ealyie said...

beb,
sindrom anak ke-2 tuuuu... ;p

IntanSham said...

akak... macam tu ek? thanx for d advise...

DNNA..
1. taleo tu.. alaaa alas dada yg ko pasang kat anak ko masa nak bagi makan tu... apa ko panggil?
2. sabar..sabar.. mmg sabar walopun nak menitis airmata kannn..huhuhuu
3. sama lah ngan anak aku beb
4. yer.. anak aku pun confirm geraham dia nak kuor

ainin x demam tapi aku bwk gak p klinik smlm. Dr cek, mmg ada sebijik dua ulcer kat mulut dia PLUS, gusi dia bengkak sbb geraham nak kuor. Yg pasti bukan simptom kuku,tgn & mulut tu.. Alhamdulillah

Ely.. ah ahhhh... campur jugak sindrom ni kot..:P