Thursday, October 29, 2009

Servis Terbaik Buat Suami...

... ya.. sepertinya saya masih dihantui oleh panggilan hangit kelmarin... :P
Sebenarnya entri ini sudah terlintas di pemikiran saya semalam, tetapi tidak berkesempatan untuk mewartakannya di sini. Errr... sebelum itu, entri ini mungkin mengandungi sepatah-dua kata yang 18SX sedikit... harap maaf... :)

Sebenarnya persoalan yang terlintas di kepala saya apabila membincangkan persoalan P.O.L.I.G.A.M.I ini adalah mengapakah suami ingin berpoligami???
Ya mengapa?? Haruslah ada penyebabnya kan. Takkan pulak secara tiba-tiba si dia mencari jodoh yang lain.

Di antara sebab-sebab yang saya bayangkan adalah mungkin kerana...

1) Isteri tidak melayani suami sebaik-baiknya (dari segi makan-minum, pakaian, sex dan sebagainya).
2) Isteri tidak pandai jaga diri - dalam ertikata lain, tidak menawan lagi.
3) Suami mempunyai kehendak batiniah yang terlalu tinggi (sampai isteri tak larat nak layan).
4) Suami memang G.A.T.A.L - tak cukup dengan seorang isteri, pantang tengok perempuan terus nak test power.

Sebenarnya ada banyak lagi penyebab yang saya bayangkan, tetapi cukuplah empat ini untuk disenarai-utamakan.

Sebab pertama dan kedua, saya letakkan isteri sebagai penyebab tercetusnya keinginan suami berpoligami. Isteri yang tidak atau kurang melayani keperluan suami zahir dan batin. Tentang soal makan-minum suami dan juga batin suami. Teringat saya pesan emak, "dua perkara penting untuk mengikat suami, perutnya dan dotdotdot" maksudnya yang gitugitulah.. Pesan emak juga, walau macammana sibuk pun seorang isteri, makan-minum suami jangan diabaikan. Biar suami makan air tangan kita, barulah ke manapun pergi, suami akan selalu ingatkan kita. Itu pesan emak saya sebaik saya melangkah ke alam rumahtangga, pesan yang saya ingati sehingga kini yang saya fikir banyak kebenarannya. Di awal perkahwinan, kebanyakan isteri berlumba-lumba menjadi isteri mithali. Segala keperluan dan kehendak suami dituruti. Namun semakin waktu berlalu, kadangkala isteri tidak lagi mengejar status isteri mithali itu. Mungkin kerana semakin sibuk dengan karier juga semakin sibuk dengan anak-anak yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ketika itu, suami sudah jatuh ke nombor tiga, mungkin empat atau entah yang ke berapa, tanpa disedari. Dan ketika itu jugalah, suami mula merasa semakin kurang dilayani, maka ketika itu jugalah ada pulak anasir luar yang menggoda maka si suami pun mulalah terdorong untuk berpoligami. Namun bagaimana pula dengan isteri yang memang perfect 100%??? Seperti seseorang yang saya kenali, punyalah baiknya.. memang tabik lah dengan layanan dia terhadap suami, sampaikan stokin suami balik dari kerja pun dia bukakkan.. punyalah baiknya layanan dia yang saya rasa tak terbuat oleh saya.. tetapi... suaminya tetap juga berkahwin lain.. Sangat simpati dengan nasibnya. Mungkin jika ini berlaku, sebab ke-4 lah menjadi penyebab utama sang suami berpoligami.

Atau mungkin juga setelah bertahun-tahun berkahwin, setelah melahirkan anak-anak seramai mungkin sepertimana kehendak suami, maka potongan badan isteri tidak lagi seperti dahulu. Juga kerana sibuk melayani kerenah anak-anak, maka si isteri terlupa untuk berhias cantik di hadapan suami. Maka kerana isteri mengabaikan keanggunan diri, mata suami mulalah melilau menjeling-jeling yang lain. Kedengarannya tidak adil, kerana si suami sering mahu isteri kelihatan menawan, tetapi suami pun alahai... boleh tahan juga serabai. Namun kadangkala, ini juga yang dijadikan sebab. Pokoknya bila hati sudah jemu, semua pun boleh menjadi penyebab. Alangkah payahnya mempertahankan keindahan berumahtangga, alangkah sukarnya menjadi isteri, segalanya perlu dipastikan sempurna, takut jika suami dikebas orang kerana kepincangan diri sendiri. Namun ada juga yang isteri bukan main cantik jelita, potongan badan mengalahkan anak dara, tetapi suami masih juga mahu buka cawangan baru. Maka dengan itu sebab ke-4 jugalah menjadi penyebab utama.

Sebab yang ketiga bolehkah diterima pakai? Adakah golongan bernafsu tinggi ini hingga seorang isteri tidak termampu melayani? Ohhh.. mungkin kalau ini menjadi penyebab, isteri tak mampu melayani kemahuan suami yang terlalu tinggi, mungkin patutlah dipertimbangkan keinginannya berpoligami agaknya.

Namun sebab yang keempat itu adalah sebab yang memang rata-rata bertepatan. Kebanyakannya berpoligami kerana sebab inilah. Sebab setakat ini, saya masih lagi belum pernah mendengar orang berkahwin lain kerana ingin membela nasib ibu tunggal. Mungkin ada, tetapi saya tak tahu. Mahu berkahwin banyak kerana mengikut sunnah nabi. Perkara yang lain apakah mahu diikuti sunnah nabi? Tepuk dada, soallah hati.

Apapun... saya merasakan saya tetap ingin memberi servis terbaik buat suami dari segi apapun jua. Supaya jika ditakdirkan Allah suami mahu buka cawangan baru, bukanlah kerana kesilapan saya. Semoga apabila saya sudah begitu sempurna menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri, maka saya tidak akan membuka ruang untuk suami saya berpaling kepada yang lain. Marilah kita bersama-sama menanamkan tekad untuk memberi servis terbaik buat suami masing-masing.. setuju??? ;)

** entri ini sekadar ingatan untuk diri sendiri... maaf jika mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya tidak berniat menyentuh perasaan sesiapa pun jua...

13 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Topik yang diutarakan amatlah menarik....Sebenarnya aku nak sentuh sikit tentang kebiasaan pilihan suami untuk istri kedua...pakcik aku kawin istri ketiga..anak dara...(ketiga tau nyah!)kalau ikut sunah nabi kahwinlah dengan niat melindungi nasib wanita...nape tak pilih ibu tunggal beranak ramai untuk bela nasib betul tak? kenapa yang dicari tetaplah anak dara gebu yang cantik2 belaka..lagi satu mampukah berlaku adil? Kalau datuk2 yang kaya raya tuh mungkinla (mungkin!) buleh berlaku adil in term of harta benda..istri pertama dapat rumah..istri kedua pun dapat rumah...tapi in term of kepuasan batin mampu adilkah? Malam ni istri pertama 'dapat'..malam esok istri kedua pulak 'dapat...(sori 18sx sikit di situ)...Tu belum dari segi didikan dalam islam...Kalau si suami betul2 mampu, aku pun tidak menolak poligami...dapat payung emas kat syurga tuh...tapi kalau kalau satu istri pun tak mampu nak tanggung zahir dan batin..kirim salam ajelah...

DNNA said...

Wahhhh, topik panas ...

Kupasan yang best dari cikgu.
Saya setuju 100% ...

Tu la pasal mek, ni nak kena muhasabah diri balik ni...

Hmmmmm ....

Mummy Dasy said...

Tak reti nak mule dari mana, ada dgr gak semalam slps terbaca kat blog Umi Nawfal & cikayu sehari sebelum.... ada kes ni baru lagi, cbuk nak kawin lain ngan anak dara, wife ckit pny cantik, baik, cara dia layan suami me xpnah buat, sblm gi keje siapkan stokin kasut,ble balik plak bukakan stokin kasut letakkan rak, anak2 dah beso tp msih nak cari lain,si suami klu kemana2 melaram cam org bujang, kuar suke2 ati, me slhkan anak dara tu gatal gak dah tau org tu dah kawin masih nak lagi... tp me yg dgr sakit ati & simpati apetah si isteri kata nak wat camne dah dia nak... penyabar tul si isteri

~ As ~ said...

aku setuju ckp mimi - mesti kembali pada konsep kenapa poligami dibenarkan sebab nak bantu wanita...nak bantu, bantu la janda anak 9 yg tua... yg anak dara sunti ada kereta ada rumah buat apa bantu?? bagi la ngan org bujang...
zaman skrang, suami kawin lain sbb dia gatal, mcm mana buruk pun isteri, suami patut terima sepertimana isteri blh terima baik buruk suami!...lawa ke tak lawa ke...
aku emo ni...

~ As ~ said...

aku setuju ckp mimi - mesti kembali pada konsep kenapa poligami dibenarkan sebab nak bantu wanita...nak bantu, bantu la janda anak 9 yg tua... yg anak dara sunti ada kereta ada rumah buat apa bantu?? bagi la ngan org bujang...
zaman skrang, suami kawin lain sbb dia gatal, mcm mana buruk pun isteri, suami patut terima sepertimana isteri blh terima baik buruk suami!...lawa ke tak lawa ke...
aku emo ni...

Saudah Salleh said...

saya rasa apa jua sebabnya, pada saya yang salah adalah TETAP LELAKI ITU.

sebabnya, pokok pangkal adalah HATI. kalau lelaki itu ikhlas berkahwin dengan isterinya, walau seteruk mana pun isterinya, spt perubahan fizikal atau layanan, suami perlu mentarbiahkan isteri itu.

sebagai contoh, kalau suami rasa body isteri dari da'bomb dah jadi da'bab, usahakan kasi body isteri da'bomb kembali. Riadah bersama, control pemakanan isteri, hantar ke slimming centre yg selalu ada offer tu.

atau jika suami terasa terabai dari segi layanan, fikirkan sebabnya. biasanya tentulah kerana anak-anak memerlukan perhatian yg lebih sikit dari suami yg dah jadi baby tua. Maka, antara penyelesaian yg boleh digunapakai adalah sediakan pembantu. Ambil daily maid utk kerja pembersihan, hantar baju ke dobi utk cuci dan gosok dan lipat. apa saja cara yg membolehkan si suami mendapat layanan tip-top dari si isteri.

kalau semua tu tak diambilkira dan dimuhasabah, hanya pandai mencari alasan, kesimpulannya:

LELAKI ITEW GATAL..

Fid said...

tang poligami ja depa ikut sunnha tang lain punnaaahhhh

i akan bg kalau i mmg mewah cukup SEGALA...
contohnya wang tak habis kira sampai mati
emas berlian sampai kena tongkat tangan...
edisi mesra mesraan sampai tercapai-capai...kawen la 4 pun!
dengan syarat!
kalau aku ke neraka..aku seret semua...haa...pk2kanlah....
nak syurga la..tapi kalau..kalau..

Ealyie said...

ciss.. aku tgh byk keje ni ko buat topik hangat plak.. mlm kang le aku sambung baca balik nyah weh.. muhahaha...;p

IntanSham said...

btol beb, aku pun setuju ngan ko... persoalannya, kalo hari2 nak melayan kehendak batin isteri2, apakah larat agaknya ekkkk.. ada sorang isteri pun, tak kuasa nak setiap malam.. hehee

DNNA.. bersama lah kita muhasabah diri masing2.. ahaksss

hahhh.. MD.. see.. ada aje kes yg mcm ni.. kesiankan kalo gitu

As.. nmpknya ko mmg emo btol nih sampai post komen 2x...hahahhaaaa... tapi tulah aku pun sama mcm ko mmg emo kalo topik ni diperbinacangkan.. :P

wahhhh..bila baca komen kak saudah, saya tiba2 merasakan mmg btollah, lelaki jua lah yg salah kannn.. setuju..setuju...

fid.. btollahhhh...ai masuk neraka u olls pun mesti masuk jugak, sbb pasal u olls lahhh ai masuk neraka nihhh.. :P

ceh ko ely, dah tau bz, p bukak jugak blog pesal?? hahahahaa

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

huh tu la isu pilogami nih...sentiasa hot je!

anyway, nak add u in my bloglist buleh kan? hehehe salam perkenalan...

IntanSham said...

Umminor... itulah... mmg hot manjang bab poligami ni kan.. ;p
ohh.. silalah add.. nanti ai add u back ok.. thank you..;)

Hazu~ said...

terbaca entry ni terasa nak komen pula. kadang-kadang memang tak boleh nak salahkan suami je rasanya. sebab sebagai isteri pun mungkin ada hak-hak dia yang kita terlepas pandang. dan dia pun mungkin ada hak yang dia terlepas pandang. sebab tu rasa paling penting sangaaatt bincang dari hati ke hati.

Saya ni pun takde la pengalaman banyak. kawen pun tak sampai setahun. dalam masa tu kadang2 rasa diri ni tak bagi the best juga untuk suami walaupun dia kata ok je. teringat seorang ustaz pernah cakap, kita ni lebih sibuk fikir apa yang orang lain tak buat untuk kita. tapi jarang sangat nak fikir apa yang kita buat untuk orang. dah sehabis baik ke? wallahua'lam.

rasa semua isteri pun mesti rasa risau bila masuk bab ni. saya pun tak pasti boleh terima ke tak tapi dari awal2 kawin saya beritahu dia kalau nak kawin lain biarlah orang tu lebih baik dari saya, dan kelebihan tu memang tak mampu saya miliki. yang paling penting biar isterinya sama-sama berpimpin tangan menuju ke syurga. cakap memang senang, masa cakap tu nangis la juga dan memang cakap kat dia saya mungkin tak boleh terima dan mungkin akan minta dilepaskan kalau betul terjadi.

tapi kalau saya tak mampu bersama-sama dia ke syurga biarlah dia jumpa orang yang mampu bersama dengannya di syurga. bukan ke tempat yang lagi satu. :)

IntanSham said...

hai hazu..terima kasih sbb sudi komen...;)
btol.. kalo si dia mahu berkahwin lagi carilah org yg lebih baik dari kita. tapi mmg x mampu rasanya nak terima. semoga dijauhkan dari kecurangan si dia hendaknya...