Thursday, June 18, 2009

Haruan Makan Anak...

Masih ingat lagi dengan entri YangIni , berkenaan dengan kisah anak-anak yang mempunyai masalah keluarga dan membawa kepada masalah kehadiran di sekolah.

Hari ini, aku mendengar satu berita yang menggemparkan. Berkenaan adik-beradik yang berempat itu. Mereka ini bolehlah aku andaikan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Kasihan sungguh. Menitik airmata aku mendengar nasib malang anak-anak ini. Sudahlah kekurangan kasih-sayang, tidak dipedulikan oleh ibu dan ayah dan yang paling malang, salah seorang antara mereka telah menjadi mangsa nafsu-buas-binatang si ayah. Aku rasa nak maki hamun aje jantan bergelar ayah anak-anak itu. Memang celakalah jantan s*#% itu. Si kakak yang hanya berusia 14 tahun telah menjadi mangsa rogol si ayah. Arrghhhh....... setan kan??? Dalam pada asik tak ada kat umah, sempat pulak melempiaskan nafsu serakahnya kepada si anak. Tak tahu lah dah berapa lama keadaan itu berlaku. Dan tak pasti apakah hanya si kakak yang menjadi mangsa. atau si adik yang darjah 4 itu pun sudah digodam sama. Keji sungguh jantan itu!!!! Dan si anak itu pula memang benar-benar malang, bukan hanya dibebankan dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya sepanjang ketiadaan si ayah yang keji itu, malah bila dia pulang, dipaksa pula menjaga nafsu-serakah-setan bertopengkan manusia itu pula.

Kes ini diketahui oleh GB aku, hasil siasatan kejiranan di kawasan perumahan kanak-kanak tersebut. Terbukanya kisah tragis ini apabila si anak membuka rahsia kepada kawan baiknya, dan si kawan menceritakan kepada keluarganya. Masalahnya, si anak setelah dipujuk enggan membuat laporan polis. Dan tindakan yang dilakukan pihak kejiranan tersebut adalah dengan melaporkan kepada ibu si anak. Dan mujurlah si ibu masih lagi ada rasa keibuan, telah mengambil keputusan untuk menjaga semula anak-anaknya. Maka anak-anak itu akan berpindah semula mengikut si ibu. Aku amat berharap si bapa tiri sudi menerima anak-anak itu, dan tidak pula menjadi haruan yang seterusnya.

Kata GB aku, agaknya sebab itulah si jantan tu asik berkahwin-cerai, semua bekas bininya tak kuasa nak melayan serakah jantan celaka itu. Owhhhh.. aku sungguh marah okehhh. Kalo boleh aku nak sumbat jek jantan tu dalam penjara. Biar dia kena hukum sebatan dan dipenjarakan. Benci sungguh aku pada manusia bertanduk macam nihhhhh!!!!!!!!!!!! Terkutuklah engkau wahai manusia yang tak bertanggungjawab!!!!!!!!!


18 comments:

Mummy Dasy said...

Ish ape nak jadi dunia skang ni

MN said...

Nauzubillah!!!

::Umi Sufira:: said...

Intan, kesiannya budak tuh...When it happened to people near us, lagilah terasa bahang nya kan..Nauzubillah...mintak jauh kita dari benda macam tu...

Zety Zin said...

Ya Allah. Meremang bulu roma bila baca cerita Intan ni. Biasanya baca kat paper je. Skrg memang terjadi kat anak murid member pulak.

Ayah budak tu patut disulakan aje!

ar.nie said...

Astaghfirullahal'azim! Nauzubillah...

* speechless laa Intan... *

Nanak said...

s***n okeh..
mcmna la sanggup mkn anak sendiri..

Mama Adib said...

giler........

~ As ~ said...

mmg b*d*h okeh...aku nak maki...patut kena hukum bunuh je... kwn aku ada kena mcm ni, bila dia cerita kat aku ngan ustazah time tu, kitorang menangis sambil berpelukan... tiba2 teringat kat dia...

Ealyie said...

Hmm.. panas plak ati aku beb..
Jantan tu bukan takat masuk penjara jek, tapi sulakan jugak mcm si Zety cakap tuuuu.. baru padan ngan muka. Beranak tau, jaga anak bangang!!! Buduh hokehhh...
Hish.. Nauzubillahimin zalikk..:(

CY3.5 said...

tu bukan orang dah tu.. hinsh..

mamaDhea said...

hmm.. aku pon speechless..

hyper mommy said...

sian nya kt bdk2 tu. cepat2lah jantan tu dpt balasan nya. amin.

Precious said...

Rasanye ada lagi kes gini di mana2 yg tidak dilaporkan. Apa lah nak jadi pada bangsa kita (bangsa kita kan tuh?)

Mama hafiy said...

I sgt geram ok bila cite2 mcm nih? mcm this week pun ada terbc paper kes cm ni jgk..di mana kah letaknya hati seorg ayah kalo sanggup merosakkan anak sendiri??..memang dasar manusia bertopengkan syaitan..mintak jauh..sorry teremo plak..maklumlah terlebih empathy

Mama hafiy said...

I sgt geram ok bila cite2 mcm nih? mcm this week pun ada terbc paper kes cm ni jgk..di mana kah letaknya hati seorg ayah kalo sanggup merosakkan anak sendiri??..memang dasar manusia bertopengkan syaitan..mintak jauh..sorry teremo plak..maklumlah terlebih empathy

m-i-o said...

hah?

A-P-A-K-A-H gilanya bapak budak tu?

abis, kalo anak dia takmo buat laporan polis, kira lepas gitu jek ke? takleh ke heret bapak dia ke penjara?

Sayang.Ibu said...

mummy dasy...dunia akhir zamann..

MN.. sadis kannn

mimi..mmg aku sgt sedih...:(

zz..mmg btol..ptt disulakan!!!

Arnie..ku pon x terkata..

nanak..mmg org gila agaknya tu

MA..Mmg giler kan..

as..siannya kwn ko!!!

ely...aku mmg emo mendengar kisah bdk2 tu..

CY..mmg da sama level ngan binatang tu..

sha..sama laaa...:(

hyper mummy... ku pun berharap gitu

precious, mmg bangsa kite lah tu,buat malu je!!!

mama hafiy..mmg tiap yg mendengar akan emo...

mio.. x taulah mcmmana kesudahan budak tu, akn ku update nnt...

suhaila said...

ya allah...
dah buat report polis kah???
kalau mak pak dia senyap...
intan n kawan2 la buat lapuran...
kalau kita bertindak baru kita boleh bendung...
akk doakan intan n kawan kuat utuk melapurkan pada yang patut...