Tuesday, June 30, 2009

Sawang...

Minggu ini dan minggu hadapan mungkin ku tidak berkesempatan meng'update' blog ini macamlah ada yang kisah pun. Jadi mungkin bersawang lah nanti. Walopun aku ada beberapa entri yang ingin dikepocikan tetapi, terpaksa ku tahan jebat kerana...

1. Minggu ini penilaian PEKA (Pentaksiran Kerja Amali) Sains murid Tahun 6 perlu disiapkan sebab minggu depan ada pemantauan dari PPD.

2. Minggu hadapan pemantuan PEKA akan dijalankan. Jadi perlu bersiap-sedia dengan segala perisai yang perlu.

3. Peperiksaan PRA-UPSR telah mula dijalankan setiap minggu, jadi aku akan sibuk menanda kertas setiap minggu.

4. Tiba-tiba diarahkan menjadi pengacara majlis Pertandingan KOIR peringkat Kebangsaan pada hari lusa. Owhhh.. menjadi bidan terjun,mak sangat susah hati okehhhh... DONE

5. Di samping itu perlu settlekan update data guru dan murid bagi mesyuarat pengumpulan data yang akan diadakan entah bila DONE

6. UPSR makin hampir, bermakna kerja-kerja melatih-tubi anak-anak murid makin giat dijalankan. Kelas tambahan akan dibuat sampai hari Ahad...

Itulah antara kerja-kerja yang mengekang aku dari mengupdate blog. Sempat jengah blog kalian pun masa mengepam ajer agaknya. Dapat lepaskan keje no. 1 dan 2 pun jadiklah..boleh bernafas sikit lepas tu...

So.. jumpa kalian bila aku berkesempatan nanti. Wahhhh...rindu tawwww 2 minggu susah nak berblog.... :P


5 comments:

::Umi Sufira:: said...

Banyaknya kerja ko nyah....Gambatte!!Selamat berusaha yer;)

Nanak said...

i faham...wah, tetiba..
chaiyok2...

ar.nie said...

Sawang pon, sawang laa nyah. Mulia tue, tugas seorang guru! :)

p/s : Eh, tetiba patriotik plak. Ekeke.

Sayang.Ibu said...

mimi...thanks nyahhh...:)

nanak.. ahaksss...

arnie..ku kecut perut, upsr dah nk dekat nyahhhh

hyper mommy said...

Sama la kita. PEKA oh PEKA..... tensi tensi.... UPSR lagi. Trial lagi. itu ini mcm2. Budak2 tu rilek takde apa, kita yg cikgu ni bleh glabah...... caiyok2, sama2 lah kita bekorje.