Tuesday, June 16, 2009

Hikayat Sebuah Perchentaan...

Kalian... Sesuatu itu kan, kalo dah ditakdirkan menjadi hak milik kita, walobagaimanapun... walau ke mana jua ia pergi, pastilah akan kembali jua ke pangkuan kita... Percayalah... Seperti mana aku mempercayai pertemuan semula di antara aku dan si dia. Mungkin chemistry di antara kami begitu kuat sekali. Mungkin si dia merasakan keluh-kesah kerinduan dan duka-nestapa aku meratapi kehilangannya. Mungkin si dia juga merasa rindu untuk membelaiku.. merasai sentuhan mesraku, lantaran dia juga berusaha mencari jalan pulang bagi mendapatkan aku.

Dan aku juga, perlu redha. Walaupun perpisahan sementara kami begitu menguji kesabaranku. Namun, ia membuatkan aku mengenal erti sebuah perhubungan. Perhubungan yang penuh ranjau dan duri. Perhubungan yang bukan sahaja memerlukan pengorbanan masa, malahan wang ringgit jua. Namun itulah.... kalau hati sudah jatuh cinta... apa bentuk pengorbanan pun, sanggup dilakukan. Kerana pengorbanan yang dituntut itu begitu besar, maka aku harus meredhai walau apapun keadaan si dia. Walaupun si dia tidak lagi seperti saat mula berada di sisiku. Harus aku redha, kerana siang dan malam aku sering berdoa agar kami dipertemukan semula walau apapun keadaannya. Sungguh aku tidak mampu merelakan si dia menjadi milik orang lain, biarpun aku telah pun menjadi milik orang. Tamakkah aku kalian? Berdosakah aku mengharapkan sebuah pertemuan????

Namun.. biar apapun yang kalian jangkakan.. aku tetap ingin agar kalian menjadi saksi pada pertemuan ini. Biarpun kalian akan memandang serong kepadaku. Namun kerana di sinilah tempatku meluahkan rasa.. maka kalian saksikanlah.......... Pertemuan semula aku dan kekasih gelapku................

.
.
.
.
.

.
.

.
.
.

.
.
.

.
.

.
.

.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
..
.

.
saspenkahhhh???? :P

Ya kalian, takdir telah menentukan pertemuan semula aku dan listip Mac ku ini...huhuhuhuuuu... Sungguh syahdu sekali saat aku bertemu dengannya. Di mana?? Kat depan umah mak aku... Tadi masa amik anak-anak aku balik, aku ternampak sesuatu yang kehitam-hitaman terselindung di sebalik pasir berdekatan dengan tayar kereta aku. Menjerit-jerit aku penuh excited sampai ayah aku jadik panik...kahkahkahhhh.... Baru aku ingat, sebelum p zoo memang aku singgah umah mak aku. Napelah aku tak teringat nak listkan umah mak aku sebagai 'the crime scene'... huhuhuuuu

Tapi kan kalian.. si dia telah cacat sedikit. Mungkin kena lenyek ngan tayar keta aku sendiri atau keta sape pun jugak. Kalian tengok laaa..dah bercalar-balar. Pastu kemek pulak tu dan mengakibatkan ianya tak boleh dipusing lagik... Argghhhhhh....

Tapi isi dalamnya masih elok sangat. Tak ada pasir pun yang masuk.. Alhamdulillah. Walopun tak boleh pusing, aku still boleh guna lip brush untuk pakai listip nih. Namun begitu, sebabkan mak dah buat claim barang hilang dengan Mr Hubby, mak tetap jugak tak akan kensel..kahkahkahhhhh... Tetap akan beli sebatang listip lagi ujung bulan nanti.. cumanya, dapatlah beli kaler lain kankankannnnnn... Perlu ker mak kensel kalian?? Perlu ke????? :P


14 comments:

Ealyie said...

Mr Samsullllllllllllllllllllllllllll,
ko jgn layan bini ko yang meroyan tak hengattt nie...;p
Kalo ko nak bawak kes pi mahkamah, ku boleh jadik saksi.... muhahahahaha...

IntanSham said...

kahkahkahhhhhh... ko tak baek laaa beb.. ko kawan aku ke kawan sape nih????? ;p

MN said...

uih, jumpa balik????
rezeki betul!!!

IntanSham said...

MN..Jumpaaa...yeayyy...tp da x sempurna..huhuhuuuu...tapi still boleh guna

~ ZuRa ~ said...

hahaha..pesal la x pegi umah mak semalam..klu x..mesti zura ngan lia dah amik..pastu pegi umah kak intan letak je kat dlm peti surat..mesti lagi suspen..ngehhh~~

By Ticer Liza Yacob said...

ha ha...tahniah la dah jumpa balik. yang tu walaupun boleh guna balik, tapi tetap dah tak berapa nak cantik kan..so teruskan je hasrat nak beli lain tu...kaler lain pulak. yang penting...orang nak sponser..wa ka ka ka ka ka

Nanak said...

ok..yg ptg juma n boleh guna wpun dah tak blh pusing ye..

NeroEcha said...

Masa baca dari awal dah agak dah mesti dah jumpa balik lipstick..buat ape nak cancel claim jer yg lain org nak bg kan

~Umi.Sufira~ said...

Ealyie...aku sokong ko!!!kahkahkah..

~ As ~ said...

klau kes dibawa ke mahkamah...jadikan alasan naluri kewanitaan utk kecantikan... ahahaha..

Mommy Harith Hannah said...

Ikan di laut,
Asam di darat,
Kalau dah jodoh,
Bertemu jua...

ewahhhhhh! ekekeke.....

IntanSham said...

zura..seb baik laaa korang x jumpe...;p

ibu zaaz..tu laaa kan, mmg kena gak beli lain kankankannnn...;p

nanak..yer btolll..yg pntg jumpe

echa..kahkahkahhh... aku sokong ko nyahhh..

mimi..cettt...you dontt backstabbed me haaaa...;p

as..btolll..mesti aku menang kes kannnnnn....

arnie.. mmg kuat btol jodoh kitorg...kahkahkahhh

mamaDhea said...

ceh.. haku ingat ko nak buat novel tadik.. kisah cik MAC ghopenyer.. :P

IntanSham said...

sha...kahkahkahhh..novel laaa jugak tu nyahhh